Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Monday 23 April 2012

Kopi Janda



"Tahniah, Rul! Akhirnya kau nak kahwin! Aku gembira untuk kau!" Aiza Gendut menjerit gembira setelah Rul menyerahkan kad undangan perkahwinannya ketika waktu rehat di gerai Mak Jah Janda.
"Terima kasih. Jangan lupa datang. Tak payah susah-susah nak bagi hadiah. Bagi peti sejuk dah le," Rul akhirnya duduk di kerusi.
"Untuk aku, kad takda ke?" Husin Dangdut mencelah.
"Kau datang le sekali dengan B kau ni. Kirinya kapel set datang. Dia kan bakal bini kau jugak," Rul menjawab sambil menjeling ke arah Aiza Gendut.
"Entahnya, Rul. Bila la dia masuk minang. Asyik duit tak cukup je. Malam-malam pergi dangdut. Benci mak!" Aiza gedik-gedik merajuk.
"Mak Jah, Kopi Janda satu!" Rul melaung ke arah Mak Jah yang sibuk merendam bra-nya dalam sup tulang tanpa pengetahuan orang ramai.
"Kau ni Rul. Asyik-asyik minum kopi janda. Entah-entah bakal bini kau pun janda. Mintak simpang!" Aiza bergedik lagi.
"Eh, you ni, Aiza. Apa salahnya janda, badan sedap. Punggung besar. Abang like!" Husin Dangdut mengusik.
"Hish, abang ni! Aiza benci! Tak nak kawan!" Aiza bertambah gedik.

Rul melihat telatah rakan pejabatnya dengan ketawa. Dia sudah biasa benar dengan kegedikan mereka itu. Tidak lama kemudian, Mak Jah Janda membawa kopi janda ke meja Rul.

"Nah, Rul. Kopi janda kau. Dengar cerita kau nak kahwin. Dengan siapa? Anak dara ke janda? Mak Jah bukan apa, saja nak tau. Ye lah, hari-hari minum kopi janda, nanti gian kat janda, susah kau nanti, Rul. Lainlah janda yang masih bergetah macam Mak Jah ni. Dijamin rapat!" Mak Jah Janda membebel.
"Hish, Mak Jah ni! Tentu la Rul kahwin dengan anak dara. Dia kan bujang bergetah lagi!" Aiza Gendut seakan marah.
"Apa salahnya kalau aku kahwin dengan janda?" Rul tiba-tiba bersuara, menyebabkan semua terkejut.
"Janda!!? Kau biar betul, Rul?" Aiza Gengdut terkejut.
"Memang aku tahu kau suka bini punggung besar kan? Sebab tu kau pilih janda!" Husin Dangdut melawak.
"Itu lah, penangan kopi janda! Akhir-akhir dapat janda betul!" Mak Jah Janda menambah.

Sekali lagi Rul ketawa kerana betapa ceteknya pemikiran rakan-rakan sepejabatnya.

"Ya, betul. Aku akan kahwin dengan janda. Apa salahnya kan? Dah jodoh aku dengan janda. Aku terima seadanya," Rul menjawab ikhlas.
"Kau tak geli ke makan bekas orang?" Aiza Gengdut terus bertanya tanpa selindung, kerana dia memang terkenal dengan kecabulan mulut becoknya.
"Buat apa nak geli kalau yang sudah halal?" Rul menyoal kembali, sambil menghirup kopi janda.
"Aku bukan apa. Kesian kat kau. Bujang lagi, tapi dapat janda. Macam la tak ada anak dara lain kat dunia ni," Aiza Gengdut membebel.
"Kau jangan pandang janda sebelah mata, Aiza. Tengok Mak Jah ni, walau janda, tapi body maintain kalah anak dara tau!" Mak Jah berposing menunjukkan badannya yang cantik dengan memakai korset dan kebaya sendat.
"Lazat...," Husin Dangdut tak habis-habis memandang punggung Mak Jah yang seksi itu.
"Abang Husin!!! Mencik!!!" Aiza Gengdut menarik telingan Husin Dangdut.
"Jadi betul la kau akan kahwin dengan janda ni, Rul?" Mak Jah Janda mahu mendapatkan kepastian lagi.
"Ya betul. Saya akan kahwin dengan janda," Rul menjawab sambil minum kopi janda lagi.
"Salmiah Jamil Abdullah!!? Kampungnya nama bini janda kau tu! Tak kelas!" Aiza Gengdut menjerit lagi setelah membaca nama bakal pengantin perempuan.
"Biarlah nama kampung pun. Yang penting hati dia ikhlas terima aku yang tak berapa kacak tapi jambu ni," Rul membalas.
"Kau bukan main moden perangai. Suka beli mainan, pakai baju kartun, makan ais krim, pastu perangai budak-budak. Memang bagus la tu dapat janda. Kau budak-budak, dia mak-mak," Aiza Gengdut memerli.
"Bagus la macam mak-mak. Syurgakan ditapak kaki mak," Rul membalas perlian Aiza sambil minum kopi janda.
"Hish, tak kuasa aku layan kau tau! Tak akan kalah! Abang, jom kita masuk pejabat!" Aiza Gengdut menarik tangan Husin Dangdut.
"Eh, berdosa tau sentuh tangan lelaki sebelum kahwin!" Rul memerli dengan sengaja bercakap kuat ke arah Aiza Gengdut.
Mak Jah Janda dan pelanggan-pelanggan lain ketawa.
"Jangan lupa datang ye, Mak Jah," Rul berkata sambil memberikan kad jemputan kahwinnya.

---

Sebulan kemudian, tibalah masanya majlis perkahwinan Rul dengan Salmiah Jamil Abdullah. Aiza Gendut dan Mak Jah Janda pergi ke kampung Rul di Kelantan dengan menaiki kereta Husin Dangdut. Ketika mereka sampai, rumah Rul dipenuhi dengan perhiasan-perhiasan perkahwinan yang penuh gemilang. 

"Tak sabar aku nak tengok janda Rul tu. Mesti punggung dia jatuh!" Aiza yakin isteri Rul memang seburuk-buruknya.

Mereka bertiga masuk ke dalam untuk melihat Rul dengan isterinya. Ketika ini Rul sedang mahu masuk ke dalam kamar pengantin untuk upacara menyarungkan cincin. Aiza Gendut, Mak Jah Janda dan Husin Dangdut mengikut dari belakang. Aiza Gendut telah bersedia dengan bahan-bahan kutukan untuk mengenakan isteri Rul kerana dia janda. Namun apabila mereka bertiga bertemu isteri Rul...

"Bini kau Scarlett Johansson!!?" Aiza Gendut menjerit sekuat hatinya.
Aiza Gendut pengsan kerana terlalu terkejut, namun setelah dia terjaga kembali, dia menerima satu berita yang lagi mengejutkan dari Husin Dangdut!
"Abang nak bagitau. Bulan depan abang akan kahwin dengan Mak Jah Janda. Jangan marah ek, Aiza," Husin Dangdut memberitahunya.

Sekali lagi, Aiza Gendut pengsan kerana penangan Janda!

p/s : If only this story is true...hahaha... trying to be a bit comedic ~

21 comments

hakhakhakhakhakhak, hampeh ko agie...sakit perot aku noks~

harus la, CT...kah3 <3 ~

11:50

aku menangis baca ni wei! menangis ketawa.

auuuum! scarlett sheksi..

"macam mak-mak, syurga pun di bawah tapak kaki mak. "

Kalau la jadi betul kan, Rain... muahahhaa

hampeh jerk...sian kat Aiza...haha.

lieynanilaz : Yang penting ScarJo tu...muahahhaa

kemain nama watak kan..hahahahahha..

perrgghhh..sacarlett tuuu..hebat betul bini si rul tu.

Hanie Dew : Lam mimpi je malangnye T_T

eeeeeeeeeeeeeeeee... bertuah punya budak.... scarlett johnson...? sabar ajalah akak...

btw: kispen ni enjoy tahu... hahahahah penangan buat kispen org teror2 ni agak merangsangkan minda...

hahahaha.. kemain lagi..

Bidadari Syurga : Skali skala berangan dapat janda meletup hahaha

Mawar Berduri : Angan2 kena power hahaha

17:14

minat betei ngan akak scarlet johanson. haha!!

dill.

hahahahah.. very funny.. finally, i laughed today

dill : Ofkos, B sy tu kah3

mynshazmin : glad to be your comedic source :D

20:56

janda ada klass tu..
hahahhaha...

Eita : high class ag hahaha

Kopi Janda nak meniaga bukan nak menggoda =)

Bhahahahahahaha...well done bro! I like...fresh idea from kapten AiS kan...selalu keluar dengan idea yang mengejutkan...hokay nanti akak akan kuarkan versi teh duda pula...wakakaka boleh tak?

Cik Yat : ;-)p

Ray ban Malaysia : Memang nak goda pun hahaha

Lady Windsor : Gempak tu kak... ramai kan duda hot skrng haha :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...