Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday 7 April 2012

Nadia's Song & Mayada Daughter of Iraq


NADIA'S Song karya Soheir Khashoggi mengemukakan konflik darjat, pengkhianatan keluarga dan kisah cinta tragis antara dua bangsa kerana perbezaan cara hidup, anutan serta tradisi keluarga yang mewajibkan anak perempuan menerima jodoh pilihan keluarga.

Kisah dalam novel ini mengambil Iskandariah di Mesir pada zaman Perang Dunia Kedua sebagai latar kisah dengan menampilkan Karima Ismail, pembantu rumah yang bekerja dengan hartawan dari Britain, yang juga pemilik ladang kapas terbesar di bandar berkenaan.

Karima yang bercita-cita menjadi penyanyi, berkawan baik dengan anak lelaki majikannya, Charles Austen dan keserasian antara mereka berdua menyebabkan masing-masing jatuh hati hingga akhirnya terlanjur, tetapi Austen tidak mengetahui wanita itu mengandungkan anaknya. Malang mula menyelubungi Karima apabila Charles meninggal dunia dalam satu kemalangan dahsyat manakala abang Karima pula, Omar yang mengetahui rahsia adiknya itu, cuba menghapuskan Karima bagi mengelakkan keluarganya daripada ditimpa malu. Nasib menyebelahi Karima apabila perkahwinan yang diatur dengan Munir Ahmad berkesudahan dengan pemuda itu menerima hakikat diri wanita malang itu dan menyayangi anak hasil hubungan Karima dengan Austen, Nadia, dengan penuh kasih sayang.

Kebahagiaan Karima dan Munir berterusan meskipun selepas mereka berpindah ke Kaherah, tetapi kegembiraan mereka tercabar ketika Nadia mencecah usia dua tahun apabila berlaku kebakaran besar di bangunan kediaman mereka, menyebabkan seluruh penghuni kelam-kabut menyelamatkan diri dan Nadia terpisah daripada keluarganya.

Memikirkan Nadia terkorban dalam kebakaran berkenaan, Karima sentiasa diselubungi kesedihan, tetapi akhirnya menghadapi situasi kehilangan anaknya secara terbuka dengan kembali memberi tumpuan kepada minat serta cita-citanya ketika remajanya, iaitu ingin menjadi terkenal. Karima menemui kejayaan dan kemasyhuran dalam kerjayanya apabila diterima baik masyarakat Arab manakala Nadia yang hilang diselamatkan pasangan Tariq dan Celine, mula mencari siapakah ibunya yang sebenar selepas kematian Celine akibat barah.

Nama Nadia ditukar kepada Gabrielle (Gaby) oleh Celine dan Tariq, dibesarkan beribu batu jauhnya daripada Karima yang disanjung masyarakat Arab, kembali ke Mesir kerana ingin bertemu ibunya, digelar Nightingale di kalangan penggemarnya dan disayangi ramai kerana keupayaannya dalam bidang seni.

Penulis buku ini, Soheir,  bijak memanipulasi keadaan apabila beliau memulakan penceritaan dengan gambaran pengebumian tokoh seni, Karima Ismail yang dikatakan setaraf dengan penyanyi Arab tersohor, Umi Kalthum dan beribu-ribu orang memberi penghormatan terakhir di tanah perkuburan pada hari pengebumiannya.

MAYADA Daughter of Iraq ini membongkar rahsia pentadbiran Saddam yang tidak diketahui masya rakat luar terutamanya la yanan terhadap wanita. Karya Jean Sasson menghidangkan kisah wanita keturunan bangsawan di Iraq, Mayada al-Askari yang terpaksa melalui kehidupan penuh penderitaan apabila ditangkap polis rahsia di bawah pemerintahan Parti Baath pimpinan Saddam Hussein.

Kehidupan Mayada, ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Fay dan Ali, musnah apabila pihak berkuasa menyerbu kedai percetakannya di Baghdad dan dipenjarakan di Baladiyat atas dakwaan menyebarkan dakyah antikerajaan. Kesengsaraan Mayada bermula apabila ditempatkan di Sel 52 dan terpaksa berkongsi ruang sempit itu dengan 17 tahanan wanita lain yang senasib dengannya kerana masing-masing dikenakan hukuman tanpa bicara selain terputus hubungan dengan saudara mara.

Setiap malam, Mayada bersama-sama tahanan wanita di Sel 52 terpaksa mendengar laungan dan jerit pekik banduan yang diseksa menyebabkan mereka mula berkongsi cerita masing-masing serta kekaguman wanita itu, juga sebahagian besar rakyat Iraq terhadap Saddam Hussein. Sesungguhnya angka 52 membawa makna tersendiri dalam kehidupan Mayada yang menyaksikan datuknya meninggal dunia di bilik hospital bernombor 52 dan bapanya juga menemui maut pada usia 52 tahun sehingga mendorongnya berfikir akan menemui ajalnya di sel terbabit.

Tahanan wanita di sel terbabit tertarik dengan cerita Mayada mengenai kesempatannya bersama-sama ibu dan ahli keluarganya makan malam di istana Saddam Hussein kerana bapanya berpengaruh dalam politik.
Di dalam Sel 52, Mayada rapat dengan Samara yang sentiasa memberi keyakinan kepadanya bahawa beliau akan berpeluang melihat dunia di luar Baladiyat dan bersatu semula dengan dua anaknya yang terpaksa membesar tanpa belaian ibu mereka.

Di luar pengetahuan Mayada, ibunya, berusaha membebaskan anaknya itu daripada tahanan polis rahsia dan menggunakan setiap saluran bagi membebaskan Mayada dari Baladiyat termasuk membuat panggilan telefon ke pejabat Saddam yang akhirnya memberi sinar baru kepadanya.

Setelah dibebaskan, Mayada diberitahu sembilan lagi pengusaha kedai cetak turut ditangkap atas alasan yang sama dengannya. Selain itu, Mayada juga terpaksa membayar sejumlah wang bagi membebaskan anak perempuannya, Fay yang dijaga Mamoun ketika beliau menjalani tahanan dan tidak sabar untuk menziarah kubur bapa serta datuknya bersama-sama anaknya. Mayada turut berusaha membebaskan tahanan wanita lain di Sel 52 termasuk Samara di samping mencari kehidupan lebih menjanjikan dengan meninggalkan Iraq bagi membina hidup baru di Jordan walaupun diberi amaran untuk tidak meninggalkan Iraq.

4 comments

Anonymous
19:05

nanti sat aku datang balik...

mohon mawar beduri dapatkan buku ini. kemudian saya pinjam. kehkeh.

isinya 'berat-berat' belaka. tapi pasti sarat dgn 'ilmu' di dalamnya.

menarikk :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...