Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Wednesday, 25 April 2012

Takkan Meninggalkanmu

Sayup atas batas sawah, seekor lembu comel beranak 8 bernama Qaisara melangkah gagah, menghayun kepalanya kiri dan kanan, menuruti langkah 2 pasang anak kecik berumur 8 tahun yang sedang enak menikmati gula gula lolipop. Orlando menjilat rakus lolipop, sampai berkaler kaler baju pagoda ayahnye yang ditapau dari ampaian, akibat lelehan air liur bercampur warna lolipop. Dill masih makan sopan sopan, memang sifatnyer mcm tu, sopan santun dan suke menemani Orlando ke mana sahaja. Kadang kadang Dill tergelak melihat mulut Orlando comot comot, dari makan nasik sampai la makan penampar, comot sokmo si Orlando ni.


"Orlando! nanti dah besar nak pergi jalan jalan mane?"


"Gua nak pergi German la Dill..."


"Wat pe pegi German Orlando? Duk kampung sudah la"


"Gua nak main bola kat sane, gaji mahal, bleh jalan jalan tengok ikan lelumba"


Dill tarik muka, senyuman yang terukir mula hambar, mata bertakung air jernih, sampai hati Orlando.


Orlando melangkah laju, buat buat tak tau, sambil tangan pegang erat tali si Qaisara yang dipasang kat leher, siap ade loceng ais krim Orlando letak kat leher Qaisara. ting ting bunyi nye.


Orlando perasan yang Dill dah takde kat sebelah,tertinggal kat belakang, Dill duduk tepi titi yang merentangi anak air yang jernih, kelihatan 2-3 ekor berudu berenang dengan sekawan jentik jentik aedes.


Orlando patah balik, mencangkung sebelah Dill, kelihatan Dill menangis teresak esak...


"Dah dah Dill jangan nangeh, nanti Gua bawak Lu sekali, takde nyer Gua tinggalkan Lu"


"Jangan jauh dengan kite" Dill pandang Orlando sayu.


"Tak tak, kite takkan jauh, sentiasa dekat ngan die, ade dengan Lu sampai bila bila"


Petang tu, Orlando bawak Dill naik belakang Qaisara, hantar depan tangga rumah Dill...


"Nanti kite pergi German sama sama Gua takkan tinggalkan Lu"


Orlando bisik pelan pelan, Dill senyum lebar ke telinga.

6 comments

jom gi german... tengok bola jom... hoho... tapi dll belanja...

nak join...nak join...

owh, cite lando ~

ok so sweet.. buat novel je lah! pastu hantar kat penulisan 2u..hehe

ikut dari belakang,

apa ke hal korang dating tengok lembu beranak? eeeeeeeeeeeeeeeeeee... tak romantik langsung ah....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...