Bakri mula mendapatkan dia yang masih tersadai di kerusi
malas, ketika itulah dia terpandang radio usang yang ada di atas meja. Radio
itu masih lagi memainkan lagu-lagu keroncong, Bakri semakin aneh.
“Dari
mana kau dapatkan radio itu?” Bakri bertanya.
“Aku
beli 4 hari lepas di pekan, baguskan?”tanya dia.
Bagus,
apa yang dimaksudkan dengan bagus oleh dia!?. Tiada yang bagus yang ada pada
radio usang itu. Jika radio usang itu adalah sebuah hi-fi, mungkin ada juga
bagusnya kerana terbukti yang radio itu punya fungsi yang pelbagai, tidak
seperti radio usang itu cuma punya sifat sentimental yang tidak bisa dilihat
oleh Bakri.
Halaukan
dia pergi, bisikkan itu kedengaran pergi. Kenapa mahu kau kusutkan kepala kau
dengan kehadiran lelaki ini, kan lebih baik kau hanya bersama aku, mendengar
lagu-laguku. Bisikkan itu cuba menghasut lantas menyesakkan akal fikirannya.
Dia jadi makin keliru, apakah benar apa yang didengarnya itu ataupun ia
hanyalah imaginasinya semata-mata.
Wajah
Bakri ditatap tajam, seakan tertarik dengan bisikkan itu dia melemparkan
pandangan yang kurang enak ke arah Bakri. Seperti mahu menerkamnya, seperti
mahu menghapuskannya. Halaukan dia, bisikkan itu masih lagi menghasut.
“Aku
rasa lebih baik aku pergi”, Bakri yang seakan tahu dengan pandangan itu meminta
diri, tidak mahu terjerbak ke dalam situasi yang lebih dalam lagi. Sempat Bakri
mengingatkan dia agar menyiapkan novel yang sudah 3 minggu terbengkalai itu.
Dia hanya mendengus sebaik saja Bakri hilang di balik pintu.
‘Kau
sayangkan aku?’ bisikkan itu bertanya.
“Mestilah,
jika tidak takkan kau akan ku beli”
‘Sejauh
mana kau sayangkan aku?’
“Sejauh
mana yang kau mahu?”
‘Sejauh langit
dan bumi, tapi jauhkah langit dan bumi?’
“Hmm,
aku fikir jauh”
Dia
tergelak sendiri sambil tangannya mengusap lembut badan radio itu dengan kain
berbunga merah yang ada di tangannya.
‘Kau
lapar?”
“Tidak,
mendengarkan lagu-lagumu, aku tidak bisa jadi lapar”
‘Sayang
sungguh kau kepada aku ye?’
“Mestilah”.Dia
tersenyum lagi.
Begitulah hari-harinya kemudian. Tubuhnya semakin kurus
kering, tidak mahu makan, tidak mahu minum. Tangannya cuma suka memeluk radio
usang itu. Tiada lagi cahaya yang memenuhi ruang bacaan melainkan alunan lagu
yang tiada henti. Dia benar-benar disumpah, melupakan kehidupannya, mencintai
radionya.
“Bagaimana
dia boleh gila begitu?” Bakri sayu bertanya doktor yang ada di depannya.
“Dia
gila kerana mencintai radionya”
****
****
Hari ini hari minggu. Seperti hari-hari yang lain tauke
kedai peralatan itu meletakkan sebuah radio usang di ruangan depan kedainya.
Tujuannya cuma mahu menghias, tiada maksud lain. Tetapi sebaik saja radio itu
diletak, masuk seorang pemuda bertanya.
“ Sudah
ada pemilikkah radio itu?”
Tauke itu memandang tajam lantas dia tersengih.
“ Sudah
kerana ia milik kamu.”
Pemuda tadi tersenyum gembira. Hari-hari kembali seperti
biasa, penuh cinta dan rasa sayang hanya pada sebuah radio usang.
TAMAT
3 comments
ni cam cite seram yg ko cakap kat aku ritu kan???
aku tak sambung2 ag kisah bersiri... ahaha
Bila nk sambung ni...
ni lah yg akhir