Dup dup…
Dup dup...
Saleh telan liur. Gemuruh. Debarnya lain macam. Jarang sekali dia ditinggalkan cuma berdua di satu ruang. Berdua dari jenis berbeza. Jenis Cinta dan Rangga, jenis Mars dan Venus.
Rileks, sesi ni sekejap je monolog Saleh.
“Nama saya Siti Saleha”
Saleh angguk senyum. Kontrol jaka. Disebabkan dia berasal dari sekolah berasrama tanpa perempuan, dia gampang kekok bila seorang-seorang begini.Tapi, pertemuan kali ini bukan kebetulan.Baru beberapa minggu lepas dia pinta Khai pertemukan dia dengan Saleha. Sekarang, janji Khai terlunas.
Nama kita ada kimia. Benar Tuhan itu mampu hantar cinta ke mana sahaja...Destiny, bukan kebetulan semata...
“Saya Saleh” balasnya sopan.
Sejuk hawa mula terasa. Bilik kecil Fakulti Komunikasi dibina unik. Kaca sehalanya cuma benarkan orang di dalam melihat ke luar. Kalau dilihat dari luar, legam.
Saleh jeling Saleha. Saleha balas melirik. 5 minit berlalu begitu sahaja.
___
10 minit sebelumnya, Khai gerak Saleh dari qoilullah.
“Bangkit weh... makan jom...”
Mamai-mamai dia ke bilik air. Kumur mulut, cuci muka, pandang cermin. Ahh, hensem macam biasa. Dua sahabat bergegas ke parkir. Motor dihidupkan. Saleh bonceng Khai.
Separuh perjalanan, Khai menyimpang masuk ke Fakulti Sumber Manusia.
“Kau nak makan kat kafe mana!?” soal Saleh kebingungan.
Biasanya mereka makan di kafe yang menawarkan buah percuma. Pisang contohnya. Klise hari Jumaat. Tapi, Khai melencong.
“Kawan aku nak minta tolong. Nak pakai orang untuk projek grup dia... ala macam temuramah ringkas je... lepas habis ni, kita pergi makan... aku belanja air...”
“Air je?”
“Amboi, air cukuplah...”
Sedar-sedar, Saleh berhadapan Salehah.
___
“Siapa yang bawa awak ke sini?”
“Khai, apa yang boleh saya bantu?” jawab Saleh pendek.
“Oh, pasal projek tu, awak dah bersedia?”
Saleh angguk. Sekeping kertas dihulurkan kepadanya.
“Tapi, projek ni pasal apa? Khai tak bagitahu apa-apa...”
“Projek kami tajuknya – Study of short term memorization by rapid repitition.”
Saleh kerut dahi.
“Dalam masa 3 minit, sila hafal dan bacakan semula ayat pada kertas yang saya berikan pada awak tadi. Awak boleh mula sekarang.”
Haih! Saleh merengus kaget. Kepalanya digeleng sambil tertunduk. Peluhmerenikdaridahigugurkepehanya.
Di atas meja sebelah luar, diari Saleha terselak ditiup angin. Tertulis; Bakal pakwe mestilah ada kimia dengan Al-Quran.
Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.
UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
12 comments
hahaha
simple tp best
terbaekklah cerita.bole wat novel!kimia itu perlu kan? mungkin pemilik tulang rusuk barangkali:-)
hahhha, kiut
cuwitnyaaa..
tentang keserasian ek... comel :D
Assalamualaikum Iffa,
Wah ada novel online ye...bestla mcm ni...cuma sedih skit lah Iffa tak nk follow blog kami :-(
www.mylovely-cats.blogspot.com
tq
*senyum*
olololooooooooo aiiii :D
hehehe.. kalau seorang lelaki tu ada kimia dengan Al-Quran, lelaki itu sebenarnya lebih layak menjadi seorang suami..
wahh boleh dijadikan novel ;)
best best :)
haha terbaik.. :)