Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday 2 June 2012

Reviu DOSA - FIXI


Pertama, aku nak ucapkan terima kasih kepada Dill kerana tolong aku beli buku Dosa FIXI ini dekat Book Fair di PWTC hari itu, memandangkan aku tinggal jauh dari tempat yang sepatutnya kena beli.

Kedua, mari aku rumuskan pasal buku Dosa ini. Buku ini ditulis oleh warga Indonesia. Penulis Nuril Basri yang bercita-cita menjadi model. Kau bayangkan penulisnya bercita-cita menjadi model, betapa cunnya penulis ini. Buku ini ada diterjemahkan dalam bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu dan mempunyai makna ayat yang dilampirkan di hadapan buku sebelum masuk ke bab pertama.

Ketiga, pada pendapat aku. Buku ini membuka mata orang-orang seperti aku tentang apa itu kehidupan. Mungkin ya, aku sentiasa dikawal ketat oleh keluarga hinggakan aku jadi penakut untuk melihat atau mencuba sesuatu. Di sini, kamu akan jumpa seorang remaja lelaki bagaimana dia mencabar dirinya untuk membuktikan bahawasanya dia boleh menjadi matang tanpa bantuan keluarganya sendiri. Berjumpa dengan rakan yang bawa dia dari dunia budak kampung ke dunia yang penuh dengan materialistik. Saat bagaimana dia memperoleh wang, memikir jalan singkat untuk menyara hidupnya, sehinggalah hidup penuh glamer sehingga memegang gelaran 'Bidadara'.

Keempat, dalam buku ini, kamu akan jumpa ragam manusia. Suasana sekolah pondok, kamar tidur, atau pergaduhan antara sekolah dapat aku imaginasikan. Memang saat aku membaca, tangan aku bersedia untuk menyelak muka surat seterusnya dan biji mata aku asyik ke kiri dan ke kanan. Khusyuk punya hal.

Kelima, yang eloknya, sesudah kau membaca bagaimana remaja tersebut menjadi matang, masuk pula elemen bagaimana Dosa itu senang saja nak buat, walaupun ada kesedaran, tidak kiralah kau sekolah agama sekali pun. Bilamana nafsu menjadi tiang untuk kau berpaut, agama kau ketepikan walaupun kau tahu benda yang kau buat itu Dosa.

Keenam, yang pastinya, penulis Nuril ini bijak membuat cerita. Mempunyai penutup yang baik bagi aku. Kesedaran. Cukup buat aku tersenyum saat aku tutup buku ini.

Untuk membaca bab pertama, tekan sini. Baca, hayati setiap ayat dan selamat datang ke dunia Dosa.

Untuk mendapatkan buku ini, bolehlah melayari ke kedai FIXI.

Salam akhir, Selamat berFIXI!

8 comments

Ini review yang sangat bagus! Terima kasih sudah membaca #dosa

-NN

Dosa!! best..

pesta buku tempoh hari,aku tidak dapat menjengah ke ruangan FIXI lantaran masa tidak mengizinkan.mungkin aku akan cuba mencarinya di KLCC nanti.

membaca riviewnya saja sudah cukup untuk membuatkan aku rasa teruja ingin memilikinya.....

Aaaa... tak sabar nk cari tapi aku kena tunggu buln 7 baru boleh kuar.. waaa..

@nanawrote tahniah kerana sudah membacanya! hehe.

@Adylia Qarissa kan. kan. kan. hehe.

@Pembunuh Tanpa Bayang kamu harus memilikinya. membuka mata dan yang paling penting, ada nilai di sana.

@reenapple sabar reen. ada sebulan lagi. bersabar. hehe.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...