Batuk kering Salmah sudah semakin menjadi-jadi. Menurut
doktor, jika tidak diubati mungkin ia akan membawa mudarat. Namun apa dayanya
Salmah ketika itu, sesungguhnya dia lansung tidak mampu untuk membayar
perubatan yang mahal-mahal, dia bukannya orang senang. Setelah pemergian Nizam,
yang tinggal hanyalah simpanan dua ratus ringgit, khas untuk perbelanjaan
sehari-harian Salmah anak beranak. Dia tidak ada benda yang lain boleh
digadai-gadai di kedai. Dia tidak juga ada tanah yang boleh dijual-jual kepada
tauke-tauke cina yang ada dipekan. Dia tiada apa. Hidupnya kini hanya dengan
berkerja sebagai tukang jahit di kedai jahit Mak Limah yang ada di pekan.
Apalah sangat gaji yang diterimanya jika tiada tempahan yang diperolehi.
Terkadang dia harus berikat perut, dan terkadang juga dia harus menahan nafsu
dari membeli benda-benda yang remeh walaupun hatinya begitu menginginkannya.
Begitulah hidupnya kini. Tiada yang mudah setelah kehilangan Nizam.
“Kau pasti Sal...kau pasti yang kau nak serahkan
anak-anak kau pada orang?” tanya Ros kepadanya buat kesekian kalinya. Salmah lansung
tidak menjawab, dia hanya merenung keluar tingkap. Seperti mengesali apa yang
telah terlintas difikirannya ketika itu. hatinya berkecamuk. Apa benarkah jalan
yang dipilihnya itu. dia lansung tidak pasti.
“Aku tahu kau sakit, tapi takkan sampai kau nak serahkan
anak-anak kau pada orang lain...”Ros masih tak puas hati bila soalannya tidak
berjawab. Direnung wajah Salmah yang semakin cengkung. Dia sedikit simpati,
tetapi simpati saja tidak bisa mampu membantu Salmah. Itu sudah pasti.
“Aku dah tak lama Ros...bila-bila masa saja aku akan
dijemput...”
“Apa yang kau merepek ni!” marah Ros. Tidak sedar, air
matanya juga sudah mengalir.
“Kau sendiri dah dengar kan apa yang doktor tu cakap.
Tanpa pembedahan, bila-bila masa saja aku akan pergi. .” Salmah terbatuk kecil,
“jadi, kalau aku dah pergi, siapa pula yang akan jaga anak-anak aku tu..”
Salmah menyoal lembut.
Ketika itulah kedengaran suara anak laki-laki Salmah
menjerit-jerit kecil di atas tanah. Bermain barangkali. Ros yang terganggu
dengan jeritan itu mula mengalihkan pandangannya ke luar pintu. Terpandang akan
anak laki-laki Salmah yang sedang duduk di atas upih, ditarik oleh Khalil, anaknya.
Dia tersenyum hambar.
“Aku akan jaga,” tegas Ros
“Kau tak mampu Ros...kau tak mampu. Aku tak mahu
anak-anak aku menyusahkan kau. biarlah aku berikan pada orang lain.”
Ros termanggu sebentar. Seperti memikirkan sesuatu.
“Kau jangan risau Ros, dah ada orang yang akan jagakan
anak-anak aku tu...” Salmah terbatuk lagi, kali ini lebih kuat bunyinya. Sempat
Salmah menutup mulutnya dengan telapak tangannya yang kurus, takut-takut ada
darah merah yang terhambur keluar.
“Siapa? Pada siapa kau nak bagikan anak-anak kau tu?” Ros
rasa tidak senang hati. Takut-takut pilihan keluarga yang dipilih oleh Salmah
tidak memenuhi kehendak yang sepatutnya. Kalau boleh, Ros mahu anak-anak salmah
ditempatkan di dalam keluaraga yang baik-baik. Bukannya yang suka mendera atau apa
pun.
Dia tidak sanggup melihat anak-anak yatim yang didera. Sesungguhnya tidak.
“Aku dah fikirkan..aku akan berikan pada Tuan Bakri,”
terang Salmah ringkas.
“Tuan Bakri...Ros cuba mengenali nama itu “Tuan Bakri
tauke ikan tu ke?” tanya Ros lagi. dia seakan terperanjat.
“Hmmm...” Salmah mengangguk perlahan. “Hari tu dia dan
isterinya ada datang ke mari selepas pemergian Nizam. Dia kasihan melihat aku
dan anak-anakku. Jadi dia bercadang mahu mengambil salah seorang dari anakku
yang sulung untuk dibuat anak angkat. Itupun jika aku bersetuju.”
“Seorang!” Ros terjerit kecil. “Jadi bagaiman dengan yang
kecil ini?”. Salmah memalingkan mukanya memandang si kecil yang tidur di dalam
buaian. Ros mula dirundum hiba.
Salmah kembali termenung. Tiada suara yang terkeluar. Itu
membuatkan hati temannya itu menjadi gusar. Apa saja yang difikirkan oleh
salmah, itu dia tidak tahu.
“Mungkin aku akan hantarkan dia ke rumah anak yatim...”
Terperanjat Ros mendengar luahan temannya itu. tidak
sangka begitu sekali perkara yang bermain di minda wanita itu. sedangkan si
abang diberikan hak kepada orang kaya yang tinggal di bandar, masakan pula si
kecil ini mahu diletakkan di rumah jagaan anak yatim. Itu tidak boleh...tidak
boleh sama sekali. dia perlu melakukan sesuatu.
“Sal, kau sendiri tahu kan. Aku sudah lama inginkan anak
perempuan. Tidak salah rasanya kau berikan anak kau itu padaku. Biar menjadi
teman kepada Khalil, anakku,” Ros memujuk.
“Aku tak mahu menyusahkan kau dan suami. Kau sendiri
faham bukan,” Salmah menerangkan.
“Tak mengapa, aku pasti yang suami aku akan sukakannya.
Lagipun, suamiku kan berkerja gomen. Aku pun ada membuka kedai makan di pekan.
Jadi aku bukanlah dalam kategori orang susah bukan...setujulah. biarkan si
kecil ini aku yang menjaganya,” Ros terus-terusan memujuk. Salmah yang tidak
bisa berkata apa hanya tersenyum. Mungkin
sudah takdir si kecil ini akan diasuh oleh Ros dan keluarganya. Walau
bagaimana dia mengelak pun, akhirnya si kecil ini akan jatuh juga ke tangan
Ros. Dia tahu Ros akan menjadi ibu yang baik kepada anak kecilnya. Itu sudah
pasti. Dia tersenyum di dalam hati.
bersambung..
1 comment
nyue singgah & jadi follower yg ke 327..hope sudi singgah blog nyue :))
novel ag...nyue xpernah baca ag novel ni..ehehhehe....
cam best