Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Wednesday, 21 November 2012

Kau Bukan Pengganti

Episod 1

"Ehem, bangun subuh." garau suara  mengejutkan aku bangun solat. Dia dah berkain pelikat dan siap berkupiah bert-shirt round neck nya. Ringkas dan memenangkan. Mata bertembung, jantung bergetar...wajah yang ku rindu. Lembut pandangan matanya.

"Izwan...morning sayang." aku bersuara girang. Subhanallah bangun pagi dapat menatap wajah kesayangan sangatlah membahagiakan diri ini.

"Wei, aku Izhar la. Cepat bangun, kita solat berjemaah." Suara garau itu pergi dan berpaling menuju ke atas sejadah yang terhampar sambil memberikan jelingan tajam. Ye, jelingan kebencian buat aku yang terpisat-pisat sendirian. Aku tersedar dari khayalan, rupanya bukan arwah, dia suamiku. Insan yang membenciku selamanya. Segera aku bersugi dan berwuduk dan menjadi makmum kepada suamiku.

Selesai solat aku mengaminkan doa, segera melipat sejadah dan baru nak bangun Izham menghulurkan tangan. Perlukah bersalaman lepas solat seperti pasangan bahagia? aku hanya menyambut tangannya dan segera berlalu pergi. Tak sanggup berhadapan dengan jelingan tajam dan rengusan kasar Izhar.

"Morning mama, nak masak apa untuk sarapan pagi?" ku sapa mama yang sedang mengupas bawang di dapur. 

"Pagi Mia, rasanya nak masakkan nasi goreng kampung kegemaran suami Mia tu. Dia ni kalau nasi goreng kampung bertambah-tambah makannya Mia." cerita mama dalam gelak tawanya. Mama seorang ibu yang lembut dan penyayang. Entah mengapa perwatakan mama  yang lembut berbicara buat aku terkenangkan arwah. Senyuman mama buat mataku terpandang Izwan. Wan..rindunya hati ini tuhan yang tahu.

"Mia, kenapa ni,pagi-pagi bersedih. Bergaduh dengan Izhar ke?" mama menyoal.
"Err, takla mama. Mia terkenangkan arwah. Rindunya hati ada dia ma!" berjuraian air mataku tatkala nama arwah ku sebut. 
"Mia, jangan macam ni sayang, mama pun sedih. Tapi mama tau mama perlu kuat. Kamu kuat ye sayang. Sebab sayangkan kamulah mama nak kamu jadi menantu mama juga walau bukan dengan Izwan. Sebab mama nak luka kamu terubat dengan hadirnya Izhar. Tak banyak beza antara mereka Mia, belajarlah menyayangi Izhar. Mama yakin Mia akan bahagia." mama menggenggam tanganku erat. Segera aku kesat juraian air mata yang mengalir laju merentasi pipi gebuku.

"Ada orang mati ke pagi-pagi ni semua nampak sedih?" Izhar menyoal dengan wajah pelik sambil menghadiahkan aku renungan tajam. Segera aku mengambil sayur kacang di peti sejuk dan memotong untuk nasi goreng nanti. Berdebar perasaan bila melihat jelingan kebencian Izhar untukku. Sentah sampai bila harus aku lalui semua ini. Tersepit dalam kebaikan mama dan terhimpit dalam wasiat tunangku Izwan.

"Izhar, jaga Mia baik-baik ye sayang. Mama sayangkan Mia macam sayang kamu juga. Mama yakin dia dapat bahagiakan Izhar dan mama yakin Izhar dapat berikan kasih sayang buat dia. Janji dengan mama ye?" mama seakan merayu kepada Izhar.

"Ma..Mia tu isteri Har. Takkan Har nak abaikan dia pula kan? ma jangan risau ye?" Izhar memeluk mama seeratnya. Aku hanya jadi pemerhati. Sayu dan hiba. Malah lebih hiba lagi bila aku tahu dia tak ikhlas melafazkannya. Aku hanya mampu berserah pada takdir. Andai suatu hari nanti takkan terbuka pintu hati Izhar menerima diriku sebagai isteri aku relakan dia mencari seseorang yang dia sayang. Sekali aku melangkah, aku takkan berpatah ke belakang. Aku percaya jodoh dan ketentuan dari Allah buatku ada hikmah di sebaliknya.

*****
Pejam celik dah seminggu aku dan Izhar bernikah. Izhar merancang nak bawa aku berpindah ke rumahnya petang ni. Siap mengemaskan barang sendiri aku rasa lega. Mujur tak semua barang kepunyaanku dikeluarkan dari beg. 

"Awak nak saya kemaskan barang awak?" aku meminta kepastian Izhar.
"Erm, tak perlu kot. Saya tak bawa banyak barang pun ke sini. Satu beg kecil je. Memang banyak baju saya tinggal sini."aku hanya mengganguk saja. Kalau beria nak kemas nanti dia mengamuk aku yang susah. Walau kehidupan kami nampak mesra di luar bilik tetapi kami masih bawa haluan masing-masing walau sikap Izhar tak sekasar dulu. Dia dah mula membiasakan diri saya tidak beraku-aku seperti awal pernikahan dahulu.

Tak dengar bentakan dan amukan dia pun hatiku dah cukup tenang. Tak sanggup rasanya melihat jelingan penuh kebencian dari suamiku itu. Suami? mungkin dia tidak anggap aku isterinya, namun jauh di sudut hati aku tahu aku wajib taat dan menguruskan semua keperluannya walau tiada kasih buat dia sebagai suami. Hanya ketaatan saja aku berikan kepadanya sebagai memenuhi tuntutan syarak. Aku tak mahu hidup dalam menderhakai suami sendiri. Perit apa yang aku lalui namun aku tak tahu kepada siapa harus aku luahkan. Kepada siapa patut aku kongsi semua duka yang mencalar hati.

Kalau diikutkan hati ingin saja aku bawa diri jauh dari sini. Pergi jauh dari suami yang membenci atau ikut jejak Izwan yang aku rindu....astaghrifrullahalazim!!!! mengucap Mia, mengucap!

bersambung....




3 comments

bila sambungannya?? :O

Izhar ego tue sebab dia mesti takut Mia cintakan dia kerana wajah yang sama dengan arwah kan

Best...tp tgh syok layan..bersambunng..hu3

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...