Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Monday, 5 November 2012

janji yang pergi #1






Prolog

Marissa menangis lagi. kali ini dia menangis bukan kerana status keturunannya, tetapi dia menangis kerana pemuda yang amat dicintainya. Dia tahu, tidak layak baginya sebagai hamba kepada Allah yang maha Esa merindui seorang pemuda yg bukan mahramnya, bukan milikya. Tetapi akalnya tidak dapat menolak dari terus merindui pemuda itu. di setiap bayangnya hanya terlukis nan indah wajah pemuda itu, senyumannya, tawanya bahkan bicaranya yang petah dalam berkata-kata. Masakan dia mampu melupakannya. Tidak ya Allah, sesungguhnya tidak. Setiap saat, Marissa berdoa agar dia dapat melupai dan setiap kali dia mencuba pasti hatinya sakit seperti ditusuk panah yang tajam. Hati, oh ya hati. Kerana kaulah aku masih tidak bisa melupakan pemuda itu, kerana kaulah aku tewas akan bisikan iblis.  Kau kejam wahai hati. Kalau tubuhku ini bisa membuangkan kau jauh-jauh, pasti akan ku buang kau wahai hati ke lautan dalam jauhnya. Tapi aku sedar yang itu tidak bisa mungkin terjadi. Hati tetap akan berada di situ, di tempatnya. Di dalam tubuh yang sudah kaku merindu...pemuda itu.



Bab 1

Salmah memandang jauh ke tengah laut. Setitis air yang mengalir dipipinya diseka dalam sedar, dia meraung lagi. meraung yang hanya dirinya saja yang bisa mendengar. Pemergian Nizam yang secara tiba-tiba telah meruntuhkan jiwanya. Tidak sangka, dunia yang baru dibinanya bergoncang dek arus yang tidak tenang. Laut mungkin tidak selari dengannya, mungkin kerana hukum alam, dia kini sudah bergelar balu muda beranak dua. Adakah ini ujian Tuhan buatnya. Ujian apakah ini? tidakkah Tuhan mengasihani dia. Sementelah dia masih muda dalam mengenal erti hidup dan bahagia, yang tinggal kini hanyalah penderitaan bersulam duka.

Salmah masih lagi menyeka air mata yang semakin menghujani pipi cengkungnya. Sesekali, bayu laut seakan-akan mengusapi pipi mulusnya dan itu membuatkan dia berasa rindu. Rindu akan Nizam, suaminya yang amat dikasihi.

Di tengah lautan, bot penangkap ikan sedang terumbang ambing dipukul ombak. Salmah jadi suka melihat bot yang semakin dekat ke pelabuhan. Harap-harap, suami yang dikasihi muncul dari atas bot, malangnya itu tidak mungkin berlaku. Nizam sudah tiada. Dia harus menerima hakikat itu. Nizam sudah tiada, bentaknya di dalam hati.

“Ibu tak mahu pulang?” seorang anak kecil laki-laki menegur Salmah dari alik belakang. Salmah yang masih dibuai lamunan lansung tidak mempedulikan. Dia masih asyik memandang lautan yang luas. Jiwanya terasa tenang.

“Adik lapar, abang pun lapar...” anak laki-laki itu memujuknya. Salmah yang terganggu dengan pujukan lembut itu membuatkan dia tidak senang duduk. Dia memandang anak laki-laki itu sepintas lalu. Ada senyuman yang terukir lembut. Dia berusaha untuk menunjukkan wajah yang gembira.

“Abang lapar ye?”

Anak laki-laki itu menggangguk.

“Jom, kita balik. Nanti ibu masakan lempeng santan untuk abang dan adik. Abang suka tak?” tanya Salmah lagi.

“Suka!” anak laki-laki itu terjerit kegembiraan.

Ketika itulah, Salmah menghulurkan tangannya kepada anak laki-laki itu. tangan mulus itu disambut dan dipimpin meredah lautan pasir menuju ke perkampungan yang ada di tepi laut. Saat itu, bibir kering Salmah menyanyikan lagu air pasang pagi dengan ceria lalu diikuti oleh anak laki-laki itu. mereka kelihatan sangat ceria, walaupun pada dasarnya, Salmah menyulam luka yang mungkin tidak sembuh selamanya.


bersambung...

6 comments

Suka datang sini. Dapat baca cerita ;-)

x sabar nk bace.sekarang bz x sempat lg :)

start dari sini ke?

umi ikha nih mmg penulis ka?? alahaii tak sedar pulak sebelum nih.

@Deq's Qienz

huhuhu, biasa2 jek deqs

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...