Masih tinggal beberapa
minit sebelum majlis akad nikah berlangsung. Aisyah meliar pandang mata. Sekejap
menyinggah ke wajah ibu. Sekejap menyinggah ke wajah Johan. Dan terus
pandangannya luas ke wajah-wajah tetamu yang datang bertandang.
"Pengantin perempuan sudah bersedia? Sekejap
lagi, kita akan..........."
Tidak semena-mena,
berlaku kekecohan di antara kemeriahan. Kehadiran beberapa anggota polis dan
kereta peronda, menarik perhatian. Langkah mereka pantas hingga ke muka pintu.
Suasana menjadi sunyi seketika. Ibu Aisyah yang sejak dari tadi tidak sudah
berasa gundah, segera berkejaran mendapatkan salah seorang pegawai polis yang
datang.
"Maafkan saya puan. Mungkin kehadiran kami
tidak kena pada masanya. Tapi, inilah yang sepatutnya kami lakukan. Kami terpaksa
menahan Cik Nur Aisyah Binti Abdullah untuk membantu siasatan kami terhadap
kehilangan Encik Mohd. Haikal Bin Hamdan,"
Ibu Aisyah membeku di
situ. Apa yang ditakuti selama ini akhirnya terjadi. Aisyah akhirnya akan dibawa
pergi dengan tangan bergari. Meninggalkan sejuta tanda tanya pada sesiapa pun
yang hadir ke majlis ini. Dan Aisyah, tidak memberi apa-apa reaksi melainkan
pasrah menyerah diri.
"Kenapa ni Encik? Kenapa gari tangan tunang
saya ni? Aisyah? What’s wrong?"
Soal tanya Johan
dibiar tergantung. Biarpun lelaki itu tidak keruan, mencari-cari jawapan.
Bersambung....
4 comments
Suka baca cerita kat sini.
leka aku membaca
salam lady.*
Kena read dari mula ni.nampak best je!
Pekabar di pg jumaat ni?
la rase tak saba lg