Raudhah
termenung. Berangan mungkin juga. Mengenangkan kejadian yang berlaku tengahari
tadi. Mukanya jelas kelihatan kusut. Kusut kerana terjerat dengan mamat yang
tak reti bahasa. Tidak dinafikan, pada awal dahulu, hatinya sedikit berbunga.
Namun peristiwa di Giant tempoh hari membuta hatinya sakit dan meluat. Dia
benci.
“ Mengelamun. Ada
masalah ke cik kak?” Tegur Sabridah di muka pintu. Raudhah yang tidak menyedari
kehadiran Sabridah tersentak.
“ Tak ada
apalah.” Jawab Raudhah lesu.
“ Tipulah. Muka kau
terang-terang bagitahu aku yang kau ada masalah. Apadia? Ceritalah. Mungkin aku
boleh tolong.” Pujuk Sabridah sambil meletakkan secawan Nescafe panas di atas
meja. Untuk Raudhah.
“ Entahlah Sab,
aku tak tahu nak cerita macam mana.”
“ Minum dulu. Tarik
nafas dalam-dalam, lepas itu kau cerita.”
Raudhah menurut
saranan Sabridah. Nescafe panas yang disediakan di hirup perlahan. Kemuadian
dia menceritakan masalahnya kepada Sabridah dari A hingga Z. Dari kejadian
beberapa bulan dulu hinggalah peristiwa hari ini. Sedikit tidak ditinggalkan.
Sabridah yang
mendengar keseluruhan cerita Raudhah terdiam.
"Jadi, kau
betul-betul pasti budak itu memang anak dia?” Tanya Sabridah.
" Entah,
err...ya kot.”
" Kot? Jadi,
kau main serkap jarang sajalah ni ye?” Tembak
Sabridah. Raudhah hanya tersengih.
"Tapi dari
cerita kau dan nada penceritaan kau, aku dapat simpulkan sesuatu.” Sambung
Sabridah dengan senyuman nakal.
"Apadia?”
Raudhah tidak sabar.
"Aku rasa,
kau suka mamat tu kan? Dari nada kau cerita, nampak sangat kau kecewa dan sedih
bila nampak mamat sengal kau tu dengan anak tak pasti dia tu kan?”
"Sab!!!!”
Sabridah ketawa,
manakala Raudhah sudah merah padam mukanya.
****
Sabridah keluar
dari dapur. Makan malam sudah selesai disediakan. Dicari si suami yang dari tadi diam khusyuk
menonton berita di televisyen.
"Abang.”
Panggil Sabridah sambil duduk di sisi suaminya.
"Ya, ada apa
yang?” Sahut Aaron. Mata yang dari tadi terfokus ke arah televisyen bertukar
sasaran.
"Jom
mengumpat.” Usik Sabridah
"Hah?”
"Haha, tak
adalah. Saya ada cerita nak
bagitahu abang ni. Pasal Raudhah.” Sabridah menahan ketawa melihat muka suami
yang di usiknya.
"Oh, usik
abang ye? Babap kang. Cerita
apa?” Balas Aaron sambil ketawa kecil.
Sabridah mula
ketawa besar. Lalu, dia menceritakan kisah Raudhah dengan lelaki misteri yang
selalu mengejarnya. Sabridah yang memang handal bab bercerita, menceritakan
dari mula sampai akhir perihal yang dialami Raudhah. Aaron pula, khusyuk
mendengar melayan si isteri bercerita. Sesekali dia ada menyampuk.
"Macam pelik
je kes si Raudhah ni, yang.” Komen Aaron usai isterinya bercerita.
"Pelik?
Memang pelik bang. Orang yang tak kenal tiba-tiba datang kejar kita. Seram.
Entah-entah orang gila ke apa.” Balas Sabridah.
"Bukan, abang
rasa pelik. Sebab macam pernah dengar cerita ini. Tapi versi lain lah.” Sambung
Aaron sambil berkerut dahi.
"Hah? Versi
lain? Tak fahamlah saya bang. Cuba abang cerita betul-betul.” Sabridah tak
sabar ingin tahu. Maka, Aaron mula bercerita. Kisah mengenai Hadi dan perbualan
mereka.
" Apa? Biar
betul ni bang.” Sabridah terkejut.
"Betul,
itulah yang Hadi cerita pada abang.”
"Astafirullah
’alazhim.” Sabridah beristighfar dan mula ketawa terbahak-bahak selepas itu.
Aaron, suaminya juga ikut ketawa. Dalam kepala Sabridah, ada rancangan yang
bakal dilaksanakan.
***
"Di, esok
malam kau free tak?” Tanya Aaron di muka pintu bilik Hadi. Hadi yang sedang
menyemak tugasan pelajar-pelajarnya tersentak.
"Esok hari
apa?” Soalan berbalas soalan.
"Khamis.”
"Oh, kalau
begitu, aku free lah. Kenapa pek?” Jawab Hadi sambil tersengih. Apek, nama
panggilan manja Hadi kepada Aaron dan mereka selalu bertekak mengenai itu
kerana Aaron tidak menyukainya. Kata Aaron, panggilan itu membuatkan dia
terbayangkan dia seperti apek menjual sayur.
"Apek wak
lu. Kalau macam tu, malam esok lepas isyak kau datang rumah aku. Aku buat
makan-makan sikit.” Terang Aaron. Waktu itu dia malas melayan usikan Hadi.
Dalam kepalanya sibuk memikirkan mengenai persiapan malam esok.
"Makan-makan?
Okey. InsyaAllah esok malam aku sampai. Kenduri apa kau buat ni? ”
Tanya Hadi lagi.
"Err, aku
buat kenduri doa selamat sikit. Tak jemput ramai orang pun, orang-orang masjid
je. Kau jangan lupa datang tau.” Terang Aaron.
"InsyaAllah.”
Jawab Hadi.
"Okeylah
kalau macam tu. Aku ada kelas ni. Blah dulu. Jumpa esok.” Kata Aaron sambil
menutup pintu bilik Hadi.
"Eh, lupa
pulak aku, jemput mak kau sekali.” Pintu bilik yang tertutup terbuka sekali
lagi bila Aaron berpatah balik menyampaikan pesanan.
Hadi hanya
mengangguk sambil menghantar rakannya itu dengan pandangan mata di sebalik
dinding lutsinar biliknya yang tidak berlangsir seperti bilik-bilik pensyarah
lain. Langsir sudah dibeli, cuma dia tiada masa untuk memasangnya. Permintaan
Mak Bedah, cleaner pejabat untuk menolongnya memasang langsir di tolak secara
baik. Tak mahu menyusahkan katanya. Setelah beberapa saat, kerja-kerja menyemak
tugasan pelajar-pelajarnya yang terhenti di sambung kembali.
***
Deringan lagu
dari telefon bimbit Sabridah kedengaran. Sabridah yang sedang tekun melakukan
kerja-kerjanya terhenti. Telefon di capai. Dia tersenyum.
"Hello,
Assalamualaikum bang.”
"Waalaikumussalam
yang. Macamana? Beres?” Kedengaran suara suaminya di hujung talian.
"Semuanya
beres bang.” Jawab Sabridah sambil tergelak kecil. Suaminya juga turut
tergelak.
Selepas beberapa
minit berbual, talian di tamatkan. Sabridah kembali memandang skrin komputernya
sambil tersenyum.
'Mesti jadi!’
Bisik hatinya bersemangat.
Keesokan harinya
Bunyi loceng
pintu utama rumah Sabridah kedengaran. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Raudhah
yang ayu berbaju kurung moden sedikit berdebar. Kenapa, dia sendiri tidak tahu.
Pintu rumah
dibuka. Semerbak bau masakan dari dalam rumah menari-nari di hujung hidung
Raudhah. Dia yang dari tengahari belum menjamah apa-apa makanan tergoda dengan
bau masakan.
"Wah, awal
kau sampai.” Tegur Sabridah ramah sambil menjemput Raudhah masuk. Raudhah hanya
tersengih.
"Saja datang
awal, boleh jugak tolong mana yang patut.” Jawab Raudhah.
"Amboi,
bagus betul anak dara ni. Kalau bakal mak mentua dengar, mesti...”
"Eh, eh kau
ni. Merepek je. Aku Ikhlas nak datang tolong ni.” Potong Raudhah cepat-cepat.
Berdebar pula dia bila mendengar kata-kata Sabridah. Dia sendiri juga tidak
tahu mengapa hatinya berdebar-debar sejak petang tadi. Seolah-olah ada perkara
bakal terjadi.
"Aku
main-main je. Jomlah, kata nak tolong.” Jawab Sabridah sambil tersenyum.
Di dapur,
kelihatan seorang wanita separuh abad sedang memotong sayur-sayuran. Sabridah
menarik tangan Raudhah sambil mendekati wanita itu. Raudhah menyangka wanita
itu adalah ibu kepada Sabridah kerana wanita itu membelakangi mereka.
"Makcik,
mari saya perkenalkan inilah kawan saya, Raudhah. Raudhah, ini Makcik Maimun,
mak kawan aku.” Panggil Sabridah lalu memperkenalkan kedua mereka. Raudhah yang
sedikit terkedu menyalami wanita itu penuh hormat.
"Apa kahabar
Makcik.” Tegur Raudhah sambil bersalaman. Senyuman dilemparkan pada wanita
tersebut. Makcik Maimun menyambut huluran salaman tersebut lantas dia merangkul
Raudhah ke dalam pelukannya. Pipi licin Raudhah di cium dan Raudhah membalasnya
dengan rasa sedikit terkejut namun di kawal supaya tidak terlalu ketara. Di
belakang, Sabridah tersenyum penuh makna sambil diperhatikan oleh Aaron yang
sedang mendukung anak mereka yang turut tersenyum sama.
"Makcik baik
je Raudhah. Datang seorang saja ke?” Balas makcik Maimun. Tersenyum memandang
gadis itu. Berkenan hatinya melihat Raudhah.
"Saya datang
seorang je makcik. Mana anak makcik? Sabridah cakap, makcik mak kawan dia.”
Tanya Raudhah. Matanya melilau mencari ’kawan’ yang di maksudkan.
"Oh, anak
makcik keluar sekejap. Si Aaron mintak tolong belikan barang. Terpaksa mintak
tolong anak makcik tu sebab Misya meragam. Nak tinggalkan dengan Sab takut
kerja tak siap.
"Iye ke. Kenapa tak pesan pada aku saja
Sab, boleh aku tolong belikan dalam perjalanan tadi.” Kata Raudhah. Sabridah
yang sedang mengelap pinggan tersentak.
"Err..tak
apa. Aku taknak menyusahkan kau.” Jawab Sabridah. Makcik Maimun hanya
tersenyum.
"Tak apalah.
Kejap lagi baliklah anak makcik tu.” Potong makcik Maimun.
"Eh, kau
kata buat doa selamat, kenapa macam sikit saja makanan? Macam makan 5 6 orang
je?” Tanya Raudhah pada Sabridah. Makcik Maimun yang sedang memotong sayur
tergelak kecil. Raudhah pelik.
"Nantilah
aku cerita ye.” Sabridah mengelak. Dia keluar ke ruang makan sambil membawa
pinggan yang sudah di lap.
"Nak, boleh
tolong makcik goreng sayur ni? Makcik nak solat isyak sekejap. Dah masuk waktu
ni.” Pinta makcik Maimun. Sabridah membalasnya sambil menganggukkan kepalanya
walau hatinya digaru perasaan musykil dan pelik.
***
Sayur yang sudah
siap digoreng di senduk ke dalam mangkuk. Cermat dan teliti kerjanya. Sesudah
itu, di hidangkan semua lauk pauk yang siap dimasak ke atas meja. Sabridah
ketika itu sedang membancuh minuman. Aaron pula sedang leka melayan anak.
"Eh, kawan
kau tu tak sampai-sampai lagi. Kau suruh dia beli apa Sab?” Tanya Raudhah.
"Kejap lagi
sampailah kot. Nanti aku kenalkan kau dengan dia ye.” Jawab Sabridah. Raudhah
hanya mengangguk dan tersenyum. Makcik Maimun juga belum keluar dari bilik.
Mungkin sedang bersiap.
"Cantik baju
kau. Baju baru ye? Tak pernah nampak pun kau pakai.” Sabridah cuba membuka
topik perbualan lain.
"Taklah,
baju lama. Cuma aku tak pakai sebab haritu aku cuba pakai nampak macam ketat. Sekarang muat pulak. Aku dah kurus kot.”
Jawab Raudhah sambil tergelak.
"Amboi, nak
cakap kau makin slim lah ni ye? Kau tu mana tak makin kurusnya, bila kerja,
makan pun lupa.” Tambah Sabridah. Gelak ketawa mereka memeriahkan suasana
dapur.
"Apa yang
suka sangat ni? Dari luar makcik dengar ketawa korang.” Tegur makcik Maimun
tersenyum memandang mereka.
"Tak ada apa
makcik, ni si Raudhah cakap kat saya, dia tak sabar nak kahwin.” Balas Sabridah
sambil ketawa. Raudhah yang terkejut mendengar kata-kata kawannya mencubit
lengan Sabridah.
"Mana ada
makcik, Sabridah ni yang pandai-pandai reka cerita. Saya tak ada pun cakap
begitu.” Adu Raudhah. Mukanya merah padam.
"Ye? Raudhah
dah ada calon ke?” Sayangnya makcik Maimun juga ikut sama mengusik.
"Ish, tak
adalah makcik. Saya nak kahwin dengan siapa? Calon pun tak ada.” Raudhah sudah
malu di usik. Melihat Raudhah bagaikan cacing kepanasan menambah lagi geli hati
Sabridah dan makcik Maimun.
"Tak apa,
nanti adalah calonnya, kan Sab?” Makcik Maimun terus mengusik.
"Ye lah
makcik. Tunggu sajalah kan.” Balas Sabridah. Raudhah yang merah mukanya menahan
malu tidak sempat membalas usikan bila loceng pintu rumah berbunyi. Sabridah
keluar untuk membuka pintu. Sempat di pesannya pada Raudhah untuk membawa
keluar gelas minuman.
"Hah, dah
balik pun. Ada tak yang aku pesan tu?” Kedengaran suara Sabridah di luar.
Raudhah mengangkat dulang berisi gelas keluar ke ruang makan.
"Ada, jangan
risau. Tapi yang aku pelik, kenapa kena ada benda ni?” Satu suara garau
membalasnya. Raudhah tersentak kerana dia seakan-akan mengenali suara itu. Rasa
ingin tahu membawanya dia ke ruang tamu.
"Eh,
awak...” Tegur suara itu apabila terpandang Raudhah yang seakan terkaku.
"Awak? Apa
yang awak buat kat sini?” Tanya Raudhah. Debar hatinya semakin memuncak.
"Saya...”
Lelaki itu juga seakan kelu untuk membalas pertanyaan Raudhah. Dia memandang
Sabridah dan Aaron yang sedang menahan ketawa.
"Sab, inilah
mamat yang....” Adu Raudhah. Dia masih dalam keadaan terkejut.
"Err...Raudhah,
ini kawan kami, Hadi. Hadi, ini Raudhah.” Sabridah ’memperkenalkan’ mereka
berdua. Dia buat tak tahu dengan kata-kata Raudhah. Suaminya Aaron beransur ke
dapur setelah menyerahkan Misya pada isterinya.
"Dah balik
rupanya kamu Di?” Tegur makcik Maimun yang baru keluar dari dapur.
"Baru je
sampai mak.” Jawab Hadi. Dia masih kebingungan.
"Mak?”
Raudhah memandang Hadi dan makcik Maimun silih berganti. Sabridah hanya
tersenyum melihat mereka berdua.
"Inilah anak
makcik, Hadi.” Kata-kata makcik Maimun membuatkan Raudhah kecut perut. Dia kelu
tak terkata. Hadi juga begitu.
"Ehem..ehem.”
Kedengaran suara Aaron yang baru keuar dari ruang dapur. Di tangannya terdapat
sebiji kek. Semua mata memandang ke arahnya. Serentak itu kedengaran nyanyian
selamat hari jadi yang dinyanyikan oleh Aaron, Sabridah dan Makcik Maimun.
Raudhah kaget. Begitu juga Hadi, namun dia turut menyanyi setelah mendapat
isyarat dari Sabridah. Hadi mula faham situasi tersebut dan hanya mampu menahan
ketawa. Ketawa dalam gemuruh sebenarnya.
"Selamat
hari jadi Raudhah.” Ucap Sabridah sambil memeluk Raudhah. Raudhah yang masih
terpinga-pinga membalasnya.
"Selamat
nak.” Giliran makcik Maimun pula mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran pada
Raudhah. Tubuh gadis itu turut dipeluk. Raudhah membalas dengan rasa terharu
walaupun masih tidak mengerti akan situasi yang berlaku.
"Terima
kasih semua. Tapi macam mana...” Belum sempat Raudhah menghabiskan ayatnya,
kedengaran satu suara di belakangnya mengucapkan selamat hari jadi.
"Selamat
hari jadi awak.” Ucap Hadi. Dia sudah mengetahui situasi yang berlaku dan
rancangan Sabridah dan Aaron bila diterangkan secara ringkas sebentar tadi oleh
Sabridah. Dia gugup namun berterima kasih dengan idea kawan-kawannya. Tidak
sangka juga emaknya turut bersubahat ’mengenakannya’.
"Terima
kasih.” Jawab Raudhah malu-malu.
"Apa tunggu
lagi, jom potong kek. Raudhah, kami minta maaf sebab buat kejutan ni. Nanti aku
cerita ye. Sekarang kau potong kek dulu sebab kami semua dah kebulur ni.” Ajak
Sabridah sambil ketawa. Yang lain juga ikut ketawa. Raudhah yang mula mengerti
rancangan kawan-kawannya turut ketawa. Cuma dia masih terkejut dengan
kemunculan Hadi yang tidak di sangka dan tidak menyangka Hadi adalah kawan
mereka juga.
"Okey,
sebelum itu, kawan kita Hadi ada nak cakap sesuatu kan?” Kata Aaron sambil
menyiku kawannya Hadi. Hadi yang tidak tahu apa-apa, terkejut dan memandang
Aaron sambil membuat isyarat ’nak cakap apa?’
Aaron yang
menahan ketawa, membisikkan sesuatu pada telinga Hadi. Seraya muka kawannya itu
merah padam. Hadi gugup. Namun dia bersetuju dengan cadangan Aaron. Ini sahaja
peluang terbaiknya.
"Err...assalamualaikum
semua, saya Hadi.” Hadi memulakan ucapannya. Dia gugup dan tidak sengaja ayat
tersebut keluar dari mulutnya. Semua yang mendengar ketawa.
"Terima
kasih kepada Aaron kerana menjemput saya ke majlis istimewa ini. Selamat hari
lahir sekali lagi pada cik Raudhah. Semoga pertambahan umur ini membawa
keberkatan dan kebahagiaan pada awak. Terlebih dahulu saya minta maaf jika
perlakuan saya sebelum ini merimaskan awak dan buat awak tak suka.” Ucap Hadi
sambil memandang Raudhah.
"Terima
kasih, saya tak ambil hati pun.” jawab Raudhah. Dia sedikit malu bila semua
mata memandangnya sambil tersenyum.
"Err...macamana
nak cakap ye? Okeylah, Cik Raudhah, saya Muhammad Hadi Haslam dan belum
berkahwin. Bersaksikan mak saya dan kawan-kawan ingin melamar awak menjadi
kawan saya dan seterusnya peneman saya hingga akhir hayat saya. Cik Raudhah
sudi tak?” Gugup Hadi mengucapkan ayat itu. Namun dia merasa lega kerana hasrat
hati yang lama terpendam berjaya
diluahkan.
Semua yang ada
memandang Raudhah sambil menantikan jawapan gadis itu. Mereka mengharapkan
jawapan positif keluar dari mulut Raudhah. Raudhah yang terkejut mendengar
lamaran tersebut kelu untuk menjawab. Matanya memandang makcik Maimun yang
tersenyum ke arahnya. Raudhah terharu dan kagum atas keberanian Hadi.
Selepas menarik
nafas panjang, Raudhah sedia untuk memberikan jawapan selepas semua yang ada
seakan tidak sabar menantikannya.
"Saya...” Raudhah malu untuk menjawab ’setuju’ dan
hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Semua yang mendengar turut
lega. Lebih-lebih lagi Hadi.
"Ayah pun
setuju.” Tiba-tiba kedengaran suara dari arah muka pintu. Raudhah berpaling dan
terkejut akan kedatangan ayahnya. Hari jadinya tahun ini memang sesuatu yang
sangat mengejutkannya dan paling indah di rasakan. Ayahnya tersenyum memandang
anak anak gadisnya. Raudhah tersipu-sipu.
Makcik Maimun
yang turut gembira menghampiri Raudhah lalu memeluk bakal menantunya itu. Di
hujung mata Raudhah, dia sempat melihat Hadi menyalami dan berpelukan dengan
ayahnya.
Dalam hati
Raudhah, dia bersyukur dengan kurniaan ini. Begitu juga Hadi. Mereka berbalas
pandangan sambil tersenyum-senyum malu. Perbuatan mereka disedari Sabridah,
Aaron, makcik Maimun dan ayah Raudhah. Sepanjang malam itu, Raudhah dan Hadi
menjadi bahan usikan mereka semua. Akhirnya dua hati berjaya di satukan. Semoga
kebahagiaan milik mereka berkekalan.
TAMAT
p/s: maaf sebab ambil masa yang lama untuk habiskan cerita ni...hehe