“So, kau cakap apa dengan dia tadi?” soal
Nadia.
“He’s an engineer.” Adelia membuat
kesimpulan.
“Lagi?”
“That’s all.”
“Tu
je? Ala kau ni, panjangkanlah sikit conversation
tu.”
“Kan
aku dah cakap, what is not important is
not important.” Adelia selamba mengunyah biskut beras yang dibawanya dari
Malaysia.
“Aku
akan buat dia jadi important pada
kau.” Nadia sudah buat muka misteri.
“Rajinlah
kau.”
“Aku
memang rajin.” Nadia membuka beg tangannya.
“Ikut
suka kaulah. Jangan menyusahkan aku, sudah.” Adelia menyarung selipar dan
berlalu ke bilik air.
******************************************************************************
“So, awak memang kenallah dengan Nafiz.”
Nadia membuat kesimpulan.
Wafiq
mengangguk. “Dia panggil saya Afiq je. W selalu hilang.”
“Oh? So, you are that ‘Afiq’.” Nadia
tersenyum penuh makna.
“Erm,
Nadia. Kenapa kita kat sini?” soal Wafiq pada gadis di hadapannya itu.
“Apa
awak fikir tentang Adelia?” soal Nadia tiba-tiba.
“She’s…” Wafiq berpaling pada Adelia yang
sedang berbual sesuatu dengan pemilik kedai itu dalam bahasa Jepun yang fasih.
“Fluent in Japanese. Dia buat degree in Language ke?”
“Apa
kata awak tanya dia sendiri?” Nadia memberi jawapan apabila melihat Adelia
sudah berjalan ke arah mereka.
“Nadia,
jom.” Ajak Adelia tanpa menyedari yang ada orang ketiga bersama mereka.
“Eh,
aku bawak teman.” Nadia menyiku Adelia yang ingin melangkah.
“Lah,
teman mana pulak?” Adelia tidak jadi untuk membebel melihat Wafiq tersenyum di
sebelah Nadia.
“Kita
kan nak keluar date. Nafiz cakap tak
boleh keluar berdua, nanti ada orang ketiga iaitu syaitan.” Nadia mengulas
dengan senyuman nakal.
“So, kau teringin nak jadi syaitan lah
ni?” soal Adelia geram.
“Adelia
Nadhira, please?” Nadia berbisik
perlahan.
“Okay.
Last chance. Kalau kau buat lagi, aku
tinggal kau terkujat dekat hotel. Kau balik Malaysia sendiri.” Adelia membalas,
juga dengan bisikan.
“Yes, sayang kau!” Nadia menjerit
membuatkan beberapa orang yang berjalan di situ memandang ke arah mereka.
“We will eat in a France restaurant.
Jangan risau, aku dah Google. Dijamin
Halal. Tukang masak dia semuanya Muslim. Cuma dia buat masakan France.” Nadia menoleh apabila terasa suasana
sunyi di kiri dan kanannya.
“Kau
nak buli aku, kan?” Adelia sudah keluar aura mahu menembak sahabat baiknya itu.
“You speak in 5 different language, kan?
Cakap jelah. Order makanan je pun.
Bukan aku suruh kau buat public speaking
in France pun. Lagipun kau memang pernah menang public speaking France pun.” Nadia mencebik. Tidak mempedulikan
kehadiran ‘orang asing’ di antara mereka. Wafiq hanya tersenyum kecil melihat
telatah pasangan sahabat itu.
Mereka
masuk, duduk dan membuat pesanan. Sementara menunggu pesanan, Nadia berbual
dengan Wafiq. “Awak tak nampak macam muka Melayu.”
“Saya
bukan Melayu tulen. Atuk saya orang Scottish.
Nenek saya orang Arab. Diorang kahwin dan tinggal di sana. That’s my mum family. My father is a pure Malaysian. My tokwan is a
malay and my opah is Chinese Muslim. That’s explain why I didn’t have any Malay
face.” Wafiq menerangkan.
Seorang
pelayan tiba dan kedengaran Adelia tersenyum dan mengucapkan sesuatu dalam
bahasa Perancis. Mereka mula menjamu selera. Nadia cuba memancing kata Adelia
namun sahabatnya itu tegar mendiamkan diri sehinggalah mereka melangkah keluar
dari restoran itu. Setelah mengucapkan selamat tinggal pada Wafiq, Nadia
menoleh pada Adelia.
“Kalau
kau nak buat taktik macam tu pada aku, kau takkan berjaya, Nadia.” Adelia
bersuara terlebih dahulu sebelum berlalu pergi begitu sahaja. Nadia mengeluh
perlahan. Macam mana agaknya aku nak satukan ice skater dan translator
ini agaknya ya?
******************************************************************************
“Aha,
kau jumpa bidadari turun dari langit ke kat Jepun tu?” soal Nafiz sambil ketawa
kecil.
“Bidadari
apa?” soal Wafiq pada Nafiz yang sedang memandu.
“Habis
tu, yang kau asyik termenung tu kenapa? You
are the only guy yang aku kenal yang sangat berhati-hati bila drive. Macam mana kau boleh langgar
tiang lampu tepi jalan? Nampak sangat kau tak ada di tempat kejadian. Kau
nampak… lain lepas balik dari Jepun tu.” Nafiz bersuara dengan dahi yang
berkerut.
“Tak
ada apalah. Aku cuma terfikir sesuatu.” Wafiq menjawab.
“Terfikir
apa?” soal Nafiz.
“Ad…
Anak-anak murid aku.”
“Ad?
Siapa tu?” soal Nafiz penuh makna.
“Tak
ada apa-apalah.” Wafiq akhirnya menutup cerita dan Nafiz tidak bertanya lagi.
Sebenarnya, dia memang memandu tanpa konsentrasi. Sedar-sedar sahaja, keretanya
elok sahaja berjalan menuju ke arah salah sebuah tiang lampu di jalan yang maha
luas dan tanpa kereta itu. Disebabkan panik, dia tertekan minyak dan bukan
brek. Terpaksalah keretanya dihantar ke bengkel.
Kata
Nafiz, nasib baiklah jalan itu maha luas dan tidak ada kereta, kalau tidak
mungkin dia terpaksa bermalam di hospital selama beberapa hari. Tawa Nafiz
mengembalikan Wafiq ke alam nyata. “Kau gelakkan aku ke?”
“Teruk
sakit kau ni, Afiq. Kau biar betul kau tak jumpa bunian ke apa dekat Jepun tu.”
Nafiz bertanya lagi.
“Tak
ada. Orang adalah.” Wafiq memandang keluar. “Kau ingat gadis misteri yang aku
pernah cerita dekat kau tu?” soalnya.
“The one yang selalu duduk dekat ice rink hujung minggu time kau ajar budak-budak skate tu?” soal Nafiz semula. Wafiq
mengangguk. “Kenapa?”
“I found her.”
“Wow, impressive. Kau tanya nama dia
tak?” soal Nafiz.
“Nama
dia, Adelia.”
“Adelia?
Adelia Nadhira?”
Wafiq
mengerutkan dahinya. “Mana kau tahu nama penuh dia?”
“Aku
sebut je. Bestfriend Naurah ada
seorang nama Adelia Nadhira.” Nafiz memberitahu.
“Naurah?”
Kerutan di dahi Wafiq semakin bertambah.
“Kan
aku gantikan tunang aku untuk pergi Jepun. Takkanlah kau tak jumpa dia kot?”
soal Nafiz semula.
“Oh,
Nadia?” soal Wafiq.
“Nama
dia Naurah Aqilah. Tapi, semua orang panggil dia Nadia.” Nafiz memberitahu.
“Kenapa?”
“Long story. Next timelah aku cerita.
Kita dah sampai ni.” Nafiz memberhentikan kereta di lobi.
“Thanks, Nafiz.” Wafiq bersedia untuk
turun.
“Jangan
lupa datang kenduri aku hujung minggu ni. Lepas tu, kau nak fly ke Korea pun kau pergilah.” Nafiz
berpesan.
“Aku
terlepas kapal terbang pun, aku akan tetap pergi kenduri kau. Tapi, tunda tiket
kau bayarlah.” Wafiq berlawak.
“Banyak
cantik.” Nafiz ketawa. “Aku balik dulu. Jumpa kau hujung minggu ni.”
“Drive elok-elok.” Wafiq sempat berpesan.
“Ayat
piawai kau.” Nafiz ketawa. “Insya-ALLAH. Doakan aku selamat sampai.
Assalamualaikum.” Kereta Nafiz meluncur pergi.
Wafiq
melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Dia datang ke sini untuk kursus
intensif Bahasa Korea selama 5 jam. Syarikatnya mewajibkan semua pekerja
menjalani kursus intensif bahasa sebelum ke mana-mana seminar di mana-mana
negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
Wafiq
melangkah menuju ke kaunter dan penyambut tetamu memberitahu kelasnya. Dia
melangkah ke blok bersebelahan bangunan tersebut dan menuju ke bilik di mana
kursusnya dijalankan.
******************************************************************************
“Lia
free tak hari ni?” soalan Rozita dari
corong telefon mematikan pergerakan Adelia yang baru sahaja menolak gear untuk
keluar dari rumahnya pagi itu.
“Free. Kenapa?” soal Adelia semula.
Memang dia tidak ada apa-apa kerja pun hari ini.
“Ganti
Kak Ida pergi kelas boleh?” soal Rozita. “Anak dia demam panas.”
“Pukul
berapa kak?” soal Adelia semula.
“Slot
Kak Ida lepas makan tengah hari dan solat Zohor. Sejam setengah and buat
penutup terus.” Rozita memberitahu.
Adelia
menimbang seketika. Kalau Kak Ida, majornya
mesti bahasa Korea. After lunch,
sempat buat reading dengan ulangkaji
dulu. “Okeylah akak. Tolong punchkan
kad Lia sekali? Lia terus pergi Language
Centre jelah.”
“Thanks Lia. Nanti akak suruh Kak Ida
belanja Lia makan.” Rozita ketawa di talian.
“Beres.”
Adelia mematikan talian dan mematikan enjin. Dia masuk ke dalam rumah,
mendapatkan buku-bukunya sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Bahasa
Antarabangsa.
Adelia
meletakkan kereta di tempat letak kereta dan terus menuju ke cafeteria. “Awal
Lia masuk café?” Hazirah, pemilik cafeteria itu menegur.
“Ganti
Kak Ida. Anak dia tak sihat hari ni. Last
minute preparation. Kenalah buat revision
sikit.” Adelia membalas senyuman wanita itu.
“Dah
breakfast?” soal Hazirah.
“Ada
apa yang best?”
“Nasi
goreng kampung dengan telur mata kerbau?”
“Bagi
Teh Tarik satu.”
“Siap.”
Hazirah menghilangkan diri ke dapur. Adelia meneruskan kerjanya membuat
ulangkaji dan persediaan sebelum masuk ke slotnya tengah hari nanti.
******************************************************************************
Wafiq
membawa dulang makanannya ke sebuah meja kosong di hujung cafeteria yang
berdekatan dengan kaunter. Wafiq merenggangkan simpulan tali lehernya dan
melepaskan nafas perlahan. Apalah yang adiknya suka sangat dengan bahasa Korea
tu? Baru tiga jam belajar dia sudah rasa sesak otak.
Wafiq
mencapai gelasnya. Mana straw tadi? Wafiq segera menoleh ke kaunter. Namun
matanya lebih cepat menangkap timbunan straw di atas meja di sebelahnya.
Kelihatan seorang gadis khusyuk menyusun straw-straw itu membentuk sesuatu di
atas meja.
“Excuse me, cik. Boleh saya minta satu…”
Wafiq memandang wajah yang baru menoleh ke arahnya itu. “…straw?”
Adelia
ketawa sambil menghulurkan sebatang straw kepadanya. “Awak terkejut ke tengok
saya kumpul straw banyak-banyak kat sini?” soal Adelia.
“Agaklah.
Awak buat apa kat sini? Buat art attack
ke?” soal Wafiq polos.
“Bukanlah.
Saya kena ganti slot kawan saya kat sini. Saya tak pandai bercakap banyak
sangat. So, saya buat bahan
pengajaran tambahan. Comel tak?” Adelia menujukkan hasil daripada straw yang diguntingnya
itu.
Wafiq
mengerutkan dahinya. Inikan… “Awak ganti slot apa?”
“Slot
untuk Kursus Intensif 5 jam studying
Korean Language. Hah, awak buat apa pulak kat sini? Nak pergi seminar ke
mana?” soal Adelia. Dia sudah sedia maklum yang pejabat Nafiz dan Wafiq memang
menghantar pekerjanya belajar bahasa di sini sebelum ke mana-mana seminar.
“Incheon.”
Wafiq menjawab sebelum mereka berpandangan.
“Kecil
betul dunia ni.” Pecah ketawa mereka.
Mereka
menyambung kerja masing-masing sebelum Wafiq bangkit. “Saya nak pergi solat
dulu. See you in class, Ms Adelia.”
Adelia hanya ketawa dan mengangguk sambil menghantar langkah Wafiq dengan
senyuman.
******************************************************************************
“Wafiq!”
Wafiq menoleh. Sebuah kereta berhenti di sebelahnya. Cermin kereta diturunkan.
“Adelia!”
Bibir Wafiq terus mengoyak senyuman.
“Awak
letak kereta kat mana?” soal Adelia.
“Saya
tak drive. Saya nak ambil teksi
balik.” Wafiq memberitahu.
“Oh,
awak nak balik ke mana?” soal Adelia semula.
“Batu
Uban.”
“Jomlah
balik dengan saya. Satu jalan tu.” Adelia mengajak.
“Eh,
tak apa, saya naik teksi je.”
“Teksi
susah nak dapat kat sini, Wafiq. Bas adalah. Tapi sejam sekali. Itupun, kalau
nasib baik, dia lalulah depan ni, kalau tak awak kena tunggu kat depan nu ha.
Jomlah balik dengan saya. Kalau awak segan nak naik kereta perempuan bawa, awak
drivelah kereta saya ni.” Adelia
masih bersungguh mengajak.
“Eh,
tak apa ke?” soal Wafiq.
“Tak
apa, Wafiq. Saya memang nak balik jalan yang sama.” Adelia keluar dari tempat
pemandu.
“Jomlah.”
Ajak Adelia apabila Wafiq masih teragak-agak.
“Okaylah.
Tak apa ke saya drive kereta awak
ni?” soal Wafiq.
“Tak
apa. Kalau jadi apa-apa, awak bayarlah.” Adelia ketawa kecil. Akhirnya, Wafiq
masuk ke tempat pemandu. Dia memandu keluar dari kawasan tersebut menuju ke
jalan besar.
“Awak
dulu buat degree in Language ke?”
soal Wafiq sambil memandu. Dia berpaling seketika pada Adelia di sebelahnya.
“Huh?”
Adelia menoleh pada Wafiq sebelum ketawa kecil. “Kenapa awak tanya macam tu?”
“Sebab
awak lancar je cakap Jepun dulu tu. France
pun awak laju je cakap. Saya tak faham apa pun. Kali ni, Korea pulak.” Wafiq
menerangkan.
“Oh…
Tak adalah. Saya bukan buat degree in
Language pun. Saya buat degree in
Sociology and Philosophy.” Adelia memberitahu. “Tapi, saya buat kursus
bahasa. Bahasa utama, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Major in five language, Japanese, Korean, Chinese in all dialect,
France and Dutch. Minor in Italian, Spain and German. Bahasa tambahan, Philipines.”
“Woa…
sebab tulah awak boleh jadi tourist guide
ye?” Wafiq bertanya semula. “Awak sepatutnya kerja apa?”
“Entah,
saya tak pernah terfikir pun nak kerja apa. Sebab tu, bila diorang tawarkan
kerja jadi translator, saya terus
setuju aje.” Adelia memberitahu.
Wafiq
terus memandu. “Boleh saya tanya sikit?” soal Adelia.
“Tanya
apa?”
“Macam
mana kereta awak boleh masuk bengkel?” Hampir 30 minit dia memerhati Wafiq
memandu, lelaki itu sangat cekap dan berhati-hati. Membuatkan dia
tertanya-tanya bagaimana kereta lelaki itu boleh masuk bengkel? Ada orang
pinjam dan accident kah?
“Saya…”
Wafiq memeberhentikan keretanya melihat lampu isyarat bertukar kuning.
“…langgar lampu jalan.”
“Hah?
Kat mana? Awak potong orang ikut kiri ke?” soal Adelia ingin tahu.
“Taklah.
Saya TERlanggar.” Wafiq menekankan.
“Kat
mana?”
“Kat
area Bayan Baru. Awak tahu tak? Dekat
jalan nak ke Balik Pulau tu.” Spontan Adelia ketawa. Biar betul?
“Wafiq,
awak biar betul. Jalan tu luas gila awak tahu tak. Dan setahu saya, kat situ peak hours pun tak adalah banyak sangat
kereta. Itu kawasan kampung. Macam mana awak boleh langgar lampu jalan?” soal
Adelia setelah tawanya reda.
“Entahlah.
Saya sedar je, saya dah menuju ke arah lampu tu. Panik punya fasal, nak tekan
brek, tertekan minyak. Itu yang masuk bengkel tu.” Wafiq memberitahu.
“Awak
berangan lah ni. Teringat girlfriend
ya?” Sengaja Adelia mengusik dengan senyuman nakal.
Wafiq
tersenyum tanpa memandang Adelia di sebelahnya. “Mungkin.”
Adelia
terasa hatinya yang berbunga sepanjang perjalanan tadi layu begitu sahaja.
Entah kenapa, terbit sedikit rasa cemburu di dalam hatinya. Adelia terus
mendiamkan diri. Wafiq juga seperti memahami terus memandu tanpa bertanya
apa-apa lagi. Cuma senyuman masih mekar menghias bibirnya. Nasib baiklah mereka
sudah tidak jauh dari tempat yang dituju.
“Thanks, Adelia. Nanti saya bayar balik.”
Adelia hanya mengangguk dan terus memandu pergi. Wafiq ketawa sendiri sebelum
masuk ke dalam rumah. Gila apa dia ni.
bersambung...
3 comments
aku menanti sambungannya.
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
mabeles...