Penulis: Amienieya Yusof
Blog: http://mim-hasniyah.blogspot.com
Cinta itu misteri, datang dan mekar tanpa kita
sedari…
Melompat,
berpusing dan mendarat secara akrobatik sebelum kembali meluncur. Wafiq
bertepuk tangan. “You are great!”
Anak kecil itu ketawa riang. “Okay, end!”
Wafiq melaung pada anak-anak buahnya di situ. Masing-masing bergerak keluar.
Wafiq nampak dia, gadis itu yang selalu dilihatnya setiap hujung minggu. Gadis
yang sama, duduk di tempat yang sama dan pada masa yang sama hampir setiap
minggu. Cuma kali ini, dia kelihatan berbeza. Adakah dia… menangis?
Wafiq
berjalan ke lokarnya, menanggalkan kasut dan menggantikannya dengan sandal.
Dompetnya dikeluarkan dan dia berjalan menghampiri gadis itu. Gadis misteri
itu. Dilihatnya gadis itu sedang mengelap matanya dengan tisu. Mata dan
hidungnya merah, namun langsung tidak dipedulikan. Dia hanya terus menangis.
Wafiq berjalan melepasi gadis itu menuju ke kaunter makanan.
“Fiq.”
Tegur pelayan di kaunter.
“Akak,
saya nak satu ais krim perisa coklat dan satu ais krim strawberi.” Wafiq
membuat pesanan.
“Amboi,
sampai dua.” Usik pelayan wanita di kaunter.
“Dan,
bagi saya tisu ekstra juga.” Wafiq tersenyum tanpa membalas usikan pelayan
wanita itu.
******************************************************************************
Matanya
memandang jauh ke hadapan. Melihat aksi kanak-kanak di situ meluncur. Dia masih
setia di ditu, saban minggu, duduk di tempat yang sama. Dia sukakan kedamaian
itu. Melihat kanak-kanak comel itu beraksi dan ketawa, dia rasa tenang.
Tapi,
hari ini, selepas kejadian yang agak memalukan itu, dia sudah rasa putus asa.
Jadi, dia datang ke sini terus selepas selesai segalanya. Namun, air matanya
menitis juga. Walaupun berkali-kali ketuanya menuturkan, “Tak apa, Adelia. It’s not entirely your fault.” Siap
menepuk-nepuk bahunya lagi, tetapi dia tetap rasa bersalah.
Kerana,
salahnya yang bekerja di hujung waktu deadline.
Sibuk menguruskan hal yang kurang penting, sibuk mengambil cuti panjang.
Dia
akhirnya hanya duduk di kerusi itu, kononnya cuba menghentikan air matanya yang
mengalir laju, namun, sepeket tisunya habis juga. Mata dan hidungnya sudah
merah, namun air matanya masih belum berhenti. Akhirnya dia membiarkan sahaja,
tidak ada sesiapa pun yang melihat atau akan mempedulikannya bukan? Kecuali
kalau…
“Chocolate ice-cream?” sapa satu suara.
Adelia
lambat-lambat menoleh. “Chocolate can
make you better you know?” Pemilik suara itu tersenyum.
Adelia
mencapai ais-krim itu. Rezeki jangan ditolak sangat sesuai diaplikasikan dalam
keadaan sebegini. “Can I sit here?”
soalnya lagi. Adelia cuma mengangguk dan kembali memandang ke hadapan sebelum
spontan menoleh dan bangkit.
“Tissue?” Suara itu tersenyum lucu.
Adelia
mengerut dahinya. “Awak ni siapa?” soalnya. “Who are you?”
“Saya
faham bahasa Melayu, tak perlu ulang dalam bahasa Inggeris.” Lelaki itu masih
tersenyum dan masih menghulurkan tisu kepadanya. “Muka awak…” Adelia segera
mencapai tisu itu. Ais krim di tangannya diserahkan semula pada Wafiq.
Selesai
memastikan wajahnya kembali normal(lah sangat), Adelia memandang wajah lelaki
di sebelahnya itu. “Awak ni siapa? Bukan awak coach ice skater ke? Macam mana awak boleh keluar dari ice rink tu pulak?” soal Adelia.
“Nama
saya Wafiq. Wafiq Emir. Ya, saya memang coach
untuk skater kat dalam tu, tapi saya
bukan watak dalam komik yang tak boleh keluar. Saya manusia. Ni, ambillah ais
krim ni. Saya tak letak racun ke apa. Kalau awak takut, awak boleh bagi pada
adik tu.” Wafiq menunjuk pada seorang kanak-kanak perempuan yang sedang duduk
bersama ibunya.
Adelia
masih lagi memandang lelaki di hadapannya itu. “Kenapa awak bagi ais krim ni
pada saya?” soal Adelia.
“Sebab
saya selalu nampak awak kat sini. Tapi hari ni awak nampak… lain. So, saya ingat saya nak belanja awak
makan ais krim hari ni. Anyway, siapa
nama awak?” soal Wafiq ramah.
“Kenapa
saya kena jawab soalan tu?” Adelia bertanya lurus.
“Okay,
awak tak payah jawab.” Wafiq ketawa kecil.
Suasana
sunyi seketika sebelum dia tiba-tiba bersuara. “Adelia.”
“Nama
awak Adelia?” soal Wafiq semula.
“Takkan
saya nak sebut nama adik saya pulak, mestilah nama saya.” Sarkastik Adelia
menjawab. Lelaki itu hanya tersenyum lucu.
“So, awak nak tak ais krim ni? Kalau tak
nak saya boleh beri pada adik tu.” Wafiq masih menghulurkan ais krim itu pada
Adelia.
“Terima
kasih.” Adelia akhirnya mencapai ais krim yang dihulurkan kepadanya itu.
“Saya
dah habis kerja. Ingat nak pergi dinner.
Nak join?” soal Wafiq. Entah mengapa,
dia terlebih ramah mengajak gadis misterinya itu keluar bersama petang ini.
“Tak
apa, saya dah kenyang.” Adelia menjawab.
“Jangan
kenyang makan hati sudah.” Wafiq tersenyum nakal sebelum berlalu pergi. Adelia
memandang dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Dia selalu nampak aku? Mestilah,
aku bukannya Miss Invisible kot-kot
boleh hilang dari pandangan. But he DID
recognize me. Dan dia nampak aku menangis? Oh my goodness! That is embarrassing!
Telefon
bimbit miliknya berbunyi kuat mengejutkannya dari angan-angannya sendiri. “Apa?”
soalnya acuh tak acuh.
“Assalamualaikum.
Kau tak reti bagi salam ke?” Kedengaran ketawa besar di sebalik talian.
“Waalaikumussalam.”
Adelia tidak membalas usikan sahabatnya itu.
“Aku
dah sampai ni. Apa mimpi kau tiba-tiba ajak aku dinner kat luar? Kat Bukit Jambul pulak tu? Kau ni dah buang tebiat
ke?” Seperti biasa soalan bertubi-tubi menyerangnya seperti machine gun.
“Nadia!”
Adelia menjerit namun dikawal suaranya sambil dia melangkah keluar dari tempat
dia duduk sejak sejam yang lalu.
“Okay,
aku tunggu kau dekat Thai Express.
Kalau kau tak sampai dalam masa tujuh minit setengah, aku order dulu. Aku dah
kebulur tahap ni.” Nadia mematikan talian. Adelia menggeleng sendiri. Nadia,
sahabat karibnya sejak sekolah menengah sehinggalah masing-masing sudah
bekerja. Nama sebenarnya Naurah Aqilah. Dia sendiri confuse macam mana boleh tukar jadi Nadia entah?
******************************************************************************
“So
kau memang dah tak jumpa ‘dia’ lepas tu?” soal Nadia sambil berdiri di sebelah
Adelia yang sedang sibuk menulis sesuatu pada kertas yang dipegangnya.
“Aku
dah jumpa dia minggu lepas.” Adelia menjawab pendek.
“Hari
apa?” soal Nadia pelik.
“Lah,
kan ke kau ada sekali time meeting
tu?” Adelia menjawab.
“Adelia
Nadhira sahabatku, kau cakap fasal siapa ni?” soal Nadia geram.
“Fasal
Encik Hilman.” Adelia menjawab tanpa memandang wajah sahabatnya itu.
“Mangkuk!
Aku cakap fasal ‘spouse’ kaulah. That Wafiq-the-ice-skater-coach?” Nadia mengetuk kepala gadis itu dengan pasport
di tangannya.
“Aku
busylah, cik Nadia oi! Sibuk
menyiapkan cabutan bertuah ni apa segala. Cari penajalah apalah.” Adelia
mengetap bibirnya seketika. “Tapi, aku memang rasa macam tak nak pergi dah
tempat tu.”
“Kenapa?”
“Aku
akan rasa awkward.”
“Sebab
ada some weird guy nampak ke-invisible-an kau kat situ?”
“Kinda.” Dan jawapannya mengundang tawa
besar Nadia. Siap mengalir air mata lagi. Dramatik sungguh sahabatnya yang
seorang ini.
“Nadia,
kau ni suka gelak ekstrem macam tu. Sikit-sikit sudahlah.” Adelia memuncungkan
mulutnya.
“Okay,
aku berhenti.” Nadia menghabiskan saki-baki tawanya. “So…” Nadia menarik nafas menghentikan tawanya dan mengelap tubir
matanya yang berair. “Ni kira kau sengaja menyibukkan dirilah ni?”
“Banyak
cekadak. Aku memang busy okay. Tak
ada kerjanya aku nak sengaja pergi menyibukkan diri. Baik aku pergi bersuka ria
ke, bercuti ke. Adalah jugak faedahnya. Dah, jom ikut aku pergi check in beg.” Adelia mengalih pada
Hidayah yang duduk di sisinya. “Kak Ida, dah boleh buat announcement. Dah time
pergi check in luggage ni. Kak Zita
cakap semua peserta dah cukup.”
Selepas
pengumuman dibuat, Adelia mendahului para peserta ke kaunter pemeriksaan bagasi.
“Lia, akak dengan Kak Zita nak pergi uruskan untuk check-in. Lia boleh uruskan dekat sini, kan?” Adelia segera
mengangguk dan tersenyum pada Hidayah. Hidayah terus berlalu bersama Rozita.
“Okay,
kau tolong aku angkat beg ni. Kaulah ni. Kita nak pergi dua minggu je tau.
Bukannya nak pergi dua tahun. Kau ni macam nak pindah je. Beg kau je dah dua,
sumbat lagi dalam beg aku.” Adelia mula membebel pada Nadia.
Adelia
terasa beg Nadia yang berat itu diangkat ke atas tempat check in itu. Kuat betul si Nadia ni? Dia baru sahaja mengangkat
wajah ingin membebel lagi namun mulutnya ternganga terus memandang wajah lelaki
yang sedang tersenyum di hadapannya itu.
“Adelia,
kau dah angkat beg aku?” Soalan Nadia itu membuatkannya kembali ke alam nyata.
Dia menoleh pada Nadia yang sudah buat muka ala-ala wartawan Melodi itu.
“Hai,
awak siapa? Korang kenal ke?” Nadia sudah membuat kerja temuramahnya.
“Mungkin.”
Lelaki itu masih tersenyum sebelum melangkah.
“Thanks!” Sempat Adelia melaung sebelum
Nadia menemuramahnya pula.
“Okay, tell me who is that guy?” soal
Nadia. Terus serang seperti yang selalu dilakukannya.
“Hmmm…”
Adelia berjalan menuju ke kaunter check
in di mana semua peserta sedang menunggu.
“Kau
jangan nak hmmm, hmmm. Aku call
Nafiz, padan muka kau.” Nadia sudah keluar aura ugutannya.
“Banyak
duit kau nak buat panggilan antarabangsa?” Adelia mencebik.
“Aku
buat miss call sudah, dalam masa dua
saat setengah, confirm dia call aku balik.” Nadia ketawa kecil.
“Untunglah
kahwin dengan orang kaya.” Adelia membalas.
“Belum
kahwin lagi.” Nadia pantas memotong.
“Okay,
aku tukar statement. Untunglah,
tunang dengan orang kaya.” Adelia encebik.
“Okay,
cepat cakap siapa lelaki tadi tu?” Nadia bertanya lagi.
“Dia.”
Senang Adelia menjawab.
Nadia
mengerut dahi seketika sebelum menjerit, “Oh
my god! The ice skater coach?”
“Nadia,
ice skater coach mana pulak yang kamu
kenal ni?” soal Hidayah pada Nadia yang sudah menekup mulutnya dengan tapak
tangan.
“Kau
ni pun, nak buat announcement satu airport ni ke?” Adelia mencubit lengan sahabatnya
itu.
“Kau
tak cakap pun dengan aku muka dia macam orang putih campur orang arab campur
orang cina. He’s great, man!” Nadia
berbisik. Tak adalah berbisik sangat kerana suara Nadia memang macam ada
mikrofon.
“Not important.” Adelia menjawab pendek.
“Oho,
aku rasa lepas balik dari Jepun ni, mesti kau akan tarik balik kata-kata tu.”
Nadia menygenyit mata nakal.
“Nadia,
kau ni suka cakap yang bukan-bukan.” Adelia segera menyanggah. Mulut Nadia
selalu masin.
“Okay,
aku diam.” Tetapi Nadia tetap tersenyum nakal. Siapa mengangkat-angkat kening
lagi. Adelia akhirnya hanya mengeluh berat. Ikut suka kaulah, Nadia.
******************************************************************************
“Berapa
lama dia pergi kali ni?” soal Adelia sambil mereka berjalan di hadapan deretan
kedai di situ.
“Sebulan.
Last conference. Lepas ni, dia dah
kerja pejabat. Mungkin outstation
lagi sekali-sekali, tapi aku boleh ikut sekali. Dan less than a week.” Nadia memberitahu.
“Seronoknya.”
Adelia menepuk tangan sendiri.
“Yang
kau ni bila pulak, Lia? Kita ni dah masuk late
twenties, tau. Takkan kau nak grad
PhD and still single?” soal Nadia.
“Amboi,
mentang-mentanglah dia jadi suri rumah tangga sepenuh masa.” Adelia mencebik.
“Aku
kerja okay. Aku akan tetap jadi editor.” Nadia pantas menyanggah.
“Eh,
aku teringin nak makan udonlah. Jom beli tepung dia, nak?” soal Adelia.
“Lia,
kau jangan nak ubah topik. Nafiz bagi tiket cabutan bertuah ni untuk aku dan
aku paksa kau datang sebab aku nak buat heart
to heart talking dengan kau. Aku tahu kau suka pergi Jepun. And kau tak pernah tolak kalau kena
pergi Jepun, kan? So, tak cukup
tenang lagi ke untuk cakap fasal ni?” soal Nadia.
“Okay, give me 5 minutes. Aku pergi toilet. Tolong jaga beg aku.” Adelia
menyerahkan begnya pada Nadia sebelum menghilang. Nadia hanya menggeleng. Suka
lari dari masalah.
“Saudari.”
Nadia kaku seketika. Mamat Melayu skema mana pulak sesat kat sini? Dia menoleh
dan spontan tersenyum. “Hai. Wafiq, kan?” Dia terus menyoal. Wafiq mengerutkan
dahinya. Seketika kemudian dia tersenyum.
“Awak
kawan Adelia?” soal Wafiq.
“Nadia.”
“Awak
menang cabutan bertuah tu jugak?”
“Tak,
tunang saya. Dia ada conference dekat
Poland. So, saya attend sebagai wakil dia. Awak?”
“Saya
dapat extra free ticket untuk join.”
Telefon
Nadia berdering dan Nadia segera mengangkat tangan sebelum menjawab.
“Assalamualaikum, tunggu kejap eh.” Nadia menoleh semula pada Wafiq di
hadapannya.
“I’ve a call. Boleh awak tolong bagi beg
ni pada kawan saya tu tak? She’ll be here
in a minute.” Nadia meminta.
“Sure.” Wafiq segera mencapai beg Adelia
dari Nadia sebelum gadis itu berlalu pergi.
Adelia
melangkah keluar dan mencari-cari Nadia namun sahabatnya itu tak kelihatan.
“Awak.” Satu suara menegurnya. Dia menoleh ke kanan, melihat satu susuk tubuh
yang tinngi beberapa sentimeter daripadanya itu.
“Wafiq.”
Dia membalas.
“She got a call. Nah, beg awak.” Wafiq
menghulurkan beg sandang Adelia. Pantas dicapainya. Adelia mengeluarkan telefon
bimbitnya yang terasa bergetar di dalam poket.
From : Nadia
Tolong jangan tinggalkan dia. Aku
tinggal kau dengan dia, takpe. Dan jangan tumbuk aku bila kita balik hotel
nanti. :P
Adelia
mengetap bibirnya. Dia melepas nafas seketika sebelum kembali tersenyum dan
memandang semula wajah lelaki di hadapannya itu. “So, awak dari mana?” soalnya.
“Jalan.”
“Seorang?”
“Tadi
dengan Affendi and the gang. Lepas tu
diorang pergi masuk kedai souvenir,
saya pergi tengok teh, tu yang terpisah ni. Janji nak jumpa kat sini balik
ramai-ramai.”
Adelia
memandang jam di tangannya. 10 minit sebelum perjumpaan semula. Mungkin tak
patut jalan-jalan lagi. “Jom kita tunggu kat sana?” Adelia sudah berlalu.
“So, awak menang cabutan bertuah jugak?”
Wafiq cuba memancing bicara gadis ‘misteri’nya itu.
“Tak,
saya tak menang cabutan bertuah. Saya in-charge
cabutan bertuah tu.”
“Oh?
So, you are a staff? Tak nampak awak
macam tourist guide pun?”
“Saya
bukan tourist guide. Saya translator. Tapi, saya suka travel. Saya kerja balik tabir je. Ada extra ticket dan saya pun apply. So, here I am.”
“Awak
translator?”
“Yes.”
“For people?”
“For books to be exact. Tapi, syarikat
saya ada perkhidmatan travel and tours
sekali. So, a translator is equal tu a
tourist guide.” Adelia memberitahu. “And
you? I thought you are an ice-skater coach for children?” Setahunya,
syarikat penaja mereka hanya memberi cabutan bertuah pada sepuluh orang pekerja
dan sepuluh orang pekerja asal syarikat penerbitan tempat dia bekerja.
“Part-time. Saya mekanik untuk komputer.”
“Computer Programmer?”
“Nope. Software Engineer.”
“Oh.”
Suasana sepi semula.
“Macam
mana orang macam awak, I mean an engineer
boleh jadi ice-skater coach pulak?”
soal Adelia ingin tahu.
“Kenapa?”
“Saja
tanya. Awak pernah jadi ice skater
ke?”
“I was.”
“Was?”
“Kecil-kecil
dulu, saya belajar ice skating. Lepas
tu coach saya suruh masuk
pertandingan. Lepas menang dua kali, saya accident.
Tulang saya retak. Lepas tu, saya dah tak skate
lagi. Tapi, rasa sayanglah pulak nak tinggal. So, saya apply untuk jadi
coach. For children.” Wafiq
bercerita.
“Oh. I thought you were a foreigner professional
ice skater.” Adelia memberitahu.
Wafiq
memandang dengan pandangan bertanya. “You
know, awak cakap English all the
time, awak ajar anak-anak murid awak buat aksi yang sangat marvelous…” Adelia terasa ingin menampar
mulutnya sendiri manakala Wafiq menyembunyikan senyumannya.
“I know my English sounds weird. My
grandfather is a Scottish so that’s explained why.” Adelia mendiamkan diri
selepas itu. Dan tidak lagi berkata apa-apa. Kerana mungkin mulunya akan
membuka banyak lagi ‘rahsia’ yang tidak sepatutnya diketahui oleh lelaki itu.
bersambung...