“Kak
Naddy, salahlah!” Tangan Nadia ditampar buat kesekian kalinya.
“Ish,
Ema buatlah sendiri. Semua akak buat, semua salah.” Nadia mengomel sendiri.
“Maksu
ni cepat betul give up.” Wafiy
membebel sambil menyiapkan gubahan bunga telur. Mereka duduk di dalam bilik
Nadia yang akan menjadi bilik pengantin pada esok hari.
“Kak
Naddy ni. Cuba tengok kak Wafiy dengan kak Lia. Laju ja depa buat.” Ema
membebel lagi dalam bahasa Kedah pekatnya.
“Haish,
hang ni. Banyak songehlah. Macam makcik-makcik. Betoi (Betul) ka hang ni umoq
(umur) 20 tahun?” Nadia sudah duduk di atas katil.
“Maksu!
Jangan mengelat!” Wafiy melaung.
“Ya
ALLAH, orang suruh buat bunga teloq (telur), bukan suruh perang anak dara oi!!”
Mak Wan menggeleng kepala di muka pintu.
“Bukan
salah Ema, Mak Wan. Ni, Kak Naddy dengan kak Wafiy ni. Bukannya Mak Wan tak
tau.” Ema sudah terlebih dahulu menjawab.
Mereka
hanya ketawa kecil. Mak Wan berlalu dan seketika kemudian, Ameer pula uncul di
muka pintu. “Wafiy, tu buah hati pengarang jantung dah sampai.” Adelia menyiku
lengan Wafiy yang sedang khusyuk menyiapkan gubahannya.
“Abang,
kenapa?” soal Wafiy.
“Ika
bangun. Dia tak nak abang tidurkan dia balik.” Ameer memberitahu.
“La,
cepatnya. Anak bujang abanglah ni punya kerja.” Wafiy menggeleng sendiri dan
berlalu mengekori langkah Ameer menuju ke bilik mereka.
“Tu
dia, laki dia bawak pelari dah sorang.” Nadia duduk di tempat Wafiy.
“Kak
Nadia dengan Kak Lia habiskan okay. Ada lagi sepuluh je. Nanti Ema susun. Ema
nak pergi makan jap. Lapar.” Ema pula berlalu keluar.
“Lia.”
Nadia bersuara setelah hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di situ.
“Kenapa?”
“Lepas
ni, aku dah tak boleh nak lepak-lepak dengan kau dah.”
“Itu
sepatutnya ayat aku, okay. Ayat kau ialah, ‘Ala, Nafiz sporting. Mesti dia bagi setakat aku nak lepak dengan kau. Kalau
dia tak bagi, aku lari balik rumah mak aku.’ Kan?”
“Lia.”
“Apa
lagi, cik Nadia?” Adelia menggeleng sendiri.
“Bila
kau nak kahwin?”
“Entah.
Nanti kalau jumpa angel jatuh dari
langit, aku pinanglah dia.” Adelia menjawab selamba.
“Kau
ni. Itulah, aku nak buat matchmaking
dengan Wafiq tu kau jual mahal. Eh, apa cerita si Wafiq tu sekarang?” Nadia
bermain dengan hujung cadar.
“Wafiq
tu dah ada girlfriendlah.” Jauh
kedengaran suara Adelia.
“Mana
kau tahu? Pandai je kau ni buat spekulasi.” Nadia mengerut dahi
“Aku
tak buat spekulasilah. Kau ingat aku ni wartawan Melodi ke?” Adelia mencebik.
“Dah
tu, mana kau tahu?” soal Nadia.
“Dia
cakap.” Adelia menjawab malas.
“Dia
cakap?” Nadia tersenyum nakal dan menghampiri sahabatnya itu. “Bila dia cakap?
Kau ada cakap dengan dia ye…”
“Bukanlah.
Haritu dia pergi Kursus Intensif Korea. Aku ganti slot Kak Ida, jumpa dia. Then, dia nak balik jalan kaki. Aku
tumpangkanlah.” Adelia akhirnya bercerita. Dengan Nadia, tidak ada apa yang
boleh disorokkannya.
“Jalan
kaki?”
“Naik
teksi. Kau ni skemalah.” Adelia menjulingkan matanya.
“Sejak
bila pulak kau pandai ajak orang tumpang ni?”
“Ala,
aku cuma nak buat baik je. Salah ke?”
“Tak
salah, cuma agak pelik.” Nadia mengenyit mata nakal. “Then?”
“Dia
macam segan. So, aku offerlah dia drive. Manalah tahu, dia segan ke nak naik kereta perempuan drive.” Adelia meletakkan bunga yang
terakhir ke dalam kotak sebelum bersandar di katil. “Dia cakap kereta dia masuk
bengkel sebab langgar lampu jalan. Kau tahu tak kat mana?”
Nadia
hanya mendengar tanpa membalas. “Dekat area Bayan Baru. Dekat-dekat dengan
simpang nak ke Balik Pulau tu.”
Bulat
mata Nadia. “Jalan tu luas gila. Jarang ada kereta. Dia mimpi apa boleh langgar
lampu jalan?”
“Itulah,
bila aku tanya, ingat girlfriend ke?.
Dia cakap, mungkin.” Adelia menamatkan ceritanya.
“Tapi,
kan…” Nadia mengalih pada Adelia di hadapannya. “Dia cakap mungkin je, kan?
Yang kau nak feeling lebih-lebih ni
kenapa?” Nadia tersenyum nakal. “Kau… minat dia eh?”
“Hish,
merepeklah kau.” Adelia segera membangkang.
“Dah
tu, apasal kau macam sedih je?” Nadia mengangkat kening. “Boleh pulak kau
tumpangkan dia?” Nadia masih sibuk mengusik sahabatnya itu.
“Ala,
kawan je. Takkan tu pun girlfriend
dia nak jealous, kan?” Adelia
merungut sendiri. Nadia berdehem kecil namun Adelia mengeluh perlahan. “Kau
tahu tak Nadia, dia bawak kereta comel gila. Skema nak mampus. Lampu isyarat
kuning, dia dah berhenti. Nak masuk simpang, dia bagi lampu isyarat awal-awal
lagi.” Adelia ketawa kecil.
“Confirm!” Nadia mencapai telefon
bimbitnya dengan senyuman nakal yang semakin mekar.
“Nadia,
apa yang confirm? Tu kau call siapa pulak?” Adelia mengerut dahi.
Nadia
membuat isyarat senyap sementara menanti panggilannya bersambut. “Waalaikumussalam.
Awak, saya nak tanya sikit ni. Fasal Afiq.” Bulat mata Adelia memandang Nadia.
Namun, Nadia hanya buat tidak tahu sahaja.
“Dia
dah ada girlfriend ke?” Adelia
menjeling sahabanya itu. Nadia ketawa. “Tak, Lia ni. Dia curious.” Satu cubitan terus singgah di bahu Nadia. Nadia ketawa
lebih kuat lagi. “Tak ada? Okay, thanks.
Afiq datang kan, esok?” Nadia mengenyit mata nakal walaupun lengannya dicubit
berkali-kali oleh Adelia. “See you
tomorrow. Assalamualaikum.” Talian dimatikan setelah mendengar salamnya
disambut.
“Nadia!!”
Adelia sudah menjerit kuat.
“Astaghfirullahal’azim!!
Anak dara oii!!” Mak Wan muncul semula di muka pintu membuatkan kedua-duanya
kembali menyambung kerja masing-masing.
******************************************************************************
“Weh,
kau ada jumpa Adelia ke?” soal Nafiz pada Wafiq yang sedang menjamu selera.
“Ada,
time aku pergi kursus hari tu. Dia
tumpangkan aku balik.” Wafiq memberitahu.
“Mangkuklah
kau. Apasal tak cakap dengan aku?” soal Nafiz lagi.
“Kau
kan dah cuti kahwin lepas tu.” Wafiq menjawab selamba sambil menyuap nasinya.
“Ala,
just make a phone call. Tak susah
pun, kan.” Nafiz menggeleng. “Kau cakap kau dah ada girlfriend ke dengan dia?”
“Mana
ada.” Wafiq mencapai airnya. “Mana kau tau segala benda ni?” Dia sudah rasa nak
tercekik sebenarnya.
“Wife aku bestfriend dialah, encik Afiq oiii.” Nafiz memandang Nadia yang
sedang berbual dengan rakan-rakannya di meja tetamu. “Dia frust kau tau tak lepas kau cakap kau mungkin ada girlfriend tu?” Nafiz sudah ala-ala
berbisik.
Tersedak
Wafiq kala itu juga. Spontan Nafiz ketawa. “Itulah, aku cakap kau jumpa
bidadari jatuh dari langit, kau tak nak mengaku. Kalau cuka kena di muka, pergi
jumpa doktor lah. Kalau dah suka tu, cakap jelah, simpan sorang-sorang buat
apa?” Nafiz sudah mereka cipta pantun ekspresnya.
“Macam
mana aku nak cakap?” soal Wafiq serius.
“Macam
ni.” Nafiz menoleh pada khemah di sebelah mereka. Kebetulan Adelia lalu di
situ. Terus Nafiz melaung. “Lia, sini kejap.” Bulat mata Wafiq memandang
sahabatnya itu.
Adelia
datang ke arah mereka. “Kenapa?” soalnya.
“Afiq
nak cakap dengan awak.” Nafiz memberitahu.
Wafiq
menjeling Nafiz. ‘Nak cakap apa?’ Dia memberi isyarat mata.
‘Cakap
jelah.’ Nafiz membalas isyarat tersebut sebelum kembali memandang Adelia.
“Duduklah.” Jemputnya.
Adelia
duduk di hadapan mereka. Dia memandang Wafiq di hadapannya. Menanti bicara
lelaki itu. “Saya tak ada girlfriend
pun.” Senafas ayat itu dituturkan.
“So?” Adelia mengerut dahi. Apa masalah
mamat ni keluar ayat tak tahu hujung pangkal pulak ni?
Wafiq
terdiam seketika sebelum membalas. “Saya nak cakap tu je.”
Adelia
bangkit. “Okay, saya nak pergi sambung bagi bunga telur.”
“Lia…”
Adelia menoleh semula.
“Saya
tak pernah nampak awak skate pun.”
Entah dari mana idea itu muncul dan terluah dari bibirnya.
“Oh,
saya tak reti ice skate. Saya dah give up lama dulu. Saya suka tengok je.”
Adelia menjawab dengan senyuman. “Kenapa? Awak nak ajar ke?” Dan Adelia berlalu
dari situ. Senyuman di bibirnya masih lebar selepas mendengar pengakuan Wafiq.
“Kau
tak betul.” Nafiz menggeleng.
******************************************************************************
Adelia
melabuh duduk di kerusi yang disediakan. Bajunya sudah basah dek berkali-kali
jatuh di atas ice rink itu. Nadia
pula sudah terduduk keletihan. “Aku dah penatlah, Nadia. Aku rasa aku memang
tak ditakdirkan untuk skatelah.”
“Kau
ni, cepat sangat give uplah. Nak
pandai kena belajar banyak-banyak kali.” Nadia memujuk.
“Aku
dah penat, Nadia. Aku rasa aku memang tak ada bakat dalam ice skating ni. Jomlah kita balik…” Adelia membuka ikatan kasutnya.
“Lah,
kau ni… Takkan itu pun kau nak nangis. Tak adanya Wafiq tu nak reject kau kalau kau tak reti skate.” Nadia menepuk bahu Adelia.
“Mana
ada aku nangis.” Adelia membalas sambil membuat kerjanya. Relaks, Lia. Baru
tiga kali kau belajar, kan? Mana ada orang pandai kalau setakat tiga kali. Adelia
mengesat tubir matanya yang berair. Hai, kenapa rasa nak nangis ni? Adelia
memejamcelikkan matanya menghalang air matanya dari tumpah. Cool Lia, cool.
“Saya boleh ajar awak kalau awak nak.” Adelia
mencebik. Rajinlah sangat nak mengajar aku si Nadia ni. Nanti dulu! Sejak bila
pula Nadia bertukar jadi lelaki? Adelia spontan menoleh. Wafiq tersenyum di hadapannya
dengan secawan ais krim.
“Chocolate can make you feel better you know.”
Wafiq menghulurkan cawan itu pada Adelia.
“Awak
ni datang dari mana? Bukan awak pergi Korea ke?” soal Adelia terkejut.
“Dari
langit.” Wafiq ketawa.
“Kenapa
awak datang sini?” soal Adelia.
“Saja.
Saya nak tengok orang tu belajar skate.”
Wafiq menjawab selamba.
“Awak
tak sepatutnya muncul kat sini. Buat malu je…” Adelia menggigit bibirnya
sendiri.
Wafiq
tersenyum lucu. Comel sungguh gadis bernama Adelia Nadhira ini. “Saya boleh
ajar awak ice skate. Tapi ada satu
syarat.”
Adelia
mengerutkan dahi. “Apa?”
“Kahwin
dengan saya.”
Tangan
Adelia yang baru sahaja ingin mencapai cawan yang dihulurkan Wafiq itu kaku
seketika. Seketika kemudian tangannya ditarik semula. “Ada extra tissue?” soalnya.
Wafiq
mengeluarkan sepeket tisu dari dalam poketnya. “Sentiasa ada.”
“Saya
balik kampung hujung minggu depan. Datanglah. Bawa mak dengan ayah awak
sekali.” Adelia mencapai cawan ais krim yang dihulurkan oleh Wafiq.
“So, it’s a yes?” soal Wafiq.
Adelia
menjongket bahu dengan senyuman sebelum berlalu pergi. Betullah tu Cik Wafiq
Emir oii. Takkan semua benda pun nak kena cakap kot, kan?
Nadia
juga ikut bangkit dan memandang Wafiq yang masih berdiri di tempatnya. “Good luck.” Dia mengangkat ibu jari
membuat tanda bagus sebelum mengekori langkah Adelia.
Wafiq
tersenyum lebar sebelum mencapai telefon bimbitnya. Well, it’s a good start!
******************************************************************************
“Great!” Wafiq melangkah keluar dari ice rink tersebut. Dia menghulurkan
tangannya pada Adelia yang masih berdiri di muka pintu.
“Sekali
je lagi?” Adelia membuat muka comel.
“Lia,
dah empat kali Lia asyik ulang sekali, sekali. Abang dah penatlah.” Wafiq
bercekak pinggang.
“Ala…”
Adelia menarik muka. “Takkan professional
ice skater pun penat kot?”
“Sayang,
abang bukannya kebal macam Lia. Abang dah penat. Please?” Wafiq memujuk.
“Okay,
tapi esok kita datang lagi?” ajak Adelia.
“Minggu
depan eh? Esok abang ada kerjalah. Lagipun, Lia kan dah pandai skate. Lia ajaklah sesiapa pergi.”
“Tak
nak. Kat situ kena bayar. Kat sini, datang dengan abang. Free.” Adelia tersenyum nakal.
“Nakal
isteri abang ni. Okay, nanti kita datanglah sini lagi.” Wafiq mengalah.
“Balik
ni, abang kena khatam buku bahasa Perancis yang Lia bagi tu tau.” Adelia
bersuara sambil melangkah.
“Ala…”
Wafiq merungut.
“Hah,
kalau tak jangan harap Lia nak ikut abang pergi honeymoon. Abang pergi sorang-sorang.” Adelia mengugut.
“Yelah,
yelah. Dapat isteri kamus bergerak pun kena khatam buku tebal jugak. Nasib
badan.” Wafiq bersuara konon-konon merajuk.
“Okay,
Lia boleh bagi diskaun. Abang bagi satu perkatan yang abang tahu dalam bahasa
Perancis.” Adelia ketawa kecil.
“Okay.
Dengar elok-elok ya.” Mereka masuk ke dalam kereta. Wafiq memanaskan enjin.
“Cepatlah,
bang.”
Wafiq
memandang isterinya dengan senyuman manis. “J’taime.”
Adelia
spontan menoleh. “Apa?”
“J’taime. Forever and ever.” Wafiq menarik tangan isterinya dan digenggam
erat. “Dapat diskaun tak?” Wafiq mengenyit mata nakal.
“Anak
murid gatal. Tak ada diskaun. Khatam buku tu malam ni jugak.” Adelia bersuara
nakal sambil membalas senyuman suaminya.
“Alaaaaaa…”
Tawa mereka bersatu.
“Abang.”
“Hmm?”
“Abang
fikir fasal siapa yang abang sampai langgar lampu jalan tu?” soal Adelia
semula.
“Fasal
girlfriend.” Wafiq menjawab nakal.
“Lah,
abang cakap tak pernah ada girlfriend?
Abang tipu Lia eh?” Adelia memuncungkan mulutnya.
“Waktu
tu, kan abang jawab mungkin. Cuba Lia tanya lepas abang pergi merisik Lia
haritu. Bolehlah abang jawab of course.”
Wafiq ketawa nakal.
“Oh,
jadi memang betullah abang selalu tengok Lia duduk kat ice rink tu?” soal Adelia.
“Ala,
Lia pun selalu tengok abang jugak, kan? It
takes two to be married, okay?” Wafiq ketawa lagi.
“Ei,
suka-suka hati je tukar perumpamaan orang. ‘It
takes two to tango’lah.” Adelia segera menjawab. Lebih kepada menutup malu
sebenarnya.
“Sebab,
abang tak nak tango dengan Lia. Abang nak kahwin. Tak mainlah tango-tango ni.”
Wafiq ketawa lagi.
“Main-main!”
Satu cubitan hinggap di paha Wafiq. Wafiq mengaduh sebelum tersenyum manis.
“Sayaaaang…”
Wafiq memberhentikan keretanya di garaj rumah mereka.
“Tak
payah nak panggil banyak-banyak harakat macam tu, abang. Cakap je.” Adelia
menggeleng sendiri.
“Nah.”
Wafiq menghulurkan sejambak bunga lili kepada isterinya itu.
“Untuk
apa ni, abang?” soal Adelia setelah agak lama membisu.
“For everything. Sebab selalu spy abang, dan sebab jadi gadis misteri
abang. Dan sebab Lia sukakan abang dan sudi jadi isteri abang.” Wafiq
tersenyum.
“Sempat
lagi pekena orang tu.” Adelia mengesat matanya yang terasa panas.
“Lia…”
“Yes?”
“I love you.”
“I love you more, abang.” Dan genggaman
mereka erat sambil masing-masing beriringan masuk ke dalam rumah.
Tamat.
2 comments
Great! mengimbau kenangan betul cite ni...dh la I kenal my hubby kat ice ring...huhuu
ingat ais ketul tadi heheee