Seorang demi seorang tetamu sudah pulang, tinggal aku sendirian. Ummi dan ayah juga sudah pulang. Aku termanggu sendirian, nak tolong kemas mama tak izinkan, nak sentuh itu ini papa suruh rehat. Layanan mama dan papa kepadaku umpama layanan buat tuan puteri, namun hatiku tetap tak tenang memandangkan jelingan tajam yang kerap Izhar lemparkan bila anak mata kami bertembung.
Memang pernikahan ini meriah bagai tiada celanya, namun amat menyakitkan buat aku dan Izhar sendiri. Izhar menuduh aku merampas kebahagiaannya, namun bagaimana pula dengan aku sendiri? adakah aku bersorak gembira kerana mengahwini dia yang 98% mirip bekas tunangku sedangkan kelakuan dan hatinya 100% amat berbeza? Haruskah aku gembira menjadi menantu kesayangan walau aku dibenci suamiku sendiri? Haruskah aku tersenyum bahagia mengadap wajah yang aku rindu saban malam sedangkan matanya menikam aku dengan jelingan tajam penuh benci? Wajah di depan aku ini bukan wajah yang aku rindu, ia cuma mirip tetapi tetap tak sama, mereka insan yang berbeza. Kembar seiras belum tentu iras peribadi dan tingkah lakunya....aku menangis lagi. Aku sangat merindui Izwan!!
"Pandai pula kau cari bilik aku nak solat?" Aku menoleh ke belakang selepas melorotkan kain telekungku.
"Err tadi mak Jah yang tunjuk, saya tak tau nak tumpang solat di mana."aku menjawab sambil tangan ku melipat telekung ku. Mata tak sanggup mementang anak mata Izhar kerana telah terbayang bagaimana panahan matanya yang penuh benci memandang wajahku.
"Ye la...bilik pengantin ada satu saja dalam rumah ni, bilik berhias macam bilik puteri raja ni mesti kau tau ni bilik untuk kau kan?" Izhar menyindir lagi.
"Maafkan saya sekali lagi, saya tak berniat nak ceroboh bilik awak, tadi masa saya minta izin mama nak solat mamat minta mak Jah bawa ke sini. Malam nanti saya boleh tidur di tempat lain. Jangan risau tentang itu. Dan satu lagi, saya bersetuju dinikahkan dengan awak bukan kerana wajah awak mirip arwah Izwan, tetapi kerana wasiat terakhir Izwan yang mahu kita berkahwin. Saya juga mengalah sebab mama dan papa yang sangat baik asik merayu agar majlis yang telah dirancang tetap di jalankan walau bukan untuk saya dan Izwan, tapi awaklah penggantinya." Aku menjawab penuh yakin dan tegas, terasa sangat pilu bila mata Izhar memandang benci ke arahku.
"Wah wah wah...bermakna kau nak kata kau juga merana? kenapa tak berkeras batalkan saja majlis ini. Mengapa perlu heret aku gadaikan kebahagiaan untuk jadi pengganti arwah Izwan?" Izhar mencengkam lenganku dengan kasar. Walau nada suaranya rendah tapi ayatnya penuh kebencian. Aku buntu, adakah ini titik permulaan episod kesengsaraan dalam hidupku?
"Awak bercakap macamlah saya yang paksa awak nikahi saya. Saya redha dengan semua yang berlaku. Saya baru saja kehilangan insan yang paling saya cintai, dan pernikahan ini menambah kelukaan hati saya, awak tau tak?" aku tak mampu menyembunyikan lagi kelukaan hati. Aku tak mahu Izhar fikir aku gembira atas pernikahan ini. Mengapa pula aku dipersalahkan...huhu
"Mia, Izhar..turun makan nak!" Suara mama menerjah ke gegendang telingaku. Aku dan Izhar saling berpandangan.
"Kau jangan nak tarik muka depan mama, buat-buat biasa saja. Depan mama dan semua orang buat-buat lah bahagia dengan aku. Lagi pun memang kau bahagia dapat tatap muka aku tiap hati kan?" pesan Izhar dengan kejam
"Kalau awak tak sudi beristerikan saya, saya lagi tak sudi bersuamikan awak. Pandang pun saya tak sudi inikan pula nak tatap muka awak tu." akhirnya aku melafaskan ayat yan paling kejam buat suamiku, ye..dia suamiku kini.
Tuk tuk tuk...
"Ye mama, Mia solat maghrib dulu. Nanti Mia turun kejap lagi ye." Aku menjawab segera kerana mertuaku dah mengetuk pintu bilik.
"Ingat pesan aku tadi."Izhar masih tak puas hati... aku hanya menjeling tajam membalas panahan matanya. Benci mula menguasai diri. Dari rasa serba salah berkahwin dengannya akibat wasiat tunangku minta dia menjaga dan menikahi diriku kini timbul rasa benci pula kepada Izhar. Mungkin layanan dan hinaan darinya buat aku membenci dia.
*****
Selesai solat aku meningalkan Izhar yang masih termenung di jendela. Ku bantu mama menghidang makanan dan kami berbual mesra. Mama meminta aku belajar menesuaikan diri di rumahnya memandangkan aku memang jarang berkunjung ke sana. Sejak bertunang dengan Izwan dulu pun memang aku tak biasa sangat bertandang ke rumah mereka. Mungkin faktor jarak membataskan aku berkunjung dan bermesra dengan keluarganya. Maka tak hairanlah aku amat asing kepada kembarnya Izhar. Seingat aku cuma dua kali saja kami pernah pertemu. Itu pun sekadar berbasi-basi saja bila bertegur sapa. Izhar tak peramah macam Izwan. Izwan sangat peramah dan suka berjenaka. Itulah beza antara arwah Izwan dan suami ku kini Izhar.
"Duduk sebelah isteri kamu la Har" mama mengarahkan Izhar duduk di sebelahku. Tersentak dengan suara mama mampu mengejutkan aku dari lamunan tentang arwah Izwan.
"Mia...makan sayang, kenapa sedih je muka tu mama tengok. Pengantin baru kena senyum selalu tau, nanti dapat baby muka masam pula nanti...hahaha"mama mengusik aku di sambut tawa mama dan ahli keluarga yang lain. Papa sampai tersedak-sedak ketawa, Lia dan Nana adik ipar ku juga sama tergelak. Cuma kak Aida saya yang tak tergelak sama. Dia cuma merenung aku penuh makna. Izhar? entah, aku tak pandang langsung wajah lelaki di sebelah ku itu.
Izhar makan dengan penuh selera. Sesekali mama meminta aku menambahkan lauk itu dan ini ke pinggan anak kesayangannya. Aku hanya menurut saja permintaan mama. Pesan mama, semua lauk itu adalah kegemaran Izhar. Aku hanya mengangguk lemah. Entah aku ingat atau tidak lauk kesukaan lelaki itu aku tak pasti. Apa yang aku ingat cuma asam pedas pari ini adalah kegemaran arwah Izwan. Lelaki yang sangat aku cinta, lelaki yang sangat aku rindu saat ini.
"Sayang jaga diri baik-baik kalau abang takda ye, jangan sesekali biar orang buli sayang. Ingat pesan abang ye." bersungguh suara Izwan berpesan saat kami di dalam ambulans selepas kemalangan tersebut.
"Abang janji jangan tinggalkan Mia, kita dah nak nikah. Kan abang janji nak jaga mia. Mia tak kuat untuk hidup tanpa abang."Rayuku pada Izwan.
"Abang...jangan tinggalkan Mia!" aku menangis dalam sedu sedan. Semua mata memandangku kehairanan. Aku tergamam, aku hanyut dalam melayan kenangan lalu bersama Izwan hingga aku tak sedar yang aku berada di meja makan bersama mereka semua.
"Mia, kenapa ni?"Papa bertanya, mama hanya memandang aku penuh kehairanan. Kak Aida menghulurkan tisu kepadaku. Esak tangisku masih bersisa, segera ku sambut tisu dari kak Aida dan aku mengelap sisa air mata yang masih berjuraian.
"Mia?" mama meminta kepastian. Aku serba salah...terasa pelukan dari tangan sasa di sebelahku. Argh!! lelaki hipokrit itu sudah mula berdrama.
"Maafkan mia, tiba-tiba Mia teringatkan arwah Izwan. Maafkan Mia, mia sangat rindukan dia...maaf kan Mia." hanya itu yang mampu aku luahkan. Jujur tanpa perlu memendam rasa.
"Mia, mama faham apa yang Mia lalui. Sebab mama sayang Mia lah mama masih nak Mia jadi menantu kami. Mama harap semangat Mia segera pulih dengan bantuan Izhar. Lagi pun wajah arwah hampir sama dengan Izhar kan? mama harap Mia segera pulih ye sayang."mama bersungguh memujukku. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Tangan sasa di sebelahku tak henti-henti mengusap-ngusap belakang badanku tanda memujuk. Sangat lah pandai dia berlakon. Wajib menang anugerah tahun 2012 nampaknya.
Selesai membantu mama mengemas aku naik ke bilik sambil mengemas beg pakaian ku. Bilik mana yang tidak berpenghuni harus aku tumpang berehat. Nak sebilik dengan lelaki itu memang mustahil lebih-lebih lagi dia dah perli aku pasal bilik pengantin petang tadi.
"Nak lari mana ni?" suara mendatar tu mula menyapa bila kami bertembung di pintu bilik.
"Awak kan tak suka saya tumpang bilik awak, saya nak cari bilik kosong la kalau ada kat rumah ni."jawab aku acuh tak acuh.
"Kau jangan nak buat pasal, mama tau susah aku nak jawab nanti. Kau tidur saja di sini sampai mati pun. Tidur saja atas katil tu dan jangan risau risau. Aku tak akan apa-apa kan kau pun. Kau selamat dunia akhirat tidur sebelah aku." Panjang lebar Izhar memberi cadangan.
Aku hanya mendengus dan meletakkan beg di depan almari. Baring merehatkan diri sementara menanti lelaki itu pergi dari pandangan. Bila dia takda nanti baru aku boleh bangun dan solat isya'.
Bersambung....
9 comments
mna sambungan dia ni ...aku nak baca smpai habis hihihi
21hb bln dpn br ada...saya publish ikut jadual yg diberi
alaa.... tengah syok mengahayati... nanti kalau dah updet roger² tau ;-)
Hihi.. Sian myna. Nnt saya bagitau ye
laaaa... ada sambungan la pulak.. huuu. .. Cepat sambung yerk.. =D
masih ada lagi wasiat sebegini...hurm, agaknya izhar tu pun menaruh perasaan pada mia.dia nak mia suka dia bukan kerana izwan...byk teka teki ni...pape pun tunggguuuu.adeh! X larat nak tunggu bln depan
alaaa lama la tue nak tunggu sambung lagi. huuu...
samada izhar jatuh cinta atau tak. dua kemungkinan yg blh akak buat tak boleh kira agak.. huuu
kak blh tak smbung kt belog akak je? hikhikhi
Sambungan dia mana...
Best