Majlis ini dibiar meriah. Namun tidak Aisyah, yang hanya memencil diri dan duduk
menyepi di sudut kamar. Cincin risik dan ikatan
pertunangan itu direnung dalam. Mengimbas kenangan di masa mula dulu. Sejurus lamaran itu diterima dengan hati yang terbata-bata.
"Ibu, saya terima lamaran Johan.,"
Aisyah tahu, ibu tersentak dengan kata putus itu. Ibu yang selama ini
menjadi saksi kepada episod cinta patah hati. Ibu yang selama ini menjaga,
menenang dan mendorong sepanjang dia berduka. Dan keputusan ini, bukan apa yang
ibu jangka. Malah tidak terfikir walau sedikit pun.
"Kamu pasti?"
"Dah 3 tahun ibu. Aisyah bukan makin muda,"
Ibu mengalih pandang, jauh dari bertentang mata
dengan anak gadisnya. Aisyah tahu, keputusan ini membikin ibu resah.
"Aisyah tak mahu ibu bersedih dan susah hati. Cukuplah apa yang ibu terpaksa tanggung selama ini,"
Seraya datang menghampiri dan cuba menenang hati ibu yang galak bergelora.
"Ibu risau....,"
"Ibu nak risaukan apa? Aisyah ok saja. Lagipun, Aisyah tahu Johan ikhlas. Aisyah nampak kesungguhannya,"
"Ibu nak risaukan apa? Aisyah ok saja. Lagipun, Aisyah tahu Johan ikhlas. Aisyah nampak kesungguhannya,"
"Ibu tahu, kamu masih goyah. Perkahwinan bukan perkara
mudah. Bukan sesuatu yang hari ini kita
boleh kata ya dan esoknya kita kata tidak,"
Aisyah hanya senyum. Senyuman yang dia sendiri tidak pasti makna di
sebaliknya. Apakah senyuman ini tanda keliru, antara redha atau pasrah? Atau mungkin
sekadar untuk menyejuk hati ibu? Entah. Aisyah buntu.
Hingga ke saat ini, dia masih buntu. Sedang masa kian suntuk, kian hampir untuk diijabkabulkan. Namun kisah cinta lama itu, kisah antara dia dan Haikal dulu semakin kejam menerjah jiwa. Semakin kuat menghentam ke dalam kotak fikir.
Ya Tuhan, kobarkan kembali semangatku
Bersambung...
3 comments
salam ...
singgah mencari zulaikha
Saya juga masih tercari-cari.
Salam aidiladha ;)
sedih jugak sbb
kene tggu sambungan huhuhu