Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday, 22 January 2012

Ahmad Sayang Sara

            Ahmad Khalif sukakan Sara Adelia. Dia kawan dengan Sara Adelia sejak kecil. Sejak umur 5 tahun. Tadika yang sama dan sewaktu mendaftar masuk ke tahun satu juga bersama. Sara Adelia tergolong dalam pelajar bijak. Dia ditempatkan di kelas yang pertama daripada 10 buah kelas yang dibuka untuk tahun 1. Ahmad Khalif  pula ditempatkan di kelas yang ke-5. Namun begitu Sara Adelia tak sukakan kawan-kawan sekelas dia. Sara Adelia kata mereka sombong dan dia lebih suka berkawan dengan Ahmad Khalif . Padanya Ahmad Khalif  baik. Ahmad Khalif selalu  belikan makanan Sara Adelia, bawa buku Sara Adelia, kadangkala beg sekolah Sara Adelia pun Ahmad Khalif  bawa. 

            Hari ini mereka berdua sudah masuk ke tahun 4. Sara Adelia semakin seronok berkawan dengan Ahmad Khalif. Atas berkat usaha mereka berdua, Ahmad Khalif  dan Sara Adelia kini berada di dalam kelas yang sama. Mereka tak duduk sebelah-sebelah tapi masih dekat. Waktu rehat masih Ahmad Khalif  belikan makanan tapi kini mereka kongsi berdua. Buku pun Ahmad Khalif  masih bawa tapi tak banyak sebab buku juga mereka kongsi terutamanya buku teks. 

            Satu hari, Ahmad Khalif  datang ke sekolah macam selalu. Sampai di kelas, Ahmad Khalif  terus cari Sara Adelia seperti selalu sebab Sara Adelia akan sampai di kelas 10 minit lebih awal dari Ahmad Khalif. Meja Sara Adelia kosong menandakan yang dia tidak datang ke kelas hari itu. Kemudian bila guru kelas masuk, Ahmad Khalif  tanya cikgu Siti. Dia kata, Sara Adelia masuk hospital. Sakit. Petang itu selepas balik dari sekolah, Ahmad Khalif  minta tolong pada kakaknya untung menghantarnya ke hospital. Dia mahu berjumpa dengan Sara Adelia.

            Rupanya, Sara Adelia sakit leukemia dan Sara Adelia dah lama sakit. Ahmad Khalif saja yang tidak tahu. Sebab itu Sara Adelia tak boleh bawa buku berat-berat, tak boleh beratur beli makanan. Tubuh Sara Adelia lemah. Sangat lemah. Ahmad Khalif  duduk tepi katil Sara Adelia. Waktu itu mama Sara Adelia tak ada. Ke kantin mungkin. Ahmad Khalif kasihan melihat wayar yang berselirat di tubuh kecil Sara Adelia.

            " Ahmad Khalif ? " Seorang wanita berusia dalam linkungan 30-an menegur Ahmad Khalif.
            " Aunty? Mama Sara Adelia?" soal Ahmad Khalif kembali.

            Puan Irwayu mengangguk perlahan. Dia menarik kerusi di sebelah Ahmad Khalif  dan duduk di situ. Dia terharu melihat Ahmad Khalif datang melawat anaknya. Mujur kanak-kanak itu datang pada waktu melawat.

            “ Ahmad datang dengan siapa? “
            “ Kakak hantar. Dia ada dekat bawah. Lepas dia hantar saya tadi, dia terus tunggu di lobi."

            Puan Irwayu mengusap kepala Ahmad Khalif. Dia tahu budak lelaki ini sayangkan anaknya. Dia teringat yang Sara Adelia kata dia mahu berkahwin dengan Ahmad Khalif bila besar nanti. Puan Irwayu kesat air mata yang sudah mula mengalir di pipinya. Puan Irwayu pegang tangan Ahmad Khalif .

            " Ahmad jangan tinggal Sara ya. Temankan Sara . Sara sayang sangat dengan Ahmad . Makcik pun sayang Ahmad . "

            Ahmad Khalif  angguk laju-laju. Ahmad pun sayang Sara makcik. Sayang sangat-sangat. Namun kata-kata itu Cuma melantun-lantun di dalam hati Ahmad Khalif.


            Sudah seminggu Sara Adelia terbaring koma tidak sedarkan diri. Kata Puan Irwayu, Sara Adelia perlukan penderma untuk sum-sum tulangnya dan Puan Irwayu tak sepadan untuk menderma. Ahmad Khalif  pula masih kecil meski Ahmad Khalif  beria mahu menderma. 

            Ahmad Khalif  kasihan melihat keadaan Sara Adelia. Seminggu juga Ahmad Khalif  teman Sara Adelia di hospital. Mujur mama Ahmad Khalif  faham. Sebab Ahmad Khalif  pun selalu cerita pada mama tentang Sara Adelia. Ahmad Khalif  pegang tangan Sara Adelia. Ahmad Khalif  cium. Sama macam papanya buat pada mama bila mamanya tak sihat. Ahmad Khalif nak cium dahi Sara Adelia tapi nurse yang lalu-lalang sering menjeling padanya. Ahmad Khalif malu.

            " Sara, bangunlah. Saya rindu awak. Saya takde kawan nak main. Bangunlah Sara. "
            Sepi.
            " Sara. Bangunlah. Bangunlah. Bangunlah Sara. Saya bosan awak tak ada." 
            Mata Sara Adelia masih rapat.
            " Sara, bangunlah. Tak kasihankan saya? "

            Ahmad Khalif  menangis. Ahmad Khalif  tak tahu kenapa dia menangis. Cuma dia tahu dia sedih. Sedih tanpa Sara Adelia. 


            Mesin yang menyambungkan wayar yang berselirat di tubuh Sara dengan mesin di tepi Sara Adelia berbunyi nyaring. Kemudian 3 orang jururawat masuk bersama seorang doktor. Mereka suruh Ahmad Khalif  tunggu di luar. Ahmad Khalif yang terpinga-pinga hanya menurut. Dia menunggu di ruang menunggu yang disediakan. Masa itu juga Puan Irwayu sampai. Dia dari kantin. Dengan sebungkus roti dan sekotak milo untuk Ahmad Khalif . Ahmad Khalif  dapat dengar suasana dalam bilik Sara Adelia bising. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Hampir 15 minit baru doktor keluar setelah suasana di dalam bilik Sara Adelia sunyi kembali. .

            Bila saja pintu bilik Sara Adelia terbuka, doktor tadi pergi dekat Ahmad Khalif  dan Puan Irwayu. Apabila melihat doktor itu menggeleng perlahan sambil menunturkan perkataan maaf, Puan Irwayu meraung kuat. Dia menangis teresak-esak. Ahmad Khalif  tak faham. Ahmad Khalif  tarik tangan doktor. Doktor itu tunduk merapati Ahmad Khalif .

" Kenapa mama Sara menangis?"
" Adik, Sara dah tak ada lagi."
" Sara pergi mana doktor? Ahmad boleh ikut tak? "
" Sara dah meninggal."
" Meninggal itu apa?" 

            Puan Irwayu menarik Ahmad Khalif ke dalam dakapannya sambil berkata, tak apa pada doctor. Ahmad Khalif di bawa duduk dengannya dekat kerusi. Tangan Ahmad Khalif dipegang.. 

            " Ahmad, Sara dah tak ada lagi di dunia ini sayang. Tuhan sudah ambil Sara. Ahmad  dah tak payah bawa buku Sara, beli makanan Sara, tarik beg Sara lagi. Sara Adelia akan pergi ke dunia lain. "

Ahmad Khalif  diam. Dunia lain? Dunia apa? Kerutan di wajah Ahmad Khalif melahirkan perasaan tidak fahamnya.

" Sayang, Sara dah takde lagi dalam dunia kita. Sara dah pergi jauh sangat dan Sara takkan balik lagi. Ahmad, cari kawan baru ya. Tapi kalau Ahmad rindu Sara, Ahmad  boleh ziarah kubur Sara nanti." 

            Mendenengar perkataan kubur, Ahmad Khalif faham. Sara dah tinggalkan dia macam atuk . Ahmad Khalif rasa kehilangan. Dia menangis. Perlahan dan akhirnya menjadi esakan. Puan Irwayu memeluk Ahmad Khalif. Rambut Ahmad Khalif diusap.

- - - - - - - - -

Sara Adelia sudah lama tak ada dalam dunia Ahmad Khalif . Lama sangat. Selepas hari pengebumian Sara Adelia, Ahmad Khalif  dah tak seperti Ahmad Khalif  yang dulu. Dia menjadi rajin belajar. Menjadi pelajar cemerlang. Dan hari ini berkat usahanya, dia sudah menjadi seorang doktor di sebuah hospital di ibu kota. Tapi, meski sudah lama, Ahmad Khalif  tidak pernah lupa melawat kubur Sara Adelia. Paling tidak sebulan sekali. Ahmad Khalif  suka tunggu Sara Adelia dekat kubur. Sebab, Ahmad Khalif  amat mencintai Sara Adelia.

" Sara, Ahmad datang lagi. Ahmad bawa bunga mawar putih untuk Sara. Ahmad harap Sara suka. Semoga Sara aman bersemadi. Ahmad , sayang Sara sangat."

11 comments

air mata saya jatuh. menci awak.

janganlah menci saya. meh peluk meh. :)

kalau Ahmad slalu tersenyum bahagia. Sara pasti gembira. :)



rindukan dia~~~

Sara beruntung
walau nmpak mcm cinte kekanak ribena

tp cinte mereke tulus
cinta sampai mati maybe

cinta tak kenal usia

:( kesian dgn ahmad yg kecil. x faham sara dah pergi mana..

*tak suka cerita mati-mati ni.. buat sedih.. tapi, mati itu pasti.

hurmm..cinta sampai akhirnya.^^,

kenapa Sara... :)

kenapa sara? kau tahu kenapa sara ZK. :)

warghh.. sedihhhhhh... suka2.... betul. cinta tak megenal usia.. =)

Thanks. :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...