Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday, 20 January 2012

Salji Masih Berguguran...

Ian..kalaulah kau tahu...sejuknya salji di luar sana...tidaklah sehebat hangatnya apa yang aku rasa kini...
DI luar tingkap, salji gugur lembut sambil mencium cermin nipis yang menghalang angin sejuk dari masuk ke ruang hangat yang tidak seberapa luas itu. Cahaya malap mentol bulat 80 watt itu tidak cukup untuk membuatkan hatinya yang beku mencair walau dipujuk beratus kali oleh Encik dan Puan Baker.

Ya, musim sejuk sudah tiba lagi. Pokok-pokok gondol menampakkan ranting togel menunjuk ke langit tanpa daun. Yang ada cuma debu putih yang sejuk dan mengapung di udara, jatuh satu demi satu menyinggah di segenap cabang. Dia sedar itu, hatinya juga mula bercabang dan bercanggah, antara kehendak diri dan rasa aneh yang mula menyelinap dalam diri.

Beberapa hari lalu, dia menyatakan hasrat hati untuk pulang menjengah tanah tumpah darah seketika setelah tiga tahun tidak pulang. Dia rindu amat pada bau maung rumput di kaki tangga rumah emak. Ingin sekali dia gosok dan peluk nisan kaku di kuburan emak. Biarlah, tidak dapat memeluk emak pun tidak mengapa, asalkan dapat melihat dan memeluk nisan pun sudah cukup. Kata orang tiada tuannya, sesuatu yang berkaitan dengannya pun sudah cukup untuk melelas rindu, melepas sendu dan menghirup narwastu yang emak tinggalkan dulu di teratak nyiur gading ketika dia masih remaja.

Memang, meniti usia dara tidak mudah juga walaupun dia di bawah naungan yang amat menyenangkan jiwa, naungan itu membuatkan sukma subur dengan rasa bahagia tidak berbelah bahagi. Sungguh, dia bertuah kerana daripada sebutir mutiara di perlimbahan, dia dipungut, digilap langsung diletakkan di persada sajak yang sesuai dengan kilau mutiara itu, sesekali membiaskan warna tujuh pelangi ibarat nota cinta yang berupaya membakar seluruh tanjung perasaan sesiapa saja yang melihat.

Dan tanpa dia sedari juga, ada hati yang sudah lama hangat memendam rasa akibat kilau mutiara yang tidak bertuan itu...nyata mutiara dari perlimbahan itu membias kilau yang membersit garang namun serasi pada persada hati seorang manusia degil, manusia yang tidak pernah mahu menundukkan ego..Ian Peter!

Ian yang satu, dan tiada duanya. Kalau dikatanya hitam, maka hitamlah sekalian suasana dan panas baran Ian tidak akan sejuk andai dia tiada. Bagaimana ini, anak jantan kesayangan keluarga Baker, garang dan sombong amat tapi dia tahu di sebalik hati sebal itu ada nyalir rasa yang lembut, halus dan penuh kasih sayang. Dia tahu, dia tahu kerana dia sudah membelek dan meneliti sekeping jiwa kesayangan milik manusia ego itu.

Ini kerana setiap hantaran dan lembar bunyi yang sampai ke kuping pendengarannya setiap malam kala salji rontok menjunam ke bumi adalah alunan Blue Danube gubahan Johan Strauss yang tidak pernah jemu didengar. Begitu juga kala petang hari, ada alunan Intermezzo Cavalleria Rusticana dari ilham Pietro Mascagni menghias sunyi ruang antara dua dinding itu.

Bagai di rancang pula, Encik Baker menempatkan biliknya di sebelah bilik Ian. Katanya mudah untuk dia mengemas bilik si bujang sombong itu dan mudah juga untuk dia dipanggil andai tuan tunggal itu memerlukan apa-apa pertolongan.

Ahh hati, usah cair dengan bunyi-bunyian rajuk itu, namun dia tidak dapat membohongi hati lembut itu bahawa irama syahdu The Lonely Sheperd karya Gheorghe Zamfir yang berhantu itu dan Concierto de Violin Paganini tidak dapat menafikan rasa aneh mula menyelinap pada setiap pembuluh darahnya..ya..hampir segenap detik darah berasa panas mengasak ruang kapilari halus dalam jiwanya.

Salji menderu lagi, dirapatkan kuping ke dinding, masih ada muzik menangis mengisi malam. Pastinya Ian belum tidur, mahu saja diajak bersemuka, namun tidak manis. Siang tadi, si sombong yang manja itu merenung tajam ke wajahnya sebaik mengetahui dia ingin pulang ke tanah air..ketika mereka berpapasan tiada kata yang diucap sebaliknya sekilas jeling tajam saja dipanah tepat ke tangkai jantungnya, hampir luruh jantung nan satu itu.
What?” Tegurnya spontan kala selisih di tangga tua diperbuat daripada oak putih itu.
Nothing!” Keras saja jawapannya.
“Then..why you staring at me? Come on..talk to me..”
“I don’t feel like wanna talk..”
“Fine...call me if u need a shoulder...nite!”

Bump! Pintu bilik dihempas dan dia dengar ada barang jatuh ke lantai..pasti di bujang itu mengamuk lagi. Dan kini dia buntu. Jangan ada hati yang retak, jangan ada perasaan yang bersepai lantaran dia ingin menghilangkan diri dari bumi empat musim ini..jangan sayang...

Di luar, Oxford Street bagai dihampar permaidani berbaldu putih lantaran salji berjejeran menutup segenap ruang. Ada hati yang beku, ada rasa yang nanar…biarkan..kelak akan ada suatu titik temu bagi perhitungan sebuah perasaan yang kian bermaharajalela dan merasuk igau..biarkan!

15 comments

okay.. sekarang adik seperti baca novel... sila sambunggg

erm salji da cair kalo gugur kat malaysia hehe

ps: Ada sambungankah cik lady?

Iffah Afeefah..insyaAllah ada..

byk unsur interteks

menarik

:D

ingatkan novel tadi :)

teknik penulisan yang dapat tarik minat orang nak baca.. =)

macam baca siri sir arthur conan pulak..

07:27

ok. nak main salji

dill.

Warna Kasih: memang akan disambung sbb itu adalah fragmen drps sebuah kispan (kisah panjang)

AIS: interteks eh..akak bantai tulis je sebenarnya..

Ella n Alia: doakan novel ni siap ya...tq.

Zuemiey: Hehe...kena refer awak le sbb latar tempat adalah di UK.

Asip: Sir Arthur Conan Doyle? Alahai ingatkan ala-ala Wuthering Heights...

Dill: Winter nanti jom p main salji...

nak buat kispen macam ni.. rasanya aku kena melancong luar negara nak dapat feel ni hehe.. hebatlah Lady Windsor :)

wuihhh berbunga nya . kalau aku jangan harap lah dapat tulis macam ni hahhaa

abang bro mai sini hahaha...

Nong Andy: aku feeling je tu...tapi kalau gi obersea memang satu bonus ler...

Ekabukanmakcikkau: opocot berbunga kah? :)

Abg bro...u r most welcome..hihi

parah cerita ni...

Daddy..parah dan akan berlaku perang...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...