Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday, 31 January 2012

Kispen #2 - Kertas Warna


Boy cuma diam bila ditanya tentang ibunya.

Jalang. Jalang. Jalang.

Tak ada yang lain dalam akalannya bila nama 'Mak' melintas lalu di ruang fikiran. Dia terlalu malu untuk berkongsi cerita keluarga dengan sahabat-sahabatnya. Cuma dia yang tahu segala keheningan di balik tunggul kepalanya yang pegun dari tadi.

"Boy, kau ok tak? Mak kau tak datang ambil kau ke hari ni?"

Dia diam, cuma menggeleng kepalanya.

"Kalau macam tu aku balik dulu lah Boy. Bapak aku dah tunggu dalam kereta tu. Jangan lupa besok bawa kertas warna yang Cikgu Mail suruh kita sediakan tu."

Kali ini dia mengganguk, termangu.

Entah, ibunya terlalu sibuk dengan hal-hal 'peribadi'nya di luar sana. Dia sudah lali menapak pulang dengan kasut lusuhnya, yang kadang terkapur putih, yang selalu tercalit kotor hitam.

Baginya sekolah cuma neraka. Usai di kelas, sambung pula seksaan mentalnya di rumah. Hidup penuh murung dan durja. Keluh pun takkan didengar siapa-siapa.

"Lukman, awak ni bagus betul melukis. Cikgu kagum dengan kreativiti awak, tapi, ini kelas Matematik sayang. Kita jawab guna angka, bukan corak. Kita menghisab, bukan melakar."

Boy endah tak endah saja ujar Cikgu Mariam itu. Sarkastik, tak perlu dilayan.

Sementelahan di rumah, Boy cuma berbaring di tilam yang dihampar di lantai kamar biliknya. Berfikir seribu satu benda, biarpun di fikirannya cuma kosong.

"Boy, dah makan? Maaf mak tak sempat ambil Boy tadi. Mak nak keluar kejap ni. Nanti pergi beli makan dekat gerai depan tu ok. Mak dah tinggalkan wang atas meja ruang tamu."

Boy mengangguk, sambil matanya cuma merenung kosong kipas siling yang berputar pada kelajuan satu. Dia sudah terbiasa begini.

"Cikgu Mail, maaf kumpulan kami tak ada kertas warna untuk kelas pagi ni."
"Eh, bukan saya dah tugaskan dari minggu lepas ke untuk bawa kertas warna tu? Ni Lukman bin Abdullah ni mana? Bertuah betul budak ni tak sampai2 lagi ke kelas."

Pagi itu hening saja. Bayu meniup dan menggoncang lembut pohon-pohon di deretan jalan masuk Sekolah Rendah Sungai Angkasa. Segalanya berputar di bawah norma, biarpun ada bait-bait halus yang kurang enak di ulu hati Cikgu Mail.

Kringg. Waktu paling sibuk untuk peniaga di kantin sudah tiba. Murid-murid terpusu-pusu mengarus ke kantin menggendong beberapa syiling kecil yang dihulur ibu bapa masing-masing ketika bersalaman di pagi hari.

Cikgu Mail mahu ke pejabat pos untuk membayar bil. Tak jauh, cuma dua-tiga kilometer dari tempat kerjanya.

"Dik kau ok tak ni dik? Meh pakcik tolong bawa ke hospital nak? Siapa langgar kau ni?"
"Pakcik, saya dekat mana ni? Dah sampai sekolah belum?"

Baju yang baru dibasuh semalam sudah dihinggap merah darah yang terserak.
Mujur ada pemandu bas sekolah yang nampak sekujur tubuh yang terbaring di tepi pintu sekolah.

"Pakcik, kertas warna ni pakcik, tolong bagi dekat kawan saya. Saya baru beli tadi. Tolong, pakcik."

Helaian kertas berwarna hijau masih erat tergenggam di tangan ia. Kerumunan manusia keliling makin ramai.

Cikgu Mail memacu keluar dari pintu sekolah, melepasi kerumunan yang langsung tak ternampakkan oleh ia, yang sudah lari dari medan kesalahan di pagi hari.

4 comments

manusia bisa berkata apa saja apabila tidak tahu tentang kebenaran.

grrrrr!

jahat gila!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...