Tubuh yang menggigil kedinginan dari tadi aku biar dijamah angin malam. Desir ombak yang tak pernah putus menghempas ke pantai, mendamaikan hati aku yang sedang gerhana. Langit begitu cerah malam itu. Taburan bintang menemani malam, menambah seri malam sepi aku. Aku duduk di atas pasir. Kaki aku dilunjurkan. Sesekali ombak menyapa tapak kaki aku. Sejuknya terasa. Seluar jeans yang aku pakai sudah separuh basahnya.
Sedari selesai menunaikan solat Isyak tadi lagi aku sudah di sini. Aku menginap di hotel ini pagi tadi. Setelah puas aku melarikan diri dari segala masalah yang melanda, akhirnya aku memilih untuk pergi bercuti di bahagian utara Malaysia dan Pulau Langkawi menjadi pilihan aku. Setidak-tidaknya, dapat menenangkan fikiran aku. Bukan aku pengecut hingga lari dari masalah, cuma aku buntu. Aku tak mahu lukakan hati Ibu Rohana. Cukuplah selama ini dia membesarkan aku dengan rasa cinta seorang ibu. Tidak seharusnya hati dia aku lukakan. Kejadiaan minggu lepas, menjengah lagi difikiran. Entahlah, bila segala ini akan selesai.
" Ibu, Hajar tak mahu. Tolonglah ibu. Jangan desak Hajar. "
" Sampai bila kamu nak hidup sendiri Hajar. Usia kamu dah nak masuk 28 tahun. Dah sampai waktu kamu memikirkan masa depan kau. "
" Hajar tak mahu ibu. Hajar...belum bersedia. Tolonglah Hajar ibu. Hajar merayu pada ibu. Jangan pasak Hajar."
Aku bangun lalu duduk bersimpuh di tepi Ibu Rohana. Pehanya aku sentuh. Aku sembamkan wajahku di situ. Dapat aku rasa hangatnya sentuhan tangan Ibu Rohana menyentuh rambutku. Setiap kali aku bersedih, itulah yang dia lakukan dan aku akan merasa tenang. Sentuhan kasih seorang ibu yang ikhlas menyayangi anaknya.
" Terimalah dia nak. Ibu tahu kamu takkan terluka. "
" Tak mahu ibu. Hajar tak kenal Saiful itu. Macam mana kalau dia jahat? Dia pukul Hajar? Dia sepak terajang Hajar? Macam yang papa buat pada arwah Mama. Hajar tak mahu ibu. Hidup sendiri pun tak apa. Hajar ada kerjaya. Hajar ada duit sendiri, rumah dan kereta sendiri. Semua itu hasil titik peluh Hajar sendiri. Hajar tak kisah pun kalau Hajar tak kahwin."
Ibu Rohana mengeluh mendengarkan jawapan aku. Dia bangun berdiri lalu berjalan mendekati tingkap biliknya. Dibuka sedikit lalu diintai langit malam.
" Tak semua lelaki macam papa kamu Hajar. Tak semua. Masih ada yang baik. Jangan kamu prejudis hanya kerana papa kamu kaki pukul, kaki judi, minum arak. Terima sajalah Saiful itu."
" Hajar tak mahu ibu! Hajar tak mahu! Ibu, tolonglah. Jangan paksa Hajar. "
" Kalau kamu tak mahu terima Saiful, sama seperti kamu membenci ibu. Ibu beri kamu masa hingga hujung bulan ini Hajar. Jika kamu masih berkeras, mahu atau tidak, kamu tetap akan disatukan dengan Saiful. "
Kata-kata Ibu Rohana ibarat batu besar yang dibebankan ke bahu aku. Air mata aku berlinang lebat. Sampai hati ibu. Sampai hati. Ibu paksa hajar sampai begini sekali. Aku mencapai beg tangan yang ditelakkan di tepi katil, kemudian tangan Ibu Rohana aku capai lalu aku cium. Tidak seperti kebiasaannya, pipi Ibu Rohana tidak aku cium seperti selalunya. Aku terus berlalu keluar dari Rumah Impian Kasih, tempat aku membesar. Aku mula kenal erti hidup. Aku belajar menjadi seorang yang kuat untuk hidup atas bumi Allah yang maha luas. Berbekalkan segala tunjuk ajar Ibu Rohana, aku mampu melangkah setelah dengan jerihnya aku melawan sakitnya kenangan masa lalu.
Dulu, aku ada sebuah keluarga yang bahagia. Aku ada mama, papa dan seorang adik perempuan. Kami hidup bersederhana. Papa bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat pengangkutan dan mama cuma seorang suri rumah. Kami tinggal di sebuah rumah teres setingkat. Kelengkapan rumah, memang tidak semewah mana tapi cukup buat aku rasa bahagia. Kata mama, yang penting orang yang tinggal di situ bahagia. Bukan apa isinya dan aku tahu yang kami sekeluarga cukup bahagia.
Namun segalanya berubah setelah papa diberhentikan kerja oleh majikannya kerana masalah kegawatan ekonomi. Mama yang waktu itu tidak berkerja dan aku masih bersekolah di tahun 4 menjadi beban pada papa. Adik aku waktu itu baru berusia 3 tahun. Sikap papa berubah hari demi hari. Papa bukan lagi seorang papa yang penyayang. Seringkali aku melihat mama dipukul. Hingga ada waktu, aku dapat mendengar mama meraung di dalam bilik diperlakukan papa. Keesokkan harinya, bibir mama pasti lebam dan ada kesan tali pinggang di tubuh mama.
Tapi mama kata, papa sayang mama. Papa jadi seperti itu kerana tekanan. Akhirnya, perangai buruk papa memakan dirinya sendiri. Adik meninggal dunia kerana demam panas dan mama tak punya duit untuk bawa adik ke klinik. Akhirnya adik meninggal dipangku mama. Mama pula, meninggal kerana pendarahan dalaman selepas dibelasah dengan teruk oleh papa. Mama meninggal di hospital.
Selepas itu, aku dihantar ke Rumah Impian Kasih kerana tiada siapa yang sudi menjaga aku sejak mama pergi. Papa pula, menghilangkan diri entah ke mana. Sejak hari itu aku tinggal di situ. Diberi kasih sayang Ibu Rohana. Dia dah banyak berkorban untuk aku. Aku tak sanggup lukakan hati dia.
Tubuh yang semakin kedinginan kian mengigil. Aku dongak melihat langit kelam. Taburan bintang seakan lukisan yang membentuk pelbagai rupa. Cantik ciptaan Allah. Langit malam, gelap. Untuk memberi cahaya biar terang, dijadikan bulan. Kemudian, dihiasi bintang. Subhanallah. Terasa kerdil diri ini.
" Assalamualaikum. "
Suara seseorang memberi salam membuatkan tubuh aku tersentak. Segera aku menoleh ke kanan arah di mana suara itu datang. Seorang lelaki memakai jeans hitam, t-shirt putih sedang berdiri di depan aku. Tanpa disuruh, dia melabuhkan punggung di sebelah aku.
" Jauh menung? Ingat seseorang ke?" Tegur lelaki itu. Aku cuma diam. Lelaki ini datang tiba-tiba kemudian berani duduk sebelah aku. Sekarang, mahu ajak aku berbual. Mengarut.
" Saya nak balik. Assalamualaikum. " Aku pantas bangun berdiri. Malas mahu berlama-lama melayan lelaki asing itu. Namun, sebaik sahaja aku mahu melangkah, dia segera menahan.
" Siti Hajar. Tunggu. Saya ada benda nak beritahu awak."
Tergamam. Dari mana dia tahu nama aku? Seingat aku, belum pernah aku bertemu dengan lelaki ini.
" Siapa awak? Macam mana awak tahu nama saya?" Aku berpaling mengadap dia. Dia yang tadinya duduk kini bangun berdiri. Dia berjalan mendekati aku. Cukup rapat. Hingga aku mampu mendengar desah nafasnya di malam yang sunyi sepi begini.
" Saya, Saiful. Lelaki yang ibu awak ingin jodohkan." ujarnya bersahaja. Dalam keadaan terlalu dekat begini, aku dapat memerhatinya dengan lebih jelas. Wajahnya nampak bersih. Janggut sejemput di bawah dagu itu, membuatkan dia nampak matang. Rambutnya, panjang hingga ke bahu. Sedikit beralun dan tidak di ikat. Boleh tahan. Detik hati aku.
" Awak." Tangannya digoyangkan di depan muka aku.
" Errrr.... ya."
" Kita kahwin ya? Saya janji, saya takkan hampakan awak."
" Saya tak kenal awak. "
" Insya Allah Hajar, saya akan cuba jadi suami yang baik untuk awak."
Aku berpeluk tubuh mengadap laut yang terbentang luas. Mempertimbangkan permintaan Ibu Rohana dan Saiful. Ibu Rohana pasti lebih mengenali Saiful dari aku. Kalau tidak, takkan ibu beria suruh aku berkahwin dengan dia.
" Macam mana awak tahu saya di sini? "
" Siang tadi, saya nak pergi rumah awak. Tapi saya nampak awak keluar. Saya ikut. Saya ingat awak pergi dekat-dekat sini. Mana saya tahu sampai Langkawi. Saya sehelai sepinggang ini. Tapi tak apalah. Demi awak, saya tak kisah. Hajar, kita kahwin ya? Esok kita balik KL. Kita jumpa ibu awak. Kita beritahu dia, 3 bulan dari sekarang kita kahwin," ujarnya bersemangat. Aku boleh dia jelas terpancar.
" Jumpa ibu dan biar dia uruskan semua. Saya terima awak, sebab awak dikenalkan oleh ibu. Kalau tidak, jangan haraplah. Saya balik bilik dulu. Esok, pukul 9 saya tunggu awak di lobi. Kita terus balik Kl. Assalamualaikum Saiful." ucap aku sebelum berlalu pergi. Semoga takdir Tuhan ini yang terbaik untuk aku. Semoga perencanaan ini tidak akan melukakan aku. Dalam,dia, syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi.
x x x x x x x x x x x x x x
Ketukan di pintu kamar, menyedarkan aku. Segera aku seka air mata yang mengalir. Terlalu jauh aku termenung. Mengimbau kembali bagaimana kerasnya aku menolak permintaan Ibu Rohana. Namun akhirnya, aku terima pilihannya kerana aku yakin ibu pasti tahu yang terbaik untuk aku.
" Dah siap? Jom. Pengantin lelaki dah sampai," Ibu Rohana masuk menjemput aku. Sempat dahi aku dikucupnya. Debar di dada kian terasa. Hari ini, aku bakal menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang aku kenal 3 bulan lepas. Di ruang tamu Rumah Impian Kasih tetamu telah memenuhi ruan. Mata aku mencari susuk Saiful. Dia tersenyum memandang aku. Kami berpakaian sedondon putih hari ini. Ibu suruh aku duduk di atas tempat yang telah disediakan.
" Aku terima nikahnya Siti Hajar binti Hisham dengan mas kahwin....."
Selepas mendengarkan perkataan 'sah', Saiful bangun mendekati aku untuk pembatalan air sembahyang. Dia menyarungkan cincin ke jari manis aku, kemudian aku pula menyarungkan cincin ke jari manisnya. Dahi aku dikucupnya. Tiba-tiba air matanya menitis ke pipi aku.
" Kenapa awak nangis? Patutnya saya yang nangis," soal aku perlahan tidak mahu didengar orang.
" Terharu. Saya ingat saya tak dapat miliki awak. Tapi alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa saya. Saya sayangkan awak Hajar. Terlalu sayangkan awak. Dah lama saya tunggu awak. Kita bina rumah tangga kita bersama ya. Saya cuba jadi suami yang terbaik untuk awak. Saya janji."
Aku hanya mampu tersenyum mendengarkan lafaz janjinya. Semoga, bahagia itu milik kami. Insya Allah.
p/s : semoga terhibur.
18 comments
cuwittttt!
hakhakhak! :)
cis! bikin guwa rindu sama dia.
dill.
ngeeee! :)
saiful..
xnak cari bini kedua ke..?
aku rela.. muehehe..
amboi! hahahahaha! kene hempuk ngan hajar kang. :P
ahahhhh suwwiiiittttt sgttt
suke2
nk saifullll
nak
bini ketige pon jadila
sape nak jadi bini ke-4? :P
hehehe....LIKE....
tq. :)
wahhhhhh *ternganga hihi
menarik....mmng best!!!!
Nice
Terlompong membaca. rasa nak order sorang lelaki yg mulut manis macam saiful!
ish..ish.. ramainya nak berebutkan saiful hehehe.. siap nak isi jawatan kosong nombor 3 si iffah hehehe!
kadang Tuhan bagi macam-macam dugaan, bagi ayah kaki botol, kaki judi..
tapi Tuhan juga boleh bagi macam-macam kebahagiaan- bagi lelaki baik macam saiful sebagai suami!! :)
perhh...meremang bulu roma baca..teruskan b'karya dgn retorik ciptaan diri.
Maii : Tutup mulut sikit. Masuk lalat kang. hehehe! :P
Mulut Payau : Thanks. :)
Sharif : Thanks. :)
Nong Andy : Tuhan datangkan hujan sebab Tuhan nak bagi pelangi. Dan pelangi Siti Hajar itu Saiful. :)
Azwan : Thanks and i'll. Keep supporting us yeah! :D