"Apa buktinya? Jangan main tuduh-tuduh." Balas Zarita seolah mempertahankan diri sendiri. Suaranya juga meninggi.
"Apa bukti? Kau jangan nak main wayanglah dengan aku. Sekarang bukan lagi zaman telegram." Sekali lagi Sharipudin berkeras. Namun nadanya sedikit rendah. Jarinya telunjuknya tepat ke hidung Zarita. Matanya membulat. Semacam ada api menjulang keluar dari korneanya.
"Main wayang apa lagi ni? Kau yang dah ada perempuan lain. Pandai-pandai nak tuduh aku. Nak lepaskan aku cakap je lah!!" Zarita tetap ingin mempertahankan diri sendiri. Suaranya tinggi. Terjangkau hampir sepertiga taman tasik itu. Pengunjung-pengunjung lain sekadar menggeleng. Dasar remaja baru nak naik.
"Ni. Kau tengok ni!" Sharipudin menekan-nekan punat telefon bimbitnya berjenama N70. Zarita makin tak faham.
Seketika kemudian telefon bimbit itu diberi kepada Zarita. Ada suara video sedang dimainkan. Sebaik Zarita terpandang video yang dimainkan itu, matanya membungkam. Dia menutup mulutnya dengan tangan kiri. Tangannya menggigil. Suaranya mati terus!
Apakan tidak, video bertajuk 'Zarita gadis kolej' sedang memaparkan jelas aksinya sedang 'bergelut 'diranjang dengan seorang lelaki yang memang dia dan Sharipudin sendiri kenal. Lelaki yang pada awalnya Zarita kenal di alam maya, adalah teman sekolej Zarita. Suara aksi ghairah Zarita jelas keluar dari speaker telefon bimbit Sharipudin.
Zarita tak berani angkat mukanya. Dia sekadar pandang ke tanah namun langsung tiada satu pun titik fokus. Sementara Sharipudin sudah tewas dengan air matanya sendiri. Reaksi Zarita dah menjawab perseoalannya bahawa gadis dalam video itu adalah memang teman wanitanya sendiri.
"Dahlah perempuan sundal! Pergi mati sama kau, dengan jantan kau tu. Aku dah tak kenal kau, dan aku tak pernah kenal kau. Sial!" Sekali lagi Sharipudin menjerit. Telefon bimbit dari tangan Zarita dirampas, terus dihempas ke batu. Berderai terus telefon bimbit tersebut.
*********
"Kenapa ni, Din? Gaduh lagi ke dengan awek kau?" Kamal bertanya sebaik melihat Sharipudin sekadar menunduk. Matnya merah.
"Aku tak pernah kenal lagi perempuan sial tu. Aku tak percaya cinta. Cinta semuanya sundal!" Nada dendam jelas terkandung dalam bicara Sharipudin. Kamal terdiam walaupun dia tahu itu bukanlah jawapan untuk persoalannya tadi. Dia cuba mencari ayat untuk menenangkan sahabat karibnya itu.
"Dahlah Din. Cinta ni macam tulah. Kita tak tahu sepenuhnya yang dia akan jadi milik kita. Jadi kita janganlah menaruh kepercayaan yang tinggi." Kamal mencuba.
"Hmmm..." Lembut jawapan Sharipudin menandakan dia tak berpuas hati.
"Dengarlah aku cakap. Jangan menangis sebab cinta. Tapi menangislah sebab dosa atas cinta." Kamal mengurut bahu Sharipudin.
"Cinta ni bukan terarah pada perempuan sahaja. Kau kena ingat tu Din. Cinta paling utama pada Allah. Kita ikut perintah Dia, kita tinggalkan larangan-Nya. Kemudian baru cinta pada ibu bapa. Kerana mereka kita ada. Kerana mereka kita membesar. Kerana mereka jugalah kita macam ni sekarang ni. Kalau cinta pada pasangan ni, biarlah nanti-nanti. Kau jangan runsing sangat pasal cinta ni. Ya, Din?" Kamal bercakap secara teratur dan lembut. Tak mahu mengguris hati Sharipdin.
Jam sudah pukul 3 pagi. Namun Kamal tetap setia menemani sahabatnya. Tetap berusaha menaikkan semula semangat Sharipudin.
**********
"Apa nak jadi dengan kau ni, Kamal? Keluar malam. Bawak motor sana-sini. Balik pagi-pagi buta." Mak Kiah menasihati anaknya Kamal sebaik melihat Kamal baru pulang pada pukul 5 pagi.
Kamal diam. Sekadar menutup keras pintu. Kepalanya kusut sebaik mendengar bebelan ibunya yang tiba-tiba muncul.
"Entah apa yang kau fikir. Sembahyang dah ke mana. Cakap mak kau tak nak dengar. Dulu kecik-kecik bukan main lagi cakap sayang maklah. Takkan lukakan maklah. Apa ni Kamal?" Mak Yati teruskan lagi bebelannya.
"Mak boleh diam tak? Mal taulah apa Mal buat! Jangan sibuklah!" Kamal membentak. Suaranya meninggi. Mengejutkan adiknya yang sedang tidur di atas kerusi. Dia masuk ke dalam bilik. Menghempas pula pintu bilik sekuatnya meninggalkan Mak Kiah yang mengurut dada. Sudah lali dengan suara tinggi Kamal sebaik dia cuba menasihati. Air matanya dah bosan untuk gugur.
Sementara Sharipudin masih merana kerana cintanya dikhianati. Namun hati kecilnya masih kagum akan falsafah hidup Kamal yang Kamal katakan sebentar tadi. Dia genggam erat kata-kata Kamal itu.
8 comments
itu yang termampu kamal katakan dan ianya bukan mudah bagi sharipudin untuk menelannya walaupun benar sekalipun...
Sharipudin cermin Kamal. Kamal cuba cuci cermin itu. Tapi hakikatnya... :)
apapun, Kamal sahabat yang baik.
aku... aku... aku nak jadi macam kamal.. tapi bukan seperti kamal bila berdepan denga orang tua.
Baek ngn kwan tp dgn mk?
Satu pgjrn y baek
amboi kamal..
kemain lagi...!!
wahh sipot...
wahh...
wahh...
yg aku baca lau nak putus mesti sbb kenal org lain je. tp kelainan kau buat faktor mengganas di ranjang tu..
oppss aku lupa~!
ni bukan lagi zaman telegram~!!
naise sipot..naise...
sipot, selalunya akak terjumpa kes pompuan yg kena tipu dengan boyafrend dia tapi kes ini lain sket...sian din kena chong kaw-kaw sama itu gelfren dia..gaya penulisan yg straight..i like!
kamal oo kamal.. adess2..