Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday, 7 January 2012

Kau Curi Hatiku


Malam itu kami menari bersama. Dalam renyai hujan. Dia pakai taxedo hitam dengan reben merah dileher. Dan aku gaun merah hati hingga ke kaki. Kami berpeluk berdua. Menari seakan dunia cuma milik kami. Kami menari dari Jalan Imbi ke Petaling Street. Berpusing-pusing di jalanan.

Dia bisik, " Sayang gembira? "
Aku angguk laju. " Sangat," kata aku.

Kemudian tahutahu aku sudah berada di apartmentnya di jalan Ampang. Dekorasinya cantik. Dinding putih, sofa putih, meja makan putih, rak TV putih.Oh, juga ada 3 kuntum ros putih dalam pasu. Kemudian dia tarik tangan aku suruh duduk di sofa. Aku ingin duduk terus tapi dia tarik suruh duduk dipangkunya. Aku malu.

" Kenapa merah pipimu sayang?"
" Aku malu. Tak biasa."

Ketawa. Itu jawapan dia. Kemudian dia kata,

" Sebentar, aku ke dapur. Ada sesuatu untuk kamu. "

Aku dibiarkan bersendirian di ruang serba putih itu. Aku bangun dan mnghidupkan suis TV. Cerita National Geography. Gajah takut tikus. Ah, bosan! Aku tukar ke siaran lain. Drama melayu. Si suami ditindas isteri. Boss dikeji pekerja. Ah, dunia. Bosan! 

" Sayang!"

Panggilnya lalu membenamkan pisau tajam di dada aku. Ditorehnya dalam-dalam. Memercik darah ke seluruh ruang putih itu. Di sofa, di dinding, di meja, di TV, di lantai. Di toreh dada aku seluasnya kemudian tangannya pantas mencari hati aku. Ya, hati aku. Bukan jantung, paru-paru atau organ lain.

" Kenapa? " tanya aku.
" Kenapa apa " soalnya kembali.
" Toreh dada saya dan ambil hati saya? "

Jawab dia ,

" Biar aku ambil hati ini dan aku simpan. Biar aku jaga dan aku rawat. Aku tidak mahu ada lelaki lain yang curi hati kau lagi sebab hati itu sudah ada pada aku. Sayang, hati ini untuk aku kan? Jadi biarlah aku simpan. Kitakan cuma perlu jantung untuk hidup. Bukan hati. Jadi kau masih akan bersama aku. " Lalu dia ambil sekuntum ros putih yang terpalit darah aku, dipatahkan tangkainya, lalu ros putih diselitkan ke tepi telinga aku. Harum ros putih bergabung dengan hanyir darah aku.

Senyum. Aku dakap tubuhnya erat. Aku kucup pipinya. Aku elus jambang di wajahnya. Lalu aku bisik manja ke telinganya,

" Mari. Ke kamar. Aku rindu. "




8 comments

tak mati? hebat.. orang yang kena kanser hati stage 4 boleh lah buat gini gaya.. haha..









mari ke kamar mandi.. gua rindu..

smart!!!! likeee!! tak salah pilihan saya.. hahahaha..

kamar mandi? hahahaha! berbasahan kamu nanti. choi~ :P

thanks mawar kasih. =)

00:00

ohho...tidak mati?

dill.

sungguh imijinasi.. main korek-korek hati :)

searmlaaaaa

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...