Lelaki bertopeng itu muncul ketika dia dalam perjalanan pulang dari kerja. Lelaki bertopeng itu muncul dengan tiba-tiba di belakang keretanya. Dia terkejut, tetapi tidak mungkin ada hantu pada waktu pagi. Lelaki bertopeng tidak menerangkan siapa dirinya dan hanya berkata,
"Jangan lepaskan dia pergi! Dia..."
Lelaki bertopeng itu hilang dengan tiba-tiba, sebelum sempat menghabiskan ayatnya. Siapa "dia" yang dimaksudkan? Persoalan itu timbul dan hilang sehingga dia sampai di rumahnya.
"Mungkin aku bermimpi. Kerja banyak sangat, sampai otak pun tak betul!" katanya dalam hati.
Dia sampai di rumahnya dan ke bilik tidur. Dia baring atas katil, membuka komputer ribanya dan terus melayari sebuah laman sosial. Banyak sungguh komen yang diterima. Memang dia seorang yang gilakan laman sosial. Boleh dikatakan setiap minit mahu saja dia memperbaharui status terkininya.
"Dah sampai rumah?"
Mesej chat dari laman sosial tersebut muncul. Mesej dari kekasihnya. Dia malas melayannya. Dia membiarkan kekasihnya menunggu untuk seketika. Dia lebih gemar melayan teman-teman laman sosialnya dari membalas mesej klise kekasihnya itu. Teman-teman sosialnya jauh lebih mantap dan keterampilan berbanding dengan kekasihnya. Untuk apa dia perlu habiskan masa melayan kekasihnya yang membosankan? Rimas! Setiap hari mahu berbual dengannya! Menjengkelkan! Setelah hampir sejam, barulah dia membalas kembali mesej dari kekasihnya itu.
Perbualan mereka hambar. Dia melayan perbualan dengan kekasihnya seperti melepaskan batuk di tangga. Memang jelas dia sudah bosan dengan kekasihnya itu dan tidak sabar untuk melepaskannya pergi. Ada ramai lagi ikan manis di laut, untuk apa dia perlu selesa dengan seekor ikan lama itu? Lantas dia membalas ungkapan rindu kekasihnya dengan:
"Kalau u dapat cari yang lebih baik, lepaskan I lah"
Dia sendiri tak pasti mengapa jawapan itu diberikan. Mungkin dia penat, rimas. Kekasihnya ternyata kecewa, namun masih mengharapkan apa yang diungkapkannya hanyalah gurauan. Kekasihnya merayu agar dia tidak melepaskan dirinya. Dia hanya melihat rayuan kekasihnya itu di skrin dengan pandangan sinis. Dia memang seorang manusia hebat! Sehingga berjaya membuat kekasihnya merayu seperti peminta sedekah! Dia menutup komputer ribanya tanpa membalas mesej hiba dari kekasihnya itu. Dia kepenatan setelah semalaman berkerja. Masa untuk tidur dan bermimpi bermesra dengan ikan-ikan baru yang boleh membuatkan dirinya lebih teruja.
Sebalik, dia bermimpikan kekasihnya. Kekasihnya itu tersenyum, walau kesedihannya itu tampak jelas. Kekasihnya mengucapkan selamat tinggal dan badan kekasihnya meletup seperti bom. Cebisan daging terbakar merah, hitam kekasihnya tercampak di merata tempat. Dia hanya mampu melihat kekasihnya lenyap sekelip-mata, tanpa mampu berbuat apa-apa. Titisan air mata panas lahir dari matanya.
Mimpi ngeri itu membuatkan dia terjaga dari tidur dan hanya ada satu sahaja perkara yang perlu dilakukan setelah tersedar dari mimpi buruk iaitu mengemaskan-kinikan status! Komputer ribanya tidak dibuka, dia hanya mencapai selfonnya untuk mengemas-kinikan status itu. Cara ini lebih cepat untuk teman-teman sosialnya 'bersimpati' dengan mimpi ngeri yang dialaminya tadi.
Melalui selfonnya, dia mendapati terdapat lebih dari 30 panggilan tidak terjawab dan beratus mesej pesanan ringkas diskrin!
"Berapa lama aku tidur tadi?" dia bertanya kepada dirinya sendiri.
Muncul lelaki bertopeng itu kembali. Lelaki bertopeng itu menyuruhnya menelefon kekasihnya, tetapi dia enggan. Dia mahu tahu siapakah lelaki bertopeng itu? Lelaki bertopeng membuka topengnya. Dia terkejut melihat wajah lelaki bertopeng itu. Seperti sebuah cermin di depannya, tetapi refleksinya sangat tua dan sedih. Lelaki bertopeng merampas telefon bimbit darinya dan menangis.
"Semua sudah terlambat."
Lelaki bertopeng berkata dan menghilangkan diri. Telefon bimbit berbunyi kembali. Dia mengangkatnya.
Suara tangisan sesalan kuat didengari.
---
Dia tidak tahu sudah berapa tahun dia korbankan. Berapa orang dipulaukan. Wajahnya bertukar menjadi lebih tua dari usianya. Apa yang dia tahu adalah dia harus mencipta sebuah alat. Untuk kembali kepada zaman silam. Untuk menghalang dirinya dari melepaskan kekasihnya 'pergi'. Dia tidak mahu lagi kekasihnya hilang untuk selama-lamanya. Dia mahu menulis kembali sejarah. Dalam sejarah barunya itu, kekasihnya masih hidup dan dia lebih hargai kekasihnya itu.
28 comments
why why why.....
about the same as my life right now
Rain : Kehidupan ini pilu... tetibe...
:D
perkara yg lalu..
biarkan terus berlalu kan abam ais..?
missSenget : Ofkos, tp nak melepaskan sesuatu yang telah hilang tu kekadang perit... T_T
aduh... tak tahu nak cakap apa... kalaulah ada keaijaiban itu sayang. maka ramai yang ingin memula-awal di mana mereka rasa terkandas. dan akhirnya tiada jalan pulang lagi...
ps: salurkan kekhilafan pada tulisan untuk generasi akan dtg... byk hikmahnya. adik terbaik untuk sulung kamu.... tak sangka...
kak Bidadari Syurga :
saya terharu akak sudi baca. terima kasih ye. teruskan novel akak yg awesomeness tu
;-)p
kehilangan tu ubatnyer 2 je, samada kamu jadi gila atau mati.
Jadi gila, semua perasaan tu akan hilang, jiwa kosong dan sedetik perasaan tak akan wujud, tapi dah tentu akan menyusahkan orang2 yg masih waras, nak jaga kite, suap makan, siapkan makan pakai...
jadi solusinya?
mati...
nak simpan dendam pon tak guna...
T____T
T_T gak....
aku pernah alami.. dan sudah alami.. dan tak nak alami lagi.
tulisan yang baik sekali...
hmm..
sayu
dill.
Mawar Berduri : Cabaran idup sentiasa ada :D
Daddylicious : Time kasih :D
dill : T_T
karya sulung disini?
bagus~!
kadang-kadang kita x nampak yg ikhlas depan mata. bila dah pergi, semua usaha nak baikpulih dah sia2.
bila cakap kat orang, hanya ungkapan sabar je dapat.
sabar.. ucap senang. nak buat... azab~!
teruskan bro~!
dah makin ramai penulis di sini...
bila disayangi tak dihargai..ego itu patut jd sejarah..hidup tak macam kotak masa doraemon..
it hurt!!
thanks semua sebab datang baca ;D
dah banyak yang komen ..aku datang baca je lah..
:)
thanks eita sebab baca ya
;D
wah sob3.. citer ni menarik la... moralnya jgn pandng remeh tentg sygnya seseorg kt kita... jap syabb nk tau adekah si pompuan uh bunuh diri gara2 laki uh?ehmm kalo ya mang perempuan uh cinta bangat sama laki uh tp xterbalas... hidup oh hidup...
p/s:btw syabab teringin r nk wat cerpen cm Ais wat tp xpunya skil..hik3
syabab, cuba ar wat, masa tau dapat jalan muahahaha
hargai orang yang menghargai kita. tak perlu pandang yang belum pasti keikhlasan persahabatan.
weh aku nak tau apa jadi sebenarnya dlm citer ni. gantung. gantung.
Hanie Dew : Coming soon muahahhaa
tapi sebenarnya dia ni akan mengulang kesilapan yang sama walaupun dia bina mesin masa dan kembali ke masa silam
:D
tetibe teringat lgu dambaan pilu
Iffah Afeefah : Oh mood yang sedey T_T
rasa hidup nie berputar 180'. berlawan arah paksi.
i'm hurt~~~~sorry
eyqa amin : I'm hurt too T_T
selalu terjadi begitu kan..bila di depan mata menyampah sakit hati..bila seseorang itu sudah hilang..baru kita rasa tercari2 & rasa mau menghargai~