Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Wednesday, 11 January 2012

Permainan Takdir

Lagu Wish You Were Here nyanyian Avril Lavigne berkumandang di segenap ruang bilik Milly, hatinya tersentuh mengingatkan kenangan lalu bersama Ilham. Jika tidak kerana keegoannya mungkin Ilham masih disisinya.

“Milly, aku suka kau.. kau suka aku?”,

“apa jenis lawak ni Ilham, tak kelakar ok”, kata Milly sambil membaca novel di tepi tasik buatan. Ilham hanya memandang Milly bersahaja.

“Milly.. aku serius ni. Kau nak kawin dengan aku tak?”,

“dengan kau? Sebelah mata pun aku tak pandang. Dah la melawak tu Ilham, sakit perut dah aku nak gelak, hati aku ni kalau kau boleh nampak.. dah bergolek-golek dah kot gelak”,

Ilham bangun dan melangkah pergi meninggalkan Milly bersendirian, hanya mengikut kata hati lalu kakinya terus melangkah sambil matanya memandang ke langit.

“Ilham, hulur air kat aku..haus pulak”, kata Milly sambil menadah tangan menunggu Ilham menghulurkan air. “cepatlah....”, desak Milly lagi. Lantas kepala dipalingkan ke belakang, dari jauh dia melihat Ilham berjalan pergi.

 “ish mamat sorang ni,sensitive lah pulak petang-petang hari macam ni. Ahh lantak kau!”, Milly hanya membiarkan.

*** 

Oleh kerana cuti semester, Milly hanya terperap di rumah. Dia malas nak melepak bersama kawan-kawannya, bukan aktiviti berfaedah pun. Sekadar bergosip dan cuci mata tengok mat hensem lalu lalang.

“lama pulak Ilham merajuk dengan aku ni..”, detik hati Milly sambil menuju ke meja bacaan dan mengambil kalendar. “hah, seminggu lebih dah. Ni sudah melampau ..”, gumam Milly. Dia bersiap untuk ke rumah Ilham kerana telefon Ilham tidak aktif.

Rumah Milly dan Ilham tidaklah begitu jauh kerana Ilham tinggal di Taman Angkasa berdekatan dengan rumah Milly. Ilham orangnya sangat humble, walaupun dia kaya tetapi kawan-kawan semasa sekolah dulu langsung tidak tahu dia kaya. Milly senang dengan sikapnya begitu.

“assalamualaikum, ada orang tak...”, mula Milly.

“waalaikummusalam.. ahh Milly, masuk-masuk”, jemput makcik Maznah, ibu Ilham yang pemurah dengan senyuman. Lalu Milly membontoti makcik Maznah. “sekejap Milly, makcik buatkan air”, ujar makcik Maznah.

“tak payah susah-susah makcik, Milly datang nak jumpa Ilham. Dia ada?”,

“masya-Allah... Milly tak tahu ke Ilham dah berlepas ke Dublin? Sambung belajar..”,

“hah?”, bulat mata Milly mendengar apa yang keluar dari mulut makcik Maznah.

*** 

Milly masih merenung kotak yang diberikan oleh makcik Maznah, pemberian dari Ilham. Sudah seminggu kotak tersebut ada di hujung katil. Di gagahkan juga tangannya untuk membuka kotak tersebut, diambil satu persatu barang didalamnya. Dalam banyak-banyak barang, Milly tertarik dengan kertas berwarna pink yang terlipat.

Milly,
Aku tahu aku bukan lelaki yang memenuhi ciri-ciri yang telah kau tetapkan untuk bergandingan dengan kau. Tapi aku ikhlas terima kau seadanya. Aku tidak pandai memuji, aku tidak arif dalam bermadah pujangga yang mampu mencairkan hati kau. Apa yang aku tahu, aku mahu kau ada bersama aku.Dalam kotak ni ada hadiah birthday kau, aku tak kasi sebab aku tak rasa pun kau nak terima benda macam ni. Aku tak pandai lah nak pilih.Aku mintak maaf sebab tak inform yang aku nak sambung belajar..  aku ingat masa kita jumpa tepi tasik tu, aku nak cakap tapi aku kelu. Pasal yang aku cakap hari tu, kau lupakan lah. Aku tak kisah =)
Aku sayang kau.

Milly melipat kembali surat itu, pantas tangannya membuka surat-surat lain. Dibacanya satu persatu, di surat itu Ilham meluahkan isi hatinya, meluahkan apa yang dipendam. Dan tidak lupa di akhir suratnya akan tercatat ‘ aku sayang kau’.

Milly menangis sekuat hati, dia memegang sekeping kertas pemberian makcik Maznah. Lalu dia mencapai telefon di birai katil untuk membuat panggilan jarak jauh. Nombor didail...

“assalamualaikum..”, kedengaran suara Ilham dihujung talian. Milly menjawab salam perlahan-lahan.  “hello...hello...”,

“Ilham... ni aku.. Milly”, kata Milly sambil menahan sendunya.

“Milly? Hey kenapa ni? Kau sedih aku tinggal tak bagitahu?”, kedengaran Ilham ketawa kecil dihujung talian.

“Ilham... aku sayang kau. Tunggu aku!”, kata Milly jelas. Ilham terkelu.. Masing-masing terdiam...

“tett....tettt...tettt...”, talian terputus.

Adakah peluang kedua masih ada? Ataupun tutup buku lama, buka buku baru? Cinta.. mampu membuat manusia hilang punca, si baran menjadi lembut, si cengeng menjadi tabah. Cinta itu mengujakan, membuaikan, melembutkan. Apa kamu juga pernah bercinta? Bahagia atau derita?

13 comments

hurmm...

terfikir..

cinta buat saya jadi apa..

cinta manusia buat aku jauh dari DIA~

Cik : mungkin buat kamu lebih bervariasi :)


Kenanga : tu akan jadi jika niat kita tersasar:)

21:06

oh. teringat cerita iqfal & katrina. versi lain la tapi. hihi

dill.

cinta buat aku kenal apa itu kematangan.

cinta tu air mata. ;)

Dill : :) selalunya kita akan cerita pasal kisah lalu..selalu kisah klise :)

Mawar : kematangan tu ajar kita utk pertahankan hubungan

Mell : x semua.. akan ada yg undang ketawa

gua tak suka cerita yang mcm ni.. hurm.. walau kadang2 ini yg berlaku.. dah terlambat baru perasan.. kadang2 dah jauh dah bawak hati.. itu yg payah perempuan ni..



eh pasal cerita lu ni.. gua syak ilham dah jadi gay bila sampai dublin.. tu yg talian terputus tu.. gehahahhaa

asip : aku taip sebab ada pengalaman mcm tu. ramai perempuan nampak ego lelaki..aku cuba nk ketengahkan ego perempuan lak kat sini..

ilham gay sebab ko set mamat tu kot..


*aku taip lama dah yg ni..tp aku x perasan Ilham punya nama..sorry Kapten Ais..don't get me wrong.. :)

aku cuba sajikan karya yg lagi elok.. :)

xsngke bole tulis cerpen mamat ni

pehhh Iffah...
i tunggu u punya kispen..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...