Alan berdiri sendiri di balkoni kondo. Merenung jauh. Dalam kegelapan malam hanya kelihatan kelip-kelip lampu Menara Kuala Lumpur dari kejauhan. Seperti melambai-lambai Alan supaya ke sana. Sehelai kertas keronyok digenggam Alan. Perlahan-lahan dibuka kembali.
Alan merenung kertas merah jambu itu. Masih ada kesan gincu pujaan hati Alan, Mira. Serentak itu jua Alan teringat tika Mira menghulur kertas merah jambu dia sempat mengucup penuh kasih atas kertas itu. Alan menyambutnya dengan gembira.
"Mira sayang Alan," ucap Mira dengan mata berkaca. Alan tersenyum bahagia.
Namun ia hanya tinggal kenangan. Alan menapak perlahan menuju ke bilik air. Sekujur tubuh seperti sedang bersantai dalam tab mandi. Alan mendekati tubuh itu. Diusap-usap rambut ikal mayang empunya tubuh.
"Alan sayang sangat Mira. Tapi Mira buat Alan sedih," Alan bicara sendiri.
Dua puluh empat jam sebelum itu.
"Hello, Mira! Alan ingat nak ajak Mira tengok wayang malam ni. Jom! Alan belanja!"
"Sorry, Alan. Mira kena stay back kat ofis. Banyak kerja. Bos Mira dah bising-bising. Lain kali kita jumpa ye?"
"Hmm.." keluh Alan. Belum sempat dia berkata apa-apa, Mira memutuskan talian. Alan sudah berada di hadapan pejabat Mira. Malangnya Mira sibuk. Baru sahaja Alan ingin beredar, matanya terlihat dua merpati sejoli sedang bermesraan sambil menuju ke taman bunga berdekatan. Kekasih Alan sedang asyik berpelukan dengan seorang lelaki. Kadang-kadang Mira kucup pipi lelaki itu.
"Mira..." Alan berkata perlahan. Hatinya perit. Alan menunggu dan menunggu. Melihat sandiwara di hadapan mata buat hatinya terasa dirobek-robek dengan kerambit.
Sepuluh minit. Dua puluh minit. Tiga puluh minit. Satu jam Alan menunggu. Akhirnya Mira dan pasangannya beredar daripada taman. Nasib Alan baik kerna mereka pulang berasingan. Alan menghidupkan enjin keretanya dan mula mengekori kereta Mira. Sepuluh minit perjalanan, sampai sudah ke kondo Mira. Alan menunggu Mira memasuki pintu lif sebelum dia masuk ke lif yang satu lagi. Sampai ke tingkat lapan belas. Mira keluar. Menuju ke pintu rumahnya. Sibuk membuka pintu rumah sehingga tidak sedar Alan sudah berada di belakang.
"Mira"
Mira tersentak. "Eh, Alan. Mira tak tau Alan nak datang," Mira senyum kelat. Alan menolak kasar badan Mira masuk ke dalam rumah. "Alan, kenapa tolak-tolak Mira ni," Mira marah.
"Mira, Alan sayang Mira. Sayang sangat-sangat. Tapi Mira curang dengan Alan," Alan meluahkan apa yang terbuku di dada. Sebelum sempat Mira menjawab, Alan menarik rambut Mira sekuat hatinya. Diseret Mira masuk ke bilik air. Dicarik-carik baju Mira sehingga kelihatan pakaian dalam Mira. Alan ikat tangan dan kaki Mira.
"Sekarang, Alan mahu Mira masuk dalam tab mandi ni. Masuk!" arah Alan. Terketar-ketar Mira masuk. Air matanya mengalir deras. Merosakkan make up yang sedia ada. Alan membuka paip dan air mula memenuhi tab mandi.
"Alan, Mira minta maaf. Mira janji tak buat lagi," rayu Mira. Alan buat tak tahu dengan rayuan itu. Tangannya mencapai serbuk pencuci jenama terkenal dan menuang ke dalam tab. Buih-buih mula terbentuk. Mira kaget. Air semakin penuh. Alan mula menekan kepala Mira sehingga tenggelam. Mira meronta namun dia tidak mampu melawan tenaga jantan Alan. Alan tekan dan terus menekan. Sehingga tiada lagi rontaan. Tiada nafas lagi yang keluar dari rongga pernafasan Mira. Alan ambil pisau lipat dan mula menoreh muka Mira. Tulisan halus-halus.
Buih-buih cinta kamu tidak kekal. Pecah pabila terbang ke udara. Seperti jua nyawa kamu. Hilang bila aku carikkan.
Air sabun bertukar warna. Merah darah penuh semua. Alan bingkas bangun dan menuju ke balkoni. Senyap sunyi.
"Cinta? Ah! Persetankan!" bisik Alan.
7 comments
Pity Mira...ngeri! ramai lelaki psiko kat KL ni...must be very careful...
susah nak dapatkan cinta..:)
satu lagi cinta gila..
"kalau aku x dapat kau,orang lain pun x akan dapat kau" ..jeng3
erk sungguh takut
cinte mmg tak kejam
tp manusia y menjadi kejam akibat cinta
owh..alan idup lagi...
mesti die cari cinta baru lepas ni..
ganasss....
Ais
alan. saya masih single.