Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Wednesday, 18 January 2012

kispen #1


ada kisah seorang si polan ini, tidurnya sepanjang hari, cuma berlegar di ruang maya-- mimpi dan igau.
terlalu banyak bahana yang bermain di pemikirannya, lantas dia pejam untuk bebas dari bingar.
nyenyak dari taufan masalah.

tapi tidurnya bukan yang cuma alasan, dia sebenarnya berlapar. perutnya merengek-rengek dari awal dia celik di awal pagi. telah terjaga dan bangkit seketika, kala terik suria menegak di kepala.

dia mengambil bungkusan pos yang dikirim oleh seseorang yang dikenali jelata. lalu kemudian digogoknya beberapa keping syiling dari tabungan untuk membeli roti.

dua bungkus roti dibelinya. dan di setiap kunyahan itu, dia merengus rakus.

sampai waktu petang, bilamana mentari memudarkan cahaya bayang di bumi, dia pergi menyepak bola bersama taulannya. sudah menjadi tradisi mereka saban hari. yang dipanggil ramai, yang datang menyahut, cuma empat orang.

bermainlah mereka di tanah lapang itu beserta sebiji bola yang baru diisi anginnya tengahari tadi, sehingga dinihari. gembira saja dia walau penat, terus lupa lapar.

malamnya dia tidur.
mungkin penat, mungkin juga lapar. atau mungkin mahu hindar dari segala akalan sumbang tentang perawannya yang pergi meninggalkannya. maka berkaburlah bencana duka pabila ia lelap.

terjaga lagi ia ketikanya ada taulan sedang menggoncang pintu. lantas ia bangkit, lalu mandi.
perutnya berkeroncong, perutnya kosong mengaum mahu dijinakkan. lalu menapaklah ia ke markas, mencari hiburan di malam hari.

kerana penat menggonggong perut kosong itu, dia tersadai di kerusi markas.
berkatalah ia kepada seorang sahabat yang kebetulan juga ingin berpesta di situ,
"aku laparlah. aku makan dua bungkus roti sahaja hari ini"
"kenapa kau tak makan? kau nak kurus?"
"bukan, aku segan. di hujung purnama ini wang kertas aku singkat. yang tinggal timbunan syiling yang aku simpan sebelum ini"
"habis tu kenapa tak guna saja syiling itu?"
"aku segan lagi. kerana sudah dua hari aku beli roti guna syiling di situ. mereka memandang aku runcing seperti aku ini papa kedana"
"mari sini aku belikan untuk engkau. berapa kau mahu?"
"dua, cukuplah untuk hari ini. sekejap aku ambil syiling di bilik"
sejurusnya sahabat itu mengagihkan bungkusan roti itu kepadanya, dia merakus lagi mengunyah lumat2 roti itu. jelaslah dia paling lapar.

8 comments

nak jadi kawan aku? aku mcm ni jugak.. hujung bulan.. mmg syiling tu mainan aku.. pakcik kedai dekat rumah aku ni pun dah paham.. siap boleh tanya.. nak dia belanja tak.. mestilah aku segan sambil menolak.. haha.. kadang2 aku sanggup minum air sahaja kemudian tidur.. tahan lapar punya pasal.. hahaha ada jugak manusia seperti aku rupanya..

Adi Wafi, kamu ada gaya penulisan yang tersendiri...nice!

untung polan ada sahabat yang sedia membantu..

Kisah persahabatn buat sy terharu

aku suka.. aku suka gaya bahasa kamu.

Pssss....
Ha'ah Indah Pemandangan Alam

kispen AdiWafi..
gaya penulisan berbeza.

just nice =)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...