sambungan terdahulu bahagian 2
***
“ Walau apapun, saya tetap cakap taknak.”
“ Awak ni degil juga kan?”
“ Memang. Awak pun sama, degil. Oklah, saya kena masuk ofis balik ni. Dan, beginilah encik, kalau ditakdirkan kita terjumpa lagi lain kali, saya akan berkawan dengan awak. Setuju?”
Lelaki itu kecewa. Namun dia tidak putus asa. Cadangan Raudhah dia terima dengan hati terbuka kerana dia yakin mereka akan bertemu lagi.
“ Baiklah. Dan saya harap awak tidak mungkir janji ataupun menyorok bila terserempak nanti. Saya akan cari awak sampai dapat.”
“ Ok, kalau begitu, saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.” Jawab lelaki itu sambil matanya melihat susuk tubuh Raudhah yang berlalu pergi. Walaupun hatinya hampa, dia tetap optimis akan dapat berkenalan dengan gadis itu suatu hari nanti.
****
Hadi tersenyum sendirian apabila mengenangkan kejadian dua hari yang lalu. Dia sebenarnya tidak menyangka yang dia akan melakukan hal yang sedemikian. Tidak pernah seumur hidupnya dia memikat mana-mana gadis. Namun, gadis yang ditemuainya itu seakan memanggil-manggil hatinya untuk lebih mengenali. Tanpa dia sedari, gelagatnya yang sedang tersenyum keseorangan itu dilihat oleh kawannnya yang kebetulan melintasi bilik pejabatnya.
“ Kau ni kenapa? Angau ke gila tersengih sorang-sorang?” Tegur Aaron di muka pintu bilik Hadi. Aaron, rakan sekerjanya merupakan seorang anak kacukan cina sebelah ibu dan melayu sebalah bapanya.
“ Eh, kau rupanya. Sejak bila jadi jaga kat bilik aku ni?” Balas Hadi yang termalu sendiri. Aaron tidak menghiraukan kata-kata Hadi melangkah masuk dan duduk di kerusi bertentangan dengan Hadi.
“ Jaga tak jaga la bro. Kau kenapa tersengih macam orang angau? Kau tangkap cintan dengan siapa ni?” Tanya Aaron.
“ Jaga tak jaga la bro. Kau kenapa tersengih macam orang angau? Kau tangkap cintan dengan siapa ni?” Tanya Aaron.
“ Tak adalah. Mana ada aku angau cintan-cintan ni.”
“ Tipulah. Bukan sehari aku kenal kau. Dari zaman Degree hinggalah dah dapat PhD aku kawan dengan kau tahu? Baik kau cakap cepat, siapa gadis yang malang tu?” Tanya Aaron sambil ketawa.
“ Oiii…suka hati kau cakap dia gadis malang? Hey, bertuah tau siapa dapat Hadi ni kau tau?” Balas Hadi.
“ Oh, see? Akhirnya kau mengaku sendiri kau tengah bercinta. Hahahaha.”
Hadi yang terlepas cakap hanya mampu menepuk dahi dan ketawa. Dia sebenarnya segan mahu menceritakan pada Aaron perihal gadis yang disukainya itu.
“ Aduh, kau ni. Potong betullah. Aku baru nak rahsiakan benda ni daripada kau.”
“ Ini Aaronlah. Tiada sesiapa yang boleh sorok-sorok dengan Aaron tau. Siapa awek tu?hehe.”
“ Ini Aaronlah. Tiada sesiapa yang boleh sorok-sorok dengan Aaron tau. Siapa awek tu?hehe.”
“ Macam mak neneklah kau ni.” Hadi tetap mahu berahsia.
“ Tengok, macam ni ke kawan baik?”
“ Alah, kau ni sebok sajalah. Hurm…sebenarnya aku pun tak tahu.”
“ Eh, tak tahu? Macam mana tu?”
“ Aku tak tahu nama awek tu. Tapi apa yang aku boleh bagitahu, dia cantik pada pandangan mata aku.”
“ Pulak dah? Kau jumpa dia dimana?” Aaron tertarik untuk mendengar cerita daripada hadi.
“ Di mana-mana saja. Asal aku pergi situ, terserempak dengan dia, aku ke sana, terserempak dengan dia. Pendek kata, mana-mana aku pergi, mesti aku terserempak dengan dia. Pelik kan?” Cerita Hadi.
“ Uishh, biar betul? Entah-entah awek tu hantu kot?” Komen Aaron.
“ Hantu kejadahnya. Engkau yang hantu, adalah.” Bidas Hadi. Geram.
“ Hantu kejadahnya. Engkau yang hantu, adalah.” Bidas Hadi. Geram.
“ Hahaha. Rilekslah aku main-mainlah.”
“ Perangai tak berubah kau ni. Dari zaman bujang sampailah anak sorang, perangai tak berubah.” Kutuk Hadi.
“ Tak apa, janji my wife sayang.” Aaron tak mahu kalah.
“ Yelah..yelah. Ok, sambung balik cerita aku tadi, tadi tengahari, aku lunch dengan awek tu.” Hadi tersengih memandang Aaron.
“ Wow, dah makan sama-sama, takkan kau tak tanya nama dia? Slow jugak kau ye?”
“ Hoii..suka suka cakap aku slow. Kau dengarlah dulu apa aku cerita. Ni nak menyampuk je.”
“ Ok ok, continue.”
“ Kes makan sama-sama tu pun secara tak sengaja sebenarnya. Aku tengok dia makan sorang-sorang, kebetulan meja lain semua penuh. Jadi, aku ambillah kesempatan makan semeja dengan dia.” Cerita Hadi lagi. Aaron hanya diam kusyuk mendengar cerita kawannya.
“ Jadi?” Tanya Aaron.
“ Jadi, aku ambillah kesempatan nak berkenalan dengan dia. Tapi, masalahnya, dia macam jual mahal je. Aku cakap nak berkenalan dengan dia, dia buat tak layan je kau tahu?” tambah Hadi lagi. sengaja dia tidak menceritakan peristiwa dia memberikan gadis itu kad seminggu yang lepas. Bimbang ditertawakan Aaron sekali lagi.
“ Pulak dah. Ha ha ha. Ayat kau tak power kot. Alah, kalau awek tu jual mahal sangat, tak payahlah. Nanti aku kenalkan kau dengan kawan-kawan bini aku. Ramai lagi yang single tau.” Cadang Aaron.
“ Ish, ada pulak macam tu. Tak naklah aku. Aku nak awek ni jugak.” Tolak Hadi.
“ Aku nak tolong, kau taknak pulak. Degil. Sebab tulah dah berumur 30 tahun pun masih tak kahwin-kahwin.” Kata Aaron sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia saja ingin mengusik Hadi.
“ Mulut kau makin dahsyat ye lepas dapat anak kan?” Hadi tergelak.
“ Hahaha. Jadi plan kau?”
“ Plan apa?”
“ Aduh, plan mengurat kau tu?”
“ Oh, aku akan usaha lagi sampai dapat. Hehehe.”
“ Ok, aku tunggu dan lihat. Aku tak sabar nak berkenalan dengan dia nanti dan cakap satu ayat ni pada dia.”
“ Kau nak cakap apa? Kau jangan nak potong line aku pulak. Aku report bini kau nanti.”
“ Eh, bukanlah. Aku ni setia tau pada bini aku.”
“ Dah tu, kau nak cakap apa?”
“ Aku nak cakap, ‘Awaklah perempuan yang malang dapat kekasih macam Hadi’. Kahkahkah.”
“ Hoi, mangkuk punya kawan.” Balas Hadi sambil cuba untuk menyepak Aaron. Malangnya kawannya itu sempat lari dengan tawa yang berdekah-dekah. Hadi hanya mampu tersenyum.
Dikerling pada jam di pergelangan tangannya. Pukul 3.10 petang. Nampaknya dia sudah lewat 10 minit untuk ke kelas gara-gara melayan Aaron. Dicapai beg laptop dan beberapa buah buku dan sebiji file. Kerjayanya sebagai pensyarah di sebuah Universiti Awam di Malaysia adalah impiannya yang telah menjadi kenyataan. Dengan kecemerlangan akademiknya dari peringkat Degree dulu menyebabkan pihak universiti sudi menajanya untuk menyambung pengajian peringkat master dan doctor falsafah dan seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah di sana. Dr. Hadi, itulah gelaran yang dipanggil oleh pelajar-pelajarnya.
****
Raudhah menapak menuju ke dapur. Hajatnya malam ini, dia ingin memasak. Perutnya yang lapar, mendendangkan lagu dondang sayang tanda minta di isi. Ketika membuka peti sejuk, dahinya berkerut.
Kosong.
Raudhah menutup kembali pintu peti sejuk. Dia lupa sudah seminngu bekalan makanan basahnya habis. Dibuka pintu cabinet kayu.
“ Maggi jugaklah aku malam ni nampaknya.” Keluh Raudhah sendiri. namun, hatinya juga hampa kerana stok makanannya di rumah malam itu nampaknya sudah habis.
Raudhah mengerling ke arah jam dinding. Pukul 8.00 malam.
“ Sempat lagi nak shopping ni.”
Lantas dia bersiap. Selepas menyarung tudung, dia bergegas keluar untuk membeli bekalan makanan. Biasanya, dia membeli stok makanan cukup untuk seminggu. Destinasi pilihan adalah Giant, yang mana ianya adalah yang paling dekat dengan kawasan rumahnya ketika itu.
“ Janganlah terjumpa lagi dengan mamat sengal semalam.” Gumam Raudhah seorang diri ketika dalam perjalanan. Kereta yang dipandunya menyelusuri jalan raya dengan kelajuan yang sederhana hinggalah sampai ke destinasi yang ingin dituju.
Troli yang mengandungi beberapa jenis barangan ditolak perlahan. Dia kini di bahagian makanan kering. Dibelek-belek beberapa jenis barangan.Yang dirasakan perlu, Raudhah masukkan ke dalam troli manakala yang tidak dirasakan perlu untuk waktu itu, diletakkan kembali. Hidup sendiri di Bandar memerlukan dia bijak menguruskan kewangannya.
Sedang leka memilih, telinga Raudhah menangkap suara tangisan kanak-kanak dibelakangnya. Rasa kasihan mendengan tangisan itu menyebabkan dia berpaling kebelakang. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan menangis dan seorang lelaki dewasa kelihatan sedang memujuknya.
‘Bapanya kot. Ini mesti anak nak gula-gula, dia tak mahu beli.’ Desis hati Raudhah sambil menolak kembali trolinya. Namun belum sempat 2 langkah dia melangkah, Raudhah terhenti.
‘Rasa lelaki tu aku pernah lihat.’ Kata Raudhah dalam hati.
Raudhah kembali berpaling memerhatikan lelaki dan budak perempauan tersebut. Seperti terasa dia diperhatikan, lelaki tersebut juga memandang ke arah Raudhah. Dan mereka sama-sama terkejut.
“ Mamat sengal tu!!” Dengan rasa sakit hati dan geram, Raudhah pantas meninggalkan tempat itu. Laju dibawa troli ke tempat pembayaran.
“ Cik!!” Kedengaran lelaki itu memanggil Raudhah namun tidak dihiraukannya.
“ Lelaki tak guna. Sudah ada anak isteri pun nak mengurat perempuan lain. Aku pula tu. Ishh, geram betullah aku!” Bebel Raudhah seorang diri. Entah mengapa dia berasa amat marah.
“ Nasib baik aku tak nak berkenalan dengan dia semalam. Kalau tidak, tak fasal aku jadi pengacau rumah tangga orang. Nak cari bini barulah tu. Ish, tak kuasa aku. Tak hingin!” Bebel Raudhah sambil masuk ke dalam kereta dan mula memandu untuk pulang ke rumah. Perut yang lapar menambahkan lagi sakit hatinya.
***
Sementara itu di dalam pasaraya, Hadi cuba mengejar Raudhah namun tidak sempat. Kanak-kanak tadi sudah selamat di hantar ke bahagian perkhidmatan pelanggan.
“ Aduh, mesti dia ingat budak tadi anak aku. Habislah peluang aku nak mengurat dia.” Rungut Hadi. Dia melabuhkan punggungnya di atas sebuah bangku. Dia teringat lagi kejadian setengah jam yang lalu.
Sedang dia sibuk memasukkan beberapa jenis makanan, dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis keseorangan.
“ Adik, kenapa menangis ni? Ibu mana?” Tanya Hadi lembut. Kanak-kanak hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
“ Tadi datang dengan ibu ke?” Tanya Hadi lagi. Kanak-kanak itu mengangguk.
Ketika itu tahulah dia bahawa kanak-kanak itu terpisah dengan ibunya semasa sibuk berbelanja. Ketika sedang memujuk kanak-kanak itulah insiden Raudhah melihatnya dan menimbulkan salah faham pada gadis itu. Belum sempat dia mengejar untuk menjelaskan apa-apa, kelibat gadis yang disukainya itu telah hilang. Hadi ketika itu rasa mahu terjun ke dalam longgokan ikan dan ayam yang ada disitu. Peluangnya dirasakan hancur berkecai.
“ Apalah nasib badan.” Keluhnya.
p/s: Adakah Hadi masih ada peluang?
hehehehe
10 comments
Report jangan tak report pada bininya...bukan bleh bagi muka...
nama Aaron tu tak tahan... owh abam Aaron Aziz... ;-)p
ahahahaha....aku bagi nama tu khas untuk cik kak sabridah...nak sangat aaron kan....
Geli lak gne name aaron hahaha
Ade je peluang
cinte perlu dkejar
once guna Aaron mmg byg muke hot setaff tu jelah
hahahaahhaha....
iffah: sekali sekala....haha
abam zuemiey: hahaha..sila bayang muka aaron lain :p
terjun dlm longgokan ikan dan ayam... frust tuh!
ni guna nama aaron aziz ni pengaruh nora elena la nih. pasni try nama dhia plak. ahahaha.. pengaruh ttg dhia :p
aku sengih manjang- gelak sorang2 depan pc. bestlah citer ni.. welldone! sib baik aaron setia dgn bini hehehehe..
paling suka part Hadi n aaron.. lawak n best la part tu :)
peluang? oh.. mestilah ada! nak pikat raudhah bukan senang2 tau... hehehe.. pndai cari idea kusutkan keadaan.
next?
serunai: hahaha..agaknya ada x yg pernah buat?
anati soki: hahaha...agaknya cik sabridah masih teringatkan nora elena...xpelah...bagi can..
nong andy: hahaha..terima kasih...sy buat cerita ni pun utk suka2...terima kasih kerana sudi baca