Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday, 23 February 2012

Siapa itu?

"Man, aku balik dengan kau ye hari ni? Malam pun takpe lah. Aku tunggu." Azrai menepuk bahu Arman yang sibuk menyiapkan kerja yang perlu disiapkan secepat mungkin. Arman sekadar mengangguk kepala tanda setuju kepada Azrai. Arman, workaholic.


"Kau jangan lambat sangat. Aku tunggu kau hari tu hampir 20 minit. Kau lambat, aku tinggal." Arman sempat berpesan sebelum Azrai keluar dari biliknya. Azrai mengangkat tangan kanan dan memberi tanda "OK" dengan membiarkan ibu jarinya terangkat.

Arman masih menyiapkan kerjanya yang banyak itu. Client Arman, Encik Choy, mahukan yang terbaik kali ini. Selepas hasil kerja yang memberangsangkan daripada Arman dalam mereka rumahnya di Puchong. Kali ini untuk rumahnya di Bangsar pula. Biasalah orang Cina, aset mereka memang banyak.

"Ah... dah pukul 9 malam rupanya." Arman mengemas barang-barangnya di atas meja. Cukuplah untuk hari ini dia berkerja. Esok sahaja dia sambung semua ini. Arman berjalan ke bilik Azrai.

"Yai, aku tunggu kau kat bawah. Tiang B6. Ingat tu. 10 minit je aku bagi." Arman memberitahu kepada Azrai sebelum keluar dari pejabatnya itu. Azrai hanya senyum kepada Arman.


Sebelum sempat Arman keluar dari pejabat, tiba-tiba telefon Arman berdering.

"Man, sorry lah. Aku lupa nak cakap. Aku dah balik petang tadi. Aku balik dengan Tina. Sorry ya, Man."

Arman termenung seketika.

Pintu lif terbuka. Arman bergegas masuk ke dalam lif dan melonggarkan kolar bajunya. Tidak ingin memikirkan dengan siapa dia berbicara sebentar tadi. Arman menghela nafas yang panjang sambil mengesat peluh dingin di dahinya.

8 comments

baling bom kat ariff. tahukah anda yang saya penakut??

Hahaha. Sekarang dah tau. Ambil balik bom ni. :D

Panas~ panas~ haha

Mawar Berduri, jom kita bom Ariff..

Ariff ko jangan buat lawak citer macam ni lagi...akak lebih pentakut dari Mawar tu..tahu tak setiap malam nak balik keje, akak berteman kalau nak ke parking di level 20..huhu...

baa~ CAK!!

kah~kah~kah,, gua pernah kene!!

bace sekali

bace due kali

okey fine itu siapa

tp kan

patut mase azrai ckp nk balik ngn arman gtau mse kol bpe..


blur tntang mse penceritaan

cis.... sungguh kurang asam... cer check... jam skang 12:37 am tahu.... aaaarghhhhhhhhhhhh

aku baca pagi-pagi..

tapi masih meremang bulu roma walau baca pagi-pagi..

dua kali baca.. ah!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...