Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Wednesday, 8 February 2012

USANG



Jiwa usang aku 
kini semakin tak bernyawa
dan kian mati


- - - - - - - - - 


Malam tadi aku sampai lagi ke daerah itu. Ke sebuah daerah di mana cuma ada aku dan dia. Di situ kami bebas melakukan apa saja. Tiada yang menghalang. Tetapi malam tadi dia berbeza. Dia tidak lagi seperti selalu. Senyum dia seakan sudah mati.


" Awak, kenapa? " tanya aku sambil memaut mesra lehernya. Sebuah kucupan ku hadiahkan di pipinya.
" Tak ada apa. " Senyum.


Aku masih tidak berpuas hati. Lalu tubuhnya aku cempung dan aku bawanya duduk di atas bangku di tepi sebuah padang yang luas. Dia aku dudukkan di pangku aku. Rambutnya yang lepas bebas, sesekali mengena wajahku.


" Kenapa ini? Selalu awak tak diam. " Dia tunduk merenung rumput. Dan aku lihat dia menangis. Ah sudah! Kenapa pula. Segera aku seka air matanya yang mengalir. Dia bangun dan duduk di bangku sebelah aku. Tapak tangan aku dia gengam. Erat. Seakan tidak mahu dilepaskan.


" Kenapa ini? " tanya aku sekali lagi. Redup pandangannya tertaut. Tubuhnya aku tarik dekat dengan aku hingga harum rambutnya mampu aku cium. Dia menangis lagi. Lebat. Pasti ada sesuatu yang menggangu jiwanya. Aku masih bersabar menunggu jawapannya.


" Awak, boleh tak jangan jumpa saya lagi. " Tuturnya perlahan namun seperti halilintar di pendengaran aku. 
" Kenapa? Apa salah saya? " soal aku. Hairan. 
" Kita tak sepatutnya bermula. Bukan begini seharusnya. Awak bukan dari dunia saya dan kita tak mungkin mendua." satu persatu di pertuturkannya.


Tubuhnya aku dakap erat! Tak! Tak mungkin. Mana mungkin aku mampu lepaskan orang yang aku sayang. Tak mungkin!


" Saya takkan lepaskan awak. Biarlah kalau dunia kita tak sama. Biarlah kalau saya hanya boleh bertemu awak cuma dalam lena saya. Dalam mimpi saya.Bukan nyata. Biarlah. Biarlah kalau saya perlu mendiam di sini selamanya asalkan saya takkan jauh dari. Asalkan awak tak pergi dari saya. Saya tak mahu! " 


Suara aku semakin meninggi. Permintaan ini mustahil. Mana mungkin! 


" Awak, dengar, " Suaranya lembut memujuk aku. " Kita tak boleh bersama awak. Ini negeri cenderawasih. Dunia luar warasnya manusia. Ini bukan dunia awak. Kita cuma bertemu bila saya mahu. Dan hari ini, setelah hampir 5 tahun awak kita begini, saya rasa saya kejam pada awak. Biar saya lepaskan dan awak carilah kehidupan awak. " 


Air matanya berlinang. Sayang, kenapa seksa hatimu? Aku tahu kamu sendiri tidak merelakan. Aku usap pipi basahnya. Aku kucup keningnya. Aku dakap dia dekat , rapat. Biar dia dengar degup jantung. Wajahnya disandarkan di dada aku. Dan aku pasti dia dengar. 


" Saya tak mahu. Tak mahu. Saya sayang awak Cahaya. Saya cinta awak. Saya tak tahu bagaimana mahu hidup tanpa awak. Jangan buat saya begini, " rayu aku. Air mata aku mula mengalir. Ah! Lelaki juga boleh menangis kerana cinta. 


" Andura, dengar sini sayang. Cari seseorang yang mampu bahagiakan awak, lebih dari saya. Percayalah, saya takkan berhenti mencintai awak. Awak yang pertama dan terakhir di hati saya. " Bibirnya mengukir senyuman dan mungkin itu senyuman terakhir dia untuk aku. Tuhan jangan ambil dia. Jangan. Masih cuba merayu pada DIA. Sesungguhnya, gadis ini yang pertama aku cinta dan tak mungkin ada galang gantinya.


Percintaan yang  berlaku di alamluar sedar ini, membahagiakan aku. Dan kalau mahu dikurung aku di sini, biarlah aku rela. Asal saja aku tidak jauh dari Cahaya. Gadis cenderawasih. Aku tidak tahu bagaimana mahu hidup tanpa dia setelah hampir 5 tahun menjalin cinta begini. 


Dia membalas pelukan aku. Dia capai tangan aku. Dikucupnya. Ada titis air matanya di situ. Matanya merenung aku dalam-dalam. " Jaga diri awak baik-baik. Ingat, saya takkan berhenti mencintai awak Andura. Maafkan saya seadainya apa saya buat ini melukakan hati awak. Maafkan saya, " matanya bergenang saat mengucapkan kata-kata ini.


Dan sedikit demi sedikit, imej dirinya kabur dan terus hilang. Hilang di hadapan mata aku sendiri. 


- - - - - - - 


Pagi itu aku jaga dari tidur dengan sepucuk surat dalam genggaman aku.


Sayang, selamat tinggal. Jiwamu kini aku pulangkan. Biar cuma jiwa aku yang usang di mamah usia cinta kita yang tidak kesampaian. Biar cuma ia yang mati. Tapi bukan kamu. Kamu yang pertama aku cinta dan ia selamanya. Maafkan aku. Aku terpaksa. Ini demi kebaikanmu. Cinta kamu, aku kunci dalam-dalam hatiku. Sampai aku mati.....

-Cahaya-


Bagaimana mahu diteruskan hidup tanpa kamu Cahaya? Bagaimana?




p/s: ini sedikit kurang. :) Harap terhibur.


8 comments

boleh hidup, cuma kena cari cahaya yang 'lain'...tak gitu...muahahhaa

hee! :) gitu la hendaknya.

dunia bunian.

ku cari cahaya..dalam kegelapan malam...err ini lirik lagu tapi akak suka lagu ni...macam kispen ini..cahaya hilang..kena cari..

Maasa - patahnya sayap malam. hehehe!

Erm tajuk cm xde kaitan
nway asek2 bsentuhan, cium2 hehe

Anonymous
00:42

Wahlaw... Cinta alam mimpi. apesal aku tak terfikir? (-_-")

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...