Malam semalam aku telefon dia dari nombor random. Rindu. Aku kata aku nak sangat jumpa dia. Dia kata tak boleh. Dia sibuk. Sibuk sangat. Aku pujuk. Pujuk. Tapi dia tak nak juga. Hampa.
" Saya rindu awak. Saya datang kolej awak ya? "
" Saya sibuk. Faham tak? "
" 5 minit jadilah awak. Boleh eh? "
" Saya sibuk. Sibuk. Faham tak? "
'Klik'
Dia matikan panggilan. Aku merenung hampa ganggang telefon merah yang masih dalam genggaman. Sampai hati awak. Aku letak kembali ganggang lalu terus masuk dalam kereta dan memandu menuju ke Putrajaya. Malam-malam begini jalan lengang. Setakat 140 km/j dengan Proton Inspira aku ini apa ada hal!
Aku berhenti depan sebuah bus stop. Aku tak tau kenapa aku berhenti sini lepas berpuluh-puluh bus stop aku lalui. Cuma aku rasa, aku sepi. Aku nak hirup udara malam. Keluar dari kereta , aku melabuhkan punggung dekat kerusi yang disediakan. Aku keluarkan wallet dari dalam poket belakang jeans. Aku bukak. Ada gambar dia. Manis. Senyuman dia manja. Kening dia elok terletak. Hidung dia tak mancung tapi masih menarik dipandang. Rambut dia tersimpan elok di sebalik hijab merah jambu yang dia pakai.
" Seorang saja? "
Aku pantas menoleh ke kanan. Ada seorang gadis memakai selendang putih di kepala. Berbaju kurung rona serupa. Mata aku melilau ke sekitar kawasan itu manalah tahu ada kenderaan dia. Tapi tak ada. Dia datang naik apa? Takkan bas. Jam sudah melewati 1 pagi waktu ini.
" Haah. Seorang. Awak siapa? Datang naik apa? "
" Jalan kaki. Rumah saya kat sana. "
Jarinya pantas ditunding ke aras tasik yang luas. Tak ada banggunan apa. Herm. Aku mengangguk perlahan. Beg dompet aku masukkan ke poket belakang. Kemudian aku cuba mencari wajahnya yang terlindung di balik hijab putihnya. Namun dia kerap melarikan wajah. Hanya tunduk merenung lantai.
" Saya Zaiful. Awak? "
" Puteri." Jawabnya. Masih menunduk.
" Oh. Ok. "
Mood aku bukan mahu bersuai kenal. Aku cuma menjawab seadanya. Sorrylah cik adik.
" Dia tak mahu jumpa awak ya? "
Aku pantas menoleh. Mana dia tahu? Dia mengukir senyuman. Mata dia menawan. Bibir dia merekah merah. Hidung dia mancung. Kulit dia putih mulus. Cantiknya! Detik hati kecil aku. Bagaikan terpukau. Seperti ada sesuatu mendorong aku melakukannya. Aku terus pegang tangan dia, bawa naik kereta dan terus memandu ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan, tangannya tak aku lepaskan. Hati aku bagai terbuai-buai melihatnya. !
Aku berhenti kan kereta di lot parkir kondo aku. Setelah menarik hand-break, aku pusing mengadap dia. Cantiknya! Tanpa sedar, bibir aku menyentuh bibirnya. Sesaat, 5 saat, 10 saat, 20 saat. Ah! Ini tak boleh jadi.
Keluar dari kereta, kami berpimpinan menuju ke lif. Sampai di hadapan pintu rumah aku, kami segera meloloskan diri ke dalam. Aku pastikan mangga berkunci rapat. Mana tahu ada orang follow aku bawa awek cun balik rumah. Jenuh nak menjawab dengan mak ayah aku. Dengan dia lagi.
" Awak, siapa awak sebenarnya? "
" Puteri. " Jawab dia. Manja.
Waktu itu kami sudah duduk di bangku sofa. Dia duduk di sisi aku sambil tubuhnya aku tarik rapat ke dada aku. Hingga harum rambutnya dapat aku hidu. Jari aku mengelus manja rambutnya. Entah kenapa, aku tiba-tiba rasa tenang. Tenang yang selama ini aku cari.
Waktu itu kami sudah duduk di bangku sofa. Dia duduk di sisi aku sambil tubuhnya aku tarik rapat ke dada aku. Hingga harum rambutnya dapat aku hidu. Jari aku mengelus manja rambutnya. Entah kenapa, aku tiba-tiba rasa tenang. Tenang yang selama ini aku cari.
" Kenapa saya rasa kita seperti pernah kenal. Saya rasa...seperti saya sayang awak sangat. "
" Saya pun sayangkan awak. Sangat sayangkan awak. "
Adegan selepas itu, bibir bertaut, nafas celaru, jasad bersatu. Aku hanyut dalam belaian Puteri. Hanyut!
* * * * * * * * * * * *
" Puteri! " Aku bingkas bangun dari tidur. Aku lihat sisi katil sebelah kiri aku kosong. Mana Puteri? Mata aku melingas ke seluruh ruang bilik. Tiada. Bunyi mandian di bilik air juga tiada. Aku bangun mencari dia di ruang tamu. Tiada. Tiba-tiba mata aku tertancap pada tulisan merah di cermin hiasan dinding yang aku beli 3 bulan lepas.
" AKU AKAN DATANG TEMANKAN KAU, SETIAP MALAM TERAKHIR PURNAMA SEBULAN. KAU, CUMA HAK AKU! "
Aku terjelepok di lantai. Siapa Puteri? Kenapa tiba-tiba aku bawa dia balik? Siapa dia sebenarnya? Aku bagai lupa apa yang terjadi sebenarnya. Di atas meja kopi di tengah-tengah ruang tamu, ada sampul surat putih. Aku capai dengan rakus aku tarik keluar isinya.
" Hati yang berdegup di dalam tubuh kau, itu dahulunya hati aku. Aku dermakan hati aku pada kau waktu dia beritahu aku, kau perlukan penderma hati sebab kemalangan yang hampir meragut nyawa kau. Kebetulan, saat aku pergi sudah semakin dekat dan aku rela memberi hati aku pada kau. Dia adalah adik aku. Kau jaga hati aku elok-elok ya sayang. Nanti kita bertemu lagi. "
Aku koyakkan kertas itu. Tiba-tiba aku rasa meremang. Aku pandang keliling. Hitam. Putih. Hitam. Kelabu. Pitam.
* * * * * * * *
" Saya akan temankan awak. Jangan ingat dia lagi. Saya akan sayangkan awak lebih dari awak pernah sayangkan dia. Saya janji Zaiful. Saya janji. Awak tak layak untuk dia. Dia tidak pernah hargai awak. Saya akan awak buat rasa dihargai lebih dari yang awak harapkan. Saya janji Zaiful. Saya janji. Selagi hati saya berdegup di dalam tubuh awak, selama itu saya akan terus temani awak. Saya janji Zaiful. Saya janji. "
Bisikan itu, membuatkan lena aku bertambah panjang. Dan dia yang aku hubungi melalui nombor random semakin hilang dari ingatan. Meski darah yang mengalir di dalam Puteri itu sama dengan darahnya, tapi ternyata cinta Puteri lebih besar dari cintanya.
Aku, hanya untuk kau!
Aku, hanya untuk kau!
TAMAT
10 comments
kau cuma hak aku!
seram sejuk lak rase..adoi~
perhhh..
cayalah...
hahah
perhhh..
cayalah...
hahah
eh...ni sapa punya celita??
hehehe
thanks sebab suka. hehe. :)
eh censored
hahaha
seram oke cite ni
hahahaha! mell kan. biasalah. :P
thanks iffah.
seramnya!
" Kau hak aku!!"
Pengsan!
pengsan? ngeee! nah bantal. :P