Salihamidzi masih kejur berteleku di sudut paling kanan saf pertama. Sami Khedir sudah mula resah menunggu. Perutnya sudah lapar. Tekaknya sudah dahaga. Di luar, tangis langit makin reda bersama-sama kesesakan jalan usai Jumaat. Hon dan siren saling bersipongang menambah rancak bunyi dalam nadi kotaraya.
Seorang demi seorang beredar meninggalkan ruang solat pusat perkumpulan manusia yang penuh saban minggu. Salihamidzi masih tak menunjukkan tanda-tanda dia mahu bingkas. Wajahnya meraut seakan-akan seorang hamba menikmati syurgaloka. Mulutnya terkumat-kamit memuji kebesaran Tuhan yang Maha Esa.

Sami Khedir merapati temannya.
"kau sakit ke?" sapanya lembut.
"takdelah, aku ok je..."
"habistu, kenapa dengan dada kiri kau?" soalnya lagi melihatkan posisi telapak tangan kanan Salihamidzi yang diletakkan di dada kirinya.
"takde apa, saje je..."
"nak stay lama lagi? aku dah lapor nii..."
"sekejap, 5 more minutes..."
"fine..."
Salihamidzi menadah tangan dan melafazkan doa dengan sesungguh-sungguhnya sambil diperhatikan oleh sahabatnya. Kemudian mereka berjalan menuju ke kereta milik Sami Khedir.

"kau taknak cerita kat aku kenapa setiap kali kau berwirid kau pegang dada kiri kau?"
"kau nak dengar ke cerita aku?" balas Salihamidzi. Sami Khedir mengangguk.
"aku sendiri tak tahu nak mulakan dari mana. aku tak rasa apa-apa dalam setiap amal ibadah yang aku buat. aku takde fokus, aku takde sebab untuk rasa ihsan..."
"jadi, apa kena mengena dengan tangan ke dada kau tu?"
"jujurnya, aku takde sebab. tapi hasilnya, aku dapat rasa jantung aku berdegup, satu jenis organ yang aku sendiri yang aku tak pernah lihat, organ yang aku tak pernah sentuh, organ yang aku tak pernah arah untuk mengepam darah. Organ yang buat aku merasa kewujudan Dia dalam setiap degupan yang menggerakkan bahagian yang lain."
"Bila aku letakkan telapak tangan aku, ada pertukaran haba yang berlaku. Rasa hangat suhu badan. Rasa dipeluk oleh pelukan paling nyaman dari dalam. Sampai satu tahap, lantunan-lantunan zikir seakan-akan meluru masuk dalam urat aku diselang-selikan dengan degup jantung dan denyut nadi."
"tapi ini semua perasaan aku je. aku tak pernah kisah kalau orang lain tak rasa apa yang aku rasa. yang paling aku phail ialah memikirkan apa yang aku lafazkan..."
"apa maksud kau?"
"dalam 33 kali melafaz tasbih, aku tak mampu fikirkan 33 kesucian Allah. dalam 33 kali melafaz tahmid, tak sampai 33 nikmat yang terlintas dalam fikiran aku. dalam 33 kali bertakbir, aku tak mampu gambarkan 33 kebesaran Allah. walhal, semuanya terlalu banyak, tapi...."
"kita manusia kan... selalu lupa dan melupakan..."
10 comments
terus letak tangan kt dada kiri..
lemahnya aku..
Saya rasa, Salihamidzi dan Sami khedir ni kerja sbgai pemain bola.
letak tangan di dada kiri.
serius lain dari lain
pgg dada sendiri
nice one, faiz :)
dill.
terima kasih kepada team warnakaseh yg sudi berkongsi tulisan ini.
PK, ya. watak-wataknya dari pemain bola sebab aku juga gila bola. XD
betul,terlalu byk nikmat + kekuasaan ALLAH, yg tak terucap kita.
sampai ke jiwa...
sebak~!
walaupun ni bukan kisah sedih,
tapi ni berjaya buat air mata aku bergenang..
kita selalu lupa apa Dia berikan dengan terus meminta lebih.
*meletak tangan di dada kiri*..
aku rasa nyaman.
membaca yang ini buat diri tahu,
setiap degupan ada peneman.
terimakaseh,kawan.
apa lagi? aku terus letak tangan ke dada.. Allah! nikmat hidup tu!