orang cakap cinta itu adalah pertentangan mata yang menggegarkan hati.cinta itu wujud hanya sekali sahaja.selepas itu yang tinggal cuma suka.bukan lagi cinta.agak pelik kan? tetapi itulah yang disampaikan orang kepada orang dan terakhirnya kepada aku lalu aku sampaikan kepada kalian.sama-sama kita renungkan.
hujan renyai-renyai di luar beriring angin yang sekejap kuat sekejap perlahan.karim berteleku sendirian bertemankan secawan kopi 3 in 1 kegemarannya dan biskut kering cap pingpong.sudah 4 hari berturut-turut hujan melanda bumi menyebabkan segala pekerjaan karim terbantut.karim hanya mampu mengeluh panjang.dengan langkah yang longlai karim menghala ke tingkap rumah lalu memaut alang sambil melempar pandangan ke arah jalan tar bertentangan dengan rumahnya.dahulu jalan masuk ke rumahnya hanya jalan tanah merah.tapi semenjak nak pilihanraya, habis jalan di kampungnya diturap dengan tar.
sayup-sayup pandangan, karim ternampak kelibat manusia dalam kerenyaian hujan.sedikit demi sedikit menghala ke arah rumahnya sambil melambai-lambai.karim kaget."hantu air apa keluar pagi-pagi begini" fikirnya.tiba-tiba pintu rumah diketuk kuat.karim tersentak lantas meluru masuk ke bilik mencapai baju dan seluar.tadinya karim hanya memakai kain batik yang diikat seperti kain pelikat.dengan kadar segera karim menjengah pintu depan rumahnya.dalam kepalanya terbayang bermacam bayangan.sebaik dikuak daun pintu, menjengah seorang gadis yang basah kuyup.sebelum sempat karim bersuara, dengan tiada izin, gadis itu melangkah masuk.
karim membatu melihat perlakuan gadis tersebut yang sepertinya tidak tahu malu dan adab orang-orang melayu.karim teringat drama yang selalu ditontonnya kala petang.dalam drama tue, seorang gadis masuk ke rumah seorang lelaki seterusnya lelaki tue dijadikan tebusan kerana gadis tersebut sebenarnya penjenayah paling dikehendaki yang sedang lari dari pihak berkuasa.karim bergerak perlahan menuju balik pintu untuk mencapai parang sambil matanya tak lepas memandang tingkah laku gadis tersebut yang sedang mengeringkan rambut dan mengelap pakaiannya.pergerakan karim membeku tatkala gadis tersebut menoleh dan seperti mahu ambil sesuatu dari belakang seluarnya.
beberapa minit kemudian..
"awak.bangun awak." karim terasa mukanya basah.dibuka matanya perlahan-lahan.terpampang muka si gadis dengan senyuman yang cukup menawan.yang tak berapa menawan, rambut gadis tue dah macam rambut pontianak panjangnya sampai mengenai muka karim.tapi tak mengapa, karim masih selesa dengan pemandangan itu."awak ok? saya amirah.wartawan dari KL.saya datang nie nak mintak tolong. tayar kereta saya bocor kat selekoh sana tue.awak boleh tolong saya tak?" karim masih lagi diawangan dengan imaginasi tingkat delapan.segala apa butiran yang keluar dari mulut amirah, terasa bagai nyanyian m.nasir di telinga karim.PAPP!! berdesing telinga karim."awak boleh tolong ke tak nie!" karim bingkas bangun lalu menjawab "boleh!".lantas amirah menarik tangan karim menuju ke arah keretanya yang rosak.sekali lagi karim diawangan.
bersambung...
11 comments
alahai....lama x nie nak tunggu sambungan die...hehehe~~~
bersambung?
okey sedang tunggu next...
Ok aku pun tunggu sambungan ni apa jadi dengan karim dan amirah...
waaa cinta pandang pertama
harus kene sambung okey
ade masuk bab 2 pulok,,haha..
ku follow sini,, sile beri tunjuk ajau,, jangan sombong2 keh,,haha :D
jumpa tiba-tiba mcm tu kecut perut lah jugak
uish,dia tmpar ke?
kuat betul karim berangan.haha
1st time sini.......salam kenal :)
http://ch000tz.blogspot.com/2012/02/monday-blues-kissing-hahaah.html
hehe... berangan apa la tu
mohon penjahanam email sambungannya.
perkongsia menarik..osem ! ^^