Seperti yang dijanjikan, hari itu aku datang berjumpa dia di tempat selalu. Dari jauh, dia aku lihat duduk bersandar di kerusi mengadap tasik. Leka melihat 2 orang anak kecil berbasikal ditemani si ayah. Bibirnya mengukir senyum. Senyum yang selalu aku rindu.
" Assalamualaikum. "
" Waalaikumusslam. "
Dia pantas menoleh lalu dia berganjak sedikit memberi ruang untuk aku di sebelahnya, di sisinya seperti selalu. Jemari aku dicapai lalu digenggam erat. Dielus perlahan. Serasa bagai mengalir arus eletrik ke tubuh, aku menarik tangan dari genggamannya.
" Kenapa nak jumpa? Macam penting sangat. "
" Rindu. Bolehkan? Sihat tak? "
Aku mengangguk perlahan.
" Dah makan? "
Angguk lagi.
" Bisu? " soalnya. Ditoleh aku di sisi. Mencari pandang mata aku seperti selalu. Aku menunduk. Rumput hijau aku renung. Air mata mengalir, aku seka. Dia pantas menarik aku dalam pelukannya.
" Tolong, jangan nangis," katanya. Sekali lagi, jemari aku dicapai lalu dikucup.
" Tolong, jangan pergi," jawab aku perlahan.
" Tak. Saya takkan pergi. " jawabnya laju.
" Awak tipu! " kataku.
" Saya janji!" ucapnya.
" Jangan janji. Sakit hati ini kalau dikhianti. "
Dia mengeluh. Perlahan. Jemari aku dilepaskan. Dia bangun, berdiri. Lalu ditarik aku agar ikut dia berjalan. Jemari aku digenggamnya erat. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan.
" Fea, hari-hari saya bangun tidur awak yang saya fikir. Pangilan pertama saya buat setiap hari, kejut awak. Kemudian, berSMS hingga ke petang. Pulang dari kerja, awak saya cari dulu. Bergayut hingga bateri kong, charged, sambung bergayut lagi. Tapi, saya tak tahu kenapa mesti begini. Fea, saya mahu selalu di sisi awak, temani awak, sampai bila-bila. "
Genggaman jari aku tarik. Dia membantah, digenggam makin erat.
" Tolong, lepaskan."
" Saya takkan lepaskan awak."
Aku memintal-mintal tangan hingga akhirnya dia lepaskan selepas melihat wajahku yang menahan kesakitan.
" Awak takkan ada lagi dalam dunia saya Pa'an. Takkan. Satu hari awak akan pergi, mencari bahagia awak. Dan tinggalkan saya di sini, memerhati dengan hati yang ranap. Awak takkan pernah ada lagi Pa'an. Takkan. "
" Saya..."
Aku mengajaknya duduk di tembok batu. Dia duduk bertentang denganku, aku berdiri di hadapannya.
" Di sini, awak takkan pernah mati. Di sini, saya akan biarkan awak terus hidup selama mana saya masih bernafas. Tapi, jodoh kita tiada. Segigih mana saya menahan, awak tetap pergi. Di sini juga, segala memori saya kebumikan," ucapku sambil tangan aku letakkan di bahagian kanan dada. Dia tersenyum. Senyum yang aku rindu.
" Fea... " pantas jari aku letakkan ke bibirnya.
" Saya pulang dulu. Saya doakan awak bahagia dengan jalan awak pilih. Saya sayang awak hingga akhir nafas saya. Saya sayang awak. Sampai bila-bila. "
Dengan berat hati, dia aku tinggalkan. Biarlah. Biarlah. Sampai di kereta, ejen aku hidupkan lalu kereta aku pacu pulang ke rumah. Semoga dia bertemu dengan bahagianya satu hari nanti. Di mana bahagianya, bersama yang sudah tertulisnya untuknya dan itu, bukan aku.
Tiba-tiba Samsung SII ku berbunyi isyarat sms masuk.
" Jalan yang saya pilih adalah jalan yang kita akan lalui bersama. Saya tunggu awak Fea. Sampai awak kembali. "
Air mata ditahan sedari tadi, turun bagai hujan. Dan jalan yang saya pilih, bukanlah jalan yang awak impikan Pa'an. Maafkan saya.
10 comments
Nak ke mana jantan tu? Kawen dgn org len? Blaja oversea?
Atau mgkn takde jodoh kot? Then, jantan...jgn bagi harapan.
wak pon nk mintak maapla sbb lusa dh raya.. ehhEee
assalamualaikum .....kesian nyer tapi kenapa jadi macam tu ek...:)
akk ley buat novel da . best ^^
@faraherda.razalan kalau tanya saya, hahahaha. dia ada calon lain. dan dia mahu perempuan ni juga. :) x cukup 1.
@Wak Gelas™selamat hari raya wak. :D
@maszullJodoh kan. kita tak tahu. :)
@Nelly StrangeInsya Allah. :) terima kasih sudi baca.
ah mell selalu buat org sebak
hurmmm
@Iffah Afeefahah. x mau la sedih. :'(