Hati bagai tertusuk sembilu bila mengenangkan peristiwa semalam. Bagaimana harus aku hadapi semua ini? Ya, aku perampas. Menumpang kasih pada suami orang. Air mata tak mampu aku bendung, aku biarkan saja ia mengalir tanpa putus-putus.
"Sayang, nape awak nangis ni?"suamiku memeluk dari belakang
"Takda apa. Saya okey je." aku berdalih. "Saya minta maaf sangat pasal semalam tu. Saya tak sangka akak sanggup bagitau Atie yang awak tinggal sini. Saya tak sangka akak sanggup cerita kita dah bernikah."Fikri menggosok-gosok belakangku. Sedaya upaya dia cuba menenangkan aku.
"Takpa sayang, saya sedar bukan mudah Atie nak terima semua ini. Macam dia kata semalam, kalau awak nikahi wanita yang lebih cantik dan muda dari dia dia tak la rasa macam tu. Ini awak nikahi wanita jauh lebih tua dari awak. Janda pula tu, entah-entah...."aku tak mampu mengabiskan ayat. Satu demi satu penghinaan yang maduku hamburkan semalam muncul.
"Saya tak rasa awak tua, awak sentiasa cantik di mata saya. Saya sayang awak sangat. Saya terima baik buruk awak. Saya nak jaga awak dan anak-anak awak. Mereka dah jadi anak-anak saya juga. Satu lagi jangan sebut pasal janda sebab awak bukan janda awak balu. Awak kematian suami. Saya nak melindungi awak memandangkan memang sejak dari bujang lagi saya memang sangat meyayangi awak. Jangan menangis sayang, saya terseksa lihat awak menangis. Saya nak awak bahagia." Kami saling berpelukan, hangat dan mesra. Hilang segala derita, terlerai segala kesakitan yang maduku hina semalam. "Sayang, terima kasih terima saya seadanya." aku menggenggam erat tangan Fakri, mencium penuh rasa sayang.
*****
Kami menuju ke Kelantan. Fikri nak bawa aku bertemu dengan ibunya. Aku sangat berharap semuanya mudah. Pernikahan kami hanya dihadiri oleh adik beradik Fikri saja, ibunya menentang keras dan tak merestui pernikahan kami. Walau tidak pernah bersua, mentah-mentah aku ditolak sebagai calon menantu. Ibu Fikri sangat penyayangi Atie menantu kesayangannya itu.
"Sayang..awak takut nak jumpa ibu?" Fikri mencuit hidungku. Tersentak dari lamunan. Aku hanya menggeleng kepala. "Ibu sayang ibu saya juga, Saya cuba jadi menantu yang baik untuk ibu." hanya itu yang mampu aku jawab untuk meredakan perasaan Fikri.
"Sayang kena sedia apa saja kemungkinan ye? Kita tak tau apa yang Atie dan kakak racun ibu." Fikri menerangkan, perutku semakin memulas dengar apa yang Fikri ucapkan. Anak-anak semuanya dah terlena. Perjalanan jauh ke Kelantan buat mereka keletihan. Aku sangat bersyukur Fikri menerima anak-anakku dengan baik. Setakat ini Fikri cuma pulang ke rumahku tiap hujung minggu saja. Alhamdulillah walau cuma dua malam dia pulang kami sangat bahagia. Aku faham jarak antara kami terlalu jauh. Dia di utara dan kami di selatan
"Okey, kita dah sampai. Inilah kampung papa. Jom jumpa nenek jom!" Fikri membuka seat belt anak-anak dan mendukung Iman membawa keluar. Tanganku dipimpin kemas. "Rumah nenek ke ni papa?" Aiman bertanya. "Iye, cepat bagi salam. Mesti nenek suka jumpa cucu comel dia ni."Fikri teruja meminta Aiman memberi salam. Wajah Fikri amat berseri-seri. Dia sangat teruja nak perkenalkan anak-anak dengan ibunya.Tapi adakah ibu sudi menerima kami? Aku sangat takut memikirkannya.
"Assalamualaikum..."Aiman dan Asya memberi salam. "Waalaikummussalam...ala comelnye. anak siapa ni?" ibu Fikri laju turun tangga menyambut salam anak-anak ku. Mencium kedua mereka dengan begitu mesra sekali. " Anak Fik la ibu, Ibu sihat?" Fikri menghulur tangan menyalam ibu. "Owh, anak tiri kau Fik. Kenapa kau bawa dia balik. Aku ada sorang je menantu. Tak payah la bawa dia balik sini Fik." Ibu Fikri membelakangkan aku. Tangan yang aku hulur tidak bersambut. Segera Fikri memeluk bahuku memujuk.
"Ibu, jangan la macam ni. Kami dah nikah, restu lah kami. Ibu tak mau ajak kami masuk? Ibu kan suka nak kecil? main la dengan Aiman dan Asya. Ibu dah lama nak cucu kan?" Fikri cuba memujuk ibu. Anak-anak ku hanya memandang kehairanan." Aku nak cucu dari zuriat kau, bukan aku suruh kau kahwin dengan janda Fik. Kau buat ibu malu. Apa kurangnya Atie, tak cukup baik ke Atie sampai perlu kau nikahi perempuan yang jauh lebih tua dari kau ni?" Ibu semakin marah, aku hanya membatukan diri.
"Ibu, malu jiran nampak bu. Jom la masuk bu..."Fikri memujuk. "Masuk la, tapi rumah aku ni buruk je, rumah kampung." Ibu terus masuk tanpa menoleh ke belakang. "Sayang, jangan ambil hati dengan kata-kata ibu ye? please jangan menangis. Saya sedih tengok awak sedih macam ni." Fikri memeluk pinggangku erat. Jika tiada Fikri mau saja jantungku gugur agaknya. "
"Nenek, belakang rumah nenek ada sungai ye?Asya bertanya. "Ye la, rumah aku kan kampung. Kau orang bandar mana suka sungai kan?" Sinis saja ibu menjawab. Aku jadi takut anak-anak bertanya itu ini kepada Ibu mertuaku. Risau semakin mengundang benci terhadap kami."Suka sungai, Asya suka sangat. Boleh mandi ke nenek?"Asya semakin banyak bertanya. " Kau jangan buat pasal nak mandi, nanti lemas susah pula." Fikri mencuit bahuku mengajak ke bilik. Dia menyuruhku membiarkan saja anak-anak dengan ibunya. Kata Fikri ibu sangat ingin bermain dengan cucu. Jangan risau pasti anak-anak mampu mencairkan hati ibu katanya.
*****
"Sayang, saya ke dapur dulu ye. Macam dengar ibu memasak tu."Aku mengejutkan Fikri yang sedang lena tidur. Tangan ku masih digenggam kemas. Lengan kanan ku masih di bawah kepalanya. Risau menarik lengan buat dia tersentak pula nanti. "Sayang nak pergi mana?" Fikri mengeliat manja. Alala...comelnye, macam baby je. Manjanya suami aku ni. Aku kucup dahinya. "Senyum pula. Nak gi mana?" Fikri memuncung mulut merajuk aku menarik lengan. "Saya nak ke dapur bantu ibu masak. Awak rehat dulu ye. Nanti malam peluk la lagi ye?"Aku mengusik Fikri. "Okey, kalau boleh tiap masa saya nak peluk awak, nak dakap awak. Nak tatap wajah awak, nak sentuh muka awak.Bukan tiap hari boleh jumpa cinta hati saya ni kan?"
"Dah-dah, saya turun dulu. Layan awak makin marah lah ibu nanti pada saya. Awak nak camtu ke?" aku ugut Fikri akhirnya. "Okey la...tapi jangan lama-lama ye nanti saya rindu." Dia mengucup kedua pipiku lembut. Matanya bersinar, aku hanya mampu tersenyum dan memeluk erat suami kesayangan. Alhamdulillah kami sangat bahagia.
"Ibu masak apa, boleh Rine bantu?" aku cuba menegur Ibu sambil mencapai pisau memotong sayur kobis di atas meja. " Tak payah la bantu, aku boleh masak sendiri." Ibu jawab nak tak nak saja. Ibu nak masak apa sayur ni ibu, nak hiris tebal ke nipis bu?"Aku bertanya lagi tanpa mempedulikan diri yang tak di layan ni.
"Ikut kau la nak masak apa, nanti kau juga yang nak makan kan?" ibu jawab dengan nada tegas. Segera aku potong sayur kobis tu sederhana tebal dan merancang nak masak lemak saja masakan kegemaran suami tercinta. Bila ibu sebut suka hati nak masak apa aku boleh rasa ibu benarkan aku memasak sayur tu."Ada cili belah tu kau nak masak lemak putih ke?" Ibu bertanya semasa melihat aku menyiapkan rencahnya. "Ye ibu, biasanya saya masak lemak putih je. Fik suka masak lemak kalau sayur kobis ni."Aku menjawab jujur.
"Tu kelapa ibu dah parut."Ibu menunjukan kelapa parut di dalam besen hijau di atas kabinet."Terima kasih ibu, aku hadiahkan ibu sebuah senyuman."Siapa nama kau, nak panggil apa?" Aku terkaku sejenak. Tak sangku ibu menanyakan namaku. Walau nadanya tak mesra tapi dia masih sudi melayan aku."Nama saya Rine. Azrine."Aku menjelaskan. "Ooo rine,ye lah. Susah pula aku nak panggil tak tau nama nanti. Kenapa kau panggil Fik nama je? kan dia suami kau. Kenapa tak panggil abang?" ibu bertanya sambil berkerut dahinya.
"Sebenarnya ibu, Rine biasa panggil awak atau sayang. Depan ibu segan pula nak panggil sayang. Nak panggil abang rasa macam tak sedap sebab Rine tua 5 tahun dari dia."Aku menerangkan kepada ibu. "Kau rasa diri kau tua tak boleh panggil dia abang ke?" ibu bertanya lagi. "Bukan macam tu ibu,baiklah rine cuba panggil suami abang ye ibu. Ustazah kata panggilan abang tanda kita hormat suami kan ibu?" aku meminta pendapat ibu." Tau pun. Dah masak la cepat, nanti lapar budak berdua tu nanti. Aku nak goreng ayam untuk budak tu. Asam pedas pari dah ada tu, Fik kata kau suka makan asam pedas kan? ye lah kau kan orang johor." Ibu bercakap mendatar saja bunyinya. Aku cuma mengangguk dan senyum mendengar ibu berceloteh. Nak cakap banyak aku risau ibu makin membenci.
"Terima kasih ibu."Aku bersuara saat ibu nak menggoreng ayam. " Terima kasih kenapa pula, anak menantu dengan cucu aku balik memang la aku kena masak kan?" ibu menjawab lagi, walau tiada sebaris senyuman namuun aku tahu ibu berusaha memujuk hati menerima aku dan anak-anak.
Saat makan bersama aku lihat ibu dan suami makan penuh selera. Anak-anak nampak sangat manja dengan ibu. Melihat ibu sudi melayan anak-anak buat hatiku tersentuh. Dapat juga anak-anak menumpang kasih nenek tiri memandangkan ibuku sudah lama meninggal semasa aku masih bersekolah lagi.
"Sayang dah siap makan ke, sikit je makan?" Fikri terkejut melihat aku mencuci tangan. "Erm, tak sedap la tu aku masak, ye lah aku bukan pandai pun masak asam pedas semua tu. Dulu belajar dari jiran orang sana je dulu."Ibu bercakap dengan nada merajuk.
"Bukan tak sedap ibu, perut Rine rasa tak sedap, kepala pun pening sangat ni. Tak tau la kenapa. Sedap sangat asam pedas pari ibu ni, tapi Rine tak mampu makan banyak." Aku cuba menerangkan kepada ibu, risau dia salah faham pula nanti. "Ye la tu..."ibu hanya menjawab begitu.
"Saya ke tandas jap" aku berlari ke tandas, terasa sangat mual sampai nak terkeluar semua isi perutku. "Sayang, okey tak.Rine..Rine... keluar sayang...kenapa tu. Masuk angin ke?" Fikri mengetuk pintu bagai nak pecah. "Saya okey, entah la yang..." aku menyahut dari dalam bilik air."Rine, kau nak tidur dalam bilik air tu ke. Keluar cepat ibu nak buang air ni. Nak berkemas bawa pergi klinik ni. Dari tadi muntah tak sudah-sudah. Entah apa penyakit agaknya kau ni. Demam ke apa ke jom jumpa doktor." aku dengan ibu membebel dari luar. Segera aku bersihkan bilik mandi dan keluar.
"Kau duduk situ kena Fik, cepat la bawa bini kau ke klinik tu!" ibu membentak Fikri. Aku dan Fikri berpandangan. "Kan saya dah kata ibu pasti boleh terima sayang." Fikri membisikkan ke telingaku. Hanya mampu menggangguk lemah saat ni. Aku bersiap seadanya untuk ke klinik. tak mampu nak bersiap sangat dalam keadaan sebegini. "Ibu nak ikut sama,nak tau juga kenapa Rine muntah teruk ni."Ibu menahan saat kami nak keluar.
*****
Klinik Kita
"Sakit apa,keracunan ke?" ibu bertanya saat kami keluar dari bilik doktor. "Ibu, Rine hamil bu. Dah 6 minggu." Fikri membisikkan ke telinga ibu, aku hanya memberi senyuman buat ibu dan suami tersayang." Mengandung, sejak tiga tahun lepas itu tunggu berita ni Fikri.Alhamdulillaih....." ibu mencium pipi kananku secara spontan. Aku terkedu, tak sangka diperlakukan begitu. " Aiman dan Asya nak dapat adik, jangan nakal-nakal tau. Suruh papa jaga ummi baik-baik."ibu berpesan kepada anak-anakku.
Anak-anak bersorak dengar nak dapat adik. Alhamdulillah, kehadiran kami diterima oleh ibu mertuaku. Dan saat ini kemunculan si kecil dalam rahimku memberi seribu kebahagiaan kepada ibu juga. Aku bersyukur sangat. Dan aku terima takdirku sudah tersurat begini. Menumpang kasih suami orang dan ibu orang juga.
Sepanjang kehamilan ini tak putus-putus ibu bertanya khabar ku. Aku sangat bersyukur dapat merasai kasih seorang ibu yang sangat aku rindukan selama ini. Bukan niatku merebut kasih suami Atie dan mertuanya tetapi aku hanya ingin menumpang kasih dalam meneruskan episod kehidupan ini.
TAMAT
6 comments
kemain ending die
abis isteri pertama ape nasibnye?
cm bnyk je kene sambung kak
cerita bersiri ke?
Sebagai lelaki, dia harus tegas, dan adil dalam melindungi kedua2nya.
*senyum*
-AsaSiaga-
Alhamdulilah mertua dia terima. tp apa jadi kt isteri pertama dia erk kak? sambung la sambung la hihihi..
*watak si suami mengingatkan saya pada seseorg :)
iffah-kena sambung ke? alamak
cikgu ma-tak niat pun nak wat tergantung..huhu
siaga-patutnya dia lebih tegas,mungkin cinta pertama buat dia takut nak lukakan hati isteri yg masih muda tu kot
kiera-watak tu mirip siapa?ehehe
ewahh.. mengandung ye.. nak juga..