Gadis itu
menggeleng kepala lalu memalingkan mukanya ke arah lain. Mungkin kerana meluat
melihat perangai macho tak bertempat Zacky, menjadikan gadis itu hilang selera
untuk terus berada di perhentian bas itu.
Zacky masih tidak
berputus asa. Ada seri di wajah gadis itu yang membuatkan dia senang untuk
menatap wajah itu lama-lama. Wajahnya, pemakaiannya, sombongnya, ehh, boleh
kira ke tu? Tak kiralah, yang penting, gadis itu benar-benar membuatkan dia
tertarik.tetapi..
“Tak payah nak
pandang lama-lama lah Z. sampai kiamat pun kau tak akan dapat…” meluncur saja
kata-kata yang termuntah dari mulut Arif, sahabat yang sudah lama dikenalinya.
Tidak pula dia menyangka yang Arif memerhatikan tingkah lakunya sejak tadi.
Bukan niatnya mahu menjadi stalker tak bertauliah di pagi-pagi buta itu.
tetapi, hormon lelakinya memanggil-manggil untuk dia terus memerhati gadis
berhijab cantik di tepinya.
Kalau dilihat
dari atas hinggalah ke bawah. Perefect gila…memang layak kalau hendak di buat
bini. Tapi melihatkan keadaan sendiri, layak ke aku berbinikan gadis seperti
dia.
“Sedar pun, makan
pakai pun tak terurus, ada hati nak jadikan awek sempurna macam tu jadi bini.
Sedar-sedarlah sikit wahai sahabat,” Arif masih merendah-rendahkan keinginannya.
Cilakak punya member, ada ke patut dia perkecil-kecilkan aku. Patutnya, berilah
semangat ke apa, barulah rasa diri ini berguna sikit. Tapi apa nak buat, kalau
dikira dari peratus percakapan yang dilontarkan oleh arif kepadanya itu,
kebanyakkannya adalah benar, 20% mungkin, tidak...50% agaknya..humm, tak baik
menipu, berdosa..ialah, ialah...80% sebenarnya. Dia memang dalam kategori
lelaki tak berguna.
Tak berguna yang
dia maksudkan bukanlah meliputi sahsiah diri ataupun pelajarannya..no..no..no.
Zacky ada bacelor dalam pelajaran ye kawan-kawan. Yang dia tak ada cumalah
keterampilan, dan keterampilan...mengapa dia menyebutnya dua kali. Ya,
beginilah ceritanya bermula.
Memang semenjak
azali barangkali, Zacky sudah mula meminati skateboard. Memandangkan itu adalah
hadiah pertama yang diterimanya setelah khatan semasa darjah enam (hadiah sebab
tak lari bila mahu dikhatankan) menjadikan dia bercita-cita untuk menjadi
skateboarding yang profesional. Fuhhh, tinggi betul cita-cita dia. Sampaikan
mama dan papanya juga mula berasa risau dengan segala kemungkinan itu. manakan
tidak, mama dan papanya masing-masing merupakan pakar dalam bidang
masing-masing. Mama merupakan pakar dalam bidang perniagaan impot ekspot,
manakala papa pula merupakan pakar bedah jantung yang terkenal. Jadi masakan mereka
mahu melihat anak lelaki satu-satunya itu menjadi pakar skateboard pula.
Haruslah tidak.
Jadi, semenjak
muda lagi dia sudah di kawal apa saja aktiviti yang dilakukannya. Sehinggakan
kadangkala dia tidak berasa bebas. Mengambil bacelor in study juga bukanlah
merupakan cita-citanya. Tetapi memandangkan dia merupakan anak yang baik dan
soleh (soleh ke?), dituruti saja kemahuan mama dan papanya dengan syarat,
selepas habis saja semua kuliah dan semester. Dia boleh melakukan apa saja yang
dikendakinya, dan kini, dia seperti manusia tanpa ilmu, tanpa masa depan,
bergumpalan dengan budak-budak punk dan skate semata mahu melepaskan giannya
menjadi budak-budak nakal semenjak di bangku sekolah lagi.
Namun, kenakalan
yang diwujudkan dalam dirinya itu tidak lama usianya. Semuanya bermula dengan
hari itu. hari bila dia terpandang akan gadis berhijab hitam itu. dia
terpesona. Hormon nak berbini sudah mula membuak-buak.
“Aleh, tak rugi
kalau nak cuba Z, gi lah Z...” Syam beri semangat yang biasa-biasa kita dengar.
Berdehem saja Arif bila mendengar kata-kata Syam. Mereka mula menjeling sesama
sendiri, takkala itu, Syam tersengih kambing.
Sambil
membetulkan seluar yang menggelebeh, Zacky berjalan mendapatkan gadis tadi.
Agak jauh juga dia mengambil tempat untuk duduk bersebelahan. Kepala yang tidak
gatal digaru berkali-kali. Gadis tadi langsung tidak memandang. Buku di tangan saja
yang ditatap dari tadi. Hal itu membuatkan hati dia bertambah gusar.
“Nampak macam
suka betul dengan Khalil?” soal Zacky tiba-tiba. Tersentak gadis itu mendengar
nama Khalil yang disebutkan si dia. Cepat-cepat dia mengalihkan tubuhnya
memandang ke arah lain. Tidak tahu tindakan apa yang harus dilakukan
selanjutnya. Begitu jugalah dengan Zacky. Dia mula jadi serba tak kena. “Awek
ni marah kat aku ke?” soal hatinya.
“Saya pun suka
Khalil Gibran juga, author favourite tu...” Zacky masih tidak putus asa.
Nasibnya memang cukup baik hari itu kerana dia ternampak naskah yang dibaca
oleh gadis itu. kalau tidak, dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu memulakan
bicara. Dia putus akal.
“Saya kenal awak
ke?” tiba-tiba si gadis bersuara. Mungkin kerana malas melihat kerenah miang
keladi Zacky, dia cuba untuk berbica secara terbuka. Bukan sikapnya begitu, tetapi hari ini dia
sedia memberi peluang. Mungkin niat Zacky baik, mungkin...fikirnya. jadi, tidak
salah baginya untuk menjawab sepatah dua kata dari setiap satu soalan yang
diberi oleh pemuda itu. mungkin lagi...
“Tak...tapi
mungkin lepas ni kita akan kenal rapat...” seperti coklat cadbury, cair di mulut.
Begitu jugalah ayat-ayat pemanis yang terhambur keluar dari mulut Zacky. Teman-teman
yang berada di hujung perhentian bas sudah mahu muntah hijau, mujurlah Zacky sempat
menunjuk segenggam penumbuk dari alik belakang. Jadi mereka masing-masing
menahan tawa. Tidak tahan bilamana melihat Zacky menggumam ayat berbunga-bunga.
Sedih bagi seorang lelaki. Manupalasi otak mereka.
“Saya tak mungkin
akan mahu berkenalan dengan awak. Minta maaf.” Lagak sombong gadis itu ternyata
menggugat kejantanan Zacky. Zacky masih memikirkan ayat. Mungkin yang simple,
mungkin yang boleh membuka hati gadis itu untuk terus berbual dengannya, tapi
apa? Congak otaknya.
“Jika hendak
memahami seseorang,wanita, perhatikanlah mulutnya saat ia tersenyum,tetapi jika
untuk memahami seorang lelaki, perhatikan warna putih matanya selagi merah”
Gadis itu menoleh. Anak matanya kecil besar melihat wajah
Zacky yang tersenyum.
“CINTA yang AGUNG ???? Adalah ketika kamu menitiskan, air mata dan masih peduli terhadapnya .. Adalah ketika dia tidak
mempedulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia. Adalah ketika dia
mulai mencintai orang lain dan
kamu masih bisa tersenyum sembil
berkata " Aku turut berbahagia untukmu ".”
“Apa yang awak tahu
tentang Khalil Gibran?” gadis itu menyoal.
Ketika itulah, dunia
Zacky menjadi berbunga-bunga. Peluangnya terbuka luas. Gadis itu kini terasa
dekat padanya, walaupun pada dasarnya mereka duduk berjauhan.
Seperti mana kau, begitu
jugalah aku. Tak sia-sia aku mencintai buku. “kan sudah saya katakan tadi, saya
juga suka Khalil Gibran,”
Gadis itu tersenyum
persis bidadari.
***
Zacky, Arif, Syam, Yap,
Badrul dan beberapa skateborder lain duduk melepak di depan Sogo. Mereka berbual-bual
sambil tertawa. Apa yang diketawakan oleh mereka itu hanya mereka saja yang
tahu. Sedang asyik bergurau sesama sendiri. Muncul seorang gadis berjubah biru
laut, berhijab labuh mendatangi mereka. Masing-masing memandang bila gadis itu
berhenti di depan mereka sambil tersenyum mengucap salam. Ada mata yang
terbuntang melihat keayuan gadis itu, ada juga yang mengurut-urut janggut tanda
suka. Tapi tidak Arif dan Syam yang hanya tersengih.
“Dia dah mai dahh..”
perli Syam bulat-bulat. Mana yang tidak mengerti hanya memandang sesama sendiri
. Zacky dengan langkah yang laju mendapatkan Iryana Nafisha, tangan lembut itu
digenggam erat. Ada senyum yang dihadiahkan, Zacky berasa sangat bahagia.
“Siapa tu?” tanya si polan
tidak puas hati
“Bini dia...”selamba saja
Arif mengatur ayat.
“Biar betul!!!” si polan
lain pula terjerit kuat. “mamat skateboard camtu dapat ustazah, camtu aku pun
nak!” semua mengangguk setuju.
Zacky dan Iryana Nafisha berjalan
seiring sambil membiarkan teman-temannya kagum sendiri. Takkala itu semua mata yang berada di kawasan
itu juga terlopong memandang. Gadis berjubah
labuh, dengan lelaki kaki skateboard berseluar gelebeh..apa mungkinkah???
tamat...
tamat...
(ps: serius, aku tak tahu apa yg aku corekan kat ats, lebih2 lagi pasal skateboard tuh, ntah betoi ntah tidak...kuikui)
6 comments
haha terbaikla
suke sngt sbb mudahnye dapat cinta y diidamkan kalau tu jodohnye
hahhaha...ni namanya jodoh dibuat2 nih, hahhha. tp mmg syok if betul kan..lallalla :)
akak yang buat ke ?? pergh ! best !!
thanks Nelly...:)
terima kasih :-)
wak dh lama x baca novel gini.. ihikkK