“Assalamualaikum.” Luqman menolak pintu utama rumah.
“Waalaikumussalam.” Tok Uda yang sedang membaca surat khabar bangkit dari duduknya. “Dah sampai pun. Macam mana meeting?”
“Okaylah. Luqman rasa nak tidur je sekarang. Penat sangat.” Luqman memberitahu.
“Atuk dah belikan nasi lemak. Sebelum tidur suruh Iman turun makan. Atuk nak keluar ni. Tengah hari nanti ajak Iman keluar. Mak Limah pesan barang dapur dah habis.” Tok Uda berpesan.
“Atuk ada program kat majid ke hari ni?” soal Luqman.
“Ada kursus pengurusan jenazah yang atuk cakap haritu. Kan Pak Mail ada ajak Luqman jadi penceramah. Tapi Luqman ada meeting kan? Pak Mail suruh Ikram. Tak apalah, Luqman pergilah rehat. Jangan lupa pesan atuk. Atuk makan kenduri rumah Pak Mail.” Tok Uda berpesan sebelum berlalu keluar.
Luqman naik ke atas sambil mendail nombor telefon bimbit milik Iman. Berkali-kali dia mendail namun panggilan tidak berjawab. Luqman membersihkan diri sebelum membuat pelan kedua menyuruh Iman turun sarapan pagi.
******************************************************************************
“Iman…” Iman terdengar namanya dipanggil.
“Ayah?” Iman bersuara perlahan. Menahan sakit di kepalanya, dan badannya yang menggigil.
“Badan Iman panas ni. Kita pergi klinik ya?” Suara itu mengajak.
“Tak nak… Iman nak ayah…” Iman menggenggam tangan yang mengurut lengannya dan kembali menutup mata.
******************************************************************************
Iman menggosok matanya dan mengalihkan posisi badannya. Badannya yang terasa lemah sejak semalam terasa segar semula. Kata Najihah, dia memang kuat. Kalau demam, dia cuma perlu tidur selama lima jam tanpa diganggu dan dia boleh bangun dan makan dua kali ganda dari apa yang dimakannya selalu. Sekarang perutnya sudah terasa lapar kerana semua makanan telah dimuntahkan semalam.
Iman mahu bangkit namun dia terasa ada benda yang menghalang pergerakannya. Iman kembali berpusing ke kanan. Bulat matanya melihat Luqman berbaring di situ. “Luqman!!” Dia menjerit spontan.
Luqman memejam celikkan matanya cuba membiasakan matanya dengan cahaya. “Iman! Iman okay?” soalnya pelik melihat Iman yang kelam kabut di atas katil.
“Apa kau buat dalam bilik aku?? Tolong!!” Iman menjerit sekuat hatinya. Mak Limah yang sedang mengemas dapur segera naik ke tingkat atas. Dia sepatutnya bercuti hari ini. Tetapi, Tok Uda ada memberitahunya yang Iman akan demam jika terkena hujan. Lagipun, hatinya tidak enak sepanjang di rumah tadi, jadi dia datang ke rumah ini.
“Iman, kenapa?” soal Mak Limah termengah. Dia memandang Iman yang masih berbaju tidur dan Luqman yang berbaju Melayu dan berkain pelikat.
“Abang Luqman cuba nak sentuh Iman.” Ayat itu membuatkan dahi Mak Limah berkerut. “Iman takut.” Dia memeluk erat tubuh Mak Limah.
“Iman, dengar dulu apa abang nak cakap…” Luqman cuba menjernihkan suasana.
“Iman benci abang. Sampai hati abang khianati kepercayaan Iman pada abang!” Iman berlari turun ke tingkat bawah.
“Mak Limah. Luqman bukannya sengaja, Luqman…” Luqman mengetap bibirnya.
“Tak apalah, Luqman. Biar Mak Limah cuba pujuk dia.” Mak Limah tersenyum memberi semangat sebelum berlalu turun ke dapur setelah mendengar esakan Iman.
“Iman, sudahlah tu. Luqman tak sentuh Iman pun, kan?” Mak Limah memujuk.
“Habis tu, kenapa dia dalam bilik Iman?” Iman bersuara dalam tangis. Mak Limah bangkit dan membancuh segelas susu panas dan diserahkan pada Iman.
“Minum ni. Bagi tenang sikit hati Iman.” Suasana sepi seketika. Hanya sedu sedan Iman yang kedengaran sekali sekala.
“Iman, boleh Mak Limah tanya Iman sesuatu?” Mak Limah bersuara setelah agak lama membisu. Iman mengangguk.
“Iman masih belum bersedia untuk jadi isteri?” soal Mak Limah.
Iman mengeluh perlahan. “Ni kenapa Mak Limah keluar topik ni?”
“Mak Limah nak tahu. Dah sebulan lebih dah Iman jadi isteri dalam rumah ni. Sampai bila Iman nak mengelak?” soal Mak Limah.
“Mak Limah, Iman tak tahulah. Iman tak rasa sesuai. Kadang-kadang Iman rasa menyesal buat keputusan macam ni. Tapi, Iman tahu, nikah kahwin ni bukan perkara main-main.” Iman menarik rambutnya sebelum matanya bulat. “Mak Limah! Tudung Iman dalam bilik!” Iman kembali kalut.
“Iman, tenang. Bukan ada sesiapa pun dalam rumah ni. Tok Uda keluar. Kalau ada Tok Uda pun tak ada masalah Mak Limah rasa.” Mak Limah cuba menenangkan kekalutan Iman.
“Kalau Abang Luqman turun macam mana?” soal Iman.
“Iman… Iman.” Mak Limah menggeleng.
“Mak Limah…” Kedengaran suara Luqman dari arah tangga. Iman segera menyorok di sebalik tirai. Mak Limah membuat isyarat tunggu dan Luqman kembali ke atas.
“Iman, jangan takut. Luqman tu baik. Cuba cakap dengan Mak Limah, apa yang dia dah buat dengan Iman?”
“Dia tak baik. Kenapa dia masuk bilik Iman?” soal Iman agak marah.
“Kan Iman tak sihat. Mungkin dia nak tengok Iman.” Mak Limah memujuk.
“Habis tu, kenapa dia tidur sebelah Iman? Dia tak ada hak nak masuk bilik Iman pun!” Iman membentak.
“Istighfar, Iman. Istighfar. Luqman cuma tidur sebelah Iman. Selama sebulan lebih dia jadi suami Iman ni, Mak Limah tak pernah nampak dia tak pernah buat lebih-lebih pun pada Iman. Tak baik Iman menidakkan hak dia, Iman.” Mak Limah memujuk.
“Kejap, Mak Limah. Apa Mak Limah cakap? Suami Iman? Siapa suami Iman? Bila masa Iman kahwin dengan Abang Luqman?” Iman mengerut dahinya.
“Iman, Iman ada terhantuk kat mana-mana ke malam semalam? Takkan Iman dah lupa? Dah sebulan lebih Iman kahwin dengan Luqman.” Mak Limah pula mengerut dahi. “Luqman!” Panggilnya. Beberapa saat kemudian, Luqman muncul di muka pintu.
“Bawa Iman pergi klinik.” Arah Mak Limah.
“Iman tak mahu pergi klinik!” Iman segera melarikan dirinya keluar dari dapur menuju ke tingkat atas. Segala-galanya terasa berpusing. Wajah Luqman dan Tok Uda bersilih ganti di bayangan mindanya sebelum dia tersadung anak tangga.
“Iman!” Luqman yang mengejar dari belakang segera menghampiri bersama Mak Limah.
“Sakit…” Iman mula menangis. Segala kekusutan di dalam fikirannya membuatkan Iman terasa otaknya seperti sudah beku. Dan dia hanya membiarkan sahaja Luqman mengangkatnya naik ke biliknya.
******************************************************************************
Tina sudah tertiarap sambil menepuk-nepuk lantai biliknya itu. Sakit perutnya mentertawakan Iman yang sedang menarik muka di hadapannya. Nasib baiklah rakan sebiliknya masih belum pulang. Jadi bolehlah dia bantai gelak sepuas-puas hatinya.
“Tina, aku rasa satu blok ni boleh dengar suara kau.” Iman menegur akhirnya. Sakit hatinya ditertawakan oleh Tina sebegitu rupa.
“Iman, Iman. Aku pun tertipu sekali. Macam mana kau boleh dapat idea yang kau kena kahwin dengan Tok Uda?” soal Tina sambil meneruskan saki baki ketawanya.
“Aku demam okay waktu tu. Dan kau tahu kan kalau aku demam, semua deria aku make no sense at all. Manalah aku tahu yang sebenarnya aku kahwin dengan orang lain.”
“Itulah, lain kali jangan buat keputusan ikut otak je. Kena fikir dulu sebelum buat keputusan.” Tina masih lagi ketawa. “Ayah kau tahu tak?”
“Tahu. Adik aku si Angah tu kan mulut tempayan. Semuanya dia buat report dengan ayah aku. Sehari semalam jugaklah ayah aku gelakkan aku.” Saat ini sungguhlah Iman rasa ingin mencekik Najihah. Tambah-tambah lagi apabila teringat perbualannya di Skype dengan adiknya itu tempoh hari.
<iman.is.along> Angah! Kenapa Angah cakap dia bodyguard? Malu Kak Long tau!
<iman.najihah> Siapa pulak ni?
<iman.najihah> Ha! Che abang tu? Abang Long?
<iman.is.along> Yelah, siapa lagi.
<iman.najihah> Angah cakap knight in shining armor, kan? Kak Long yang suruh
Angah translate, jadi bodyguardlah.
<iman.is.along> Hish!
<iman.najihah> Kenapa? Betul apa? A husband must be protective toward his wife kan?
So, bodyguard pun kira okay apa?
<iman.najihah> Lagipun, waktu tu kan, Kak Long ala-ala malu+segan dengan Abang
Long. Angah cuma nak tolong.
<iman.najihah> Wait! Jangan cakap Kak Long ingat dia betul-betul bodyguard Kak Long?
\o/
<iman.is.along> *talk to the hand*
<iman.najihah> Kak Long! Seriously?
<iman.najihah> Kak Long, Kak Long ingat ayah akan mengalah ikut keputusan Kak Long
kalau Tok Uda pinang Kak Long untuk jadi isteri dia? Dia tu atuk kita lah Kak Long! Dia ayah kepada ayah kita!
Mungkin Iman akan pengsan kerana terlalu terkejut kalau Luqman tidak menegurnya ketika itu.
“Itulah kau. Atuk sendiri pun tak kenal.” Tina menggeleng dengan senyuman nakal di bibirnya.
Cerita Luqman padanya tempoh hari. “Ayah tu anak tunggal atuk. Atuk dengan arwah nenek jaga mak abang which is anak kawan arwah nenek yang meninggal. Atuk rasa suka dengan mak abang dan nak kahwinkan ayah dengan mak.”
“Tapi waktu tu, mak dah suka pada arwah ayah abang. Jadi, ayah Iman tolong larikan mak abang untuk dikahwinkan dengan ayah abang. Atuk marah sangat fasal benda tu dan halau ayah Iman dari rumah. After a few years, ayah Iman jumpa arwah ibu Iman dan diorang pun kahwin. And there, lahirlah Iman dan adik-adik.”
“Sebelum mak abang meninggal, dia selalu cakap pada atuk yang dia nak cari ayah Iman. Dia nak ucap terima kasih sebab ayah Iman dah banyak tolong dia. On the way, they met with an accident and died. Waktu tu, abang kat asrama.”
“Lepas kejadian tu, keluarga Iman pindah ke sini. Tinggal di rumah pusaka ibu dan ayah arwah ibu Iman. Atuk tak dapat cari ayah Iman sampailah atuk buka cawangan baru di sini sebab ada maklumat bagitahu yang arwah ibu Iman berasal dari Pulau Pinang.”
“Pencarian atuk berhasil dan atuk jumpa dengan ayah Iman. And, dia pinangkan Iman untuk abang. Awal-awal dulu, abang pelik kenapa Iman? Akhirnya ayah Iman yang bagitahu abang. Arwah mak dan ayah abang nak abang kahwin dengan salah seorang anak ayah Iman.”
Dan soalan spontannya pada Luqman. “Abang setuju macam tu je?”
“Abang rebel jugak mula-mula. Then, atuk suruh abang sendiri jumpa Iman.”
“The day yang Iman datang rumah ni dulu?” soal Iman.
“Ya, and I think you are not that bad. Lagipun, abang pernah janji yang abang akan terima jodoh pilihan keluarga.”
“Abang, zaman moden kot. Abang pun not bad apa. Handsome, ada duit, ada kerjaya. Kenapa abang pilih budak hingusan macam Iman ni?”
“Sebab abang tahu atuk sayangkan abang. Families always want the best for us.”
“Just for that reason?”
Luqman tersenyum dan mengangguk.
“Kau tau tak kalau aku tulis cerita kau ni, boleh jadi novel?” Tina sudah kembali normal dari penyakit gelak melampaunya itu.
“Mungkin?” Iman hanya menjungkit bahu dengan senyuman.
******************************************************************************
“Abang.”
“Hmmm?”
“Kita ni kira sepupu ke?” soal Iman.
“Sepupu angkat kalau ada istilah tu dalam bahasa Melayu.” Luqman ketawa.
“Abang, Iman ada pengakuan nak buat.” Iman bersuara perlahan.
“Pengakuan macam mana tu?” Luqman memandang wajah isterinya itu.
“Ermm, macam sesuatu yang abang tak tahu?” Iman menuturkan lambat.
“Hmmm…” Luqman memandang Iman di sebelahnya. “Macam yang Iman ingat Iman sebenarnya kahwin dengan atuk?” Luqman ketawa kecil.
“Abang tahu?”
“Abang ada monitor okay. Abangkan ‘bodyguard’ Iman. Semua rahsia Iman dalam poket abang ni je.” Luqman tersenyum nakal.
“Macam mana abang tahu?” soal Iman.
“Abang boleh agak.” Luqman berhenti seketika. “Sebab tu abang masuk bilik Iman pagi tu. Iman ingat abang ni ayah. Mesti Iman tak sedar. Siap peluk-peluk tangan abang lagi. abang dahlah penat gila time tu, drive all the way from Melaka to Penang, ada bini nak romantik-romantik pulak. Abang tidur jelah kat situ. Alih-alih bila bangun kena sembur pulak.”
“I put all the puzzle together dan abang rasa Iman mesti misunderstood something. So, abang tanya Jiha. Jiha yang buat report. Bila kita orang put back all the puzzle together again, terus kitaorang dapat tahu yang Iman sebenarnya ingat Iman kahwin dengan atuk. Iman… Iman. You sure have a really great imagination.”
Iman menjulingkan matanya.
“Tapi abang memang salute lah dengan Iman. Iman tetap setuju walaupun kena kahwin dengan atuk. You really do anything for your family. Itu yang buat abang lagi sayang pada isteri abang ni.” Luqman menarik tangan Iman ke dalam genggamannya.
“Sebenarnya, Iman adalah jugak rasa takut. Tapi demi masa depan adik-adik, Iman buat jugak. Betullah cakap Tina abang, setiap kejadian ada hikmahnya.”
“Yes, dear. You are soooo right. Sebab sanggup berkorban demi family dan berkahwin, you got abang, kan? Apa Iman cakap, handsome, smart and cool?” Luqman mengangkat keningnya beberapa kali.
“Perasanlah abang ni.” Iman dan Luqman ketawa.
“And nasib baik Iman sedar lepas sebulan kita kahwin. Kalau setahun should be more interesting.”
“Tak mungkinlah abang. Mestilah akan jadi perkara yang tak sepatutnya macam hari tu. Iman pun tak sangka kenapa sampai dekat dua bulan baru Iman sedar yang Iman salah suami. Lampi jugak Iman ni, kan abang?” (Lampi = Lambat pick up)
“Lampi apanya kalau dah dapat degree first class honour.” Iman hanya tersenyum manis.
“Thanks for the gift abang.”
“Anything for you.” Kereta mereka terus meluncur laju menuju ke Kuala Kedah. Destinasi percutian mereka selepas beberapa hari Iman menamatkan pengajiannya.
“Tapi, jangan lupa. Iman kena kerja dengan abang lepas ni. Setahun and then sambunglah PhD terus.”
“Thanks abang. Akhirnya cita-cita Iman tercapai juga.”
“Kan abang dah janji? Setiap kesabaran kita akan bawa kita kepada penghujung yang manis. Itu janji ALLAH, Iman.” Iman tersenyum dan mengangguk. Terima kasih ALLAH atas anugerah ini dan segala-galanya.
Tamat.
Tamat.
3 comments
okey ini sweet
mmg agak da die ni lampi haha
buat novel la...elaborate bg details skit jln cite ni, mesti sgt aweeeett!! hehe..
Good job! well done :)
sweet je hehhehe.. kalau panjang sikit mesti best :)