Di dapur,
kelihatan emak sedang menguli kulit karipap. Di sisinya ada inti karipap yang
sudah siap dimasak. Aku terus datang duduk berdekatan emak. Gundah di hati. Aku
perlukan seseorang untuk mengurangkan rasa sakit itu.
“Mak, meh sini
orang tolong uli tepung tu..”
“Tak payahlah.
Dah nak siap ni..” balas Puan Samini sambil tangan terus menguli tepung tu. Tak
lama, dough siap. Emak terus membahagikan kepada bebola kecil. Mudah untuk
digelek menjadi kepingan nanti.
Karipap dibuat
secara manual. Tiada cetak digunakan. Tiada mesin untuk menggelek tepung. Untuk
menggelek juga tidak menggunakan roll. Tapi emak lebih suka menggunakan botol
kicap kosong yang sudah dibersihkan badannya. Dapat bayangkan?
“Nanti kenduri
Ayu, jemputlah kawan kau tu datang rumah Nur.” Mak masih tekun membuat bebola
tepung tu. Tidaklah bulat sempurna rupanya.
“Orang dah takda apa-apa mak dengan dia” Sayu.
Bernada perlahan. Bukan dah lama Azwan beri kata putus. Baru petang tadi.
“Kenapa..?” Mak
tidak mengangkat muka. Sedia untuk menggelek kulit karipap. Tiba-tiba Kak Ayu
datang dari sisi.
“Dia dah ada
orang lain..hahaha..” tergelak sendiri. Mahu memujuk hati. Dan tak mahu emak
risaukan keadaan aku. Aku kan suka berlagak kuat.
“Takpa lah..”
Mak diam. Kak Ayu diam. Aku pun diam. Aku suka dengan suasana itu. Mujur emak
tidak bertanya dengan lebih lanjut. Kalau tak, mahu terburai juga air mata.
Cepat benar jatuh air mata ni bila meluahkan rasa yang terbuku dalam hati ni.
Bukan aku tak mahu meluah tapi aku peluah yang gagal sebenarnya.
Sebenarnya kisah
aku dan Azwan tidaklah terlalu tragik. Kisah normal. Cuma masa tu aku terlalu
ambil serius hubungan tu. Mind-set aku untuk perkahwinan. Tapi tindakan aku
tidak ke arah itu pun. Banyak silap aku masa tu.
Normal hidup
sebagai pelajar, bila dibasuh sedikit mindanya tentang perhubungan antara
lelaki perempuan, pasti ingin ada perubahan. Itu buat hubungan kami renggang.
Aku sendiri tidak tetap pendirian. Aku goyah. Sekejap nak. Sekejap taknak.
Mungkin dia juga keliru.
Sampai satu
masa, bila aku rasa dia makin jauh, aku nak tarik kembali. Tapi waktu tu, sudah
terlambat. Dia sudah ada teman yang lebih caring mungkin padanya. Yang lebih
manis juga manja. Sedangkan aku, apa aku ada..?
“Saya keliru.
Tak tahu nak pilih mana. Bila tunjuk gambar dua-dua pada emak, mak suruh pilih
dia. Mak kata kahwin bukan 2-3 hari. Nak ngadap muka setiap hari. Kena lah
pilih yang sedap mata memandang..” macam tu lah bunyi mesej dia lebih kurang.
Tak kuasa lah pulak aku nk ingat semua kan..? sejarah sudah. Pedih. Lama aku
pandang cermin. Rasa takde lah huduh mana pun. Kakakaka..
Bila melibatkan
emak/ibu, memang aku lemah. Siapa aku untuk menentang..? Mampu ke aku untuk
tabah andai aku berkeras. Ah, lagipun masa tu hati dia dah pada orang lain. Aku
memujuk rayu pun takda gunalah. Lagipun aku tak mampu nak berubah jadi macam
dia nak. Rupa aku pun takdalah boleh tiba-tiba berubah jadi cantik kan..? Tapi
adik dia pernah puji aku comel. Mujur sempat dipuji sebelum dikeji.
Pernah aku
berdoa, moga dijodohkan kami di kemudian hari. Tapi bila difikir balik, andai
aku dan dia berjodohan, kekecewaan antara mereka berdua pasti berlaku. Akhirnya
aku doakan agar hubungan mereka berkekalan. Baik kan aku..? Lama nk lupa. Tapi
akhirnya berjaya aku lepaskan. Susah nk pujuk hati sendiri. Lega aku tengok sampai ke hari ini pun,
hubungan mereka masih berkekalan. Dia tak silap buat pilihan.
“Mak, nanti
carikan orang calon eh..?” Tersengih-sengih membuat permintaan tak terduga pada
emak. Tergelak sendiri. Macam tak sangka juga keluar permintaan tu dari mulut
sendiri. Rasa-rasanya tak pernah lagi anak-anak emak yang lain kata macam tu
pada emak.
“Taknak lah
mak..”
“Eh. Kenapa..?
bukan ke selalu mak ayah suka kalau anak suruh carikan..?” Aku keliru. Kak Ayu
pun.
“Nanti mak kecil
hati kalau kau tolak pilihan mak..”
“Eh..? Cepat
merajuk juga mak ni..” Kami tergelak.
“Mestilah..susah-susah carikan calon, lepas tu kene tolak.. sedih tau..”
Jawab emak yakin. Tangan aku dan emak galak mengkelim tepi karipap. Kak Ayu
pula menggelek kulit karipap. Aku suka buat pertandingan secara senyap. Kelim
siapa paling kemas. Dan semestinya aku menang. Dah aku yang cipta kategori tu
sendiri kan..? Tapi itu bila rajin. Mak pulak jenis sekali buat karipap, bukan
untuk sekali makan. Kadang-kadang makan 2kilo tepung juga. Pengsan kan..?
Budak-budak...umur
aku masa tu baru 20tahun. Dengan dia, aku belajar pujuk diri sendiri. Dengan
dia, aku belajar terima hakikat. Tapi sekarang datang gak perangai entah hape-hape tu. Saje nak manja-manja.
Aku perlukan
penjelasan. Bukan penipuan. Biarpun menyakitkan.
4 comments
seronok lak baca kish niee :D
@farah hanim thanks Hanim =) kisah betul kan,memang seronok ^-^
aik..blog akk yg baru ke ni??
pujaan hati milik orang
sayu hati pujuk sendiri
apa lagi yang mampu dikenang
semoga ada yang bertakhta di hati
satu tika nanti