Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday, 1 May 2012

Dia Bukan Rapunzel (last eps)




 Kadang-kadang dia mengibaratkan dirinya seperti Rapunzel. Terperangkap di sebuah menara dan menanti seorang putera untuk datang menyelamatkannya. Tetapi dia juga sedar, itu semua hanyalah angan-angannya sahaja. Mana bisa dia menjadi seperti Rapunzel walaupun rambutnya panjang mencecah lutut. Dengan rambut yang sepanjang itu, sampai ke tingkat bawah saja belum tentu sampai. Inikan pula dijatuhkan ke bawah semata-mata untuk menjadi tangga kepada putera yang mahu menaikinya. Pasti rambutnya akan berasa perit dan sakit dan itu menidak mungkinkan lagi angan-angan yang selalu bermain difikirannya. Dia memang kuat berimaginasi.
        Tetapi perasaan terperankap itu memang benar-benar wujud. Terperangkap atas alasan sikapnya sendiri. Dia bukanlah jenis manusia yang suka bergaul dan bergembira seperti temannya Nadya. Walaupun sudah dipelawa berulang kali, dia tetap menekankan yang dia patut duduk di rumah. Dia lebih senang begitu bagi menjaga maruah dirinya.
          Namun malam itu perutnya lapar. Dengan perasaan malas yang membuak-buak, dia turun ke bawah dengan niat mahu membeli burger. Selangkah lagi kakinya mahu melintas ke seberang jalan, tiba-tiba sebuah lori memecut laju menghampiri dirinya. Dia terpana dan terpaku. Kakinya tiba-tiba menjadi keras dan lansung tidak boleh bergerak. Mungkin kerana darah yang sudah turun ke perut, hatinya mula menjadi kecut. 
Hampir saja batang tubuhnya ingin dirempuh oleh lori yang berderu laju dan dengan sepantas kilat tubuhnya dirangkul kuat. Terjatuhlah dia ke tepi jalan sambil dipeluk oleh penyelamat yang tidak dikenalinya itu. Lori tadi terus meluru laju tanpa henti. Orang yang ada di sekeliling terperanjat melihat siutasi itu. Masing-masing mula mendapatkan dia dan penyelamatnya itu. Ada yang membantu dan ada juga yang memaki si pemandu lori hantu yang sudah lenyap dari pandangan mata. Darahnya masih turun naik,mukanyajugabegitupucat.

            “Awak tak apa-apa?” tanya penyelamatnya tadi.
Dia masih lagi dalam mood yang terkejut. Soalan tadi tidak berbalas. Kepalanya mula berasa pening dan tekaknya mula berasa loya. Mungkin kerana masih gemuruh dengan apa yang terjadi, seluruh tubuh badannya mula menunjukkan reaksi yang negatif.
            “Kalau awak rasa tak ok, saya boleh hantar awak ke klinik?” suara itu. iya suara itu. Dia kenal suara itu. Cepat-cepat dia menoleh memandang suara si penyelamatnya itu. ternyata penyelamatnya itu ialah Badrul. Tetapi bagaiman Badrul boleh berada di situ?
            “Awak...a..apa awak buat dekat sini?” terketar-ketar suara yang terkeluar dari mulut dia. Ketika itu tanpa di pinta-pinta air mata yang bertakung  mula menitis di pipinya. Dia tidak tahu mengapa dia mesti menangis. Dia keliru.
            “Eh, awak ok ke ni?” Badrul resah melihat air mata yang semakin laju mengalir di pipi dia. Tidak tahu perasaan apa lagi yang menghantui dirinya melainkan gembira melihat Badrul yang ada di sisinya.
            “Apa awak buat dekat sini?” soal dia lagi sambil menyeka air mata yang masih lagi mengalir.
            “Tu...” Badrul menjuihkan bibirnya ke arah gerai burger yang ada di seberang jalan. Di muka depan gerai burger itu tergantung papan tanda yang besar tertulis
‘BADRUL CINTAKAN LAILA’ . Tidak semena-mena cincin berlian yang sama dilihatnya seperti di kampung dulu disarungkan ke jari manis dia. Dia tertawa kecil. Ketika itu hatinya begitu gembira sekali. Tidak tahu mengapa. Mungkin kerana dia sudah diselamatkan.
            “Rasanya cincin ni sesuai ada di jari awak,” mereka sama-sama tersenyum.

2 comments

owh, Badrul... I lap cincin berlian tu ~ muahahaha

ha~~~..:P best nyer.. terberangan kejap baca citer nie.. keep it up yunk..:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...