Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday, 11 May 2012

Cinta Pertama

Yaya memeluk erat anak patung garfield yang dihadiahkan Din seminggu lalu. 2 hari sebelum mereka putus. Dipeluknya erat-erat seakan dia memeluk Din hari tu. Mereka baru saja berkasih sayang tidak sampi 6 bulan namun bagi Yaya dia terlalu mencintai Din, lelaki tinggi lampai yang dikenalinya melalui laman muka buku setahun dulu. 

" Ya. Saya rasa, saya tak mampu nak teruskan hubungan ini. Kita putus. " 

Talian telefon yang baru saja diputuskan membuatkan Yaya terdiam. Direnungnya lama telefon di tangan dan perlahan-lahan air matanya mengalir menuruni pipi. Sampai hati awak Din. Sampai hati awak. Yaya sayangkan awak. Yaya buat macam-macam untuk awak. Kenapa buat Yaya macam ni? Sampai hati awakkan Din. 

Yaya baring di katil. Anak patung masih dipeluk. Dan akhirnya, dia terlelap. 

- - - - - - 

" Yaya! Sini sayang! Lama saya tunggu awak datang. Kenapa awak lambat sangat. " 

Yaya mencari-cari arah datangnya suara itu. Dia kini bukan lagi di dalam biliknya sebalik dia berada di sebuah taman yang dipenuhi bunga-bunga yang berwarna-warni. Yaya berlari-lari di taman itu. Mencari pemilik suara. 

" Yaya! " 
" Aiman! " 

Aiman berlari mendapatkannya. Memeluknya. Mencium pipinya. Lalu rambutnya yang ikal mengurai dielus halus. 

" Saya rindu awak. Kenapa baru sekarang awak datang? Lama tau saya tunggu awak. " 
" Erm. Mana saya tau awak dah tunggu saya. Saya pun rindu awak. Rindu awak sangat. " 
" Jom. Saya bawa awak jalan-jalan. Dekat hujung taman sana, ada jual Ais Krim Pelangi. Sedap tau! " 

Mereka berdua berjalan berpimpinan tangan. Kadang Aiman menarik tangan Yaya agar ikut dia sama berlari. Kadang, Yaya naik belakang Aiman, hendak dikendong. Akhirnya mereka tiba di gerai menjual Ais Krim Pelangi. 

" Kak, ais krim 2. " pesan Aiman. Mereka memilih untuk di atas rumput. Mengadap luasnya taman. Gerai itu letaknya di atas bukit sedikit. Jadi, memang pemandangannya sangat indah dari atas situ. Selepas hampir 5 minit menunggu, akhirnya ais krim dipesan sampai. Aiman membayar hargai ais krim. Mereka berdua menikmati ais krim pelangi dengan penuh perasaan. 

" Awak, putus cinta ya? Sebab tu awak sampai ke sini kan? " 
" Haah. Din jahat! Dia tinggalkan saya. Saya sayang dia. " 
" Herm. Setiap kali awak putus cinta, mesti awak sampai ke sini. Kenapa awak cari saya? " 
" Tak tau. Cuma saya rasa, awak satu-satunya yang faham saya. " 

Aiman mengelap comot di tepi bibir Yaya. Mereka sudah selesai makan ais krim. Aiman mengajak Yaya pusing-pusing di taman. Yaya hanya menurut. 

" Yaya. Sayang Aiman tak? " 
" Sayanglah! " 
" Cinta? " 
" Kenapa? Erm. " 
" Sebab...saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak. " 
" Tapi saya baru putus. Takkan saya nak cari pengganti secepat ini. " 
" Awak, be mine? " 

Aiman tunduk memetik rumput lalu disimpul menjadi seakan bentuk cincin dan disarungkan ke jari manis Yaya. Lalu bibir Yaya dikucupnya mesra. Yaya terkesima. Tubuh Yaya direbahkan di atas rumput lalu ditindih. Mata mereka bertaut. Pipi Yaya memerah. Senyum Aiman memekar. 

" Awak, saya janji saya takkan lukakan hati awak macam Din, macam Yus, Rafiq, Gadafi, dan lain-lain buat. Saya akan jaga awak. Saya janji. Saya akan sayang awak selagi Tuhan mengizinkan. Saya...cintakan awak Yaya. " 

Yaya memejamkan matanya dan merelakan apa saja yang bakal dilakukan Aiman. 


- - - - - 

Majlis tahlil baru saja berakhir. Puan Marisa menangis teresak-esak dikaki tangga. Disisinya encik Fairus cuba menenangkan isterinya. Patung garfield dipeluknya erat seakan memeluk Yaya. 

" Dah la Risa. Dah sampai ajalnya. " 
" Baru petangnya tu saya sikatkan rambut dia, makan dengan dia bang. Tiba-tiba saya bangun pagi, anak kita dah tak ada. Saya tak tau nak cakap apa saya rasa. " 
" Dah ajalnya Risa. Sabarlah. Jangan begini. " 

Ditarik Puan Marisa ke dalam dakapannya. Dia faham sebak di hati isterinya. Pagi itu, dia masuk ke bilik Yaya untuk mengejutkan anak tunggalnya itu bangun. Namun dia yang terkejut. Anaknya meninggal dalam tidur. Wajahnya seakan tidur. Bersih. Yaya meninggal dunia di usia 23 tahun. Satu-satunya anak yang mereka ada sudah kembali ke sisi Dia yang esa. 

- - - - - 

Aiman dan Yaya gembira menari di atas awan. Malam itu bulan sungguh terang. Aiman memetik satu bintang lalu di selitkan di rambut Yaya. Mereka tersenyum bahagia. Kini Yaya sudah menjadi milik Aiman. Aiman sendiri bahagia dengan apa dia ada. Yaya sudah melengkapinya. Yaya yang dia kenal diwaktu usianya 12 tahun sebelum dia meninggal dunia kerana kemalangan sewaktu ingin menyelamatkan Yaya dari dilanggar sebuah lori. Waktu itu usia mereka sudah 15 tahun. Aiman cinta terakhir Yaya namun Yaya adalah cinta pertama Aiman. 

" Aiman! I love you! " 
" I love you more sayang! " 

Mereka melompat dari satu awan ke satu awan. Bintang-bintang dipetik sesuka hati. Mereka gembira. Bahagia. 


-tamat- 


5 comments

21:07

Dia sangat bahagia kerana menemui kebahagiaan selepas perpisahan ;')

bahagia mereka bahagia di sana. :)

Anonymous
23:54

nice endinggg
happy dorang bahagia dekat snee :D

pergh! cinta sampai ke syurga.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...