Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday, 13 May 2012

Makhluk Paling Bahaya

(Makhluk ni nampak bahaya?)

“ Kaulah makhluk paling bahaya yang pernah aku jumpa” Kata-kata Faris Aku sambut dengan gelak kecil. Dia menghulurkan not seratus padaku. Aku tersengih macam kerang busuk. Wang bertukar tangan dan aku dengan muka gembira berlalu pergi. Aku hanya perlu buat muka ala-ala comel bila meminjam wang ringgit padanya dan Faris tentu akan meminjamkan jumlah wang yang aku minta.

Faris. Dia kawan baik ku. Aku mengadu apa saja dengannya. Termasuk wang ringgit dan tangis amarahku. Dia memang selalu ada untuk ku. Adakalanya aku rasa Faris sebenarnya sukakan aku. Aku fikir macam tu sebab dia terlalu baik padaku dan selalu berusaha memenuhi kemahuanku. Dan bila kami bergaduh, dia selalu jadi orang pertama yang membuka pintu perdamaian antara kami. Dan kalau pun benar dia sukakan aku lebih dari rasa suka seorang kawan. Aku sama sekali tidak kisah. Bukan sebab aku juga ada rasa yang sama dengan dia. Tidak! Tapi aku rasa sungguh selesa bila boleh menmanfaatkan rasanya itu untuk kepentinganku. Dan Faris sentiasa mahu menyenangkan hatiku dengan memenuhi hampir ke semua kemahuanku. Kenapalah kalau aku minta dia bangun jam 2 pagi untuk memujuk ku yang menangis kerana di tinggalkan kekasih. Faris tetap akan bangun tak kira jam berapa pun aku mahukan dia berada di sisiku. Dia seakan-akan hak milik mutlak ku.

“Faris tu.. boyfren kau ke?” Tanya Nisda. Aku ketawa.

“Bukan..!”

“ tapi kamu dua.. rapat. Macam pasangan kekasih pula aku tengok!” Katanya lagi.

“ teman tapi mesra..” jawabku dengan senyuman nakal.

“ Ish.. gedik!” Perli Nisda dengan muka menyampah di buat-buat. Aku ketawa. Tak peduli!

****
“Kau kenapa? Kau gaduh lagi dengan Ariman? Korang ni… kalau tak gaduh tak boleh ke?” Nada Faris sedikit keras. Mungkin dia bosan menjadi doktor cinta setiapkali aku mengadu hal-hal cintaku yang pelbagai ragam itu. Tapi aku tak peduli. Aku mahu Faris pujuk aku sampai aku ketawa semula. Luka hatiku selalu sembuh dengan lebih cepat selepas berjumpa doktor cinta bernama Faris ini. Aku sedikit tersedu-sedu. Faris berikan beberapa helai tisu lagi kepadaku.

“ Dia ada perempuan lain.. aku tahu!” Kataku sambil mengelap hinggusku.

“ Ah.. kau bukan baru tahu sekarang. Kau dah lama tahu. Kau saja yang tak mahu percaya..” katanya seakan meramas luka hatiku dengan air garam. Aku semakin terluka.

“ Kau datang ni nak pujuk aku ke nak tambahkan sakit hati aku hah!” marahku sambil menjelingnya tajam.

“ Aku datang nak pujuk kau..” Nadanya lembut dan dia senyum nipis.

“ Habis tu.. ?” Marahku lagi.

“ Habis tu.. aku fikir dah tiba masanya kau tinggalkan saja si Ariman tu. Lelaki tak guna macam dia tu tak layak untuk kawan baik aku yang comel ni..” Pujuknya lagi hingga aku tertawa sedikit.

“ Faris.. kau sangat baik dengan aku! Terlalu baik..” kataku sambil pandang terus ke matanya.

“ Mestilah aku baik dengan kau. Kaukan bestfren aku.. kalau kau orang lain aku tak larat la nak jumpa kau jam 2 pagi kat sini. Baik aku buat taik mata ada juga faedahnya..” Kata Faris melenyapkan prasangkaku tentang teoriku yang dia sebenarnya sukakan aku. Tapi tak sangka rupanya kali ini mala petaka telah menimpa aku dan Faris. Kami tiba-tiba di kepung oleh sekumpulan orang.

“Tangkap mereka.. huh! Pasangan khalwat tak malu..”

Dan akhirnya pasangan teman tapi mesra ini telah di ijabkabulkan. Hubungan yang tiada rasa cinta kini berakhir dengan perkahwinan?


****

“Kau makhluk paling bahaya di muka bumi ini yang pernah aku jumpa” Marah Faris bila akhirnya kami terpaksa akur menjadi suami isteri.
 “ Sebab kau.. kita terpaksa kawin!” Rungutnya lagi. Aku terpukul. Tapi mulutku terkunci. Tak berdaya untuk membalas kata-katanya. Benar salahku. Tapi dia pun salah juga. Kenapa di ikutkan sangat kehendakku. Kenapa manjakan sangat kawannya ini. Sekarang kami sama-sama menerima padahnya. Kawin? Oh.. sekelip ata aku sudah bergelar isteri. Malah yang tak bestnya kawin dengan bestfren.. tolong!!!

“ Habis apa kita nak buat?” tanyaku bingung. Malam ni malam pertama kami sebagai suami isteri. Faris angkat bahu. Buntu.

“ Faris… selama ni kau tak ada girlfren… kenapa? Kau tak berkenan pada sesiapa ke?” tanyaku setelah penat melihat kebuntuan kami berdua.

“ Ada.. tapi perempuan tu tak layan aku. Lagi pun aku asyik dengan kau sampai semua gadis-gadis ingat kau kekasih aku. Semua tak nak dekat dengan aku.. semua salah kau!” katanya sambil jeling aku dengan muka menyampah. Eh! Ini buat aku naik hanggin ni.

“ Aku pula! Hei.. Aku tak pernah paksa kau berkepit dengan aku ye. Kalau aku dah sekat peluang kau dengan gadis lain apasal kau layan aku juga tiap kali aku datang jumpa kau.. aku tak boleh terimalah kau tuduh aku macam tu!! Kau cakap melampau betul.. aku!aku! hish.. geram!” Aku tak tahu nak sambung macam mana. Rasa nak bagi dia makan penampar aku jer rasanya.

“ Yelah.. kau tak paksa aku berkepit dengan kau. Tapi kau tu asyik bergantung dengan aku jer. Semua nak mengadu dengan aku. Marah dengan bos pun nak report dengan aku.. gaduh dengan buah hati pun nak cari aku juga..” Aku segera memotong..

“ jadi selama ni kau tak iklas la nak dengar semua masalah aku. Kau tak iklas dengan apa yang kau buat selama ni.. sekarang bila dah jadi macam ni kau nak ungkit tu semua salah aku?!” Kataku berapi-api. Mata Faris ku tenung tajam. Rasa kecik je dia di mata aku masa ni, sekali ngap dah lenyap.

“ Tengok! Mula lah tu.. nak cari gaduh..” Marah Faris

“ Habis kau yang mulakan..” Marahku balas. Diam.

Hampir 5 minit kami diam. Cuba untuk menenangkan amarah di hati.

“maaf..” Kataku kemudian. Faris tergelak.

“ Kenapa ketawa?!” ketusku sedikit nada tinggi.

“ Pandai juga kau minta maaf.. selalu tu asyik aku je yang mengalah” ujarnya menahan senyum. Aku jeling dengan menyampah.

“ yelah.. habis. Kita dah terperangkap macam ni.. aku tak sangka. Aku fikir kita mesti berbincang baik-baik untuk selesaikan masalah ni..” Kataku dengan fikiran yang mulai jernih. Apa-apa pun hal tentang perkahwinan antara aku dan kawan baik ku ini perlu di lakukan sesuatu.

“ Jadi.. pendapat kau?” tanya Faris muskhil.

“ Ada dua pilihan.. teruskan perkahwinan atau cerai..” Ujarku memandangnya minta pendapat. Faris tarik nafas dalam. Dia tenung aku.

“ Isteriku yang comel. Sayang sungguh kalau kau jadi janda muda… Tapi kalau itu buat kau bahagia. Aku tak bantah” Entah kenapa aku terkejut dengan kata-katanya. Dia tak bantah pun usulku tentang cerai.

“ Oh.. aku fikir kau akan tolak cadangan itu. Tapi aku nak tahu juga.. kenapa kau tak pilih untuk teruskan perkahwinan?” tanyaku ingin tahu. Faris ketawa lagi.

“ Kenapa? Kau rasa kalau kita teruskan perkahwinan dan jadi suami isteri yang sebenar boleh menjadi ke?” Aku terdiam. Menatap mukanya sambil membayangkan hal itu.

“er.. entah! Kita tak pernah jadi suami isteri. Mana aku tahu menjadi ke tidak..” Kataku dengan muka blur. Tentu pelik kalau Faris itu jadi suamiku yang sebenar. Eh? Kan kami memang dah sah suami isteri. Jadi dia memang suami yang sebenar.. tapi..

“Nak cuba?” tanyanya serius. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang.

“ Eh.. gila!” spontan.

“ Aku tahu itu idea gila..” Dia ketawa kecil.

“ Macam mana kawan baik nak jadi suami isteri kan?” tambahnya lagi. Aku angguk setuju.

“ Jadi.. keputusan kita..?” Aku pandang dia minta persetujuan.

“ Er.. bercerai?” Tanyanya sambil pandang aku dalam-dalam.

“ Sebenarnya aku nak tanya.. apa dalam fikiran kau?” Tanyaku tak puas hati. Faris terdiam seketika. Kemudiannya menatapku dalam.

“Sebenarnya.. aku sudah putuskan untuk ikut apa saja keputusanmu. Kalau kau kata nak cerai… kita cerai. Dan kita tetap akan jadi kawan baik. Kalau kau kata nak teruskan perkahwinan.. aku akan teruskan perkahwinan ini.. asal kau bahagia. Aku tak kisah apa saja pilihan mu” Dahiku berkerut. Aku tak faham. Kenapa semuanya tentang aku. Kenapa tak ada tentang dia. Kenapa dia perlu ikut keputusanku saja?
“ Tadi kau marah dan salahkan aku kerana sebabkan masalah ini menimpa kita berdua. Tapi sekarang kau nak ikut saja keputusan aku? Apa ni? Kau tak ada pendirian ke?” Kataku sedikit gusar.

“ Alia.. Dengar! Aku marah kau sebab kau makhluk paling bahaya pernah aku jumpa dalam seumur hidup aku ni. Terlalu bahaya sebab kau buat aku tak boleh menolak apa pun permintaanmu.. Kau buat aku rasa yang aku mesti tunaikan kemahuanmu. Kau terlalu bahaya sebab kau buat aku rasa kebahagianmu lebih penting dari kebahagianku sendiri.. Jadi sama ada kau nak aku teruskan perkahwinan ini atau kau nak cerai. Aku akan makbulkan kemahuanmu.. jelas?” Kali ini aku terdiam. Cuba memproses baik-baik penjelasannya itu dan akhirnya aku merasakan teoriku yang dia sukakan aku adalah benar.

“ Kenapa? Kau.. sukakan aku ke?” Tanyaku ragu-ragu. Faris tertawa.

“ Tak..” Jawabnya mudah.

“ jadi kenapa kau sampai begitu sekali berkorban untuk aku?” tanyaku bingung.

“ Bengap!” Marah Faris dan menjelingku dengan pandangan menyampah.

“ Hei.. bengap?” Aku tak puas hati.

“ Yelah bengap.. Aku bukan setakat sukakan kaulah! Bongok.. aku cinta! CINTA !! Susah sangat ke nak faham..?!” aku terlompong.

“ Jadi.. kau terima tak cinta aku?” Tanya Faris dengan muka merah. Entah kenapa aku rasa muka aku turut merah. Bodoh! Biul!


“ Aku.. aku..”


“ Yelah.. aku tahu. Aku bagi masa kau fikir..” Faris berlalu dengan cepat. Dan aku rasa lega yang teramat sebab terlepas dari siksa oleh rasa kekok. Dan keresahan mula memburu seluruh ketenangan hatiku. Sebetulnya aku rasa tak kisah kalau dia cintakan aku. Aku dah fikir perkara ini lama dulu. Tapi.. bila keadaan berubah begini? Bila aku sudah dengan sahnya menjadi isteri kepada kawan baikku yang memang cintakan aku.. so patutkah aku terus jadi isteri dia?

****

“ Kau akhirnya kahwin juga dengan ‘teman tapi mesra’ kau tu ye” Nisda memerli. Telingaku sudah lali dengan kata-kata perli dari Nisda. Aku tak kisah sangat. Aku dah masak perangai Nisda dan begitu juga sebaliknya.

“Aku risaulah. Sebagai kawan mungkin kami okey.. tapi bila jadi suami isteri pula nanti kami tak ok. Paling penting.. aku tak cintakan dia!” keluhku. Nisda menatapku. Tatapan simpati yang menyakitkan hati.


“ Ada orang cakap.. orang cakap ye. Bukan aku cakap. Lebih baik menerima orang yang mencintai kita daripada mengejar orang yang kita cintai.. amacam? Kau boleh guna itu sebagai pegangan?” Aku hembus nafas berat. Betul kata Nisda. Apa salahnya aku terima cinta Faris sahabatku itu.

“ Betul cakap kau. Aku pun ada fikir macam tu..” Dan petang itu aku pulang dengan satu azam. Aku akan tanam bibit-bibit cinta dalam hati untuk Faris. Lagipun Ariman atau lelaki lain hanya tahu sakiti hatiku dan aku biasanya mengadu pada doktor cintaku itu juga- Faris.

“ Faris.. aku nak cakap keputusan aku dengan kau” kataku sebaik saja bersemuka dengannya. Faris mengangguk. Mukanya tegang. Aku juga. Aku kira ini saat genting untuk kami. Seolah-olah soal hidup dan mati.

“ Jadi…?”

“ Kau cintakan aku?” Tanyaku tenang. Faris angguk.

“ Tapi Aku tak cintakan kau..” Ucapku perlahan, tidak mahu menguris hatinya.


“ Aku tahu.. Jadi..?” Dia tenang. Seolah-olah sudah bersedia dengan penolakanku.

“ Jadi.. aku mahu belajar mencintaimu..” kataku perlahan. Faris terlompong. Tidak percaya. Aku mengangguk menyakinkannya. Keputusan yang bukan mudah. Tapi nekad.

“ Terima kasih..” Ucapnya kemudian. Senyumannya berbunga. Aku melihat sinar matanya kelihatan bahagia. Dan sekurang-kurangnya aku merasa gembira melihat sinar matanya yang bahagia itu.
(Ini Makhluk fantasi )


“Faris..Kali ini, kau telah jadi makhluk paling bahaya aku pernah jumpa abad ini..” kataku dengan tertawa kecil sambil melawan rasa tidak percaya atas keputusanku sendiri.

“ Aku tahu..” jawabnya sambil tersenyum jahat. Dan senyuman doktor cinta itu semakin jahat di mataku lebih-lebih lagi bila dia mendekat padaku. Aku hampir saja ingin menarik balik keputusanku tadi. sebelum aku sempat membalas kata-katanya, Faris menyambung lagi..

“ Aku memang makhluk paling bahaya buatmu malam ini. Tapi kau sudah masuk dalam jeratku! terlewat untuk menyesal sebab kau sudah jadi isteriku yang sah…” Dan ketika itu mahkluk paling bahaya itu menyeringai memandangku!!!

Habis!

6 comments

14:50

BERDEBAR masa ayat last.. feeling plak aku..

16:32

alamak. guwa feeling abes..

dill.

feeling geleman jup..hehe

Rain, Dill & c'axoera ヅ

Terima Kasih sudi baca n komen :)

Aku da bace

mcmpernh baca ajaaaaaaaaaaa... hik hik hik

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...