Episod 1:
Madhiah mula membuka mata.Mummy yang sejak semalam berkampung di Hospital Sultan Ahmad mula memegang tangan Madhiah.Pandangannya tepat ke wajah Madhiah.
“Alhamdulillah akhirnya Alia sedar juga.Nak makan tak?Mummy ada bawakan sup cendawan Campbell kegemaran Madhiah.”Ungkapan lega ibu Madhiah padanya.
Daddy dan Pak Cik Khair yang berada di sekeliling katil Madhiah pun turut tersenyum melihatnya.
“Madhiah di mana ni Mummy? ” Tangan kanannya memegang kepalanya yang berbalut.Kebingungan. Seingatnya sebelum ini dia dan rakan-rakannya bermain air di Pantai Kuala Ibai.Selepas itu dia terlelap sehinggalah dia berada di wad Pesakit Luar Hospital Sultan Ahmad.
“Sewaktu leka bermain air kamu pengsan dan lemas.Mujurlah ada orang yang selamatkan kamu.Panjang ceritanya,nanti balik rumah Daddy sambung....” sahut Daddy .
“Yang penting sekarang anak kesayangan Mummy ni selamat…” ..sambung Mummy sambil mengusap-usap rambut Madhiah.
Ya,belaian seorang ibu memang tiada tandingannya dengan belaian kawan kita.Tidak sama juga dengan belaian dari seorang guru.Sentuhan seorang ibu kepada anaknya sentiasa menyuburkan benih kasih sayang.Penuh keberkatan.Itulah kata orang lama masakan ibu di rumah lebih hebat dan sedap berbanding makan masakan di luar rumah.Tiada tandingan.
Kelihatan seorang Doktor keturunan Sikh masuk ke bilik Madhiah bersama jururawat.Mudah dikenali disebabkan ketaatan dia mengikut tradisi kepercayaan memakai dastar di atas kepala.
Dr Shahab Singh.Madhiah terbaca nama yang terselit di saku jubah doktor itu.
Selepas memeriksa tahap kesihatan,Dr Shahab memberi kebenaran untuk Madhiah pulang ke rumah berehat.Kebetulan tempoh rehat diberikan cukup sebelum Madhiah memulakan pengajian bagi semester barunya di Universiti.
“Mummy..siapa sebenarnya yang menyelamatkan Madhiah?” pantas Madhiah mahu membongkar cerita sebenar.

Kereta Toyota Alphard laju menyusuri jalan ke kediaman indah Tuan Said,seorang bisnessman yang berjaya.Ayah kepada Madhiah.
Keadaan menjadi sepi seketika.Mummy dan Daddy terdiam.Masing-masing teragak-agak di mana mahu memulakan kisah sebenar.Mungkin mahu disimpan seketika kisah itu.Biarlah kesan luka di kepala Madhiah sembuh dahulu.Namun desakan Madhiah semakin merimaskan mereka.Ya,naluri seorang perempuan memang hebat.Kuat inginkan kepastian sesuatu perkara.
Daddy memulakan kisah di mana seorang pemuda bernama Syahid yang menyelamatkan nyawa Madhiah sewaktu dia lemas bermain di pantai bersama rakannya sehinggalah dia dibawa ke hospital.
Madhiah cuba mengimbas kembali peristiwa bergembira bersama rakannya di pantai itu.Hampa.Dia tidak ingat apa yang terjadi selepas kepalanya terhantuk pada sebuah batu lalu dihempap ombak.
Kisah tentang wira yang menyelamatkannya itu menjadi perhatiannya.
“Siapakah dia?..Seorang pemuda?..” fikiran Madhiah dihujani persoalan tentang lelaki itu.
Tiada jawapan tepat mengenainya.
“Aku mesti mencarinya.Aku sudah berhutang nyawa dengannya.”Madhiah terus mengunci mindanya agar nekad menemui pemuda itu.

Niat dipasang.Kereta Satria Hitam hadiah hari lahir ke-22nya dari Daddy dihidupkan. 25 Solok 3,Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu.Ya.Itu alamat yang diberikan Pak Yaakob,driver Daddy.
Jalan ke Kuala Terengganu dari Kota Bahru sudah dalam otak.Masakan tidak kalau banyak kali dia berulang alik dari rumah untuk ke universitinya setiap sebulan sekali.Kalau nak diikutkan orang kerap pulang ke rumah sewaktu pengajian dikatakan anak manja.Nak buat macam mana dah Madhiah satu-satunya anak kepada pasangan Said dan Nadiah.Sunyi agaknya rumah tanpa anak!

Bandar Kuala Terengganu sudah sebati dengan jiwanya. Baik dari kawasan pasar malam mahupun tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu(UMT) seperti Mesra Mall,Mydin Mall dan Giant Hypermarket.
Enjin kereta dimatikan.Keluar seorang perempuan berwajah manis sambil memegang sekeping kertas.Gadis itu ialah Madhiah.Diangkat kaca mata hitamaviator ke atas rambutnya.Matanya menyapu seluruh isi halaman rumah kampung itu.Tas tangan coklat berjenama Komodo diambil dari tempat duduk penumpang.

“Assalamualaikum makcik,tumpang tanya ini rumah saudara Syahid kah? Madhiah terus bertanya kepada seorang makcik yang kelihatannya sedang menyapu sampah di halaman rumah.Mungkin ibu kepada Syahid kut.
Mak cik itu mengangguk perlahan..Betul,cik ni siapa ya?

Saya mak Syahid sambil menggelar panggilan dirinya Mak Cik Khadijah.
“..saya rakan Syahid..” Madhiah bingkas menjawab sambil tangan dihulur bersalaman dengan Mak Cik Khadijah.
“Owh..jemput masuk dalam rumah dulu..Syahid tiada.Dia keluar ke masjid sekejap solat Jemaah..”

Mak Khadijah agak musykil sedikit.Tidak tahu pula Syahid ada kenalan rakan wanita yang tidak bertudung kepala.Gayanya persis seperti anak orang kaya.Mukanya sebiji macam Rianti Cartwright,watak Aisya dalam filem Ayat-Ayat Cinta.Muda lagi…anggun bergaya dengan berbaju kurung kuningnya…bisiknya lagi.
“ Jemput duduk dulu..sekejap mak cik buatkan air..minta maaf kalau rumah ini sempit sedikit..”nada rendah hati Mak Syahid.
“Terima kasih mak cik…saya ni menyusahkan mak cik pula..” Madhiah berasa serba salah…tapi dia tahu ini memang adat orang Melayu apabila tetamu datang rumah..layan sebaik mungkin..kata orang tua-tua bawa rezeki!
Assalamualaikum….

Kelihatan seorang lelaki masuk ke rumah Mak Cik Khadijah..
Badan tegap.Mukanya iras Kholidi Asadil Alam yang melakonkan watak Abdullah Khairul Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih,satu-satunya cerita cinta islamik yang pernah ditontonnya.Cuma bezanya lelaki ini tiada tahi lalat macam Kholidi di kanan atas bibir.
Episod 2:
Madhiah menghulurkan tangan untuk bersalaman..Nama saya Madhiah…
Syahid teragak-agak.Mana mungkin dia sanggup nak membiarkan tapak tangannya bersentuh dengan seorang perempuan bukan mahram.

Maaf cik,saya tidak bersalaman dengan wanita bukan mahram…Saya Syahid….lembut saja tutur kata Syahid.Rasa bersalah juga mahu mengungkap sebegitu,bukan apa takut disalah tafsir yang bukan-bukan..tapi demi menjaga halal haram.
Madhiah cepat-cepat menarik semula tangannya.Merah sedikit mukanya.Mungkin malu agaknya.Sebelum ini dia tidak rasa bersalah untuk mudah bersalaman dengan lelaki bukan mahram.
Mak Cik Khadijah membawa air sirap bersama kepok losong.

Ruang tamu rumah Syahid memang nampak sempit.Nak kata perabot banyak pun tak juga,mungkin susunan barang-barang di ruang tamu itu tidak berapa kena.
Syahid duduk di sebelah ibunya.Mak Cik Khadijah menemani.Tak manis membiarkan anak bujangnya itu berbual berdua-duan sekalipun dalam rumah.Tak elok dipandang orang.
Syahid mengimbas wajah perempuan dihadapannya itu.Ingat-ingat lupa..
" Tujuan saya datang ni nak ucapkan bebanyak terima kasih kerana menyelamatkan saya tempoh hari.." balas Madhiah sambil menikmati kepok itu dengan coleknya,memang nikmat makan tengah-tengah panas ni.
Baru ingat..Ini perempuan yang saya selamatkan tempoh hari.Astaghfirullahalazim… Syahid memejamkan mata sebentar..Tak mahu diungkit kisah itu.Ianya boleh membawa fitnah jika disebut-sebut.
Syahid duduk di sebelah ibunya.Mak Cik Khadijah menemani.Tak manis membiarkan anak bujangnya itu berbual berdua-duan sekalipun dalam rumah.Tak elok dipandang orang.
Syahid mengimbas wajah perempuan dihadapannya itu.Ingat-ingat lupa..
" Tujuan saya datang ni nak ucapkan bebanyak terima kasih kerana menyelamatkan saya tempoh hari.." balas Madhiah sambil menikmati kepok itu dengan coleknya,memang nikmat makan tengah-tengah panas ni.
Baru ingat..Ini perempuan yang saya selamatkan tempoh hari.Astaghfirullahalazim…
"Alhamdulillah cik selamat .." Syahid sekadar memendekkan ayat.
" Boleh tak saya tahu apa yang terjadi ketika itu…" Madhiah inginkan kepastian.
Astaghfirullahalazim…Syahid memejamkan mata sebentar..Tak mahu diungkit kisah itu.Betul-betul boleh bawa fitnah jika diingat-ingat.Tapi apakan daya tewas dengan desakan wanita.

" Ketika itu saya sedang membaiki perahu kepunyaan ayah saya..tiba-tiba terdengar orang menjerit pertolongan dari sebelah kanan pantai.Terus saya meluru ke arah jeritan itu.Nampak seorang perempuan sedang terkapai-kapai ditarik ombak ke kawasan tengah pantai.Alhamdulillah saya berjaya menyelamakan cik Madhiah dengan sedikit kemahiran berenang yang dipelajari dari arwah ayah saya..
Saya nak minta maaf kerana sewaktu menyelamatkan cik Madhiah saya terpaksa memegang tubuh cik Madhiah.." Syahid tunduk dalam nada keinsafan.

"Owh..tidak mengapa..asalkan kamu berjaya menyelamatkan orang.Itu lebih penting bagi saya.." Madhiah melepaskan kuntuman senyum pada Syahid.
Mungkin bagi ‘gadis’ biasa seperti Madhiah tidak kisah situasi dalam keadaan darurat tidak ada masalah bagi seorang lelaki bukan mahram menyentuh tubuh wanita tetapi tidak bagi lelaki seperti Syahid.
Beristighfar panjang Syahid sebelum Menyelamatkan madhiah tempoh hari.Dia sangat memperhalusi soal hukum.Tersilap sangka takut dimurkai Allah.Dalam kaedah usul fiqh, boleh menyentuh wanita dalam keadaan darurat atau kecemasan seperti gempa bumi dan sebagainya demi menyingkirkan bahaya atau ancaman tetapi dengan patuh syarat-syarat yang digariskan syariah.
Sejam berada di rumah itu belum cukup buat Madhiah.Cepat sahaja masa berlalu. Penjelasan Syahid cukup menarik.Ibarat seorang hero menyelamatkan puteri dalam keganasan raksasa laut.Pengamatan awal Madhiah mudah mengenai perwatakan Syahid.Sangat merendah diri .
"Saya minta diri dulu ya mak Cik Khadijah .." Nadiah menghulurkan tangan bersalaman dengan ibu Syahid..
Kini giliran Syahid..kali ini dia berhati-hati..tidak menghulurkan tangan bersalaman dengan Syahid.Dia mula menghadam erti Haram!
Dikeluarkan satu sampul berisi sedikit wang untuk diberikan kepada Syahid.
Pada asalnya Syahid mahu menolak pemberian tetapi akhirnya dia terpaksa mengalah dengan semangat kesungguhan Madhiah.Dia sedar niat murni Madhiah.
Kereta Satria Neo milik Madhiah meninggalkan halaman rumah Syahid.
"Barangkali Madhiah ini anak orang kaya.." tekaan Mak Cik Khadijah
"Betul..bukan main banyak lagi wang yang diberikan kepada Syahid.." Syahid menunjukkan sampul duit yang diberikan Madhiah tadi kepada ibunya..
RM 200..
"Alhamdulillah..memang banyak…ibu cadangkan kamu sedekah saja sebahagian duit itu dekat masjid kampung kita dan sebahagian lagi untuk anak-anak yatim.Itu amal jariah terbesar untuk kamu..terpulanglah kalau mahu mengambil sedikit wang itu.."
" Terima kasih ibu atas cadangan ini..saya sedar ini bukannya milik saya..tetapi duit ini milik orang ..saya berhak sikit saja ke atas duit ini " dengan senyuman manis Syahid lontarkan kepada ibunya.
Dalam hati kecilnya berbisik beruntung mempunyai ibu yang sangat memahami dan baik hati.
Teringat dia pada kisah Saidina Umar Abdul Aziz yang penuh dengan sifat kesederhanaan pemimpin khalifah Kerajaan Bani Umaiyyah.
Pernah pada satu ketika Saidina Umar menerima wang daripada isterinya yang menyuruhnya membeli daging. Apabila ditanya dari mana memperoleh wang itu, isterinya menjawab wang itu dikumpul daripada pemberian suaminya setiap hari sebagai nafkah yang disimpannya dalam tabung.
Lalu dijawab oleh Saidina Umar, ini bermakna pemberiannya setiap hari itu sudah berlebihan daripada keperluan harian. Saidina Umar terus mengambil wang itu, dimasukkan dalam Baitulmal dan tidak dibelikan daging seperti disuruh isterinya dengan alasan masih ramai yang memerlukan wang.

Walaupun kisah ini ‘lari’ dari kisah Syahid,tapi dia kagum dengan sikap Khalifah Umar yang benar-benar amanah dan sentiasa rasa cukup dengan setiap nikmat.
Kipas di siling terus ligat berputar..membawa bersama angin sejuk dari pendingin hawa bilik Madhiah.Bilik itu diwarnai dengan dua warna berbeza.Sebelah dinding kanan dan kiri dicat warna biru manakala dinding bahagian depan diwarnakan biru laut.Madhiah percaya terapi warna biru yang mampu memberikan ketenangan minda,sesuai dengan jiwanya yang suka menulis.Kelihatan juga di almarinya dilekatkan dua poster Miley Cyrus,aktres dan penyanyi terkenal kelahiran Amerika Syarikat sedang senyum.Dia cukup minat sangat dengan lagu The Climb.Lentok dibuatnya bila mendengar lagu kegemarannya itu.Ulang banyak kali pun tak bosan.Penuh inspirasi liriknya!

Mata Madhiah menala siling.Terasa gembira selepas berjumpa dengan keluarga Syahid.Hingga hari ini dia tidak jumpa lagi lelaki macam Syahid. Pandangannya dijaga.Syahid seorang yang menjaga agama agaknya.Macam ustaz!
‘Lelaki macam inilah yang diimpikan seorang wanita.Termasuk aku..
tetapi haruskah aku mudah mentafsir seorang lelaki dengan budinya terhadap aku?
Perlukah aku mempercayai bulat-bulat perwatakan Syahid yang cukup alim hanya dengan pertemuan sesingkat satu jam itu tadi? ’ Fikirannya mula menyoal Syahid ini lelaki yang jenis macam mana..
Tapi aku dan Syahid macam In the same boat but different cabin?
Arghh..tak..tak.. aku kena bersikap matang..Periksa mendalam perwatakan sebenar Syahid.Aku mahu mengenali hati lelaki yang bernama Syahid ini.
Syahid teman lelaki yang pertama?
Tersenyum lebar Madhiah..Itu tekadnya..mahu memahami isi hati Syahid dahulu sebelum melangkah jauh membuka pintu kota A Famosanya sekiranya mahu dibuat suami.Bukan apa,takut-takut tak serasi jika tak berkenalan dahulu…
bersambung…

5 comments
sambung cepat incik pena.
aaa..samb cpt..hee x sabar nk bc seterusnya:-)
syahid bagus skali
em menantikan smbungn
terima kasih kepada semua yang sudi membaca..sekarang jadual harian agak padat..lagi2 nak masuk final exam ni.. insyaAllah nti saya akan sambung..doakan yang terbaik..=)
wish u luck for ur final Pena Zhijau.
comey jale crito nih