Semalam sewaktu dia sedang lewat di depan sebuah kedai
peralatan, dia ada terlihat sebuah radio lama terhias usang di muka cermin
kedai. Gayanya seperti sudah tua benar, tiada apa yang menarik melainkan ianya
seperti sebuah artifak lama yang mengandungi kehebatan yang tertentu.
Sebelum-sebelum ini, dia tidak pernah lagi melihat radio itu dipertontonkan
begitu biarpun kedai itu sudah 50 tahun kelahirannya. Inilah julung-julung
kalinya radio itu sengaja dipertontonkan dan ianya lansung tidak menarik minat
sesiapa untuk melihat melainkan kedua biji matanya pada hari itu.
Langkah
yang tadi diatur pantas kini terpaku di depan cermin kedai kayu yang sudah
usang. Seperti dipanggil-panggil, dia mula mengatur langkah memasuki kedai
tanpa sebarang bicara dan akhirnya dalam sekelip mata radio yang tadi hanyalah
sebuah perhiasan sudah ada di dalam pautan tangannya. Terasa sayang benar dia
akan radio itu biarpun ada mata-mata yang hairan dan pelik melihat tingkah
lakunya. Pedulikan mereka, aku juga sayang padamu. Terdengar akan telinganya
bisikkan yang datang secara tiba-tiba. Siapakah yang berbisik? Soal dia
kehairanan.
Hari itu
dadanya terasa lapang sekali. Matanya mahupun tangannya tidak henti-henti dari
terus mengusap dan membelek tubuh usang radio lama itu. Dia teringin untuk
mencuba memasangnya, mendengar samada radio itu masih lagi bisa berfungsi. Jika
tidak, adalah sia-sia sahaja dia mengeluarkan duit yang mungkin tidak
sebeberapa bila mana dia ditawarkan untuk menjaganya dengan hati-hati oleh
pemilik kedai.
“Awak
kena jaga baik-baik, saya tidak mahu bertanggungjawab jika awak disumpah.”.
Pemilik kedai itu tegas bersuara. Disumpah, apakah itu ayat yang terbaik bila
seorang pelanggan cuba untuk membeli barangan antik yang ada di kedai itu.
Saranan bagaimanakah itu bila mana ayat-ayat itu seakan-akan cuba untuk
menakut-nakutkan dirinya. Dia bingung sebentar.
“Apa maksud
tauke saya akan disumpah?”dia bertanya lagi.
“Saya
ada kata ke yang awak akan disumpah?”Tauke kedai itu pula yang sudah berputar
belit.
Dia
hanya menggelengkan kepala setelah duit yang tadinya cuba dibelanjankan untuk
membeli ink sudah berada di tangan tauke cina itu.
Dia
masih lagi mencari-cari suis yang seharusnya ada di badan radio itu tetapi
lansung tidak berjumpa. Puas membelek dia tewas dalam pencariannya. Radio itu
diletakkan di atas meja dan sebaik saja tangan dia melepaskan, radio itu mula
berfungsi. Lagu-lagu keroncong sengaja dimainkan. Dia terpana sebentar, tidak
sangka yang radio itu masih lagi bisa berfungsi. Perasaan yang tadinya sedikit
kecewa kini sudah berbunga gembira. Tidak sia-sialah dia membelinya, bisiknya
di dalam hati.
Pagi itu
sehari suntuk dia mengelamun memasang telinga mendengar lagu-lagu keroncong
yang beralun merdu. Dia seakan-akan asyik terbawa-bawa dengan lagu-lagu
keroncong itu walhal sebelum-sebelum ini dia tidak pernah lansung mendengar
lagu-lagu keroncong yang sebegitu.
Matanya
tidak terasa lena, perutnya tidak terasa lapar bahkan badannya tidak terasa
letih bila dia mendengar lagu-lagu keroncong itu. Apakah kerana radio itu
memang punya keramatnya? Bisiknya di dalam hati. Arghh, tidak mungkin, mana ada
radio yang punya keramat, radio ini bukanlah busut tempat yang disangka orang
keramat sedangkan ianya semata-mata sebuah busut, habitat semut.
Dia
masih asyik di kerusi malas. Kerja-kerja penulisan yang memerlukan dia segera
untuk menyiapkannya dibiarkan tersadai di atas meja. Dia semakin hanyut.
“Kau
masih belum siapkan novel ini, bukan ke dateline nya minggu ini?” Bakri hairan
melihat sikap dia yang semakin berubah.
“Alah,
kan masih ada masa 4 hari, nanti senang-senang aku siapkanlah,” dia menjawab
ringkas. Bakri yang juga editornya cuba untuk memahami. Matanya memandang
sekeliling rumah yang lansung tidak terurus, dari pinggan mangkuk yang ada di
dalam sinki sehinggalah kepada kain baju yang ada di dalam baldi, semuanya
bagaikan dilupakan. Lupa untuk dibasuh mahupun untuk dicuci.
bersambung**