Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday, 29 May 2012

Cupcake



"Saya nak cupcake cheese dua, red velvet dua, creme brulee dua dan tiramisu dua," Sophie menunjukkan arah cupcake yang dia mahukan.

Az berdebar-debar kerana gadis pujaannya berada sangat dekat dengannya. Sambil mengambil cupcake pilihan Sophie, Az cuba untuk membentuk ayat mengorat. 

"Saya... Err... Awak... Err...," kata Az sambil tersekat-sekat.

Namun susunan ayatnya tidak menjadi. Lantas dia memberikan bungkusan cupcake itu dengan tangan berketar-ketar. Sophie membayar wang dan memberikan satu senyuman manis sebelum dia beredar menuju ke butiknya.

"Bodoh kau Az! Kenapa kau penakut sangat!?" Az mengutuk dirinya sendiri.

Sudah tiga bulan Az membuka kiosk cupcake di Amcorp Mall Petaling Jaya. Gerai comelnya yang berwarna merah jambu itu menarik perhatian ramai pelanggan, terutamanya gadis yang meminati cupcakes buatan tangan Az. Malahan majalah Harper's Bazaar telah membuat satu artikel tentang kejambuan kiosknya. Setiap kali sebelum ke butiknya, Sophie akan membeli kek cawannya. Setiap kali Sophie datang, dia cuba untuk meluahkan perasaannya tetapi lidahnya kelu. 

"Tak apa, esok aku cuba lagi! Berusahalah Az!" Az cuba memujuk dirinya sendiri.

Setiap hari selepas gagal meluahkan perasaannya, itulah ayat yang diulangkan oleh Az. Walaupun dia tahu dia perlu lakukan sesuatu dengan segera, namun perasaan malu dan takut masih menguasai dirinya. Keesokkan harinya, Az cuba mengumpulkan semangatnya. Hari ini dia akan cuba lagi. Cuba sehingga dia berjaya! Seperti biasa, Sophie datang ke kiosknya untuk membeli cupcake. Malang sekali, dia datang dengan seorang lelaki kacak persis Aaron Aziz.

"TIDAK!!!!" Az menjerit dalam hatinya sambil mengambil cupcake yang dipesan oleh Sophie. 

Az melihat Sophie pergi sambil tangannya dipimpin oleh lelaki kacak itu. Hujan pula tiba-tiba turun dengan lebat seperti menambahkan efek sedih sama dalam cerita-cerita Bollywood.

"Basah bajuku, basah lagi hatiku!!!" Az menyanyi sayu.

Ketika dia sudah patah semangat, Az melihat lelaki kacak persis Aaron Aziz itu keluar dari butik Sophie. Kali ini lelaki itu memegang tangan seorang lelaki lain yang tidak kurang kacaknya. Seakan-akan kembar Awal Ashaari! Mereka berpelukan dan kegedikan lelaki kacak persis Aaron Aziz dengan pasangannya itu menguatkan lagi firasat Az bahawa mereka berdua adalah kekasih.

"YES! Diorang gay! Aku ada peluang! YES! I lap you gays!" Az tiba-tiba menjerit.

Az kemudiannya terperasan semua orang memerhatikannya.

"I'm not gay. I'm not gay. I'm normal, but I have no problem with gays," Az terkeluar Bahasa Inggeris.

Az mula memerah otak untuk memberitahu Sophie perasaanya. Kali ini dia tidak akan tunggu-tunggu lagi. Perempuan cantik dan baik seperti Sophie tentu ramai yang sudah menunggu peluang. Setelah beberapa lama berfikir, akhirnya dia dapat satu idea manis.

---

Keesokan harinya, Az menunggu kedatangan Sophie. Az menarik nafas beberapa kali untuk menenangkan dirinya. Tidak lama kemudian, muncul Sophie. Sebelum sempat Sophie memilih cupcake, Az terus memberikan sebuah kotak sederhana besar kepada Sophie. 

"Untuk... Awak...," Az terketar-ketar.
"Terima kasih... Saya nak cupcake..."
"Ini... Cupcake... Untuk... Awak...," Az memotong kata-kata Sophie dengan berketar-ketar.
"Oh, awak dah tau apa yang saya suka ek? Harga sama ke?" 
"Ini... Percuma... Terima... Kasih...," Az mengutuk dirinya kerana terlalu skema.
"Terima kasih. Jumpa lagi esok ya. Tapi esok saya tak nak yang percuma lagi tau. Bye," Sophie melambai ke arah Az.

---

Di butiknya, Sophie membuka bungkusan yang diberikan oleh Az. Terdapat 12 biji cupcake comel. Dia terkejut apabila membaca setiap huruf yang ada atas cupcake itu iaitu 

'S - A - Y - A - S - U - K - A - A - W - A - K'.

Sophie tersenyum dan terus keluar dari butiknya menuju ke kiosk Az. Az pula tunduk ke bawah dan mukanya merah menahan malu apabila melihat Sophie semakin dekat.
"Comel... Saya hargainya... Tapi sebenarnya saya dah bertunang," Sophie memberitahu perlahan.
"APA!!? TIDAK!!!" Az menjerit dalam hatinya.
"Satu lagi saya nak beritahu awak, ada orang nak jumpa awak," Sophie tiba-tiba memberitahunya.
Tidak lama kemudian, muncul seorang gadis berambut panjang sambil membawa sebuah kotak. Gadis itu memberikan kotak itu kepada Az dengan mukanya yang merah menahan malu. 
Az jadi terkejut dan keliru.
"Bukalah kotak tu," Sophie menyuruh.
Az membukanya dan terdapat 17 biji cupcake yang mempunyai 17 huruf dan disusun menjadi ayat 

'S-A-Y-A-R-A-S-A-A-W-A-K-C-O-M-E-L'.

"Ni sepupu saya. Dia dah lama suka kat awak. Tapi malu nak luahkan," Sophie memperkenalkan.
Az dan sepupu Sophie masih malu-malu.
"Hish susah betul. Az, dia nak ajak awak pergi tengok wayang sabtu ni, boleh?" Sophie menjadi orang tengah.
Az mengangguk malu dan kemudiannya tersenyum.
"Ok dah, dia dah setuju. Jom sambung kerja," Sophie menarik tangan sepupunya.
Selepas mereka pergi, Az melompat kegembiraan sambil menjerit, "YES! Akhirnya aku akan ada girlfriend!"

15 comments

10:32

teringin cupcake lak

dill.

adeh. tetibe rasa mcm si Az tu desperate nak ade girlpreng

hihi

alololo comel..:)

mmg best bf bg kita cupcake..ngee

x dpt luah dgn kata2..guna cupcake sgt swit jadinya~ ;p

ahahaha adekah az si penulis?

hahaha lawak

tp sweet okey cite ni

aku syak abam kapten ais ini, semua koleksi cerita dia pasal makanan.

alololo sweetnya! apahal eh suma kispen sy baca hari ini comel2 je.. adakah hari ini hari kispen comel2? :D

wahhhh suwitnye... mesti tak sanggup mkan cupcake tue..hihihi

pernah cuba utk suka sebab dia cute...tapi bila rasa....dengan anisnya...errrmmmm tak mungkin suka lagi kot...hehe

15:39

Ini tutup mata sebelum makan.He2

16:28

org lain nampak cupcakes aku nampak aaron aziz!
hehe

jgn samakan dia ngan gay. marah ni

haha xdpt sophia pon xpelah., jnji ade gf ad0i >.<

hahaha kemain... main cintan2 guna cupcakes... sabar ajalah... mesti ada selit gay dia tu.. haish...

Tak pernah dapat lagi cupcake yang ada huruf² tu comel tu, teringin jugak rasa sweet bila ada gadis bagi.. hehe

sweet giler citer ni... eerrrr..kiosk Az sebelah kedai cupcake Jue & Hanie last time ke??? hihihihihi...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...