Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday, 3 July 2012

PEMENANG TEMPAT KEDUA PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012 - EZAD AMIR - DIARI SI MATI


PEMENANG TEMPAT KEDUA PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012

EZAD AMIR 
TAJUK CERPEN : DIARI SI MATI

<<< 22 APRIL 1998 >>>
Kemesraan rembulan perlahan-lahan mendakap kehalusan sang suria yang mula menghilang bagai malu.Senandung semilir nusantara membawa bisikan mergastua membangkitkan harum panorama kampung yang sejati.Angin senja bertiup perlahan-lahan menerpa ke tubuhku.
Suasana indah petang itu tiba-tiba bertukar gumpalan awan hitam yang menggerunkan.
Samar-samar dari celah-celah kehidupan yang didamba terselit satu hembusan suram yang cuba mengusik hati.Dengan tidak disedari air kepedihan melimpahi mata membasahi pipi.

Petang itu,mak marahkan aku...
“Along tahu tak kita ni miskin..belajarlah betul-betul.nanti apa orang kata,dah la miskin sekolah pun tak menjadi..”

Ayah pula sudah bersedia dengan rotan di tangan.Belum sempat aku bersuara hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh.Berbirat belakang,setitis demi setitis air mata tumpah mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Macam mana aku nak fokus belajar dalam keadaan lapar?Serba kekurangan.Kadang-kadang berkata-kata lebih mudah dari mengalaminya sendiri.

Malam itu aku berjaga sepanjang malam.Peristiwa petang tadi asyik bermain di fikiran.
Aku sedih sebab buat mak aku menangis lagi.Manik-manik kaca bersinar di kelopak mata aku.
Fikiran aku kusut.akhirnya dalam kelelahan melayan emosi,aku terlelap.

<<< 23 APRIL 1998 >>>
Keesokannya,awal-awal pagi aku sudah bangun.Aku membuat keputusan untuk keluar dari rumah.Aku ingin mencari pekerjaan di bandar.Jika aku meneruskan pengajian,aku takut akan membebankan mak dan ayah.Aku mahu menolong mereka,meringankan beban mereka.Biarlah aku seorang yang tidak berpelajaran,aku harap dengan pengorbanan aku ini dapat membantu adik-adik aku meneruskan persekolahan mereka.Aku tidak mahu mereka mengikut jejak aku.Aku tidak mahu mereka susah,diherdik di sekolah seperti aku kerana kedaifan.

Aku keluar dari rumah senyap-senyap,tapi terserempak dengan Tok Wan.
“mana Along nak pergi ni dengan beg pakaian...”
“Along nak keluar cari kerja,Tok Wan.Nak tolong mak dengan ayah.”
“Habis macam mana dengan sekolah?”
“Entah la Tok Wan...”
Tok Wan cuba menghalang aku.Tapi aku berkeras juga.Dia termenung,kecewa dengan tindakan aku.
<<< 13 JUN 1998 >>>
Aku berjaya dapatkan kerja sebagai buruh binaan di bandar.Mulai hari itu aku berkerja bersungguh-sungguh.Letih.Penat.Tapi bila fikirkan soal duit,aku gagahkan diri juga.Sebulan sekali aku akan kirimkan wang kepada mak dan ayah melalui Tok Wan.Aku suruh Tok Wan rahsiakan kiriman aku itu.Aku takut mak dan ayah tak akan terima duit aku itu.Aku sudah masak dengan perangai mereka.

<<< 1 DISEMBER 1998 >>>
Hari ini 1 Syawal.Aku pulang ke kampung halaman.Letih dan penat sepanjang bekerja semuanya hilang sebaik sahaja sampai di depan rumah.Tapi aku tidak masuk pun.Aku hanya pandang dari jauh.Aku tahu mak dan ayah mustahil akan menerima kehadiran aku.Aku sudah dianggap derhaka kepada mereka kerana lari dari rumah.Lari dari persekolahan.

Dari jauh aku dapat lihat adik-adik aku riang bermain bunga api di halaman rumah,berkejar-kejaran.Inilah syawal pertama aku tanpa keluarga disisi.Dalam kepedihan menahan kerinduan aku masih gembira.Gembira dapat melihat adik-adik aku lengkap berbaju baru menyambut 1 Syawal.Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.Lain pula pada ku,masih lagi berbaju compang camping.Keluarga lebih penting padaku,biarlah aku terus begini.Tujuan asal aku keluar dari rumah pun sebab mahu membantu keluarga.Dan saat itu,aku teringin sangat hendak beraya bersama mereka.Cium tangan mak ayah.Aku teringin merasa masakan mak.

Agak lama aku disitu,memandang sekeliling rumah,melihat gelagat mereka.Meskipun tidak dapat berdampingan dengan mereka,melihat mereka dari jauh pun sudah dapat mengubat rindu aku.

<<< 14 JANUARI 1999 >>>
Aku terasa kepalaku berdenyut-denyut.Terasa sakit.Aku cuba tahan kesakitan itu dan meneruskan kerja.Makin aku gagahkan diri makin aku terasa sakit.Rentetan dari itu,aku jatuh pengsan.Majikan aku,Encik Majid bawa aku ke hospital.

Doktor mengesahkan yang aku menghidap kanser otak.Aku ditahan di wad.Berminggu-minggu lamanya aku di wad,sakit aku semakin teruk.Tidak ada siapa pun di samping aku.Tidak seperti pesakit disebelahku.Selalu saja ada keluarga yang datang melawat.Bawa itu bawa ini,tiap kali mengenangnya air mata aku akan mengalir laju.Hati aku akan menjadi sangat-sangat hiba dan sebak.Aku tidak mahu mereka semua melihat keadaan aku,aku menangis disebalik bantal.
Kadang-kadang sampai tertidur aku menangis,melayan emosi.

Berminggu-minggu di wad,aku cuma terbaring di katil hospital.Berkali-kali aku meminta izin doktor untuk keluar dari wad,tapi doktor tidak benarkan.Kerana tubuh aku masih lemah,masih perlukan rawatan lagi.

Satu hari,aku berjaya larikan diri keluar dari hospital.Aku cuma mahu pulang bekerja.Kalau aku tidak berkerja,macam mana dengan keluarga di kampung.Aku tidak mahu mereka susah.Setiap saat sangat berharga pada ku,aku tidak mahu menghabiskan masa dikatil hospital tanpa berbuat apa-apa.

Aku mendapat kebenaran dari Encik Majid untuk berkerja dengan alasan aku sudah sembuh.
Aku cuba gagahkan diri,dan cuba melupakan kesakitan yang aku tanggung ini.Aku cuba hidup seperti biasa.Macam orang lain.

Tapi aku tidak berdaya.Keseimbangan tubuh aku hilang.Sebelah tubuh aku terasa kebas.Dan sekali lagi aku rebah.Mujurlah majikan aku berhati mulia.Dia bawa aku ke rumahnya.Dia mahu aku tinggal bersamanya sehingga aku sudah betul-betul sembuh.Sepanjang aku sakit,dia dan isterinya yang menjaga aku.Memandangkan mereka tidak ada anak.Isterinya mempunyai masalah kesuburan,tidak dapat melahirkan anak.Bermula dari saat itu,Encik Majib dan isterinya telah menganggap aku seperti anak mereka sendiri.Kadang-kadang aku terasa malu dengan mereka kerana terlalu baik padaku.

Encik Majib cuba menghubungi keluarga aku,ingin memberitahu keadaan aku.Tetapi aku menghalang.Aku tak nak susahkan mak dan ayah.Cukuplah dengan masalah di rumah.
Aku tidak mahu penyakit aku ini akan membebankan mereka pula nanti.

<<< 12 FEBRUARI 1999 >>>
Doktor memberitahu yang penyakit aku ini tidak dapat disembuhkan lagi.Hanya menunggu masa sahaja.Tetapi Encik Majib dan isterinya berusaha juga mencari penawar dan pakar yang terbaik untuk merawat aku.Aku tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa baik mereka.Aku sangat-sangat terhutang budi pada mereka.Semoga Allah memberkati mereka berdua.

Dan saat ini,aku terlalu rindukan keluarga aku.Entah apa yang mak dan ayah sedang buat sekarang.Bagaimana dengan adik-adik,sudah makan ke mereka.Dan Tok Wan,sihat atau tidak.Itulah yang selalu bermain difikiran aku.Sampai terbawa dalam mimpi.Sudah lama aku tidak mengirimkan wang kepada mereka.

<<< 14 FEBRUARI 1999 >>>
1 hari di sebuah desa,cahaya matahari pagi bersinar sinar terbias atas embun-embun yang bergantungan di daun-daun pokok.Berkilau-kilau.Sangat indah.Macam manik-manik kristal.
Air tasik beriak-riak kecil.Kupu-kupu berterbangan sana sini.Aku cuba tangkap kupu-kupu itu,
aku tahu adik-adik aku suka kupu-kupu.Aku nak tangkap banyak-banyak,lepas itu bagi pada adik aku.Mesti mereka gembira nanti,aku kejar kupu-kupu tadi,sampai lah ke sebuah rumah.
Rumah itu aku kenal.Rumah aku.Langkah aku terhenti.Aku biarkan kupu-kupu tadi pergi.

Ramai orang berkunjung ke rumah aku...aku pandang dari jauh...beberapa saat kemudian,sekujur jenazah diusung keluar dari rumah..Dan jenazah itu adalah aku.Pemandangan pagi dah tak secantik tadi.

Aku terjaga dari mimpi...Aku rasa sebak...Aku pejamkan mata.Sambil baring aku bayangkan balik wajah-wajah keluarga aku.Mak.Ayah.Tok Wan.Adik-adik.Hiba.itulah yang aku rasa sekarang.
Aku harap sebelum aku pergi,aku sempat berjumpa mereka.Aku terkilan sebab tidak dapat terus bekerja,dan hantar duit untuk mak ayah.Tolong mereka.Ringankan beban mereka membesarkan adik-adik.Aku menangis,dan menangis sampai tertidur.

<<< 15 FEBRUARI 1999 >>>
Kata doktor,kalau tumor dalam kepala aku makin membesar aku berkemungkinan kehilangan daya ingatan.Sebelum semua tu terjadi,aku tulis diari ini.Mungkin selepas kamu semua membaca diari ini,aku sudah tiada.Pulang menghadap Ilahi.
~~~~~*~~~~~
Beberapa minggu kemudian...Satu susuk tubuh berdiri tegak.Tangannya memegang sebuah diari.Mukanya pucat.Matanya bengkak dan dari sana mengalir setitis bening.Diari yang dipegang tadi basah.

Dia menatap kosong gambar ditangan.Disana terlukis beberapa susuk tubuh.Along,Mak,Ayah,Tok Wan,adik-adik.Ceria,bahagia.Senyum terukir dibibir mereka di dalam gambar.Dan sekarang dia hanya mampu mengenangnya,dan setiap kali mengingatinya cecair jernih tanpa warna terus mengalir dari kelopak mata.Dia menangis untuk sekian kalinya.

Yang pasti dia merasa sangat kehilangan.Kosong.Fikirannya kosong.Lama dia tidak mendengar suara anak lelaki sulungnya.Dan kini suara itu bagaikan muzik ditelinganya.Membuatkannya semakin merasa hampa.Kerana sekarang dia rindu pada orang yang mencipta kenangan indah untuknya.Kini,setiap degup jantungnya adalah muzik penderitaan.Sedih dan sekali lagi dia tak mampu menahan jatuhnya air mata.Sendu.Sekejap-kejap dia kesat matanya.Kesat dengan jari,dengan belakang tapak tangan.Kini harapannya hanya satu supaya anak lelakinya itu segera pulang.Dia berusaha mengeluarkan suara,walau hanya terdengar seperti bisikan.
“pulanglah Along...”

Adrenalin semakin memuncak,kehangatan tubuh anak lelakinya itu dalam pelukan,
suara manja yang menyeru namanya tidak satu pun yang luput dalam ingatan.
Dia memejamkan mata,rebah menyembah bumi.Dia segera bangkit dari rebah,kini tangannya cuba menggapai Along.Tidak ada penolakan pun.Tidak akan pernah ada.Kerana nisan putih itu sudah tidak mampu membalas perasaannya.
<<<<< TAMAT >>>>>
SEDIKIT INFO :
Terdapat dua kategori tumor otak..
1) tumor otak primer – tumor ini berasal atau tumbuh dari otak
2) tumor otak sekunder – juga dikenali sebagai metastatik.berasal atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru,buah pinggang,payudara dan kulit.

Kesan daripada tumor otak :
1) kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
2) Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala,kelemahan,atau kekebasan sebelah badan..
3) gangguan ingatan atau perubahan personaliti

Tidak ada sebarang garis panduan untuk mencegah tumor otak dari berlaku.
Cuma kita perlu mengawasi gejala-gejala yang timbul yang mungkin menandakan wujudnya tumor di dlm otak.Jika ini berlaku segeralah berjumpa doktor atau pakar neurologi dan dapatkan pemeriksaan yang diperlukan.

Perubahan tingkah laku seperti bersikap “tidak apa”,hilang ingatan,hilang tumpuan dan kekeliruan mungkin merupakan tanda-tanda tumor otak.ini kerana setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu.

5 comments

Tahniah ~

femes ar pasni :D

yuhuuuu.. aku baca sekali lagi.. heeee

Aku bce kali ktige jad
suke bahasa ko

kagum sgt

tempat kedua..

tetap pemenang..
nice :)

tahniah... sedihla ksh ni :(

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...