Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday, 5 July 2012

PEMENANG SAGUHATI PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012 - MISS SARA - CINTA SAMPAI SYURGA


PEMENANG SAGUHATI PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012

MISS SARA
TAJUK CERPEN : CINTA SAMPAI SYURGA

Perit.. Masih terasa sakit kesan tamparan Syamil yang hinggap di pipi Sara petang itu. Pertemuan mereka petang tadi bertukar kepada pertengkaran gara-gara tuduhan Syamil terhadap Sara yang bermain kayu tiga.
Sesudah solat isya’ Sara bingkas bangun menunaikan solat hajat. Dalam sujudnya yang panjang air matanya sukar di seka. Dia memohon diberi ketenangan dan petunjuk dari yang Maha Pencipta....

Ya Allah.. aku memohon dengan rahmat dan kasih sayangMu. Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujian Mu ini. Sesungguhnya hambaMu ini tidak berdaya,dan lemah. Sesungguhnya ku akui segala kekhilafanku sedarkan aku sebelum terlambat.....

Makanan yang dibeli Diana teman sebiliknya langsung tidak diusik Sara. Dia terbaring lesu di atas katil mengenang kejadian petang itu. Entah kali yang keberapa tangan Syamil hinggap ke pipinya. Lena Sara dalam esakkan tangisan....

“Sara ..jom kita pergi library. Kau dah siapkan ke assignment yang Puan Dayana bagi?”

“Aku belum siap lagi la beb. Ermm kau pergi dulu oke..Aku rasa nak balik rehat kat hostel la... Aku rasa kurang sihat sikit....”

Aku teman kau balik la.. Risau aku tengok kau ni” Diana begitu mengambil berat teman sebiliknya.....

Tak pe la Diana ..aku boleh balik sendiri jap lagi...Don’t worry k..

Dalam perjalanan pulang ke hostelnya, Sara terdengar suara yang sangat dikenali memanggil namanya. Dia berpaling.. Syamil telah berada dibelakangnya. Sara begitu terperanjat.

“Ada ape lagi Syamil kau panggil aku.?nak tampar aku lagi?”

“Sara .. Aku sebenarnya nak minta maaf dengan kau pasal kejadian semalam. Aku tak berniat nak tampar kau. Tapi api cemburu aku membuak-buak masa tu. Kau maafkan aku Sara?” rayu Syamil..

“Senangnya kau minta maaf lepas apa yang kau telah buat semalam. Syamil, ini bukan kali pertama kau tampar aku, dah tiga kali Syamil. Tiga kali.!”
“Lebih baik kita tamatkan hubungan kita. Air mata Sara bercucuran keluar menahan sebak di dada...”

“Sara! No! Jangan putuskan hubungan kita.. Im so sorry dear. Aku tau perbuatan aku kat kau memang melampau.. Aku menyesal Sara... Beri aku satu lagi peluang untuk aku perbaiki kesalahan aku pada kau..” Syamil terus merayu.
“Maaf Syamil. Tidak ada lagi peluang terakhir buat kau....Mulai hari dan saat ini kita dah tak ada apa-apa lagi.... Dengan perasaan sebak..Sara berlalu pergi...

Syamil terduduk melihat Sara yang berlalu meninggalkan dia...Tanpa disedari air mata lelakinya tumpah jua...

Setelah dua tahun berlalu akhirnya Sara telah berjaya menggenggam segulung ijazah...Hampir dua bulan menganggur di rumah...akhirnya doa Sara dimakbulkan oleh Allah s.w.t....dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat yang terkemuka di pusat Bandar Kuala Lumpur....

‘’macam mana kerja hari ni kakak? Everything ok dear?

Ermmm okla...bos baik dan pekerja-pekerja pun baik ... Cuma satu je ayah....ermmm

Ape dia kakak? Cite la kat ayah....

Tadi kat office ade la sorang mamat ni asyik cari gaduh dengan kakak je...kakak pun tak tau nape dia suka cari gaduh dengan kakak....menyampah tul..nak buat kerja pun rasa tension je....huhu...

Laa nape dia duk marah-marah kakak....ke kakak yang ada buat salah apa-apa ni...tak kan la dia marah kakak tanpa bersebab kan....

Ermmm ...tak de apa-apa la ayah....malas nak ingat ....benci....

Dua bulan masa telah berlalu..Sara dan Syafiq masih lagi dengan sikap ego masing-masing ...selalu je bertengkar...

Setelah hampir setahun Sara bekerja di MNH GLOBAL...Sara telah ditawarkan kenaikkan pangkat sebagai pengurus di salah satu cawangan MNH di Taiping Perak..Minggu itu ialah minggu terakhir Sara berada di MNH global kuala lumpur...Rakan sekerjanya berpakat mengadakan jamuan perpisah untuk Sara...Ketika majlis berlangsung...Sara perasan akan ketidakhadiran Syafiq pada hari itu...tanpa disangka hati Sara terasa sebak dan gelisah...

........Sara memulakan kerja ditempat barunya seperti biasa...walaupun dia berasakan tempat baru itu janggal baginya dia cuba sesuaikan dirinya ....kadang –kala terbit rasa rindu pada rakan-rakannya sekerjanya yang lama...entah kenapa dalam masa yang sama wajah Syafiq muncul jua dalam fikirannya.....

Kereta Sara meluncur laju menuju ke kopitiam hayaki untuk menemui teman sekuliahnya Mia....

Hatinya melonjak girang berbau rindu terhadap teman sebiliknya itu....

Sara...

Ehh Miaa.....Ya Allah rindunya aku kat kau....mereka berpelukan melepaskan rindu masing-masing...

Ketika mereka sedang asyik berborak....mata Sara terpandang wajah seorang lelaki yang persis seperti... Syafiq!.

‘’ahh mungkin khayalan aku kot’’... getus Sara dalam hatinya....

‘’Sara...kau tengok ape kat sana?

‘’xade apa-apa la Mia...Saje je tengok baby comel kat depan tu....so cute...

Mereka terus berborak dan mengimbau kembali saat-saat semasa mereka belajar di university dulu.. sedang asyik mereka berborak...

‘’Assalamualaikum...maaf menganggu...ermm awak Sara kan? Sara terkejut lalu mendongakkan sedikit mukanya..Jantung Sara berdenyut kencang, lidahnya kelu... lelaki itu...bisik hatinya.....Waalaikumussalam. Yea, saya Sara.....

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

************************************************

Sara memutarkan lagu Indah Dewi Pertiwi byk kali.. sehinggakan rakan serumahnya Mia terperasan ....‘’Sara...dari tadi lagi duk ulang lagu yang sama je. Layan lagu jiwang ke sekarang nie?

‘’ermm.. Mia! kau ingat tak mamat yang tegur aku kelmarin ?

‘’ouh, yang handsome tuh ea? Hehe. Aha, aku pun baru teringat nak tanya kau pasal dia..
“sebenarnya dulu..mamat tu keje satu office dengan aku.. tapi dia selalu je marahkan aku..tiap-tiap hari kiteorang asyik bergaduh je...benci betul aku dengan perangai dia.. Tapi masa hari jamuan perpisahan untuk aku haritu..mamat tu tak datang pun...yang aku peliknya masa tu hati aku rasa tak sedap, aku rasa sedih semacam and dalam masa sama jugak aku tiba-tiba rasa rindu dekat dia...

‘’Sara...sebenarnya kau ni ade hati ke kat mamat tu?

‘’aku tak tau Mia.. aku benci dia tapi aku xfaham kenapa aku boleh rasa rindu kat dia?

‘’the fact is, kau dah jatuh cinta dengan mamat tu! Cuma kau je yang tak perasaan dengan perasaan kau selama ini. And firasat aku kuat mengatakan mamat tu pun rasa apa yang kau rasa sekarang...
lagu ombak rindu kedengaran. 1 message received.
Nombor xdikenali appear dalam skrin telefon bimbitnya.
Assalamualaikum, Sara.. ni Syafiq. Sara dah tido ker? Sara, kalau sara free esok, kita jumpa sekejap boleh tak? Syafiq ada hal nak bagitahu Sara. Kalau boleh, kita jumpa tempat semalam.
Syafiq... hmm, ada ape ye dia nak jumpa aku? Sara membalas mesej Syafiq menyatakan persetujuan.

Selesai solat asar..Sara bersiap-siap untuk pergi berjumpa dengan Syafiq seperti dalam perjanjian semalam.

“Assalamualaikum Syafiq..” sapa Sara.

“Waalaikumussalam. Awak, duduk la.” Senyum Syafiq. Hatinya berbunga riang. Rindu.

“Sara ...firstly saya nak mohon seribu kemaafan atas sikap syafiq masa kite kerja sama dulu..”

‘’owh... pasal tu ke? Ish, xde pape la wak. Sara xambil hati pun. Don’t worry laa, Sara xsimpan dendam pun. Sara mengakhiri kata katanya dengan senyuman.
manis sungguh gadis dihadapan matanya. Memiliki seraut wajah yang lembut, putih mulus, lesung pipit menambahkan kemanisan wajahnya. Paling menarik hatinya, gadis itu sempurna menutupi auratnya. Hati lelakinya benar benar terpaut.. lantas..
“Intan Nur Maisara Rasyidi, dengan lafaz bismillah Syafiq ingin jadikan sara yang halal buat Syafiq..”

Sara terdiam..rasa gembira..sebak..dalam masa yang sama dia terharu dengan luahan Syafiq... “ maafkan saya kerana tak dapat berikan jawapannya sekarang’’ Tenang suara Sara menuturkan setenang raut wajahnya..

disepertiga malam, Sara bangun menunaikan solat sunat tahajjud dan solat sunat istikharah menohon petunjuk dari Tuhan Yang Memiliki hatinya.. dalam sujudnya yang panjang dia memohon doa agar diberikan petunjuk untuk membuat pilihan yang tepat.

Seusai solat Subuh, Sara merasakan tubuhnya sangat lemah dan lesu. Dalam keadaan lemah, dia kuatkan diri bangun mencari ubat yang disimpan didalam laci almari. Denyut dikepala makin menyucuk hinggakan pandangannya kabur dan dia terus rebah.

“Encik Rasyidi, anak encik dalam kritikal. Banyakkan berdoa. Pihak kami akan cuba sedaya yang termampu dan selebihnya kita serahkan pada Allah..” tenang Doktor Khair menuturkan ayatnya sambil menepuk bahu Rasyidi dan berlalu pergi ke biliknya. Syafiq yang berada disisi Rasyidi menahan sebak mendengarkan kata kata Doktor Khair dan airmatanya tumpah jua. “ya Allah kuatkan aku untuk hadapi dugaanMu ini.”doa nya didalam hati..
tiga hari Sara bertarung dengan penyakitnya dibantu alat bantuan yang canggih, takdir Illahi menetapkan dia pergi menemui, Sang Pencipta seusai azan Subuh. Perginya dengan wajah yang cukup berseri dan tenang.

Syafiq menerima ketentuan Ilahi dengan redha. Gadis yang pernah mencuri hatinya kini pergi buat selamanya. Doanya didalam hati moga mereka akan ditemukan kembali di syurga Firdausi.

2tahun berlalu, Syafiq kini menjadi seorang yang pendiam sehinggalah satu malam Syafiq bermimpi bertemu Sara. Dalam pertemuan itu Sara menasihati Syafiq supaya berubah dan bangkit kembali demi masa depannya....

Seperti biasa Syafiq bersiap untuk ke pejabatnya. Pada hari itu juga Syafiq dikehendaki menemuduga pekerja - pekerja baru yang layak untuk mengisi kekosongan di pejabatnya. Maha Suci Allah, mentakdirkan dia menemuduga calon terakhir wanita dan apa yang menduga hatinya wajah gadis itu mirip sekali dengan wajah Sara...

Nur Imani Zahraa Binti Aidil. Indah namanya seindah paras rupanya. Hari demi hari Syafiq sering memerhatikan Imani. Dia dapat merasakan sesuatu yang lain terhadap gadis itu. Sehinggakan satu hari Syafiq memberanikan untuk menegur gadis tersebut. Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat..
Tiga hari berturut2 dia melakukan solat istikharah, hatinya benar benar yakin. Keesokannya Syafiq pergi ke rumah Imani dan dia memohon restu dari ayah Imani untuk melamar Imani menjadi isterinya. Atas restu Allah, mereka selamat diijabkabulkan...

Syafiq bersyukur kerana sepanjang hidupnya ..dia telah dianugerahkan dua orang gadis yang begitu sempurna...Sara Imani dua permata yang amat bernilai dalam hidupnya....

2 comments

perghh layak dia menang...best idea dia..tahniah2

Oh cerpen ni. Suke ideanya

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...