Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday 7 July 2012

Reviu Pengejar Bintang


Pengejar Bintang.

Apa mulanya aku tertarik pada buku ini sebab perkataan 'Bintang'. Yang kedua, bila aku baca cover dia, di bawah buku ini ada nama NAMA NAMI. Okay, aku teruja dengar nama Nami ini. Buku ini sebenarnya aku pinjam dari Buku Jalanan KK, kepunyaan orang kuat Sharifah Nursyahidah. Menurut beliau, buku ini adalah buku pertama Nami. Aku tengok buku ini pun seperti diprint sendiri. Dia menggunakan kertas A5 sekeping-sekeping. Hanya sebelah muka sahaja di print dan bukannya seperti buku-bukunya yang lain, di mana kedua-dua muka mempunyai aksara. Menurut kata orang kuat Buku Jalanan KK ini lagi, buku ini belum ada secara rasminya di pasaran. Maka dengan itulah, beruntunglah sesiapa yang dapat buku ini dan aku juga tidak segan silu untuk meminjamnya. Lagipun, tiada bayaran sewa. Bagus betul Buku Jalanan KK ini.

Buku ini mengisahkan seorang lelaki Luqman Amirullah Bin Yusof. Tentang permasalahan hidup dia. Sebenarnya dia mempunyai penyakit skizofrenia. Hidup dalam bayangan. Pada mulanya, dia mengisarkan kehidupan dia di Belgium mengambil jurusan arkitek. Pada awal cerita, Luqman ini tidak sefahaman dengan seorang pelajar dari Kelantan yang sama kapal terbang dengannya. Kemudian jatuh cinta dengan Sally, seorang pelajar di universiti yang sama cuma berlainan fakulti. Dan juga menghidapi penyakit Alalia Literalis, penyakit gagap. Walaupun Sally ini gagap, Luqman atau teman-temannya memanggil dia sebagai 'Luke' tetap berasa senang sebab selama ini Luke merasakan tiada orang yang menyokong apa saja dia yang dia buat dan akhirnya ada seorang yang benar-benar menyokong apa sahaja yang dia lalui iaitu Sally.

Kehidupan seterusnya berlaku di Malaysia, selepas Luke diberhentikan pengajian kerana gagal dalam kelima-lima subjek yang dia ambil. Dia gagal pun disebabkan hilang semangat selepas teman wanitanya si Sally ini mati akibat eksiden. Sebenarnya Luke dan Sally ini eksiden sama-sama, cuma yang bernasib baik adalah Luke. Selepas sahaja Luke balik Malaysia, dia kena halau oleh mak dia. Ayah dia dari kecil bengang dengan dia sebab kononnya dia lembab, tak reti ikat kasut walau di ajar berkali-kali. Sebenarnya keluarga Luqman atau Luke ini tidak tahu pun yang anak dia ini ada penyakit.

Jadi bermulalah episod dia berpindah ke KL. Ikut sewa dengan abang dia yang lebih cemerlang segala-galanya dari dia. Di sini, dia cuba untuk hidup dalam bandar yang mencekik darah. Mencari kerja. Kemudian bergaduh, berhenti dan cari kerja lagi. Sebenarnya Luke atau Luqman ini bercita-cita mahu jadi penulis. Hanya pekerjaan itu saja yang masuk dengan jiwa dia. Dan 'dia' si penyakit itu yang banyak membantu Luke dalam menulis.

Seterusnya cerita tentang Luke mempunyai adik angkat yang sukakan dia. Namun, kalau di ikutkan pemahaman aku, dia tiada perasaan dengan adik angkat dia ini. Sebab jiwa dia sudah terbang bersama arwah Sally. Hubungan dia dengan Aesyha, adik angkat dia bertambah teruk apabila ayah si Aesyha ini asyik cerita pasal kahwin, kahwin, kahwin, dan dapat kerja dengan kerajaan. Si Luke ini tidak menyokong institusi perkahwinan sebab zaman sekarang ini berhabisan berhutang untuk mendapatkan majlis yang gah. Namun akhir sekali bercerai. Sebab itu dia tidak membangkang 'perkahwinan'. Kalau aku pun tidak sokong juga, tidak sokong berhutang sebab nak kahwin sajalah. Bukan tidak sokong kahwin. Aku nak juga kahwin dapat anak. Hahaha.


Dalam buku ini terselit dan terselit-selit perkataan 'cibs, pants, lanc'. Aku ingatkan perkataan apa itu. Sekali aku google. Rupanya dari perkataan 'cib*i, pant*t, lanc*u'. Hebat beliau ini. Pandai menggunakan ayat yang aku ini makian sopan bagi orang yang tidak faham macam aku. Hehe. Akhir cerita pasal buku ini, Luke akhirnya bertemu dengan keluarga arwah teman wanita dia yang datang Malaysia untuk melancong. Ini pun sebab si Luke ini selalu juga berhubung dengan adik Sally, si Lyla. Dan niat dia untuk minta maaf dengan keluarga arwah Sally pun tercapai. 


Apa aku simpulkan pasal buku ini. Buku ini sangat menarik pada aku. Bercerita tentang kehidupan sebenar. Dan dapat menarik perhatian anak buah aku yang bukan kaki buku untuk menghabiskan sebuah buku dia yang setebal 151 muka surat ini pertama kali dalam seumur hidupnya. Thumbs up untuk Nami!

Untuk maklumat tentang Buku Jalanan KK, boleh terjah di Facebook sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...