PEMENANG SAGUHATI PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012
AZZNIE
TAJUK CERPEN: 1 JANJI
Kring!!!!!!!!!!...
Loceng kedengaran menandakan waktu rehat bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Baru telah bermula. Para pelajar berpusu-pusu ke perkarangan kantin untuk membeli makanan.
“Nita, aku da uruskan mesyuarat untuk persatuan petang ni.” Niza bersuara memula bicara selaku Setiausaha Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
“Okey, pukul berapa mula?”
“Pukul 4 petang kita mula. Aku da inform kat semua Ahli-Ahli Jawatankuasa. Don’t worry, ini Haniza Hashim lah. Aku akan pastikan kehadiran AJK-AJK petang ni 100% hadir.” Dengan nada berbangga.
“Okey, kita tengok aje petang ni macamana. Jangan dua tiga orang je yang datang da lah.” Sampuk Aina pula yang agak meluat dengan gaya Niza sebentar tadi. Rakan-rakan lain hanya mampu tergelak sambil meyambung semula menjamu selera sambil Niza menjelirkan lidahnya ke arah Aina.
*************************************
Setelah selesai meyuarat persatuan pada petang itu, AJK-AJK Persatuan pun bersurai. Alhamdulillah, kedatangan ahli-ahli adalah seperti yang dijanjikan Niza sewaktu di kantin. Nita, Aina dan Aliyah turut beriringan menuju keluar dari perkarangan sekolah untuk pulang. Mereka bertiga merupakan sahabat rapat sejak di bangku sekolah rendah lagi. Segala masalah sering dikongsi bersama-sama.
“Malam ni kita buat study group nak tak? Korang tidurlah rumah aku.” Aliyah mengajukan cadangan memandangkan esok merupakan Hari Sabtu dan tiada aktiviti Kokorikulan yang diadakan pada minggu itu.
“Okey. Mama dan Papa kau takda ke minggu ni?.” Tanya Nita.
“Ha’a. Dorang Outstation lusa baru balik. Itu yang aku ajak korang teman aku” Jelas Aliyah ringkas.
Mereka bersetuju untuk bermalam di rumah Aliyah. Aliyah merupakan anak tunggal kepada Puan Salbiah yang merupakan seorang pengusaha syarikat juga dahulunya merupakan seorang Ibu Tunggal setelah ditinggalkan suami 16 tahun lalu. Semenjak dari itu, beliau merupakan ayah dan juga ibu kepada Aliyah dan segala kasih dan sayangnya dicurahkan kepada puteri kesayangannya itu. Mujur Aliyah tidak mengambil kesempatan dengan setiap kepercayaan ibunya terhadapnya malah merupakan seorang anak yang taat serta solehah. Tetapi, semenjak Puan Salbiah bersuami baru, dia banyak menghabiskan masanya bersama suami berbanding Aliyah. Oleh kerana itu, dia mengajak teman-teman baiknya menemaninya pada minggu ini.
*************************************
“Laparlah!!” Tiba-tiba Nita bersuara sewaktu mereka sedang asyik mengulangkaji pelajaran. Mereka harus bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran memandangkan SPM hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi ditambah pula mereka bertiga merpuakan antara pelajar harapan sekolah.
“Ah! Kau ni Nita, kalau lapar pun jangan la menjerit, aku ingat kat Histeria la tadi. Hish!” Bebel Aina yang agak terperanjat dengan kelakuan Nita sebentar tadi. Nita pula hanya mampu tersengih dan menunjukkan isyarat ‘peace’ kepada Aina.
“Ada maggi dalam almari kat dapur tu, masaklah lebih sikit. Aku pun nk jugak. Hehehehe” Kata Aliyah. Aina turut mengangguk menandakan dia pun mahu juga sambil Nita menuju ke dapur dan mengeluarkan tiga bungkusan mi segera dari dalam almari.
Hampir lima minit kemudian, Nita memanggil dua lagi rakannya untuk menikmati hidangan mi segera yang telah siap. Selepas itu, mereka menyambung semula mengulangkaji pelajaran mereka.
*************************************
“Aliyah, kenapa muka kau pucat je ni?” Soal Aina apabila melihat rakan karibnya itu lesu dan tidak bermaya. Keadaan itu turut disedari oleh Nita sepanjang berada di dalam kelas Matematik tadi apabila Aliyah kurang memberi perhatian sewaktu Cikgu Razuki mengajar.
“Takde apa-apalah. Aku okey jek. Letih sikit la, malam tadi aku study sampai lewat. Lagi 3 bulan aje nak SPM. Kenalah study betul-betul. Nanti boleh sambung belaja sama-sama. Konvokesyen sama-sama. Baling topi sama-sama” Panjang lebar huraian Aliyah sambil melemparkan senyuman ke arah dua lagi rakannya itu.
“Kalau ye pun, kesihatan kita kenalah jaga juga. Bukan ke Cikgu Rashid dah pesan supaya kita menjaga kesihatan kita supaya tak ada masalah masa da nak exam nanti” Bebel Nita yang risau melihat keadaan Aliyah. Dia sudah menganggap Aina dan Aliyah seperti adik beradik sendiri.
“Dah-dah, tak mahu gaduh-gaduh lagi. Lepas ni masing-masing kena janji jaga kesihatan masing-masing, buat betul-betul masa jawab exam nanti dan yang paling penting kita masuk Universiti sama-sama, okey!” Teriak Aina.
“Janji!!” Serentak Nita dan Aliyah bersuara dan mereka bertiga berpelukan.
*************************************
“Na. Kau tengok Liya tu lain tak? Dia macam ada sorok something je dari kita” Soal Nita sewaktu mereka sedang mengulang kaji pelajaran di Astaka Ilmu.
“Lain macam mana?”
“Entah la, tapi aku rasa macam bukan Liya yang aku kenal. Seorang yang ceria, banyak mulut. Sekarang macam pendiam, cakap pun hal-hal study saja. Aku tengok die kerap pergi tandas sekarang. Kalau kita tanya mesti die kata nak buang air la, cuci muka la, tapi bila kita nak teman dia tak bagi pula”
“Ha’a, aku pun ade perasan juga. Mungkin dia tengah stress agaknya. Bukan ke lagi dua bulan saja kita nak SPM. Dia risau agaknya”
Nita mendengar sambil mengangkat kedua belah bahunya dan menyambung mengulang kaji pelajaran
*************************************
“Aliyah Natasya Binti Mohd Zaki?” Tanya seorang lelaki berjubah putih kepada Aliyah.
“Ya, saya”“Saya harap awak dapat menerima berita ini dengan tenang dan sabar. Anggaplah ianya sebagai satu ujian daripada Allah S.W.T kepada hamba-hambanya” Seraya Aliyah menggangguk bersetuju.
“Hasil daripada pemeriksaan yang lepas, Aliyah mempunyai ketumbuhan yang agak serius di bahagian otak yang boleh membahayakan nyawa. Ketumbuhan ini perlu dibuang, jika tidak ia boleh mengancam nyawa Aliyah sendiri.” Teranng Dr. Hazril terperinci.
Menitik satu demi satu air mata Aliyah tatkala mendengar keputusan penyakitnya itu. Tidak disangka sakit kepala yang dianggap migraine biasa itu kini sedang mengancam nyawanya.
“Kalau saya buat pembedahan, saya akan pulih sepenuhnya ke Doktor?” Soal Aliyah
“Peluang yang Aliyah ada Cuma 50/50. Saya tidak berani untuk menjanjikan apa-apa”
Aliyah mengangguk paham dengan penjelasan Doktor Hazril sebentar tadi.
“Terima kasih Doktor”
“Sama-sama. Awak jangan lupa ambil ubat tepat pada masanya dan jika mengalami sebarang masalah cepat-cepat datang jumpa saya. Saya akan cuba mana yang saya mampu” Pesan Doktor Hazril sebelum Aliyah keluar meninggalkan ruang biliknya itu.
*************************************
Para pelajar menunjukkan riak wajah ceria apabila keluar dari dewan peperiksaan. Kertas 3 Biologi merupakan peperiksaan terakhir untuk mereka. Ada yang bersorak gembira setelah keluar dari dewan menandakan tekanan mereka sudah berakhir untuk seketika sementara menunggu keputusan SPM keluar.
Nita, Aina, Niza dan beberapa orang rakan yang lain duduk di satu sudut sekolah sambil berbual-bual mengenai hala tuju mereka selepas ini.
“Wei korang!!!!! Aliyah pengsan dalam bilik air!!” Jerit Killa yang menemani Aliyah ke tandas. Tersentak dengan jeritan itu, beberapa orang pelajar bergegas ke arah tandas. Aina dan Killa bergegas untuk memanggil guru dan kakitangan sekolah yang ada. Aliyah terus dikejarkan ke hospital oleh bantuan Cikgu Zali.
*************************************
“Aliyah harus dibedah sekarang. Jika tidak ketumbuhan itu akan mengancam nyawanya” Kata Doktor Hazril kepada Puan Salbiah yang turut ada di hospital apabila menerima panggilan kecemasan dari Cikgu Zali.
KETUMBUHAN??? BEDAH???
Soalan yang berlegar-legar di minda puan Salbiah. Tanpa berfikir panjang beliau terus menandatangani surat kebenaran tersebut.
“Saya nak ingatkan bahawa pembedahan ini tidak 100% berjaya. Saya akan cuba yang terbaik untuk anak puan” Ujar Doktor Hazril. Puan Salbiah hanya mampu menggangguk sambil air matanya berjujuran mengenangkan anaknya yang sedang bertarung nyawa.
Setelah hampir 4 jam menunggu, Doktor Hazril melangkah keluar dari bilik pembedahan. Dia terus diterpa oleh Puan Salbiah, Aina dan Nita yang masih setia menanti.
Bagaimana anak saya doktor?”
“Saya da cuba sedaya upaya saya, tapi segala-galanya Allah S.W.T yang menentukan. Puan banyak-banyakla bersabar”
Puan Salbiah terduduk apabila menerima berita tersebut. Aina dan Nita pula menangis berpelukan apabila menerima khabar duka cita dari Doktor Hazril.
************************************
“Cik Aznita Binti Sulaiman! dah lama kitorang tunggu kau tau!” Tersentak Nita apabila nama penuhnya disebut. Lama sungguh agaknya dia membiarkan rakan baiknya Aina dan rakan-rakan lain menunggunya untuk merakamkan saat-saat manis mereka pada hari itu. Hari itu merupakan
Hari Konvokesyen mereka di Universiti Teknologi Malaysia.
Nita terus mendapatkan Aina yan sedang bercekak pinggang.
“Sorry” Nita tersengih sambil menampakkan barisan giginya.
“Hurm…………….” Jawab Aina
“Janganlah marah Aina, Liya, bukan lama pun kan”
“Banyakla kau punya tak lama. Da dekat setengah jam kitorang tunggu” Balas Aliyah.
Nita terus menarik tangan Aina dan Aliyah untuk melakukan Sesi Fotografi seperti yang dijanjikan. Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana memberi Aliyah peluang kedua untuk hidup setelah pembedahan yang dijalaninya 5 tahun lepas. Selepas pembedahan, Aliyah koma hampir 4 bulan lamanya. Seminggu selepas keputusan SPM keluar, Aliyah mula sedarkan diri dan mereka bertiga telah dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang pada tahun itu. Kini, janji mereka untuk menggenggam segulung ijazah bersama telah termetrai juga dan berharap agar persahabatan yang terjalin akan kekal sehingga akhir hayat mereka. INSYAALLAH.