PEMENANG SAGUHATI PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012
ANIS FARZANNA
TAJUK CERPEN: MISS POLKA DOTT
Pernahkah kita
terfikir macam mana kita akan bertemu dengan jodoh kita yang Dia telah tentukan
untuk kita sejak di Loh Mahfuz lagi? Mungkin kita punya impian sendiri tentang
cara kita berjumpa dengan pasangan kita tapi… Dia telah tentukan melebihi apa
yang kita jangka! Sesuatu yang mungkin tak tercapai dek akal kita.
Itulah yang berlaku pada seorang
gadis manis yang bernama Kyra. Cara mereka bertemu sangat pelik dan mungkin
unik pada pandangan orang lain. Cerita cinta mereka punyai sejarah tersendiri
dan semuanya bermula di Giant tempat mak cik-mak cik membeli sayur… sangat tak
romantik bukan?
Selesai membuat
pembayaran di kaunter Kyra terus menolak trolinya sambil kepalanya tengah
serabut memikirkan macam mana nak hidup bulan nie sementara tunggu bulan depan.
Sedang dia ralit mengelamun tiba-tiba cashier
tadi memanggilnya semula.
“Cik! Cik berbaju pink!” Cashier
tadi mengangkat dua beg plastik lalu ditunjukkan pada Kyra. Rupa-rupanya Kyra
tertinggal barang di sana.
Kyra bergerak ke arah kaunter
semula untuk mengambil barang yang tertinggal tadi. Trolinya di tinggalkan
sekejap di situ. Selesai semua urusan Kyra menolak kembali troli tadi ke parkir
kereta. Tapi tiba-tiba ada seorang lelaki mengejarnya. Kyra panik dia ingatkan
lelaki itu orang gila. Kelam-kabut dia memandu kereta.
Dia semakin takut, apa tidaknya
lelaki tadi masih mengejarnya, tak cukup dengan kaki dia kejar Kyra dengan
kereta pulak!
“Ya ALLAH… Bala apa nie? Kenapa
dia kejar aku. Aku tak bersalah… ya ALLAH selamatkanlah aku dari orang psiko
nie… amin...” Kyra berdoa sambil memecut kereta.
Sampai saja di rumah sewa, Kyra
terus berlari masuk ke dalam rumah tetapi lelaki tadi menarik tangan Kyra,
apalagi Kyra menjerit sekuat hati ada perogol bersiri. Lelaki tu sedaya upaya
menutup mulut Kyra tapi belum sempat lelaki tu berbuat apa-apa Kyra terus
mengetuknya dengan kasut tumit tinggi tiga incinya!
“Aduh, sakit lah!” pemuda tu cuba
elakkan diri dari dipukul Kyra
Mujur teman serumah Kyra, Jua
dengan Yun terdengar jeritan Kyra dan kelam kabut keluar dari rumah. Terkejut
mereka tengok aksi 18 tahun ke atas Kyra tengah bergusti dengan lelaki tu.
“Kyra mengucap! Anak orang tu nanti mati dia kau belasah,
Kyra.” Yun dah peluk Kyra nak halang Kyra dari terus mengganas.
Mujur kawan-kawan Kyra campur
tangan tidak mahu ada yang terkorban petang tu. Yun bertindak sebagai orang
tengah mengadili kes Kyra dan lelaki tu. Pada masa itu, barulah Kyra tahu nama
lelaki yang dia panggil perogol bersiri tu rupanya Megat Amru Nasabil.
Empat pasang mata saling
bertentang. Meja batu di luar laman rumah sewa kini bertukar menjadi meja
persidangan. Amru terus straight to the
point! Dia cakap Kyra dah curi barangnya, Kyra pula bermati-matian
menafikannya. Dek kerana tu, Amru bergegas ke keretanya dan tak sampai 2 minit
kemudian Amru menghampiri mereka dengan selonggok beg plastik.
“Nie buktinya!”
Tiba-tiba
riak wajah Kyra berubah… dia terdiam… “Err…kenapa barang-barang nie nampak
macam barang-barang yang aku beli tadi?”
“Bukan macam
tapi memang barang kau pun. Kau tengok nie. Apa kejadahnya aku nak beli benda
nie ha? Cuba kau terang sikit dekat aku pakai logik akal kau.” Amru
menanya Kyra.
Serta-merta
wajah ketiga-tiga gadis tu merona merah. Panas! Apa taknya Amru selamba badak
tayang ‘adik kecik’ yang baru Kyra beli tadi. Dah la warna merah ang-ang siap
bercorak polka dot lagi! Sumpah Kyra tak tau nak kata apa. Malu tahap yang dah
tak bertahap dah dia rasa!
Kepala Kyra terasa berat, nak
diangkat pun dia tak mampu malu punya pasal. Kyra meminta maaf kepada Amru dan
cepat-cepat dia memulangkan barang-barang Amru yang dia terambil tadi dan terus
memasuki rumahnya. Tiba-tiba... Kyra yang dah masuk ke dalam rumah patah balik
keluar.
“Encik saya nak mintak balik
benda tu…” Suara lembut macam nak keluar tak keluar ja bunyi. Kali nie semua
mata tertumpu ke arah Amru.
YA! ‘Adik kecik’ Kyra…
Amru langsung tak menunjukkan
tanda-tanda nak bagi dekat Kyra. Kyra bengang tengok gaya Amru dia terus
merampas barangnya tu dari tangan Amru dan terus masuk ke rumah semula.
Peristiwa paling
memalukan pernah terjadi dalam seumur hidupnya tu tak mungkin Kyra lupakan
walaupun dah berminggu-minggu berlalu. Satu ja doa yang tak pernah dia lupa
setiap kali sembahyang selain mintak dimurahkan rezeki dan panjang umur. Dia
tak nak jumpa Mr. Troli! Tu la satu-satunya doa dia yang tak lekang dari
bibir. Biarlah yang tu pertama dan terakhir. Kyra serik!
“Cik ke tepi! Kereta!” beserta
dengan jeritan tu tubuh Kyra ditolak dan dia dengan pemuda yang selamatkannya
tu jatuh bergolek-golek. Sekali tengok tak ubah macam hero dengan heroin tamil
tengah bergolek atas taman bunga yang bezanya cuma nie atas tar la… Kyra
terkedu sebaik saja melihat wajah lelaki tu rupa-rupanya doanya tak dimakbulkan
Tuhan. Kalau dah jodoh tu kuat kutub utara kutub selatan pun boleh jadi dekat.
“Awak cedera, kita peri klinik.”
Amru menunjuk ke arah lengan tangan Kyra wajahnya jelas risau.
“Darah.” Sepatah ja yang sempat
Kyra cakap sebelum…
“Eh, cik? Cik! Miss Polka Dot.
Bangun…”
Kyra pengsan…
Sudahlah pengsan di hadapan Amru,
kemudian doktor pula salah sangka yang dia dengan Amru adalah pasangan suami
isteri. Bertimpa-timpa benda yang memalukannya terjadi depan Amru. Wah, dah
macam drama melayu pula Kyra rasakan.
Amru terus mendapatkan Kyra
sebaik sahaja Kyra keluar dari bilik doktor. Kyra tersenyum melihat wajah risau
Amru. Bermula detik tu persepsi Kyra terhadap Amru berubah dia dapat rasakan
Amru seorang yang sangat penyayang dan tanpa dia sedar hatinya berdegup
kencang. Amru memang baik. Lelaki yang gentlemen
pendek kata. Sudahlah semua kos rawatan Kyra dia tanggung, balik ke rumah pun
berhantar macam tuan puteri.
“Terima kasihlah sebab hantar
saya balik Encik Amru.”
“Sama-sama, just call me
Am.”
“Nope, I like Amru better.”
Kyra tersenyum.
“Nak panggil abang sayang pun
boleh.” Amru tersengih.
Kyra tersipu-sipu malu. Boleh
tahan gatal jugak mamat nie. Memang betullah orang dulu-dulu cakap. Kalau
bergaduh berlebihan tu lama-lama rasa benci tu boleh bertukar jadi sayang! Bak
kata Jua…
“Hari tu bergaduh macam dah nak
membunuh. Tiba-tiba hari nie boleh naik kereta sekali. Tak terbalik ke kereta
tu?”
Sampai satu
tahap, angau Kyra dekat Amru bertambah kronik sampaikan bila masak maggi pun
telur dengan kulit telur tak boleh dia nak bezakan. Agen Yun dan Jua berusaha
bermati-matian mengorek rahsia Kyra!
“Kau nie tengah angau dengan Amru
kan?”
“Mana ada aku angau.”
“Kau tengah angau… kau mandi tak
lencun, tidur mengigau, makan mencekik. Sebijik macam orang tengah angau.
Memang aku yakin kau angau dengan dia.”
Kyra menunduk malu. Kantoi sudah…
“Sejak bila kau syok kat dia
nie?” Yun menggiat.
“Tiba-tiba ja TERsuka…” Kyra
memintal-mintal hujung baju tidur.
“Kau nie suka betul TER TER
dengan Amru tu… kang TERkahwin… aku tak tau.”
Tiba-tiba pipi Kyra merona merah
bila dengar Jua cakap pasal kahwin. Dia dengan Amru? Dia mula membayangkan masa
depannya.
Salah faham
yang kecil telah membuatkan Kyra dan Amru mula menunjukkan perasaan terhadap
satu sama lain. Semuanya terjadi bila Amru datang ke rumah sewa mereka untuk
menjemput mereka ke kenduri kahwin di rumahnya. Sebaik saja Kyra membaca nama
pengantin lelaki tu Kyra terus marah-marah. Amru cuba memujuk Kyra. Tapi Kyra
tetap dingin, tak diendahkan langsung kata-kata lelaki tu.
“Jangan ikut saya dan jangan
pujuk saya!”
“Dah tu tak kan biar kekasih hati
saya merajuk? Kalau dia lari dengan lelaki lain saya jugak yang susah.
Membujang sampai ke tua tu yang kejar jugak. Tidak saya biar ja…”
Kyra mengetap bibir. “Eleh,
lelaki bila bercakap tu macam tanam tebu di tepi bibir! Entah bukan tanam tebu
ja, siap bukak kilang gula lagi. Manis tak hengat! Awak dah nak kahwin
kan? Pergilah balik dekat bakal bini awak tu. Buat apa duduk kat tepi saya yang
busuk nie.”
“Nie saya tengah duduk tepi bakal
bini sayalah nie. Busuk pun busuklah. Saya redha…”
Amru yang masih setia menatap
Kyra. Cepat-cepat Kyra mengalihkan pandangannya, jantungnya terasa macam nak
pecah! Tiba-tiba berdegup laju semacam.
“Awak… memanglah nama dekat depan
kad tu Megat. Tapi masalahnya… yang nak kahwin tu Megat lain… Megat Amir Nabil.
Bukan Megat Amru Nasabil.” Amru berterus-terang.
Kyra terdiam. Ah, salah
percaturan! Kan diri sendiri termalu.
Amru tersenyum melihat wajah malu Kyra. Ya, senyuman itulah yang
menambat hati Kyra.
“Awak… kita kahwin ya? Saya rasa
saya dah jatuh cinta dengan awak. Bukan setakat jatuh ja… dah tersungkur pun
saya rasa.”
“Tak kan saya nak cakap ya terus…
tak macam gelojoh sangat ke bunyinya?”
“Tak… sebab awak memang gelojoh
pun…” Selamba Amru membalas.
“Hey!”
“Haha… I’ll take that as a big
YES! Minggu depan turn kita pula naik pelamin ok sayang?”
Kyra hanya menganggukkan
kepalanya.
“Miss Polka Dot…”
“Hurmm…” Kyra redha ja la bila
Amru panggil dia guna nama pelik tu.
“Lepas nie kalau nak beli, beli
corak yang mengancam sikit tau.”
Sungguhlah masa tu Kyra rasa
macam nak pelempang ja muka Amru. Gatal! Tapi bila melihat Amru ketawa Kyra
terus tertawa jugak. Bahagia dah menjelma mungkin…
Orang kata… cinta pandang pertama
ni susah nak jangka. Kadang-kadang tu macam bom jangka. Tak ada dah ‘clue-clue’.
Tiba-tiba ja BOM! Meletup… terus jatuh cinta.
2 comments
haha...nice!
jalan ceritanya menarik..