Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday, 1 July 2012

Selamat Ulang Tahun Cinderella



Amy tersenyum. Nampak jelas sekali lesung pipit di pipinya. Manis. Itulah yang selalu dia dengar bila ada yang sebut pasal lesung pipit. Bahagia? Sepi? Sedih? Tiada satu pun perkataan yang dapat menggambarkan perasaan Amy ketika ini. Kosong... Itu yang terasa. Alaaa... Kosong seperti katanya Najwa Latif di dalam lagu Kosongnya itu. Tapi kosong Amy, kosong yang lain barangkali. Kosong dalam mencari sang Putera buat Cinderella. 

Ombak bertalu-talu memukul pantai. Amy masih kaku berdiri di pinggir air. Skirt labuhnya yang berwarna merah basah sedikit di hujung. Sementara tangan kiri diam memegang wedges berwarna putih kesayangannya. Hari ini, Amy di sini untuk mengucapkan selamat tinggal 24. Dalam gelap mencari terang, 25 telah menjengah Amy. Apa boleh buat, masa tidak kan pernah menunggu kita. Amy pasrah. Moga angka 25 akan bawa seribu makna buat Amy. 

Senyum. Bermonolog sendirian buat Amy tenang. Entah kenapa kebelakangan ini, Amy seperti takut untuk keluar dari dunia sendiri. Semakin dia menyepi, semakin dia menyendiri, semakin takut untuk keluar tonjolkan diri di dunia luar. Mungkin pengalaman yang menyakitkan buat Amy lebih berhati-hati. Tapi mungkin juga ini fobia namanya. Dulu, dia autophobia, tapi sekarang sudah bertukar menjadi demophobia, nasib baik bukan androphobia. Itu bahaya.

Hari ini, hari yang kau tunggu
Bertambah satu tahun, usiamu,
Bahagialah slalu

Yang kuberi, bukan jam dan cincin
Bukan seikat bunga, atau puisi,
Juga kalung hati

Maaf, bukannya pelit,
Atau nggak mau bermodal dikit
Yang ingin aku, beri padamu
Do'a s'tulus hati ...

Smoga Tuhan, melindungi kamu
Serta tercapai semua angan dan cita citamu
Mudah mudahan diberi umur panjang
Sehat selama lamanya..


Senyum lagi. Nyanyian untuk diri sendiri. Terkumat kamit si Cinderella nyanyikan lagu itu untuk dirinya sendiri. Mahu menantikan sang Putera, yang entah di dunia sebelah mana nyanyikan untuknya, entah bila akan tercapai. Pasrah. Tanggungjawab telah mengikatnya dari kepentingan sendiri. Mungkin ini yang terbaik dalam proses membalut luka yang pernah berdarah suatu masa dulu. 24 banyak mengajar Amy erti ketabahan. Kesakitan buat Amy semakin tegar. Alhamdulillah, dia berjaya tempuhi. 

Hidup ini terlalu banyak pilihan yang perlu kita pilih. Betul atau salah pilihan kita, semuanya punya makna tersendiri. Punya sebab tersendiri. Amy tetap merasakan setiap kesilapan dalam pilihannya selama ini suatu anugerah yang sangat bernilai. Dari satu kesilapan memilih, banyak pengajaran yang diperolehi. Kesilapan demi kesilapan mengajarnya membuat pilihan yang lebih tepat. Walau hanya Tuhan yang tahu jawapan di sebalik setiap pilihan itu.

Mentari jingga semakin menampakkan diri. Sudah lama rupanya Amy di situ. Asyik bermonolog sendirian hingga lupa sang sahabat di sisi. "Ayuh kita pulang..." perlahan tangan Amy digenggam menyelusuri senja merah. Amy menoleh ke kanan sambil tersenyum. Hadiah buat sahabat yang setia di sisi. Yang hanya dia dapat merasa kehadirannya tetapi tidak bagi manusia di sekeliling. 



Androphobia : Fobia pada lelaki
Autophobia : Fobia keseorangan
Demophobia : Fobia pada orang ramai  

 

5 comments

hidup kena berteman dik..InsyaAllah pasti suatu hari nnti luka itu akan sembuh ya..mudah-mudahan..:)

Ah.. Amy itu seperti aku.. dan sekarang aku androphobia.. =(

reenapple aku br nk kate itu kau

kau Amy

aku belum layak hehe

@Iffah Afeefah ohooo.. aku lak. Demmm.. hehehe. yaaa.. memang Amy tu aku.. dah jadi lebih dari Amy..huuuu

suka citer nie..(^_^)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...