PEMENANG TEMPAT KETIGA PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012
IFFAH AFEEFAH
TAJUK CERPEN : SEMALAM YANG DINGIN
Petang itu aku berjalan di persisiran pantai seorang diri. Kenapa? Mungkin aku bosan. Bosan dengan semua masalah yang menyerabutkan kepala aku. Jadi haruslah aku mencari ketenangan. Tadi aku main keluar tanpa beritahu mak. Mungkin mereka sedang cari aku. Ah pedulikan.
Semua benda mereka tentukan. Kadang-kadang aku rasa macam anak kecil. I\'m 23 years old now. Tapi mereka takkan pernah faham isi hati aku. Aku bukan suka memberontak. Kalau aku berani seperti kakakku sudah tentu aku akan bahagia sekarang. Aku tak puas hati kenapa family orang lain tak peduli sangat bahkan yang tak peduli langsung pun ada. Aku rimas. Dikongkong. Disoal macam polis pencen tak ada kerja. Entah!
Aku ingin sekali mahu ikut jejak kakak aku yang dah bahagia dengan pilihan hatinya. Namun aku tak kuat. Malah siapa yang mahu membawa aku lari dari realiti yang menyedihkan? Belum juga ku temui lelaki seperti itu. Kusut!
“Abang Faizal.” Tanpa sedari nama itu terkeluar dari bibir nipisku. Dialah yang membahagiakan kakak aku ketika ini. Sudah lama tak bertemu mereka. Last call, dah berbulan-bulan lamanya. Khabar kakak aku, Maria sedang mengandung. Aku terlalu sibuk dengan tugasan di universiti hingga terlupa yang aku ada kakak.
Mungkin dia telah jauh dibuang keluarga. Ya, siapa nak anaknya kahwin lari. Mak ayah aku dah terus halau dan tak mengaku anak. Kakak aku yang sangat berani. Tinggalkan harta, keluarga kerana cinta. Ringtone lagu L.O.V.E milikku berbunyi.
‘Ah pasti mak yang telefon,’
Angin menderu menampar-nampar mukaku. Seolah menyuruh aku mengangkat telefonku yang sedang terjerit-jerit. Aku bingit. Dan aku putuskan untuk membiarkan saja. Aku ingin menikmati saja lagu itu. Lagu lama namun rohnya seakan baru. Roh sentiasa segar. Membuatkan fikiranku melayang-layang mencari di balik makna lagu itu sendiri.
xxxxx
Muka si ayah ketat. Mereka sedang menunggu kepulangan aku. Aku mengambil tempat dan memandang semua. Ayah mendengus. Emak pula menikus saja. Aku tahu salah aku. Namun, aku perlu ruang sendiri. Untuk merasakan bebas seketika dari kongkongan dalam sangkar emas. Kadang kala aku terasa seperti burung yang terperangkap cuma di dalam sangkar. Ingin saja aku katakan kepada mereka aku ingin bebas. Namun, kudratku tiada.
“Seronok keluar? Jantan mana pulak angkut kau?” Berdesing telingaku dengan tohmahan itu. Ayah terlalu berfikiran negatif. Semua gara-gara kakakku yang melarikan diri. Yang jadi mangsanya aku. Namun aku tak pernah salahkan kakak kerana aku sentiasa bersyukur kerana salah seorang dari kami berjaya lari dari cengkaman biarpun aku yang tertinggal di sini. Sangkar kononnya emas, namun menyakitkan dalam segala segi. Perih. Letih duduk di rumah sendiri.
“Aku tanya jawablah!” Tangan ayah sudah dihayunkan. Pap! Terasa sakitnya. Pedih pipiku seketika. Darah pekat mengalir di hujung bibir. Senyuman sinis aku hadiahkan. Itu kasih seorang ayah?
“Kau senyum? Kau ni memang tak guna!” Tamparan kali kedua mengenai wajahku lagi. Air mata pantas ku seka. Ibu cuma membatu di situ. Aku puas dengan sikap ayahku. Inilah ayah aku yang tak pernah faham apa ertinya kasih sayang. Yang dia tahu taburkan duit dan kami kena menurut perintah. Kalau tidak papa kedana. Ugutannya sentiasa menghantui aku. Hingga kini aku tetap takut untuk keluar dari cengkaman. Tiada keberanian langsung untuk keluar.
“Kau memang anak tak guna. Kau nak jadi macam perempuan sial tu ke?” Ayah menengking.
“Ya, kalau boleh yah. Kalau boleh Mal nak jadi macam Kak Maria,” Aku luahkan juga. Ayah menyinga kembali. Entah apa yang ayah katakan aku lupa. Yang aku tahu sakit perit diterajang bapa sendiri. Itu normal. Yang lebih menyedihkan mak hanya mampu melihat dengan tangisan. Aku benci itu!
xxxxxx
Kisah lalu memang menyakitkan untuk diingati. Walau ia berlalu meninggalkan aku. Kesannya tetap ada. Aku dipaksa kahwin. Pilihan keluarga. Ya, memang mereka tak mahu lagi menjaga aku. Kata ayah, aku ibarat sundal. Lebih baik dia lepaskan aku. Biar suami aku ajar aku jadi perempuan. Bukan betina. Itu katanya. Takdir Allah bukanlah sebaik mereka rancang. Aku juga tak berniat menjadi anak derhaka. Jika itu pilihannya, aku terpaksa demi bebas dari seksaan fizikal dan mental sejak kecil lagi.
“Hai menung apa lagi tu?” Suami aku menyapa dari belakang. Di tangannya penuh beg. Kami mahu bercuti. Erti kata lainnya pergi berbulan madu.
“Tak ada apa. Tiba-tiba teringat cerita dulu,” Suamiku Qhalif senyum memandang aku. Dia tahu apa yang aku fikirkan. Aku tahu dia sangat memahami. Allah turunkan ujian besar buat aku. Dialah lelaki yang menjadi tunggak utama cerita aku jika ceritaku ialah novel. Dialah penyelamat aku. Aku hargai segala yang dia lakukan untuk aku.
“Dah sayang. Kita lambat pulak nanti,” Ujarnya. Bahu aku terasa disentuh. Pantas saja aku menghadiahkan senyuman manis buatnya. Aku mendongak sedikit merenung wajahnya.
“Abang, sebenarnya kita tak pergi pun tak apa. Susahkan je nak kena jalan jauh macam ni,” Aku mulakan bicara. Bukan apa, kedah jauh. Jauh dari tempat kami. Muar, Johor. Selatan ke Utara pula.
“Hish ada pulak kata macam tu Lia. Dengar sini, kita kena pergi. Inikan honeymoon kita,” Sengihan nakal buat aku tersipu. Sempat lagi menyakatku.
“Tapi jauh. Kita boleh pergi yang dekat je kan?” Aku cuba memujuk. Bukan apa, aku benar-benar pelik kenapa sampai ke Kedah suaminya ajak. Bukan ke Pulau Langkawi masalahnya.
“Kenapa kedah? Lia okey je dekat-dekat sini je,” Soalku lagi. Qhalif tersenyum. Senyumannya memang menawan. Masih aku ingati, senyuman inilah membuatkan aku selamat dari si suami durjana. Aku dipaksa kahwin dengan lelaki tak guna. Anak orang kaya. Tapi papanya saja yang kaya. Bukan dia. Aku terseksa di banglo mewah itu. Lelaki bergelar suami meneguk air syaitan. Keluar masuk dengan perempuan liar sesuka hati. Aku tak mampu bertahan lagi.
Pada masa tu aku mula terasa ingin membunuh diri agar segala penderitaan lenyap dari sisi. Inilah nasib aku. Selamat dari mulut harimau, terus dingap buaya. Tragis bukan kisah hidup aku? Tapi berkat semangat dan senyuman yang Qhalif lemparkan aku terpanggil untuk memulakan hidup kembali. Suami tak guna telah pun aku tinggalkan dengan meminta fasakh. Qhalif uruskan semua. Aku sangat berterima kasih kepadanya.
xxxxx
“Abang terima kasih,” Aku senyum. Air mata mengalir tanpa aku paksa.
“Hei, kenapa sayang ni?” Qhalif pantas menyapu air mataku. Aku senyum nipis. Bahagia dan terharu. Akhirnya, semalam yang mendinginkan diri telah lari jauh dariku. Yang ada hanyalah kehangatan kasih sayang seorang suami. Aku bersyukur itu.
“Abang tahulah abang ni baik, romantik, manis macam gula-gula. Tapi janganlah buat abang bangga,” Qhalif ketawa. Aku menyiku laju. Tak habis-habis dengan perasan.
“Abang mana ada manis. Tengok semut tak ada pun dekat dengan abang?” Aku pula cuba menyakatnya.
“Eh apa pulak tak ada gula Lia sayang. Ini sebelah abang ni. Semut besar punya,” Suamiku buat dengan gaya sekali. Menunjukkan betapa besarnya ‘semut’ itu. Aku menjegilkan mata. Akhirnya, aku yang terkena semula.
“Ala sayang. Awakkan semut abang. Di mana ada gula di situ ada semut. Di mana ada Abdul Qhalif yang gagah perkasa di situlah ada si manja yang comel, Auni Malia,” Aku ketawa senang. Dia juga. Suka sangat perasan dan suka sangat memuji aku. Tapi aku suka akan pujian itu. Makin bertambah sayangku padanya. Hangatnya cinta kami telah berjaya mencairkan dinginnya kasih ayah dan mak aku satu tika dulu. Mana mereka? Aku pun tak tahu. Sejak mereka humbankan aku dalam neraka dunia, aku telah lama putus hubungan dengan dia. Kakakku, Maria juga.
“Lia…” Qhalif memanggilku.
“Iya abang,” Aku memandangnya di sebelahku. Dia sengih. Pasti ada yang dia fikirkan.
“Apa dia?” Aku mula tak sabar.
“Sayang abang tak?” Aku termalu sendiri. Aku angguk perlahan. Dia memasamkan mukanya.
“Jawablah dengan suara yang merdu. Sayang abang tak?” Aku sengih. Lalu menyebut tiga kata. I LOVE YOU!
“Kalau sayang, lepaskanlah tangan abang. Kesian abang tak boleh nak bergerak ambil barang kita. Berapa lama lagi kita nak jadi pak pacak kat sini sayangku Lia?” Aku mendengus perlahan. Terkena lagi. Pantas tangannya aku lepaskan. Dia berlari ke kereta. Aku mengejar suamiku laju. Seperti mana aku mengejar kehangatan cinta dalam hidupku. Kejarlah cintamu sebelum terlambat.